Saturday 5 October 2013

Coretan~ Fasa 1: Ke Arah Doktor aka Daie Muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهمّ صلّ على سيّدنا وحبيبنا وشفيعنا محمّد وعلى آله وأصحابه وزوجاته وذرّيّاته..

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan penulisanku dalam blog ini terhenti, ALLAH izinkan alfaqir kembali menulis buat kesekian kalinya.

Tajuk hari ini, sekadar sebuah coretan pengalaman, setelah genap sebulan bergelar Mahasiswi Perubatan, Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Universiti yang bakal menjadi rumahku sepanjang 5 tahun pengajian. Bersama rakan-rakan sekelas yang berjumlah lebih kurang 60 orang. Muslim dan belum Muslim. Moga semuanya mendapat hidayah dan taufik daripada ALLAH Taala yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pertama kali menjejak bumi UniSZA, perasaanku bercampur baur. Gembira bercampur kerisauan. Gembira, kerana teman kesayanganku Asmaa turut berada di sini, meskipun bukan dalam kursus yang sama. Gembira kerana sahabat baik merangkap teman sekelasku Fatin dari Asasi UiTM turut mendapat tempat dalam kursus yang sama denganku, selain seorang teman seusrahku, Ailin. Alhamdulillah. ALLAH Maha Tahu bahawa aku tidak kuat bersendirian, lalu DIA mengurniakan sahabat-sahabat yang mampu menasihatiku saat aku lalai daripadaNYA. Aku juga khuatir. Risau memikirkan, adakah 5 tahun ini bakal mengubahku kearah yang lebih baik? Ataupun menuju binasa? Na’uzubillahimin zaalik. Semoga ALLAH sentiasa meletakkan diriku dan sahabat-sahabat dalam pemeliharaannya.

Pesanan umi ayah tersayang, belajar sungguh-sungguh, jangan banyak main-main. Istiqamah join usrah, jangan silap pilih pulak. Pesan murabbi, belajar niat kerana ALLAH, istiqamah dengan perjuangan, kuatkan ruhiyyah.. Guru-guru tercinta turut berpesan perkara yang sama.. Aktif tara mana pun, jangan sesekali tinggalkan kuliah aka lecture. Jaga adab dengan guru. Amalan jangan tinggal. Jadi doktor untuk angkat martabatkan Islam. InsyaALLAH, akan ku usaha beramal dengan setiap pesanan kalian. Mohon doakan diri ini dan sahabat-sahabat.

Tempat pengajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) terletak di Kampus Kota, betul-betul bertentangan dengan Hospital Sultanah Zahirah di tengah-tengah Kota Terengganu serta bersebelahan dengan istana  yang masih terjaga rapi. Penginapan kami, 2 blok asrama MAIDAM berwarna hijau terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari kampus. Tapi, buat sementara waktu ini, kami masih menginap di Kampus Gong Badak sementara menanti mahasiswa/siswi diploma selesai menjalani peperiksaan. Ini bermakna, setiap hari, kami perlu menaiki bas pada jam 7 pagi untuk ke Kampus Kota. Jadi, tiap-tiap hari dapat bangun awal ^__^.. Alhamdulillah..

Setelah Minggu Mesra Siswa pada minggu pertama, kami melalui pula Minggu Mesra Medik (3 hari 2 malam sahaja kerana kesuntukan masa). Semestinya kenangan sepanjang orientasi khusus untuk pelajar medik ini merupakan memori teristimewa. Sepanjang program ini, kami ditempatkan bersama kakak2 angkat bagi siswi dan abang2 angkat bagi siswa untuk penginapan di MAIDAM. Terlalu banyak perkongsian oleh mereka yang sedikit sebanyak membuka mata kami yang masih dalam mode bersuka-ria. Sesi explorace yang menyeronokkan meskipun ada sesetengah checkpoint menguji kesabaranku. Petang selepas explorace, kami pun berjalan beramai-ramai ke tempat penginapan. Tidak semena-mena aku terdengar jeritan kawanku di belakang. Aku pun mngalihkan muka ke arah jalan raya. Ustaz Azhar Idrus tengah menunggang basikal sambil melambai kearah kami. Betul-betul kat sebelah. Excited sungguh semua sebab dapat tengok Ustaz Azhar Idrus secara live, siap dapat lambaian lagi tu ^__^..

Malam Tautan Kasih; malam penuh pahit manis. ALLAH bagi tarbiyah dengan pelbagai cara. Kena prank birthday sekali dengan Khamisa sebab birthday bulan September. Alhamdulillah, first time orang buat surprise macam tu, kek pun sedap ^___^.. special thanks to my seniors.. Somehow, sesi itu memang merealisasikan temanya sebagai Malam Tautan Kasih, alhamdulillah..

Esoknya, satu lagi sesi mencabar kesabaranku. Sesi membuat persembahan. Pada mulanya, segalanya baik-baik sahaja. Dalam kumpulanku, siswa siswi belum Muslim memilih untuk mempersembahkan tarian manakala siswi muslim memilih untuk berlakon sahaja. Entah bagaimana, tiba-tiba, semua kena menari. Lelaki perempuan. Muslim dan belum Muslim. Saat yang membuatku sangat tertekan. Maaf, aku punya prinsip tersendiri. Aku sama sekali tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsipku, apatah lagi peganganku. Biar orang kata aku syadid, daripada aku terlalu terbuka. Aku cuba sedaya upaya memberikan kerjasama dan berlapang dada, selagi tidak menyalahi prinsipku. Akhirnya, ALLAH membuka jalan untukku. Sahabatku Ailin yang sangat memahami pendirianku memberi cadangan agar aku memberi sedikit ucapan ringkas untuk menutup persembahan kami. Meskipun agak ketar nak bercakap depan senior, Alhamdulillah, itulah cara terbaik untukku menyumbang dalam persembahan tersebut. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar…

Apapun, my classmates are the best!! Mija, Fatin Wahidah, Ailin..thanks for accepting me, walaupun aku ni tak berapa sporting dan membosankan. Special to Farihah, terima kasih sangat sebab sentiasa sudi temankan kami ke program-program yang ada kat UniSZA ni.. Farhana, Hajar dan Raihan.. terima kasih jugak sebab banyak bantu kami dalam studi.. Jessica, Pavithra and all my friends of the 5th Batch MBBS UniSZA.. you all are so sweet and your persistence in study keeps motivating me to push harder and strive to be the best.. <3 ~ Dedicated to my classmates: Sima, Rasyidah, Khamisa, Natasya, Atikah, Adawiyah, Hidayah Zainal, Hidayah Azhar, Farihah, Farhanin, Aminah, Aina, Alissa, Nazirah Fatin, Fatin Nurhana, Fatin Wahidah, AIlin, Mija, Hajar, Sarah, Azieni, Farhana, Raihan.. Jessica, Janice, Ng Sim Yin, Ribka, Jennifer, Karen, Ang Tze Ling, Meersha, Shantini, Deepa, Shankarii, Nila, Pavithra, Aiman, Bazli, Hafiz, Iqbal, Azizi, Afnan, Ali, Azeem, Ming Yong, Sherman, Ong Chuan Ming, Choo , Alvin, Sim, Teck Min, Nitya, Rinesh, PG, Rao.. and siswa siswi intake yang baru yang masih belum dapat dikenalpasti nama.. maaf ya.. please do note me for their name so that I can include them here..   (^__^)V

Masuk pula kisah sepanjang kuliah. Semestinya semua pensyarah di sini sangat baik ^__^.. Pembelajaran kami di sini berdasarkan kurikulum integrasi yang dibahagikan kepada beberapa modul. Dalam modul 1 yang berjalan selama 2 minggu, kami didedahkan kepada asas-asas anatomi, fisiologi, biokimia dan farmakologi. Kuliah dalam modul 1 yang paling kugemari, kuliah anatomi yang mengkhusus kepada embriologi, di mana kami belajar mengenai pembentukan fetus kepada bayi dari minggu ke minggu secara kasar. Hakikatnya, apa yang kami belajar masih boleh dikira sekadar di permukaan. Terlalu banyak yang masih belum kami pelajari. Alhamdulillah, kuliah yang disampaikan oleh Dr Lakshmi dan Dr Thin sangat menarik dan terperinci, membuatkan aku begitu kagum. Sungguh, ALLAH itu Maha Teliti, Maha Berkuasa mencipta segala sesuatu. Bagaimana seorang manusia yang sangat kompleks bermula dari sel-sel yang lebih kecil dari sebuah noktah. Dari sebuah fetus yang seakan-akan makhluk asing, berkembang menjadi seorang bayi yang lengkap sempurna. Segalanya begitu tersusun dan sempurna.Indah kan?

image

image

Ayuh kita renungkan pengertian firman ALLAH SWT ini :

image

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.(Al-Hajj, 5)

 

image

Hakikatnya, terlalu banyak yang ingin dikongsikan disini, tapi, esok kelas.. Semoga tulisan yang serba ringkas ini punya manfaat buat semua, jika tidak banyak, sedikit pun jadilah. Semoga ALLAH redha.. ^_____^

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!