Saturday 15 September 2012

Saya Mestilah Muslim di Sudut ‘Aqidah

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, ana masih diberi kekuatan oleh ALLAH untuk mencoret sedikit perkongsian di sini.. Semoga bermanfaat buat semua, AMEEN.. ^_^

Berikut merupakan ringkasan dari Bab 1 : Saya Mestilah Muslim di Sudut ‘Aqidah .. Kitab Maza Ya’ni karangan Ust Fathi Yakan.

Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam ‘aqidah, saya mestilah beriman dengan perkara berikut;

Saya mestilah beriman bahawa:

  1. Pencipta alam ini adalah Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun.
  2. Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa- apa tujuan.
  3. ALLAH swt telah mengutuskan para Rasul dan diturunkan untuk mereka kitab- kitab bertujuan mengajar manusia supaya mengenali ALLAH dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal- usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Nabi Muhammad saw merupakan Rasul terakhir dan dikurniakan mukjizat al-Quran.
  4. Matlamat kewujudan insan ialah mengenali ALLAH swt seperti mana yang ALLAH swt sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNYA dan mengabdikan diri kepadaNYA.
  5. Ganjaran bagi orang mu’min yang taat kepada ALLAH ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka.
  6. Sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri.
  7. Urusan penciptaan undang- undang itu adalah hak mutlak ALLAH swt
  8. Berusaha mengetahui nama- nama dan sifat- sifat ALLAH yang layak bagi kemuliaanNYA.
  9. Berfikir merenungi kehebatan kejadian- kejadian ALLAH, bukan memikirkan tentang ZatNYA.
  10. Terdapat banyak ayat- ayat suci al-Quran yang membuktikan kesempurnaan ketuhanan-NYA yang tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia yang terbatas, tentang hakikat sebenarnya.
  11. Meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta’wilan dan penta’thilan sesetengah ayat suci al-Quran, yakni menyerahkan hakikat sebenar kepada ALLAH swt.
  12. Mengabdikan diri hanya kepada ALLAH semata- mata, tidak menyekutukan NYA dengan yang lain.
  13. Takut hanya kepada ALLAH dan tidak takut kepada yang lain.
  14. Sentiasa mengingati ALLAH dan berzikir menyebut namaNYA untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir.
  15. Mencintai ALLAH dengan sebenar-benar cinta yang menjadikan hati sentiasa rindu dan terikat denganNYA dan mendorong menambah amalan kebaikan.
  16. Bertawakkal sepenuhnya kepada ALLAH dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiao urusan kepadaNYA.
  17. Mensyukuri nikmat- nikmatNYA ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya.
  18. Sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada ALLAH.
  19. Sentiasa bermuraqabah (merasai berada di bawah pengawasan) dengan ALLAH swt dalam keadaan terang mahupun tersembunyi.

Semoga ringkasan ini tidak mengelirukan sesiapa dan bermanfaat buat diri ini dan semua.. Sebarang teguran dan pembetulan sangat dialu-alukan.. ^_^

 

Ust Fathi YakanUst Fathi Yakan

Buku Maza Ya’nidownload (1)

0 comments:

Post a Comment

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!