Friday 21 September 2012

Re’Ummah’Fication

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, ALLAH masih beri kekuatan kepada ana mencoret pengalaman di sini.

Re’UMMAH’fication..

Apa tu? Tak pernah dengar pun. Jujurnya..ana pun baru pertama kali dengar perkataan tu tahun ni..to be exact, minggu ini…

Sebenarnya, Re’UMMAH’fication ni ialah program yang dianjurkan oleh Persatuan Rakan Masjid (PRM) UiTM Puncak Alam, sebagai salah satu respons kepada penerbitan filem sampah yang sangat menjijikkan iaitu filem fitnah Innocence of Islam yang telah menghina ALLAH, RasulNYA, dan AgamaNYA.. ia telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Pelbagai reaksi telah dipamerkan..

Demonstrasi, pengedaran risalah, program-program yang memupuk hubbun Nabi..

Masing-masing punya cara tersendiri untuk mempamerkan kemarahan di atas penghinaan kepada Kekasih kita, Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم Habibullah.

Ya, kita berhak marah..malah kita wajib marah..cuma, cara kita mengendalikan kemarahan itu yang membezakan kita dengan orang kafir.. Kita Mencintai Rasulullah صل الله عليه وسلم…, justeru, ayuh kita marah dengan cara Rasullullah صل الله عليه وسلم..

Ok, kembali kepada Re’UMMAH’fication..

ana cuma nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang program yang telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam di DK500, UiTM Puncak Alam..

Ana dan sahabatku, Ina dan housemate, Yati bergerak menuruni tangga ‘an-Najah"’ hampir jam 8 malam. Tika itu, ramai yang sedang berlumba-lumba menuruni tangga, mahu cepat sampai di DK500. Ye la, sapa nak berdiri selama 3 jam? Ana dan Ina, sekejap berlari anak, sekejap berjalan..mengambil angin malam.. Yati masih relax di belakang dan menyuruh kami maju dahulu.

Sampai ja dekat DK500, semua pakat berpusu-pusu nak masuk ke dalam dewan. Semua seat penuh, belah muslimat je la.. Yang belah muslimin ku lihat masih banyak kosong.. Geram la jugak.. Akak koor meminta muslimin berganjak ke hadapan untuk memberi ruang kepada muslimat mengisi seat-seat yang masih kosong.

Enggan  berebut seat, kami memilih untuk duduk di tangga.  Spot terbaik! Full view slaid dan pentas. Setelah beberapa ketika, tangga pun penuh. Seat pun penuh.. Mereka yang baru sampai, terpaksa duduk di atas pentas.. Ceghing gila!!(keluaq bahasa kedah sat).

Majlis pun bermula.

Ucapan alu-aluan dari penasihat PRM. Ucapan dari wakil PRM muslimin dan muslimat…(kak amal wakil muslimat =)..ucapan dari En Naqib Usrahku.. Alhamdulillah semuanya membuahkan kecintaan kepada Baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم..

Selawat dialunkan beramai-ramai, melembutkn hati, menambah rasa kasih kepada Habibullah.. kemudian masuklah penceria suasana..Ust Nasa.. sangat kelakar,..(Ida sudah berbisik..macam Ust Shofi Abd Kadir..warden km di maahad dulu..)

Kami dipertontonkan dengan montaj mengenai tarbiyyah.. yes..’Everything begins with Tarbiyyah’…kemudian, tengok pula slaid tentang kehebatan cinta Rasul.. bagaimana Rasulullah صل الله عليه وسلم mencari umatnya di padang mahsyar nanti..

Sebak.. kemudian, kami diminta menulis warkah kepada baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم.. Sajak dideklamasikan, gamelan dimainkan..Mata-mata mula bergenang. Tangan terketar-ketar meluahkan rasa hati kepada Baginda yang dirindui. Beberapa ketika kemudian, beberapa orang diminta berkongsi coretan dan rasa hati.. sungguh, ramai yang mencintai Baginda Rasul. Dan kerana cinta itulah mereka tiba di dewan itu. Semoga ALLAH merahmati semua yang berada di dalam majlis tersebut.

Ust Nasa terus berceloteh, sedikit mengubat lara di hati. Namun, masih berbisa dalam membawa kami menilai diri, andai benar mencintai Baginda, adakah kita telah mentaati Baginda? Atau kita telah mengkhianati Baginda? Mentaati dengan berusaha beramal dengan sunnahnya.. Atau mengkhianati dengan tidak mempedulikan ajarannya serta berbangga dengan kemaksiatan?

Kemudian, Ust Khairul Anuar (peserta Imam Muda yg ke??)mengambil alih pentas..(naqib kpd Ust Nasa rupanya..).. kalam- kalam bersemangat.. namun menusuk dalam ke qalbu.. Penamatnya, beramai-ramai kami menyanyikan lagu ‘Menuju Wawasan’ dendangan UNIC.. memangla buat ana rasa bersemangat kembali..(memori Kem Anak Soleh bermain di mata).. sungguh merasakan suasana di Maahad seakan-akan hidup…Bahagia~

Alhamdulillah.. betapa ana merasakan majlis ini sangat berjaya. Namun, hakikatnya..kejayaan sebenar akan terlihat di luar majlis..adalah ia memberikan kesan berpanjangan di hati warga UiTM..atau sekadar dalam majlis sahaja??

-----------------------------------------

tulisan dari seorang saudara seIslam.. ayuh renungkan..dan UBAH!

..Umat Islam memang menghina Nabi..

Usaha Barat menghina Islam bukanlah suatu yang baharu. Pelbagai usaha yang telah mereka lakukan, termasuk karikatur Nabi, mempropagandakan umat Islam sebagai pengganas, mewujudkan Islamphobia, dan pelbagai sekatan terhadap amalan Islam seperti di Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lain. Setiap kali isu penghinaan ini berlaku umat Islam akan memprotes, ia lah, kita diwajibkan mempertahankan maruah dan kesucian agama kita. Begitu juga penghinaan yang berlaku dalam negara sama ada dicetuskan oleh parti politik tertentu atau orang perseorangan, seperti adanya paderi yang berceramah menghina amalan haji sebelum ini. Proteslah, buatlah apa yang patut selagi ada tangan dan kuasa untuk bertindak. Berdosa kita mendiamkan diri dan membiarkan agama kita dihina, meskipun hanya protes secara diam, sekurang-kurangnya tiada keredhaan di dalam hati.

Namun apa yang menghairankan, sedarkah umat Islam, ramai atau banyak kalangan umat Islam sendiri sentiasa menghina Nabi Muhammad, penghinaan ini terus berlaku dari zaman awal Islam hinggalah kiamat. Pelbagai bentuk penghinaan terhadap ajaran Nabi Muhammad dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sangat ketara dan tiada protespun, malah tidak dihindari, dan lebih teruk lagi disanjungi.

Tidak payah pergi jauh, di Malaysia sahaja, penghinaan-penghinaan terhadap Nabi Muhammad sangat berleluasa. Antaranya:

1. Tidak solat atau bersolat tidak cukup waktu tidak kira lelaki atau perempuan, ada juga yang ke masjid (lelaki) pada hari jumaat kerana malu kepada rakan sekerja tapi tidur di dalam masjid, ini saya ketahui sendiri di sebuah masjid, bersepah tidur di bahagian bawah masjid, bukankah itu satu penghinaan yang besar terhadap ajaran Nabi Muhammad?

2. Tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atau berpuasa kerana terpaksa.

3. Lebih ketara lagi ialah tidak menutup aurat yang kebanyakannya perempuan. Bersepah sana sini, dari golongan pemimpin, profesor, gabenor, artis,  hinggalah orang awam…. dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah bahkan berasa megah yang kononnya liberal dan moden, mereka ini telah menghina bukan Nabi Muhammad tetapi ajaran al-Quran sendiri, kadang-kadang belajar tinggi menggunung tetapi perkara yang mudah dan simple tidak boleh diamalkan, mungkin tiada hidayat  namun hidayat perlu dicari bukan dinanti. Apakah penghinaan yang lebih buruk daripada ini? Oh…. menutup aurat tidak termasuk dalam tujuh dosa besar, nanti buat amal lain maka boleh terhapuslah dosa ini… benarkah? Apakah jaminan dosa-dosa ini diampunkan? Jika dosa kecil dihimpunkan dan tidak sempat bertaubat nasuha, ia akan menjadi dosa besar juga.

4. Pergaulan bebas yang berleluasa dan menyebabkan perzinaan dan seterusnya pembuangan bayi yang berleluasa pada ketika ini, perkara ini lebih hina dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah betullah tidak bertamadun, tiada ajaran Islam lagi, apabila Islam datang, mereka menghentikan tabiat membunuh anak perempuan ini. Pada zaman ini yang dilahirkan sebagai Muslim, tak kira anak lelaki atau perempuan, disumbat dalam tandas, ditanam hidup-hidup, dibuang di dalam tong sampah, dan paling tragis baru-baru ini dicampak dari tingkat tiga, perilaku umat Islam kini lebih teruk dari binatang yang memelihara dan menyayangi anaknya meskipun tiada jaminan kewangan atau keselamatan. Apakah penghinaan terhadap agama yang lebih teruk daripada ini? Tapi jika dikaji asal-usul pergaulan bebas ini dalah dari permasalahan keluarga dan suasana dalam negara sendiri yang menggalakkan pergaulan bebas. Misalnya lihat sahaja setiap tahun, bulan 8-9 adalah masa pembuangan bayi. Ini adalah rentetan dari sambutan Tahun Baru 8-9 bulan sebelum ini. Anak muda dibiarkan berpeleseran dan pelbagai program sambutan hingga tengah malam dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang langsung tiada islamiknya.

Dan pelbagai jenayah malah ribuan jenayah lagi dilakukan oleh orang Islam seperti rasuah, mengunjungi pelacur, manipulasi, menolak ajaran Al-Quran dan macam-macam lagi yang dilakukan oleh orang ‘besar’. Pelbagai jenayah lagi secara kecil-kecilan. Bolehkah mereka menganggap mereka tidak menghina Nabi Muhammad jika melakukankanya? Banyak perkara yang berlaku di dunia ini atau di Malaysia sahaja yang saya sendiri tak faham, jangan salahkah Tuhan jika bala datang. Bala boleh datang pelbagai bentuk.

Sekadar mengingati diri sendiri dan orang yang mahu menerima pengajaran.

Wallahuaklam.

sumber:http://maruwiah.com/2012/09/21/innocent-of-muslim-umat-islam-memang-menghina-nabi/

-----------------------------------------------------------------------------------

Ya, bibir kita mudah melafazkan.. “aku cinta Nabi, aku kenal Nabi’.. Namun, betulkah kita benar-benar mencintai dan mengenali Baginda? Baik. Kau kenal Nabi..Siapa datuk Baginda? Oh, mudah saja.. Abdul Mutalib.. sapa x tau? Budak sekolah rendah pun tau.. Ok. Siapa nenek Baginda? … Jeda… senyap tak terkata.. kata kenal..kata cinta.. palsukah cinta itu?

sungguh ana berasa malu.. ya, bagaimanakah nanti? Adakah kita layak diakui oleh Baginda sebagai Ikhwan yang dicintai dan dirinduinya? Adakah kita akan membuatkan Baginda menangis melihat azab yang ditimpakan ke atas kita disebabkan penderhakaan kita?

Kita tega mengkhianati perjuangan Baginda.. Baginda bermati-matian memuliakan para muslimat.. namun dengan bermatian-matian juga segelintir muslimat mempertahankan busana mendedahkan auratnya,. sekaligus menghina perjuangan Baginda yang konon kita sangat cinta..

Kita tega mengkhianati perjuangan baginda.. Baginda bermati- matian menyebar dakwah.. ingin membawa ummahnya bersama-sama ke syurga..namun, kita terus membiarkan diri bergelumang dosa.. sengaja menggagalkan usaha Baginda membawa kita ke syurga dengan mencampakkan diri ke dalam neraka..

Tapi.. nanti di padang mahsyar..kita juga yang akan merayu Baginda memberi syafaat kepada kita.. merayu Baginda memohon keselamatan kita.. Layakkah kita? Tak malukah kita?

ASTAGHFIRULLAHAL’ADZIM!!

Ya ALLAH!! Sungguh diri ini hina… ampunkan kami ya ALLAH.. jadikan kami ummah yang benar-benar mencintaiMU.. dan juga benar- benar mencintai Kekasih-MU Muhammad صل الله عليه وسلم.. jadikan kami tentera-tentera yang mempertahankan agamaMU dan kekasihMU.. sebagai bukti kecintaan kami ..

AYUH!! Jika benar cintakan Rasulullah صل الله عليه وسلم.. jangan lokek berselawat kepada Baginda.. jangan malu meng’amalkan sunnahnya.. sunnah Rasul bukan sekadar berserban dan berjanggut.. malah sunnah Rasulullah yang terbesar ialah perjuangan Baginda!! Dakwah!! Jangan remehkan sunnah-sunnah seperti berpakaian kemas, mengalihkan halangan dari jalanan, sentiasa melemparkan senyuman(jgn smpai timbul fitnah pulak)… Jangan abaikan sunnah-sunnah yang besar seperti berjihad fisabilillah, amar ma’ruf nahi mungkar, berakhlak mulia..Dakwah!!

Mujahid!! Penuhkan rumah ALLAH pada setiap waktu..terutama waktu Subuh.. Indahkan akhlakmu.. mantapkan kepimpinanmu.. didiklah nafsumu.. latihlah kekuatan jasmani dan rohani.. sentiasa berada dalam tarbiyyah..kerana kau Syabab Harapan Ummah!

Mujahidah!! Peliharalah maruahmu..jagalah auratmu..tingkatkan malumu.. jangan mudah menjual dirimu..kerana dirimu sangat berharga..mantapkan ilmu dan amal, jagalah tarbiyyah ruhiyyah dan jasmani... kerana dirimu Kunci Kejayaan Ummah!

reummahfication

best memory ever di UiTM Puncak Alam.. PRM memang cool.. ^_^

304388_4212957414669_116941664_n

 

nak kenal Baginda?? Jom sama-sama baca buku ni.. ^_^

Syamail_Muhammadiah

0 comments:

Post a Comment

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!