Thursday 7 November 2013

Night Walk : Panduan dalam Kegelapan~

^__^  بسم اللّه الرّحمن الرّحيم..

اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آله وأصحابه وزوجاته وزرّيّاته ..

Alhamdulillah, segala puji hanya untukNYA kerana mengizinkan lagi hambaNYA yang lemah ini untuk kembali mencoret sedikit pengalaman di sini. Semoga pengalaman ini punya manfaat buat semua.

Alhamdulillah, pada 24-25 November 2013 yang lepas, aku berkesempatan mengikuti Program Komuniti UniSZA bertempat di Kem IM4U Outreach Camp, Merang, Terengganu. Dalam kekalutan kami 1st year MBBS berpindah kolej kediaman, 3 orang yakni aku, Fatin Nurhana dan Natasya diarahkan mengikuti kem tersebut sebagai aktiviti kokurikulum di bawah kursus Asas Kewartawanan, anjuran Pusat Holistik UniSZA.

Sesampainya kami di sana, waktu Maghrib menjelang tiba. Kami diarahkan memasang khemah di tapak perkhemahan yang disediakan, tepi pantai tu ^__^.. Setelah solat dan makan malam, kami diberi taklimat dan menjalani sesi ice-breaking. Acara utama malam itu, Night Walk, sorang-sorang jalan tengah hutan gelap berpandukan tali tanpa sebarang sumber cahaya. Kawan-kawan semua dah pernah join, tapi aku, first time  kot ~ >.< ~ Ketaq jugak la..

Kemudian, kami diberi taklimat khusus untuk acara malam tersebut dan diberi nombor identiti. Kami tak dibenarkan memanggil nama rakan tengah-tengah hutan, takut2 benda lain yang sahut >~< .. Fatin no 51, aku no 52 dan Tasy no 53. Sementara menunggu setiap orang dilepaskan satu persatu, kami berbual dan cuba melelapkan mata sebentar. Tasya pun menceritakan mengenai cendawan, kulat dan spora yang bercahaya dalam gelap, dan sebagainya. Tak lama lepas tu, tibalah giliranku..

Diiringi selawat, aku mula melangkah ke dalam kegelapan. Jumpa tali, lalu kupegang erat. semakin dalam berjalan , semakin gelap. Sampai satu tahap, aku tak dapat detect ada pokok di hadapan dalam jarak sejauh kira-kira 50cm pun. Tapi, aku melihat lantai hutan ibarat bercahaya. Lantas aku teringat cerita Tasya tadi, rupa-rupanya spora. Sungguh cantik, SubhanALLAH..  Meskipun cahayanya tidak mampu menerangi hutan itu, ia sudah cukup membantuku berpijak kukuh pada lantai hutan. Hal ini kerana, taburan spora tersebut di atas lantai hutan turut menggambarkan kontur muka bumi hutan tersebut. Lebih kurang macam gambar kat bawah la spora tu..800px-Noctiluca_scintillans

 

Akhirnya, aku tiba di checkpoint terakhir. Jalan keluar yang amat curam. Di sinilah, aku tergelincir. Disebabkan keadaan licin selepas hujan, ditambah pula dengan bentuk muka bumi yang sangat curam di situ, aku seolah-olah tiada tempat berpijak. Hanya mampu bergayut erat pada tali panduan. Tak tau la perasaan waktu tu macam mana. Selawat dan selawat. Alhamdulillah, penjaga checkpoint bergegas membantuku naik kembali ke atas cenuram tersebut. Kemudian, aku disuruh menuruni cenuram tersebut dengan cara mengundur, ala2 orang turun waktu abseiling gitu. Salah teknik rupanya aku, sebab tu tergelincir. Selepas aku selamat tiba, laluan keluar diubah kerana laluan yang telah kulalui itu terlalu licin dan tidak selamat lagi untuk digunakan..

Alhamdulillah, sementara menunggu selesai hampir 150 peserta, kami berbual dan ada yang merebahkan badan dan melelapkan mata di atas jalan tar dek kerana terlalu keletihan. Kami tidur hampir jam 4. Esoknya, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk kerja-kerja komuniti, diikuti dengan sesi water confident dan majlis penutup.

------

Allahumma solli ala muhammad..

Alhamdulillah, terlalu banyak yang aku pelajari daripada kem ini.

Satu : Pada siapa kita meletakkan pergantungan?

Inilah point yang paling ditekankan oleh fasilitator sewaktu Night Walk. Dalam keadaan bersendirian, dalam kegelapan, kepada siapa kita akan berharap? Sungguh, waktu itulah aku merasakan, aku menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Jika aku sesat, terjatuh atau pitam ka tengah-tengah hutan tu, hanya ALLAH yang boleh tolong aku. Hanya ALLAH yang akan membantuku. Makhluk langsung tak punya sebarang kuasa, segalanya milik ALLAH Yang Maha Memiliki, Maha Kaya, Maha Agung.

Dua : Apa panduan kita dalam kegelapan fitnah akhir zaman?

Dalam hutan rimba itu, sangat gelap. Tapi, ada tali. Ada spora bercahaya. Pesan fasi, jalan pegang tali, jangan lepas langsung, insyaALLAH selamat. Memang waktu tu, satu ayat spontan mai dalam kepala, tapi cek ingat sekerat je la..

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya.

Ya. Peganglah tali ALLAH sekukuhnya. Dakap Islam seeratnya. Jangan sesekali lepaskan tali itu, andai mahu selamat hingga ke syurga. Jangan sesekali longgarkan pegangan, meskipun rasa sakit yang teramat. Yakinlah, ALLAH tak akan pernah mensia-siakan usahamu. Genggam jua tangan keluargamu, sahabatmu, jangan biar mereka sesat dalam gelap. Bawa tangan mereka untuk berpegang pada tali yang amat kukuh ini. Semoga ALLAH sudi meminjamkan sedikit kekuatan kepada kita untuk terus bertahan atas jalanNYA, yang di akhirnya terbentang syurga yang tidak terbayang indahnya,

Sungguh, ALLAH itu Pemilik Cahaya. Dalam gelap itu, kita begitu mengharapkan cahaya sebagai panduan.. Maka ALLAH hadiahkan KekasihNYA Saiyyidina Muhammad saw sebagai cahaya dan rahmat buat alam. ALLAH kurniakan agama Islam yang syumul kepada kita. ALLAH turunkan KalamNYA al-Quranul Karim sebagai pedoman hidup buat kita. Hakikatnya, ALLAH tak pernah biarkan kita sendirian. Kita ja yang dok rasa ALLAH jauh, sedangkan ALLAH itu dekat, dekat sangat2, cuma kita yang kerap menjauhkan diri.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dekat daripada urat lehernya (Al Qaaf:16)”

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), “Aku itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah: 186)

Rasulullah saw dah pesan dah kepada kita, umatnya, kena pegang pada alQuran dan Hadis. Tinggal kita, nak amal atau tak?

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik).

Semoga ALLAH tetapkan kita atas jalan menuju redhaNYA ..^__^

image

Oh ya, hampir cek terlupa..

Salam Maal Hijrah ^__^.. Jom-jom kita perbaharui azam hijrah ke arah yang lebih baik, dari masa ke semasa.. Jangan lupa puasa 9-11 Muharram ya..

1385731_10151933220466999_953626391_n

Semoga ALLAH redha~

اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آله وأصحابه وزوجاته وزرّيّاته

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!