Monday 10 December 2012

Talaqqi Itu Awesome ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, ana telah berkesempatan bersama Syeikh Ahmad Mamdouh Saad, Ahli Majlis Fatwa Mesir yang telah datang ke Kedah, beberapa minggu yang lepas.. Sekali di Masjid Akar Peluru, sekali di Ukir Mall..

Justeru, ana ingin berkongsi beberapa mutiara ilmu yang telah ana perolehi.. Semoga ALLAH permudahkan kita beramal dengannya..

--Mode penceritaan--

Sangat banyak yang Syeikh dah kongsikan dengan kami semua.. Tapi fokus syeikh pada petang itu… Talaqqi dan Sanad..

Menurut Syeikh, sanad ialah salah satu khususiat (keistimewaan) umat Muhammad صلى الله عليه وسلم.. Kalau nak dibandingkan dengan agama-agama lain, kita boleh lihat dalam agama Nasrani, langsung tiada sanad, manakala dalam agama Yahudi, sanad mereka telah terputus selama paling kurang 300 tahun. Nampak tak? (Kalau tak nampak, sila pakai kaca mata anda).

Selain itu, Syeikh berkata lagi..

Jangan kita menyangka sanad itu sekadar sanad yang ada dalam hadis, yang mungkin ada yang melihatnya tidak punya signifikan.. Tetapi, ia membuktikan mengenai pertemuan seorang pelajar dengan gurunya, ..erm, jadi, apa kepentingannya??.. maksudnya, pelajar tersebut, secara sahnya mengambil ilmu tersebut daripada gurunya, diijazahkan ilmu tersebut kepadanya.. bukannya pelajar tersebut sekadar memetik kalimah-kalimah daripada Uncle Google kita yang tak punya tauliah dan kefahaman..

Pesan Syeikh lagi..

Ilmu tidak boleh diambil kitab, bahkan ulama telah memberi amaran kepada sesiapa yang berguru daripada kitab semata-mata, yakni, pasti akan ada kesalahan padanya..Sebab apa? Sebab, seorang murid perlu diuji oleh guru terlebih dahulu sebelum dia menyebarkan ilmu kepda orang lain.. Utk pastikan murid tersebut mempunyai kefahaman yang benar dan tak sebarkan perkara-perkara yang salah kepada masyarakat.. Teliti kan..

Ulama’ berpesan, jangan ambil ilmu dari orang yang membaca kitab semata-semata.. kerana orang yang tidak mengambil ilmu daripada guru ni, dipanggil  الاءبتر.. al-ibtar atau terputus..  

Dan.. Jangan sesekali pandang rendah pada sistem Talaqqi..sebab, ia ada banyak keistimewaan, antaranya:

* bersambung cahaya kenabian..(sebab, talaqqi ni, sanadnya sambung sampai kat Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم..)

* merupakan sunnah nabi.. (Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sendiri mengambil ilmu melalui , وصفة atau perantaraan malaikat Jibril)

Nampak tak kepentingan talaqqi, sedangkan ALLAH Maha Berkuasa, boleh saja bagi wahyu tu masuk terus dalam hati Rasulullah صلى الله عليه وسلم tanpa perantaraan, tapi ALLAH suruh Rasulullah صلى الله عليه وسلم  talaqqi jugak dengan malaikat Jibril..

Syeikh berkongsi lagi..

Antara tanda-tanda kiamat ialah ALLAH mengangkat ilmu dengan mematikan para ulama’. Dari hadis ini, ulama’ telah mengistinbat (menetapkan) bahawa ilmu itu ada pada ulama’ bukan pada kitab… sebab, kalau ilmu ada pada kitab, tentulah kitab yang akan diangkat atau dihilangkan atau dimusnahkan.. bukan para ulama’ yang akan dimatikan untuk mengangkat atau menghilangkan ilmu..  (Hadis ini telah dipelajari para maahadian, MMAS sejak tingkatan 2 atau 3 lagi.. so, maahadian.,., pi cari balik hadis tu!! ~peringatan buat diri jugak T-T)

Dan, asalnya, ilmu itu ada pada dada para ulama’, lalu mereka menuliskannya dalam kitab-kitab mereka.. tetapi, kunci ilmu tersebut, tetap ada pada mereka, para ‘alim ulama’. Maksudnya, mustahil utk faham sepenuhnya sesuatu ilmu kalau tak berguru, kalau kita kata kita faham pun, kemungkinan besar kefahaman kita tu salah..so, wajib untuk kita berguru dengan para alim ulama’ yang benar.. mungkin sahaja ada kesilapan baris atau huruf pada kitab yang akan diperbetulkan oleh guru tersebut..(kalau zaman sekarang, kita sebut typing error la.. ingat, manusia tak pernah bebas dari sebarang kesilapan).

Bayangkan kalau kita menganggap bahawa kita baca perkara yang betul,sedangkan hakikatnya, benda yang kita baca tu salah.. pastu kita pun faham benda yang salah.. lalu disebarkan pula kepada orang ramai.. betapa banyak kehancuran akan berlaku disebabkan keegoan diri kita sendiri yang tak mau berguru.. Na’uzubillahiminzaalik..

Nasihat daripada Syeikh..

Bersungguh-sungguhlah bertalaqqi dan berguru dengan para alim ulama’ yang  yang juga bertalaqqi, dan sampai sanad ilmu tersebut kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم , agar Nuur Nubuwwah (cahaya kenabian) Muhammad صلى الله عليه وسلم  mengalir dalam diri kita… ALLAHUAKBAR!!

Syeikh memberikan contoh ilmu hadis. ALLAH memuliakan orang-orang yang belajar ilmu hadis. Ilmu hadis ni terbahagi kepada dua: yakni دراية (Dirayah) dan رواية (Riwayat).

دراية ialah ilmu mengenai hukum- hakam/maksud daripada lafaz hadis. رواية pula berkaitan sanad dan periwayatan hadis. Dua-dua penting, kerana ibaratnya,  riwayat itu mendengar dan dirayat itu menyampaikan..kena gabung kedua-duanya, baru sempurna.. dan tak mungkin dapat kedua-duanya semata-mata dari pembacaan kitab-kitab.. kena Talaqqi!!

Akhir sekali, Syeikh merumuskan ..

Wajib kita beramal dengan ilmu… macam mana?? Pertama-tama dan selama-lamanya, ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu, Kedua, kongsi dengan orang lain.. Lagi satu, hadirkan dalam hati  akan kemuliaan ilmu tersebut.. Semoga ALLAH membantu kita beramal dengan ilmu-ilmu yang kita ada, ingat senang ka.. payah ooo..

Ok, masuk sesi soal jawab.. (krik krik)..

“Tiada soalan ka?” Syeikh tanya.. “Muslimat? Apa-apa sahaja soalan..” Tiba-tiba, ternampak kertas berjalan.. err, tangan-tangan memperjalankan kertas tersebut ke hadapan,. Alhamdulillah, ada soalan.. dari pihak muslimat.. Muslimin dah paham semua, alhamdulillah..(tiada niat memerli, cuma kagum ja..)

Soalan: Bagaiman untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan dan istiqamah meninggalkan kemaksiatan?

Jawapan:

Syeikh pun jawab.. Istiqamah ialah karamah yang paling tinggi.. (ana terkedu, nampak jelas di situ betapa sukarnya memperoleh istiqamah, murabbi pun pernah kata, istiqamah hanya boleh diketahui selepas seseorang tu meninggal dunia.. ALLAH, sungguh ALLAH yang memberi kekuatan kepada orang-orang yang istiqamah).. Cara-cara yang boleh diusahakan utk memperoleh istiqamah:

* baik dengan orang-orang soleh

* menjauhi biah-biah yang tak soleh (suasana yang buruk)

* berpindah dari tempat tidak baik ke tempat yang lebih baik (ambil pengajaran dari kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang dan ingin bertaubat.. tau kan!?)

* duduk dengan orang-orang baik.. (sebab apa? syeikh kata, tabi’at ni ibarat benda yang dicuri, contoh: kalau pencuri pi mencuri kat rumah orang baik, dia akan dapat curi benda-benda yang baik, tapi kalau dia pi mencuri kat rumah orang jahat, denda yang dicuri tu juga merupakan benda-benda yang tak elok jugak).. faham tak analogi ni?…… ~maksudnya, duduk dengan orang baik, kita dapat tabiat baik, duduk dengan orang kurang baik , dapat tabiat kurang baik.. ~ ingat balik hadis tentang adab memilih kawan ~

“Perumpamaan teman  yang baik dan teman yang jahat ialah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi boleh jadi ia akan memberimu minyak wanginya, boleh jadi engkau membeli darinya dan boleh jadi engkau akan dapati darinya aroma yang wangi. Sementara tukang besi, boleh jadi ia akan membakar pakaianmu dan boleh jadi engkau akan mendapat bau busuk.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim) .. أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ..

* Teruskan berdoa supaya ALLAH bagi istiqamah..

يا مقلّب القلوب, ثبّت قلوبنا على دينك وطاعتك

Last sekali, Syeikh menutup jawapan dengan berkata, setiap amalan akan melahirkan amalan-amalan yang lain. Jika kita buat amal yang baik, maka akan terlahirlah juga amal-amal yang baik, tapi, jika kita buat amalan buruk, akan terlahirlah amalana- amalan yang buruk..

Semoga ALLAH menjadikan kita hamba-hambaNYA yang istiqamah beramal dengan ilmu-ilmu kurniaan ALLAH.. dan memasukkan kita dalam kalangan mereka yang dikasihi dan dirahmatiNYA..

~~Solat Asar berjemaah, diimamkan oleh Syeikh sendiri..excited kot..~~

602305_531928226819431_1681639795_n

~gambar di atas ialah sewaktu syeikh ada kat Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)… gambar waktu kat Masjid Akar Peluru tak sempat nak ambil…( Syeikh Ahmad Mamdouh Saad berpakaian hitam, Ustaz Nazrul berpakaian putih)

--------

Nota: Syeikh Ahmad Mamdouh Saad bagi kuliah dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Ustaz Nazrul Nasir (ust yang sangat hebat hasil keluaran Universiti Al-Azhar) .. tulisan dalam blog ini merupakan hasil gabungan catatan dan apa yang ana tahu dan faham.. sebarang kesilapan mohon dimaklumkan dan diperbetulkan..

~tulisan utk entri kali ini hanya utk kuliah Syeikh di Masjid Akar Peluru sahaja, utk kuliah di Ukir Mall, akan menyusul kemudian..insyaALLAH

Sumber rujukan @ info:

- http://inhadselangor.blogspot.com/2010/01/glosari-istilah-istilah-asas-ilmu-hadis.html

- (kisah pembunuh 99 orang)http://mencarimardhatillah-ansarullah.blogspot.com/2011/04/kisah-pembunuh-99-orang.html

- (hadis mengenai sahabat)http://pbasmkps.blogspot.com/2009/12/berhati-hati-memilih-kawan.html

 

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!