Friday 21 September 2012

Re’Ummah’Fication

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, ALLAH masih beri kekuatan kepada ana mencoret pengalaman di sini.

Re’UMMAH’fication..

Apa tu? Tak pernah dengar pun. Jujurnya..ana pun baru pertama kali dengar perkataan tu tahun ni..to be exact, minggu ini…

Sebenarnya, Re’UMMAH’fication ni ialah program yang dianjurkan oleh Persatuan Rakan Masjid (PRM) UiTM Puncak Alam, sebagai salah satu respons kepada penerbitan filem sampah yang sangat menjijikkan iaitu filem fitnah Innocence of Islam yang telah menghina ALLAH, RasulNYA, dan AgamaNYA.. ia telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Pelbagai reaksi telah dipamerkan..

Demonstrasi, pengedaran risalah, program-program yang memupuk hubbun Nabi..

Masing-masing punya cara tersendiri untuk mempamerkan kemarahan di atas penghinaan kepada Kekasih kita, Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم Habibullah.

Ya, kita berhak marah..malah kita wajib marah..cuma, cara kita mengendalikan kemarahan itu yang membezakan kita dengan orang kafir.. Kita Mencintai Rasulullah صل الله عليه وسلم…, justeru, ayuh kita marah dengan cara Rasullullah صل الله عليه وسلم..

Ok, kembali kepada Re’UMMAH’fication..

ana cuma nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang program yang telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam di DK500, UiTM Puncak Alam..

Ana dan sahabatku, Ina dan housemate, Yati bergerak menuruni tangga ‘an-Najah"’ hampir jam 8 malam. Tika itu, ramai yang sedang berlumba-lumba menuruni tangga, mahu cepat sampai di DK500. Ye la, sapa nak berdiri selama 3 jam? Ana dan Ina, sekejap berlari anak, sekejap berjalan..mengambil angin malam.. Yati masih relax di belakang dan menyuruh kami maju dahulu.

Sampai ja dekat DK500, semua pakat berpusu-pusu nak masuk ke dalam dewan. Semua seat penuh, belah muslimat je la.. Yang belah muslimin ku lihat masih banyak kosong.. Geram la jugak.. Akak koor meminta muslimin berganjak ke hadapan untuk memberi ruang kepada muslimat mengisi seat-seat yang masih kosong.

Enggan  berebut seat, kami memilih untuk duduk di tangga.  Spot terbaik! Full view slaid dan pentas. Setelah beberapa ketika, tangga pun penuh. Seat pun penuh.. Mereka yang baru sampai, terpaksa duduk di atas pentas.. Ceghing gila!!(keluaq bahasa kedah sat).

Majlis pun bermula.

Ucapan alu-aluan dari penasihat PRM. Ucapan dari wakil PRM muslimin dan muslimat…(kak amal wakil muslimat =)..ucapan dari En Naqib Usrahku.. Alhamdulillah semuanya membuahkan kecintaan kepada Baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم..

Selawat dialunkan beramai-ramai, melembutkn hati, menambah rasa kasih kepada Habibullah.. kemudian masuklah penceria suasana..Ust Nasa.. sangat kelakar,..(Ida sudah berbisik..macam Ust Shofi Abd Kadir..warden km di maahad dulu..)

Kami dipertontonkan dengan montaj mengenai tarbiyyah.. yes..’Everything begins with Tarbiyyah’…kemudian, tengok pula slaid tentang kehebatan cinta Rasul.. bagaimana Rasulullah صل الله عليه وسلم mencari umatnya di padang mahsyar nanti..

Sebak.. kemudian, kami diminta menulis warkah kepada baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم.. Sajak dideklamasikan, gamelan dimainkan..Mata-mata mula bergenang. Tangan terketar-ketar meluahkan rasa hati kepada Baginda yang dirindui. Beberapa ketika kemudian, beberapa orang diminta berkongsi coretan dan rasa hati.. sungguh, ramai yang mencintai Baginda Rasul. Dan kerana cinta itulah mereka tiba di dewan itu. Semoga ALLAH merahmati semua yang berada di dalam majlis tersebut.

Ust Nasa terus berceloteh, sedikit mengubat lara di hati. Namun, masih berbisa dalam membawa kami menilai diri, andai benar mencintai Baginda, adakah kita telah mentaati Baginda? Atau kita telah mengkhianati Baginda? Mentaati dengan berusaha beramal dengan sunnahnya.. Atau mengkhianati dengan tidak mempedulikan ajarannya serta berbangga dengan kemaksiatan?

Kemudian, Ust Khairul Anuar (peserta Imam Muda yg ke??)mengambil alih pentas..(naqib kpd Ust Nasa rupanya..).. kalam- kalam bersemangat.. namun menusuk dalam ke qalbu.. Penamatnya, beramai-ramai kami menyanyikan lagu ‘Menuju Wawasan’ dendangan UNIC.. memangla buat ana rasa bersemangat kembali..(memori Kem Anak Soleh bermain di mata).. sungguh merasakan suasana di Maahad seakan-akan hidup…Bahagia~

Alhamdulillah.. betapa ana merasakan majlis ini sangat berjaya. Namun, hakikatnya..kejayaan sebenar akan terlihat di luar majlis..adalah ia memberikan kesan berpanjangan di hati warga UiTM..atau sekadar dalam majlis sahaja??

-----------------------------------------

tulisan dari seorang saudara seIslam.. ayuh renungkan..dan UBAH!

..Umat Islam memang menghina Nabi..

Usaha Barat menghina Islam bukanlah suatu yang baharu. Pelbagai usaha yang telah mereka lakukan, termasuk karikatur Nabi, mempropagandakan umat Islam sebagai pengganas, mewujudkan Islamphobia, dan pelbagai sekatan terhadap amalan Islam seperti di Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lain. Setiap kali isu penghinaan ini berlaku umat Islam akan memprotes, ia lah, kita diwajibkan mempertahankan maruah dan kesucian agama kita. Begitu juga penghinaan yang berlaku dalam negara sama ada dicetuskan oleh parti politik tertentu atau orang perseorangan, seperti adanya paderi yang berceramah menghina amalan haji sebelum ini. Proteslah, buatlah apa yang patut selagi ada tangan dan kuasa untuk bertindak. Berdosa kita mendiamkan diri dan membiarkan agama kita dihina, meskipun hanya protes secara diam, sekurang-kurangnya tiada keredhaan di dalam hati.

Namun apa yang menghairankan, sedarkah umat Islam, ramai atau banyak kalangan umat Islam sendiri sentiasa menghina Nabi Muhammad, penghinaan ini terus berlaku dari zaman awal Islam hinggalah kiamat. Pelbagai bentuk penghinaan terhadap ajaran Nabi Muhammad dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sangat ketara dan tiada protespun, malah tidak dihindari, dan lebih teruk lagi disanjungi.

Tidak payah pergi jauh, di Malaysia sahaja, penghinaan-penghinaan terhadap Nabi Muhammad sangat berleluasa. Antaranya:

1. Tidak solat atau bersolat tidak cukup waktu tidak kira lelaki atau perempuan, ada juga yang ke masjid (lelaki) pada hari jumaat kerana malu kepada rakan sekerja tapi tidur di dalam masjid, ini saya ketahui sendiri di sebuah masjid, bersepah tidur di bahagian bawah masjid, bukankah itu satu penghinaan yang besar terhadap ajaran Nabi Muhammad?

2. Tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atau berpuasa kerana terpaksa.

3. Lebih ketara lagi ialah tidak menutup aurat yang kebanyakannya perempuan. Bersepah sana sini, dari golongan pemimpin, profesor, gabenor, artis,  hinggalah orang awam…. dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah bahkan berasa megah yang kononnya liberal dan moden, mereka ini telah menghina bukan Nabi Muhammad tetapi ajaran al-Quran sendiri, kadang-kadang belajar tinggi menggunung tetapi perkara yang mudah dan simple tidak boleh diamalkan, mungkin tiada hidayat  namun hidayat perlu dicari bukan dinanti. Apakah penghinaan yang lebih buruk daripada ini? Oh…. menutup aurat tidak termasuk dalam tujuh dosa besar, nanti buat amal lain maka boleh terhapuslah dosa ini… benarkah? Apakah jaminan dosa-dosa ini diampunkan? Jika dosa kecil dihimpunkan dan tidak sempat bertaubat nasuha, ia akan menjadi dosa besar juga.

4. Pergaulan bebas yang berleluasa dan menyebabkan perzinaan dan seterusnya pembuangan bayi yang berleluasa pada ketika ini, perkara ini lebih hina dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah betullah tidak bertamadun, tiada ajaran Islam lagi, apabila Islam datang, mereka menghentikan tabiat membunuh anak perempuan ini. Pada zaman ini yang dilahirkan sebagai Muslim, tak kira anak lelaki atau perempuan, disumbat dalam tandas, ditanam hidup-hidup, dibuang di dalam tong sampah, dan paling tragis baru-baru ini dicampak dari tingkat tiga, perilaku umat Islam kini lebih teruk dari binatang yang memelihara dan menyayangi anaknya meskipun tiada jaminan kewangan atau keselamatan. Apakah penghinaan terhadap agama yang lebih teruk daripada ini? Tapi jika dikaji asal-usul pergaulan bebas ini dalah dari permasalahan keluarga dan suasana dalam negara sendiri yang menggalakkan pergaulan bebas. Misalnya lihat sahaja setiap tahun, bulan 8-9 adalah masa pembuangan bayi. Ini adalah rentetan dari sambutan Tahun Baru 8-9 bulan sebelum ini. Anak muda dibiarkan berpeleseran dan pelbagai program sambutan hingga tengah malam dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang langsung tiada islamiknya.

Dan pelbagai jenayah malah ribuan jenayah lagi dilakukan oleh orang Islam seperti rasuah, mengunjungi pelacur, manipulasi, menolak ajaran Al-Quran dan macam-macam lagi yang dilakukan oleh orang ‘besar’. Pelbagai jenayah lagi secara kecil-kecilan. Bolehkah mereka menganggap mereka tidak menghina Nabi Muhammad jika melakukankanya? Banyak perkara yang berlaku di dunia ini atau di Malaysia sahaja yang saya sendiri tak faham, jangan salahkah Tuhan jika bala datang. Bala boleh datang pelbagai bentuk.

Sekadar mengingati diri sendiri dan orang yang mahu menerima pengajaran.

Wallahuaklam.

sumber:http://maruwiah.com/2012/09/21/innocent-of-muslim-umat-islam-memang-menghina-nabi/

-----------------------------------------------------------------------------------

Ya, bibir kita mudah melafazkan.. “aku cinta Nabi, aku kenal Nabi’.. Namun, betulkah kita benar-benar mencintai dan mengenali Baginda? Baik. Kau kenal Nabi..Siapa datuk Baginda? Oh, mudah saja.. Abdul Mutalib.. sapa x tau? Budak sekolah rendah pun tau.. Ok. Siapa nenek Baginda? … Jeda… senyap tak terkata.. kata kenal..kata cinta.. palsukah cinta itu?

sungguh ana berasa malu.. ya, bagaimanakah nanti? Adakah kita layak diakui oleh Baginda sebagai Ikhwan yang dicintai dan dirinduinya? Adakah kita akan membuatkan Baginda menangis melihat azab yang ditimpakan ke atas kita disebabkan penderhakaan kita?

Kita tega mengkhianati perjuangan Baginda.. Baginda bermati-matian memuliakan para muslimat.. namun dengan bermatian-matian juga segelintir muslimat mempertahankan busana mendedahkan auratnya,. sekaligus menghina perjuangan Baginda yang konon kita sangat cinta..

Kita tega mengkhianati perjuangan baginda.. Baginda bermati- matian menyebar dakwah.. ingin membawa ummahnya bersama-sama ke syurga..namun, kita terus membiarkan diri bergelumang dosa.. sengaja menggagalkan usaha Baginda membawa kita ke syurga dengan mencampakkan diri ke dalam neraka..

Tapi.. nanti di padang mahsyar..kita juga yang akan merayu Baginda memberi syafaat kepada kita.. merayu Baginda memohon keselamatan kita.. Layakkah kita? Tak malukah kita?

ASTAGHFIRULLAHAL’ADZIM!!

Ya ALLAH!! Sungguh diri ini hina… ampunkan kami ya ALLAH.. jadikan kami ummah yang benar-benar mencintaiMU.. dan juga benar- benar mencintai Kekasih-MU Muhammad صل الله عليه وسلم.. jadikan kami tentera-tentera yang mempertahankan agamaMU dan kekasihMU.. sebagai bukti kecintaan kami ..

AYUH!! Jika benar cintakan Rasulullah صل الله عليه وسلم.. jangan lokek berselawat kepada Baginda.. jangan malu meng’amalkan sunnahnya.. sunnah Rasul bukan sekadar berserban dan berjanggut.. malah sunnah Rasulullah yang terbesar ialah perjuangan Baginda!! Dakwah!! Jangan remehkan sunnah-sunnah seperti berpakaian kemas, mengalihkan halangan dari jalanan, sentiasa melemparkan senyuman(jgn smpai timbul fitnah pulak)… Jangan abaikan sunnah-sunnah yang besar seperti berjihad fisabilillah, amar ma’ruf nahi mungkar, berakhlak mulia..Dakwah!!

Mujahid!! Penuhkan rumah ALLAH pada setiap waktu..terutama waktu Subuh.. Indahkan akhlakmu.. mantapkan kepimpinanmu.. didiklah nafsumu.. latihlah kekuatan jasmani dan rohani.. sentiasa berada dalam tarbiyyah..kerana kau Syabab Harapan Ummah!

Mujahidah!! Peliharalah maruahmu..jagalah auratmu..tingkatkan malumu.. jangan mudah menjual dirimu..kerana dirimu sangat berharga..mantapkan ilmu dan amal, jagalah tarbiyyah ruhiyyah dan jasmani... kerana dirimu Kunci Kejayaan Ummah!

reummahfication

best memory ever di UiTM Puncak Alam.. PRM memang cool.. ^_^

304388_4212957414669_116941664_n

 

nak kenal Baginda?? Jom sama-sama baca buku ni.. ^_^

Syamail_Muhammadiah

Saturday 15 September 2012

Saya Mestilah Muslim di Sudut ‘Aqidah

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, ana masih diberi kekuatan oleh ALLAH untuk mencoret sedikit perkongsian di sini.. Semoga bermanfaat buat semua, AMEEN.. ^_^

Berikut merupakan ringkasan dari Bab 1 : Saya Mestilah Muslim di Sudut ‘Aqidah .. Kitab Maza Ya’ni karangan Ust Fathi Yakan.

Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam ‘aqidah, saya mestilah beriman dengan perkara berikut;

Saya mestilah beriman bahawa:

  1. Pencipta alam ini adalah Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun.
  2. Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa- apa tujuan.
  3. ALLAH swt telah mengutuskan para Rasul dan diturunkan untuk mereka kitab- kitab bertujuan mengajar manusia supaya mengenali ALLAH dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal- usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Nabi Muhammad saw merupakan Rasul terakhir dan dikurniakan mukjizat al-Quran.
  4. Matlamat kewujudan insan ialah mengenali ALLAH swt seperti mana yang ALLAH swt sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNYA dan mengabdikan diri kepadaNYA.
  5. Ganjaran bagi orang mu’min yang taat kepada ALLAH ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka.
  6. Sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri.
  7. Urusan penciptaan undang- undang itu adalah hak mutlak ALLAH swt
  8. Berusaha mengetahui nama- nama dan sifat- sifat ALLAH yang layak bagi kemuliaanNYA.
  9. Berfikir merenungi kehebatan kejadian- kejadian ALLAH, bukan memikirkan tentang ZatNYA.
  10. Terdapat banyak ayat- ayat suci al-Quran yang membuktikan kesempurnaan ketuhanan-NYA yang tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia yang terbatas, tentang hakikat sebenarnya.
  11. Meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta’wilan dan penta’thilan sesetengah ayat suci al-Quran, yakni menyerahkan hakikat sebenar kepada ALLAH swt.
  12. Mengabdikan diri hanya kepada ALLAH semata- mata, tidak menyekutukan NYA dengan yang lain.
  13. Takut hanya kepada ALLAH dan tidak takut kepada yang lain.
  14. Sentiasa mengingati ALLAH dan berzikir menyebut namaNYA untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir.
  15. Mencintai ALLAH dengan sebenar-benar cinta yang menjadikan hati sentiasa rindu dan terikat denganNYA dan mendorong menambah amalan kebaikan.
  16. Bertawakkal sepenuhnya kepada ALLAH dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiao urusan kepadaNYA.
  17. Mensyukuri nikmat- nikmatNYA ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya.
  18. Sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada ALLAH.
  19. Sentiasa bermuraqabah (merasai berada di bawah pengawasan) dengan ALLAH swt dalam keadaan terang mahupun tersembunyi.

Semoga ringkasan ini tidak mengelirukan sesiapa dan bermanfaat buat diri ini dan semua.. Sebarang teguran dan pembetulan sangat dialu-alukan.. ^_^

 

Ust Fathi YakanUst Fathi Yakan

Buku Maza Ya’nidownload (1)

Friday 7 September 2012

Al-Fatih : Sunnatullah dan Syariatullah


بسم الله الرحمن الرحيم..

Alhamdulillah.. ALLAH masih mencurahkan rahmatNYA kepada Hamba ini untuk terus menulis..
Hari ini, ana nak tulis tentang.. Sultan Muhammad Al-Fateh..
Kenapa tiba-tiba ja? Sebab baru lepas tengok movie Fetih 1453 laa.. walaupun jalan ceritanya sangat tak memuaskan..kita ambik yang baik..buang yang buruk..OK? ^^
So, ana share info ni...moga2 boleh perbetul balik mana2 pandangan yang salah yg diberi melalui filem tersebut..
----------------------------------



Sabda Rasulullah s.a.w.; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sultan Muhammad al-Fateh.. seorang sultan yang bertaqwa. Bagaimana Baginda mencapai ketaqwaannya?
Melalui 2 hukum ALLAH:
1- Hukum syaria'atullah
2- Hukum sunnatullah
Baginda sangat berhati-hati dan teliti dalam mematuhi kedua-dua hukum ALLAH ini. Sikap inilah yang disebut sebagai Taqwa. 

Ketika Saiyyidina Umar bertanya kepada Ka'ab bin Malik tentang Taqwa, Ka'ab menjawab: "Orang bertaqwa sangat berhati-hati dengan hukum ALLAH seperti orang yang sedang berjalan di atas jalan yang dipenuhi duri."

Hukum Syariatullah
- wajib - sunat - harus - makruh - haram -
Orang yang bertaqwa akan:
- menegakkan hukum yang wajib
- meninggalkan yang haram
- melaksanakan sebanyak-banyaknya yang sunat untuk mendapat kecintaan ALLAH
- meninggalkan yang makruh kerana takut akan kebencian ALLAH
- menjadikan perkara- perkara harus sebagai ibadah

Jom kita telusuri wasiat Sultan Muhammad al-Fatih kepada puteranya:
  1. Jadilah seorang pemimpin yang adil, soleh dan penyayang.
  2. Rentangkan perlindungan untuk rakyat kamu tanpa ada pilih kasih
  3. Bekerjalah demi menyebarkan ajaran Islam kerana ia merupakan kewajiban seorang khalifah di muka bumi,
  4. Dahulukan urusan agama melebihi daripada urusan lain. Jangan kamu bersifat lemah dan memperlekehkan usaha menegakkan agama.
  5. Jangan kamu melantik pegawai yang tidak mengambil berat urusan agama dan tidak menjauhkan diri daripada dosa besar serta tenggelam dengan perlakuan keji.
  6. Hindarilah bidaah yang menyesatkan dan orang yang mengajak kamu kepadanya.
  7. Luaskan negara dengan jihad.
  8. Jagalah harta baitulmal, jangan sampai membazir dalam membelanjakannya.
  9. Jangan sekali-kali tanganmu mengambil harta rakyatmu kecuali yang sesuai dengan syariat Islam.
  10. Pastikan mereka yang lemah mendapat jaminan kekeuatan daripadamu serta berikan penghormatanmu kepada yang berhak.
  11. Ulama ialah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jika ada seorang ulama di negara lain, ajaklah dia datang ke negara ini dan muliakan mereka dengan mencukupkan keperluannya.
  12. Berhati-hatilah dan jangan sampai kamu tertipu dengan harta-bendamu dan dengan banyaknya jumlah tenteramu. Jangan sekali-kali kamu mengusir ulama dari pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam, kerana agama merupakan tujuan kita, hidayah ALLAH ialah manhaj hidup kita dan dengan agama ini, kita menang.
  13. Berusahalah menjadikan agama Islam lebih tinggi kedudukannya dan hormatilah ahlinya.
  14. Jangan keterlaluan dalam membelanjakan harta kerajaan dan berfoya-foya dengan kemewahan kerana itu akan menjadi punca kejatuhan sesebuah kerajaan.

Menepati Sunnatullah
- mematuhi syariatullah sahaja belum cukup. Orang bertaqwa juga sangat mematuhi hukum sunnatullah. Maksudnya, persiapan kerohanian (syariatullah) perlu disepadukan dengan persiapan fizikal dan mental (sunnatullah).

Firman ALLAH yang bermaksud: "Dan bersiap sedialah kamu dengan kekuatan dari tentera berkuda untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu." (Surah Al-Anfal 8:60)

Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya menjadi raja dan tentera yang baik kerana mempunyai 2 keunggulan:
~ al amin : kerana mentaati hukum syariatullah
~ al qawiyy : kerana menepati hukum sunnatullah

Firman ALLAH yang bermaksud: "Sesungguhnya, sebaik-baik orang yang diberikan satu pekerjaan ialah orang yang kuat (al qawiyy) lagi amanah (al amin)." (Surah al-Qasas 28:26)

Jom kita tengok persiapan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya sebagai menepati hukum sunnatullah dalam usaha menawan kota Konstantinople dari kerajaan Byzantium:
  1. Memencilkan kerajaan Byzantium terlebih dahulu dengan mengikat perjanjian damai dengan kerajaan- kerajaan bukan Islam di sekitarnya seperti Serbia dan Hungary.
  2. Menyediakan 120 buah kapal dan tentera berjumlah 150 000 orang. Tentera ini ialah tentera terlatih, bukan sahaja dalam berperang tetapi sebahagian mereka mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan, seni bina, muzik dan lain-lain. Membentuk tentera elit yang digelar Inkisyariah atau Janissari yang taat setia, gagah dan sanggup mati syahid untuk mempertahankan negara.
  3. Menyediakan kelengkapan perang seperti meriam yang besar dengan teknologi yang diimport dari negara dan pakar bukan Islam dari Hungary dan Itali. Sultan Muhammad al-Fatih seorang sultan yang 'mesra teknologi'.
  4. Mengkaji bentuk muka bumi, keadaan topografi, cuaca serta arah tiupan angin di lokasi pertempuran dengan mendalam. Detik serangan ke atas kota Konstantinople mengambil kira faktor cuaca, arah tiupan angin, termasuk juga gerhana bulan.
  5. Membina kota Rumeli Hisari bagi menghalang serangan awal ataupun serangan balas, mahupun bantuan dari luar untuk kerajaan Byzantium yang bakal dikepung. Dengan ini, kerajaan Islam Uthmaniyyah menguasai laluan kapal di Selat Bosphorus dan Golden Horn.
  6. Membuat langkah drastik, kreatif dan inovatif dengan memindahkan 70 buah kapal laut melalui daratan sejauh 5 km dari Selat Bosphorus masuk ke perairan Golden Horn sebagai langkah mengelak halangan rantai besi yang dipasang di dalam laut oleh musuh.

Justeru, di samping keimanan dan akhlak yang tinggi, Sultan Muhammad al-Fatih juga ialah seorang yang berfikiran strategik. Untuk menembusi kota Konstantinople yang kebal kerana kedudukannya yang dikelilingi  dengan 7 buah bukit secara semulajadi, ditambah dengan kelengkapan senjata yang pelbagai, pemikiran yang kreatif dan inovatif sangat diperlukan, bukan hanya kekuatan, tetapi perlu ada kebijaksanaan.

Saiyyidina Ali r.a mengingatkan: "Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun."

Cadangan ana..bacalah buku-buku ini...BEST!!




sumber: Majalah Solusi Isu 45 (ms 16-24)
             http://www.iskandarfateh.com/

Saturday 1 September 2012

Sabar


بسم الله الرحمن الرحيم...

Hari ni, ana nak kongsi sikit mengenai Sabar..

Sabar boleh diterap dalam 5 aspek:

1- Sabar dalam Ibadah: Tekun melaksanakan segala perintah ALLAH dengan ikhlas dan penuh ketaatan seperti solat, puasa, zakat, haji dan amal-amal ibadah lain yang dituntut dalam Islam.
---> ramai antara kita, (termasuk ana).. yang selalu abaikan aspek ni.. ye la.. kita beribadah..tapi langsung tak usaha untuk cari kesempurnaan ibadah...sekadar adat..kalau tetiba kita rasa malas nak ibadah,maka kita pun beribadah dengan sambil lewa sahaja..sedangkan kita bertanggungjawab untuk cuba revive balik diri kita..cari punca kemalasan tu..dan atasi ~


وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا


“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” (Thaahaa:132)


2- Sabar ketika mendapat sesuatu bala dan bencana: ALLAH swt sentiasa menguji keimanan hamba-NYA dengan pelbagai kesulitan, penderitaan , bala dan bencana.
---> yang ini dah selalu sangat disebut... sampai ada yang kata..
 "Sabar, sabar.. aku dah tak larat sabar dah la.. Buang masa ja!" " Aku paling benci orang yang bila aku ada masalah dia kata Sabar, dia tak rasa apa yang aku rasa!"
Astaghfirullahal'azim.. cuba check diri..kita ada buat camtu tak? Kenapa kita nak benci orang yang suruh kita bersabar? Bukankah ALLAH yang suruh kita bersabar?

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)


Bersabar buang masa? Yakinlah dengan janji ALLAH..

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ


“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)

3- Sabar terhadap maksiat: Menahan diri daripada melakukan segala perbuatan jahat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehinaan dan kemurkaan ALLAH.
---> ya..terlalu banyak godaan di dunia ini..syaitan, nafsu.. tapi..





Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”. (Surah Al-Anfal, ayat : [48])

kita nak persalahkan syaitan nanti??? dah tak boleh..syaitan pun takut kepada ALLAH..kita bagaimana??


4- Sabar dalam perjuangan: Tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali segala kekurangan dan kelemahan atau kegagalan dijadikan pengajaran.
---> istiqamah.. sukar..sangat sukar..tapi.,yakinlah ALLAH dah lipih kita..jangan sia-siakan peluang yang diberi..

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)





"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(Surah at-Taubah:111)



5- Sabar terhadap pengaruh duniawi: Islam menggariskan bahawa umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang sementara sehingga boleh melalaikan kepentingan hidup di akhirat.
---> duit..rumah..baju...handset..semua mesti branded..ish3..kita terlalu menurut nafsu..sedangkan kita tau dunia ni sementara...tapi ada yang kata.."hidup ni sekali je..so, kita enjoy.."..erm, tapi, apa guna kita enjoy di dunia sementara ni kalau kita terpaksa menderita selamanya di alam akhirat yang abadi??
So..jom sabar! Lawan nafsu..









"Dan kehidupan dunia ini bukan lain melainkan permainan dan kelalaian, dan sesungguhnya negeri akhirat itulah yang sebaik-baiknya bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, apakah kamu tidak mahu fikirkan?"

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!