Thursday 7 November 2013

Night Walk : Panduan dalam Kegelapan~

^__^  بسم اللّه الرّحمن الرّحيم..

اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آله وأصحابه وزوجاته وزرّيّاته ..

Alhamdulillah, segala puji hanya untukNYA kerana mengizinkan lagi hambaNYA yang lemah ini untuk kembali mencoret sedikit pengalaman di sini. Semoga pengalaman ini punya manfaat buat semua.

Alhamdulillah, pada 24-25 November 2013 yang lepas, aku berkesempatan mengikuti Program Komuniti UniSZA bertempat di Kem IM4U Outreach Camp, Merang, Terengganu. Dalam kekalutan kami 1st year MBBS berpindah kolej kediaman, 3 orang yakni aku, Fatin Nurhana dan Natasya diarahkan mengikuti kem tersebut sebagai aktiviti kokurikulum di bawah kursus Asas Kewartawanan, anjuran Pusat Holistik UniSZA.

Sesampainya kami di sana, waktu Maghrib menjelang tiba. Kami diarahkan memasang khemah di tapak perkhemahan yang disediakan, tepi pantai tu ^__^.. Setelah solat dan makan malam, kami diberi taklimat dan menjalani sesi ice-breaking. Acara utama malam itu, Night Walk, sorang-sorang jalan tengah hutan gelap berpandukan tali tanpa sebarang sumber cahaya. Kawan-kawan semua dah pernah join, tapi aku, first time  kot ~ >.< ~ Ketaq jugak la..

Kemudian, kami diberi taklimat khusus untuk acara malam tersebut dan diberi nombor identiti. Kami tak dibenarkan memanggil nama rakan tengah-tengah hutan, takut2 benda lain yang sahut >~< .. Fatin no 51, aku no 52 dan Tasy no 53. Sementara menunggu setiap orang dilepaskan satu persatu, kami berbual dan cuba melelapkan mata sebentar. Tasya pun menceritakan mengenai cendawan, kulat dan spora yang bercahaya dalam gelap, dan sebagainya. Tak lama lepas tu, tibalah giliranku..

Diiringi selawat, aku mula melangkah ke dalam kegelapan. Jumpa tali, lalu kupegang erat. semakin dalam berjalan , semakin gelap. Sampai satu tahap, aku tak dapat detect ada pokok di hadapan dalam jarak sejauh kira-kira 50cm pun. Tapi, aku melihat lantai hutan ibarat bercahaya. Lantas aku teringat cerita Tasya tadi, rupa-rupanya spora. Sungguh cantik, SubhanALLAH..  Meskipun cahayanya tidak mampu menerangi hutan itu, ia sudah cukup membantuku berpijak kukuh pada lantai hutan. Hal ini kerana, taburan spora tersebut di atas lantai hutan turut menggambarkan kontur muka bumi hutan tersebut. Lebih kurang macam gambar kat bawah la spora tu..800px-Noctiluca_scintillans

 

Akhirnya, aku tiba di checkpoint terakhir. Jalan keluar yang amat curam. Di sinilah, aku tergelincir. Disebabkan keadaan licin selepas hujan, ditambah pula dengan bentuk muka bumi yang sangat curam di situ, aku seolah-olah tiada tempat berpijak. Hanya mampu bergayut erat pada tali panduan. Tak tau la perasaan waktu tu macam mana. Selawat dan selawat. Alhamdulillah, penjaga checkpoint bergegas membantuku naik kembali ke atas cenuram tersebut. Kemudian, aku disuruh menuruni cenuram tersebut dengan cara mengundur, ala2 orang turun waktu abseiling gitu. Salah teknik rupanya aku, sebab tu tergelincir. Selepas aku selamat tiba, laluan keluar diubah kerana laluan yang telah kulalui itu terlalu licin dan tidak selamat lagi untuk digunakan..

Alhamdulillah, sementara menunggu selesai hampir 150 peserta, kami berbual dan ada yang merebahkan badan dan melelapkan mata di atas jalan tar dek kerana terlalu keletihan. Kami tidur hampir jam 4. Esoknya, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk kerja-kerja komuniti, diikuti dengan sesi water confident dan majlis penutup.

------

Allahumma solli ala muhammad..

Alhamdulillah, terlalu banyak yang aku pelajari daripada kem ini.

Satu : Pada siapa kita meletakkan pergantungan?

Inilah point yang paling ditekankan oleh fasilitator sewaktu Night Walk. Dalam keadaan bersendirian, dalam kegelapan, kepada siapa kita akan berharap? Sungguh, waktu itulah aku merasakan, aku menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Jika aku sesat, terjatuh atau pitam ka tengah-tengah hutan tu, hanya ALLAH yang boleh tolong aku. Hanya ALLAH yang akan membantuku. Makhluk langsung tak punya sebarang kuasa, segalanya milik ALLAH Yang Maha Memiliki, Maha Kaya, Maha Agung.

Dua : Apa panduan kita dalam kegelapan fitnah akhir zaman?

Dalam hutan rimba itu, sangat gelap. Tapi, ada tali. Ada spora bercahaya. Pesan fasi, jalan pegang tali, jangan lepas langsung, insyaALLAH selamat. Memang waktu tu, satu ayat spontan mai dalam kepala, tapi cek ingat sekerat je la..

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya.

Ya. Peganglah tali ALLAH sekukuhnya. Dakap Islam seeratnya. Jangan sesekali lepaskan tali itu, andai mahu selamat hingga ke syurga. Jangan sesekali longgarkan pegangan, meskipun rasa sakit yang teramat. Yakinlah, ALLAH tak akan pernah mensia-siakan usahamu. Genggam jua tangan keluargamu, sahabatmu, jangan biar mereka sesat dalam gelap. Bawa tangan mereka untuk berpegang pada tali yang amat kukuh ini. Semoga ALLAH sudi meminjamkan sedikit kekuatan kepada kita untuk terus bertahan atas jalanNYA, yang di akhirnya terbentang syurga yang tidak terbayang indahnya,

Sungguh, ALLAH itu Pemilik Cahaya. Dalam gelap itu, kita begitu mengharapkan cahaya sebagai panduan.. Maka ALLAH hadiahkan KekasihNYA Saiyyidina Muhammad saw sebagai cahaya dan rahmat buat alam. ALLAH kurniakan agama Islam yang syumul kepada kita. ALLAH turunkan KalamNYA al-Quranul Karim sebagai pedoman hidup buat kita. Hakikatnya, ALLAH tak pernah biarkan kita sendirian. Kita ja yang dok rasa ALLAH jauh, sedangkan ALLAH itu dekat, dekat sangat2, cuma kita yang kerap menjauhkan diri.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dekat daripada urat lehernya (Al Qaaf:16)”

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), “Aku itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah: 186)

Rasulullah saw dah pesan dah kepada kita, umatnya, kena pegang pada alQuran dan Hadis. Tinggal kita, nak amal atau tak?

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik).

Semoga ALLAH tetapkan kita atas jalan menuju redhaNYA ..^__^

image

Oh ya, hampir cek terlupa..

Salam Maal Hijrah ^__^.. Jom-jom kita perbaharui azam hijrah ke arah yang lebih baik, dari masa ke semasa.. Jangan lupa puasa 9-11 Muharram ya..

1385731_10151933220466999_953626391_n

Semoga ALLAH redha~

اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آله وأصحابه وزوجاته وزرّيّاته

Saturday 5 October 2013

Coretan~ Fasa 1: Ke Arah Doktor aka Daie Muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهمّ صلّ على سيّدنا وحبيبنا وشفيعنا محمّد وعلى آله وأصحابه وزوجاته وذرّيّاته..

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan penulisanku dalam blog ini terhenti, ALLAH izinkan alfaqir kembali menulis buat kesekian kalinya.

Tajuk hari ini, sekadar sebuah coretan pengalaman, setelah genap sebulan bergelar Mahasiswi Perubatan, Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Universiti yang bakal menjadi rumahku sepanjang 5 tahun pengajian. Bersama rakan-rakan sekelas yang berjumlah lebih kurang 60 orang. Muslim dan belum Muslim. Moga semuanya mendapat hidayah dan taufik daripada ALLAH Taala yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pertama kali menjejak bumi UniSZA, perasaanku bercampur baur. Gembira bercampur kerisauan. Gembira, kerana teman kesayanganku Asmaa turut berada di sini, meskipun bukan dalam kursus yang sama. Gembira kerana sahabat baik merangkap teman sekelasku Fatin dari Asasi UiTM turut mendapat tempat dalam kursus yang sama denganku, selain seorang teman seusrahku, Ailin. Alhamdulillah. ALLAH Maha Tahu bahawa aku tidak kuat bersendirian, lalu DIA mengurniakan sahabat-sahabat yang mampu menasihatiku saat aku lalai daripadaNYA. Aku juga khuatir. Risau memikirkan, adakah 5 tahun ini bakal mengubahku kearah yang lebih baik? Ataupun menuju binasa? Na’uzubillahimin zaalik. Semoga ALLAH sentiasa meletakkan diriku dan sahabat-sahabat dalam pemeliharaannya.

Pesanan umi ayah tersayang, belajar sungguh-sungguh, jangan banyak main-main. Istiqamah join usrah, jangan silap pilih pulak. Pesan murabbi, belajar niat kerana ALLAH, istiqamah dengan perjuangan, kuatkan ruhiyyah.. Guru-guru tercinta turut berpesan perkara yang sama.. Aktif tara mana pun, jangan sesekali tinggalkan kuliah aka lecture. Jaga adab dengan guru. Amalan jangan tinggal. Jadi doktor untuk angkat martabatkan Islam. InsyaALLAH, akan ku usaha beramal dengan setiap pesanan kalian. Mohon doakan diri ini dan sahabat-sahabat.

Tempat pengajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) terletak di Kampus Kota, betul-betul bertentangan dengan Hospital Sultanah Zahirah di tengah-tengah Kota Terengganu serta bersebelahan dengan istana  yang masih terjaga rapi. Penginapan kami, 2 blok asrama MAIDAM berwarna hijau terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari kampus. Tapi, buat sementara waktu ini, kami masih menginap di Kampus Gong Badak sementara menanti mahasiswa/siswi diploma selesai menjalani peperiksaan. Ini bermakna, setiap hari, kami perlu menaiki bas pada jam 7 pagi untuk ke Kampus Kota. Jadi, tiap-tiap hari dapat bangun awal ^__^.. Alhamdulillah..

Setelah Minggu Mesra Siswa pada minggu pertama, kami melalui pula Minggu Mesra Medik (3 hari 2 malam sahaja kerana kesuntukan masa). Semestinya kenangan sepanjang orientasi khusus untuk pelajar medik ini merupakan memori teristimewa. Sepanjang program ini, kami ditempatkan bersama kakak2 angkat bagi siswi dan abang2 angkat bagi siswa untuk penginapan di MAIDAM. Terlalu banyak perkongsian oleh mereka yang sedikit sebanyak membuka mata kami yang masih dalam mode bersuka-ria. Sesi explorace yang menyeronokkan meskipun ada sesetengah checkpoint menguji kesabaranku. Petang selepas explorace, kami pun berjalan beramai-ramai ke tempat penginapan. Tidak semena-mena aku terdengar jeritan kawanku di belakang. Aku pun mngalihkan muka ke arah jalan raya. Ustaz Azhar Idrus tengah menunggang basikal sambil melambai kearah kami. Betul-betul kat sebelah. Excited sungguh semua sebab dapat tengok Ustaz Azhar Idrus secara live, siap dapat lambaian lagi tu ^__^..

Malam Tautan Kasih; malam penuh pahit manis. ALLAH bagi tarbiyah dengan pelbagai cara. Kena prank birthday sekali dengan Khamisa sebab birthday bulan September. Alhamdulillah, first time orang buat surprise macam tu, kek pun sedap ^___^.. special thanks to my seniors.. Somehow, sesi itu memang merealisasikan temanya sebagai Malam Tautan Kasih, alhamdulillah..

Esoknya, satu lagi sesi mencabar kesabaranku. Sesi membuat persembahan. Pada mulanya, segalanya baik-baik sahaja. Dalam kumpulanku, siswa siswi belum Muslim memilih untuk mempersembahkan tarian manakala siswi muslim memilih untuk berlakon sahaja. Entah bagaimana, tiba-tiba, semua kena menari. Lelaki perempuan. Muslim dan belum Muslim. Saat yang membuatku sangat tertekan. Maaf, aku punya prinsip tersendiri. Aku sama sekali tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsipku, apatah lagi peganganku. Biar orang kata aku syadid, daripada aku terlalu terbuka. Aku cuba sedaya upaya memberikan kerjasama dan berlapang dada, selagi tidak menyalahi prinsipku. Akhirnya, ALLAH membuka jalan untukku. Sahabatku Ailin yang sangat memahami pendirianku memberi cadangan agar aku memberi sedikit ucapan ringkas untuk menutup persembahan kami. Meskipun agak ketar nak bercakap depan senior, Alhamdulillah, itulah cara terbaik untukku menyumbang dalam persembahan tersebut. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar…

Apapun, my classmates are the best!! Mija, Fatin Wahidah, Ailin..thanks for accepting me, walaupun aku ni tak berapa sporting dan membosankan. Special to Farihah, terima kasih sangat sebab sentiasa sudi temankan kami ke program-program yang ada kat UniSZA ni.. Farhana, Hajar dan Raihan.. terima kasih jugak sebab banyak bantu kami dalam studi.. Jessica, Pavithra and all my friends of the 5th Batch MBBS UniSZA.. you all are so sweet and your persistence in study keeps motivating me to push harder and strive to be the best.. <3 ~ Dedicated to my classmates: Sima, Rasyidah, Khamisa, Natasya, Atikah, Adawiyah, Hidayah Zainal, Hidayah Azhar, Farihah, Farhanin, Aminah, Aina, Alissa, Nazirah Fatin, Fatin Nurhana, Fatin Wahidah, AIlin, Mija, Hajar, Sarah, Azieni, Farhana, Raihan.. Jessica, Janice, Ng Sim Yin, Ribka, Jennifer, Karen, Ang Tze Ling, Meersha, Shantini, Deepa, Shankarii, Nila, Pavithra, Aiman, Bazli, Hafiz, Iqbal, Azizi, Afnan, Ali, Azeem, Ming Yong, Sherman, Ong Chuan Ming, Choo , Alvin, Sim, Teck Min, Nitya, Rinesh, PG, Rao.. and siswa siswi intake yang baru yang masih belum dapat dikenalpasti nama.. maaf ya.. please do note me for their name so that I can include them here..   (^__^)V

Masuk pula kisah sepanjang kuliah. Semestinya semua pensyarah di sini sangat baik ^__^.. Pembelajaran kami di sini berdasarkan kurikulum integrasi yang dibahagikan kepada beberapa modul. Dalam modul 1 yang berjalan selama 2 minggu, kami didedahkan kepada asas-asas anatomi, fisiologi, biokimia dan farmakologi. Kuliah dalam modul 1 yang paling kugemari, kuliah anatomi yang mengkhusus kepada embriologi, di mana kami belajar mengenai pembentukan fetus kepada bayi dari minggu ke minggu secara kasar. Hakikatnya, apa yang kami belajar masih boleh dikira sekadar di permukaan. Terlalu banyak yang masih belum kami pelajari. Alhamdulillah, kuliah yang disampaikan oleh Dr Lakshmi dan Dr Thin sangat menarik dan terperinci, membuatkan aku begitu kagum. Sungguh, ALLAH itu Maha Teliti, Maha Berkuasa mencipta segala sesuatu. Bagaimana seorang manusia yang sangat kompleks bermula dari sel-sel yang lebih kecil dari sebuah noktah. Dari sebuah fetus yang seakan-akan makhluk asing, berkembang menjadi seorang bayi yang lengkap sempurna. Segalanya begitu tersusun dan sempurna.Indah kan?

image

image

Ayuh kita renungkan pengertian firman ALLAH SWT ini :

image

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.(Al-Hajj, 5)

 

image

Hakikatnya, terlalu banyak yang ingin dikongsikan disini, tapi, esok kelas.. Semoga tulisan yang serba ringkas ini punya manfaat buat semua, jika tidak banyak, sedikit pun jadilah. Semoga ALLAH redha.. ^_____^

Friday 31 May 2013

Jaulah SP-KL-SP (PU-RCSI Interview)

بسم الله الرحمن الرحيم…

اللّهمّ صلّي على سيّدنا محمّد وعلى آله وصحبه وبارك وسلّم

Alhamdulillah, masih diberi peluang mencoret lagi perkongsian di laman ini.

Coretan kali ini sekadar perkongsian pengalaman perjalanan saya bersama bonda tercinta tempoh hari ke Kuala Lumpur untuk menjalani temuduga kemasukan ke Universiti Perdana-RCSI di Serdang, Selangor. Semoga semua memperoleh manfaat daripadanya.

Khamis (30 Mei 2013)

5:00 am: bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

6:20 am: boarding airplane flight MH1133, domestic flight (as it was my first time boarding an airplane, I am a bit anxious but excited, hoho.. met Dr Asri Zainal Abidin, he was taking his family for umrah,we were on the same airplane  seronok jumpa dia walaupun tak berbual..)

6.45-7.45 am : take off and landing.. (sepanjang flight, aku ulangkaji soalan-soalan past year interview dan rancang bagaimana nak jawab..)

8.20 am : naik KLIA Transit ke Bandar Tasik Selatan (+- 30 mins) , kemudian ambil teksi ke Universiti Perdana (+- 30 mins)… korang memang kena prepare duit banyak2 la nak pergi KL ni.. untuk orang x berapa kaya macam aku ni, memang ketaq la tengok harga tiket KLIA Transit dalam RM 26 seorang, teksi ke Serdang pulak RM 33.. tu baru perjalanan pergi.. flight pun consider hadiah dari ayah.. for my past success in exams??

9:30 am: tiba di U. Perdana.. bagi siapa yang nak pergi sendiri naik bas, maaf, memang takde bas masuk sampai dalam tu.. bas yang aku nampak hanya sampai UPM sahaja.. siapa yang naik kereta, korang boleh ambil arah ke UPM, kemudian cari tapak ekspo MAHA.. kat bangunan MAEPS.. agak dalam juga.. boleh tanya guard2 di UPM kalau x tau jalan. (kami minta nombor fon pakcik teksi , senang nak call bwk kami balik.. mana nak cari teksi kat situ?)

Kemudian, kami terus ke tingkat 1, jumpa guard utk isi nama sebagai pelawat.. kemudian jumpa penyambut tetamu utk mendaftar.. waris diminta tunggu di lobi.. para calon dibawa ke tempat menunggu, partition2 yang ada meja bulat, 5 orang setiap meja .. ikut la nak sembang ka, nak senyap ka.. aku sempat berbual-bual dengan calon2 lain, seorang Chinese , Chong Beng, Indian girl, Sindhu, kedua-duanya pelajar matrikulasi KPM.. sorang lagi Amira dari Asasi UM dan sorang lagi student Asasi Palam… Nazira from group D7  klu x silap.. oleh kerana budak palam sangat ramai mmg x pernah jumpa sebelum ni..

10:00 am : kami dibawa ke bangunan sebelah.. setelah menunggu beberapa ketika, kami dibawa ke bilik peperiksaan , hanya boleh bawa pensil dan pemadam sahaja masuk.. bilik tersebut kecil sahaja.. kemudian kami diberi arahan untuk menjawab soalan2 tersebut..

60 questions, 30 minutes given.. ada dua part, jawab semua soalan.. soalan2 basic grammar, mcm soalan Section B – Rational Cloze zaman PMR .. rasanya semua soalan dia macam tu.. so, jangan risau.. insyaALLAH korang boleh jawab punya.. (utk yg nak interview ^_^)

Selepas tu, kitorang kembali ke tempat menunggu dalam bangunan tu… nama pertama dipanggil, Amira.. yang duduk sekali tadi.. kami semua tengok ja dia.. nervous kot.. ada dalam 3 bilik interview.. 2 orang interviewer, dan akan di interview sorang2..

Aku dipanggil dalam jam 12.40 tengahari gitu… Alhamdulillah panel penemuduga memang sangat relaxed dan cool. An Irishman and a Malay Muslim female… masuk2 bilik tu, diorang sembang samada nak panggil sorang lagi calon selepas aku atau tak sementara aku tercangak tepi pintu tak tau nak buat apa.. Tak lama pun, sekejap ja.. diorang tengok aku, minta maaf..

Mr Irishman: Sorry Munirah, a bit logistic problem we have here. Welcome! ( Dia senyum lebar sambil hulur tangan untuk bersalam, aku tengok tangan dia. Hah, sudah, first time encounter situasi macam ni.. automatically tangan kanan aku bawa ke dada sambil tunduk hormat kat dia..aku senyum sambil cakap, “Sorry”.. spontaneous action sebenarnya.. tak fikir langsung.. memang rasa sangat ALLAH jaga aku.. huhu.. Alhamdulillah…)

Mrs Interviewer: Welcome, Munirah. (shook hand) Please be seated. Now, we are going to have an informal conversation. There will be no right or wrong answer.. Just relax… (Aku senyum ja tengok dia dan Mr Irishman kat sebelah dia.. sebenarnya takut jgak kot dia rasa offended dgn action aku tadi, tapi dia nampak ok ja.. xpa2.. ALLAH ada..).. kemudian dia buka soalan.. actually, semua soalan ditanya oleh Mrs Interviewer.. Mr Irishman cuma tulis atas paper depan dia.. hopefully semua yang dia tulis tu baik2 belaka.. Ameen…)

1) Introduce yourself.

2)What is your view on Chemistry?

3) In your opinion, what is the importance of Chemistry in Medic?

4) Why do you want to take Medic?

5) Have you ever take initiative to know real doctors life, like shadowing a doctor for a day or you meet up a doctor and ask to watch him for a day or something like that?

6) What is the toughest choice you have ever made in your life?

7) What is you plan after internship?

8) Okay, I’m going to give you 3 scenarios.. Firstly, lets say you are now a doctor, and you own a clinic. One day, you have a male patient, asking you about his sexual problem and you need to examine his private part. What will you do?

9) The second scenario, lets say that you is a Dean of a Medical School, you find out that a student has committed wrongful act, such as, drinking, drug abusing or something like that. What would you do? Choose from the sanctions given..

Sanctions: – do nothing – verbal warning - written warning – fail a subject and have to extra works to gain extra credits– fail a semester – expulsion

10) The third scenarios, you are now a doctor in a rural clinic. You and your colleague work from 7 am to 10 pm and both of you are very tired. You’re treating you last patient, and you have to inject him medication. You extract the medicine using a syringe and give the syringe to your colleague to be injected. In the middle of the injection being administered, means, the syringe’s needle is in the patient’s skin and the medicine has been halfway injected into his bloodstream, you realise that you had given him the wrong medication. What will you do?

11) Okay, I think this will be the final question. What are your co-curricular activities?

Mrs Interviewer: Okay, thank you very much. Bryan, do you have any question? (She asked Mr Irishman , he shrugged and said no) . Okay, do you have any question, Munirah?

Me: Yes, I have read in Perdana U. website and I found out that there are researchs done here. Do the students allowed to do research? I am really interested in doing research stuffs.

Mr Irishman: Oh, yes. Only selected students may be allowed to do research as their Summer program and our university is also a centre of research… (Lebih kurang mcm tu la .. panjang lg dia explain sebenarnya, kemudian dia tulis something kat kertas dia..)

Mrs. Interviewer: What type of research would you want to do, Munirah?

Me : As I am going to specialize in Obstetric and Gynaecology, I intend to do research on that field. I mean, we do have IVF, test tube babies and all, but, the knowledge just don’t stop there. In medicine, the knowledge keep.. expanding?? (hehe, sepatutnya the knowledges are non-stop and keep progressing.. tapi.. x jumpa perkataan dalam kepala.. sebut je la apa yg keluar..)

Mr Irishman: Very good, thank you very much, Munirah.

Mrs. Interviewer: Thank you, Munirah. You can go back now. (Smile and shook hand)

Me: Thank you very much. Have a nice day. (Smile and tunduk hormat kt Mr Irishman)

.. Jalan keluar dengan senyuman… Alhamdulillah.. Both of them are quite kind actually, they even apologize for stressing me out :)..

1:00 pm : Jumpa umi, pi makan kat kedai tepi bangunan tempat kena interview. (Sangat lapar sebab tak sempat breakfast :P) Telefon pakcik teksi supaya datang dalam pukul 2- 2.15 pm).. Kemudian kami solat di surau dalam bangunan tu. (Perhatian utk muslimat, ambil wuduk siap2 di bilik air ya.. surau dia sebenarnya hanya sebuah bilik , takde tempat berwuduk pun.)

Sempat berbual dengan dua orang senior yang ada kat dalam surau tu, first batch, diorang kata batch diorang dalam 70 org , disebabkan diorang batch first, so agak rapat dgn lecturer.. lecturer ada from malaysia dan ireland.. curriculum from ireland, dan sekarang diorang tgh final exam.. cuti awal..^_^

2.15 pm: Pakcik Abu sampai.. berbual-bual dengan pakcik.. Pakcik hantar ke Stesen LRT Bukit Besi.. baik pakcik ni.. sapa nak naik teksi dia boleh minta nombor pakcik Abu Hassan ni kat saya..^_^

3:00 pm : Naik LRT ke Kl Sentral , expecting to buy a book there, sebab sebelum ni ada macam gerai buku-buku second hand kat situ… kecewa sbb kedai tu dah takde.. Naik LRT ke pudu sebab expect Puduraya dok situ.. Rupa-rupanya kena turun kat Plaza Rakyat.. kesian umi, penat berjalan.. anak dia ni takpa la.. muda lagi.. Kemudian, kami beli tiket bas ke SP jam 5.30. Oleh kerana jam baru 4.30, aku ajak umi ke kedai buku.. banyak kot buku kat situ.. berjaya beli Anthem by Hlovate.. penat cari kat SP x jumpa..^_^.. dapat jugak beli novel Hilal Asyraf yg terbaru, Takdir 2 dan 2 buah novel Dan Brown, Forbidden Fortress dan Deception Point..campur buku teknik belajar untuk anak-anak kesayangan umi, melayang RM100.. xpa2.. demi buku, aku sanggup buat apa saja..hehe ^_^..

11.30 pm : Tiba di SP.. Alhamdulillah.. Penat, tapi puas berjalan.. dah lama sangat terperap kat rumah..

images (3)booksdownloadimages (4)

Semoga ALLAH redha..

Saturday 27 April 2013

Kau Zalim!


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillah Walhamdulillah.
Lama ana tak menulis. Lebih sebulan rasanya. Jutaan kemaafan ana pohon dari semua.
---

Adil. --- Zalim.
Dua kalimah yang cukup ringkas namun perbedaannya cukup besar. Adil~ bermula dengan huruf A. Zalim, bermula dengan huruf Z. Cukup jauh perbezaannya. Seolah-olah menggambarkan betapa Adil dan Zalim tak mungkin bersekutu, apatah lagi bersatu. Adil itu antara jalan ke syurga manakala Zalim itu antara jalan ke neraka. Maka, pilihlah! Pilihlah, kita mahu ke syurga atau neraka. Kerana pilihan itu di tangan kita.
---
Tapi, hari ini ana nak cerita tentang Zalim.
Definifi zalim ni ada banyak:
-Istilah Bahasa Arab: Gelap.
-Istilah al-Quran: Perbuatan melanggar hak orang lain.
-Perbualan biasa: Gambaran sifat kejam, bengis dan tidak berperikemanusiaan yang menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan orang lain.
-Antonim: Lawan sifat ‘Adil. Bermakna seseorang itu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Menurut para ‘ulama, zalim terbahagi kepada tiga:
1) Zalim kepada ALLAH : dengan menyekutukan ALLAH. Zalim yang paling memudaratkan dan berbahaya.
2) Zalim tehadap makhluk ALLAH : tidak memberi hak kepada yang berhak, menganiaya dan sebagainya.
3) Zalim terhadap diri sendiri : tidak menunaikan hak diri,

Baiklah, hari ini, ana nak fokus pada kategori yang ketiga, yakni zalim terhadap diri sendiri,

Kita sering melihat dan menuduh. Orang itu zalim! Dia zalim! Dia tidak ‘adil! Seolah-olah kitalah insan yang paling ‘adil dalam dunia. Namun, jarang sekali kita berkata pada diri, aku tak ‘adil. Aku zalim. Mungkin sahaja tidak pernah. Sedangkan, kita merupakan manusia paling zalim dalam dunia ini. Ya, kita zalim! Zalim kepada diri! Kita zalim kepada roh kita! Kita zalim kepada emosi dan akal kita! Kita zalim terhadap jasad kita!

Kenapa? Tak percaya? Jom tengok, ada tak contoh-contoh kezaliman ini pada diri kita.

Spiritual (Ruhiyyah)
~ mensyirikkan ALLAH (zalim kerana memberi kuasa yang menjadi hak mutlak ALLAH kepada makhluk lain. Ia langsung tidak mampu memudaratkan ALLAH yang Maha Suci dari segala kekurangan)
~ tidak mengikut sunnah Rasulullah (senyum, istighfar berapa kali dah hari ni?)
~ meninggalkan dan melengah-lengahkan ibadah wajib (solat pukul berapa? dah ganti puasa?)
~ melakukan perkara yang ditegah agama dan ketagih kepada perkara yang haram (banyak sangat, pandai-pandai fikirlah ye..)

Minda (Akal)
~ tidak berusaha menambah ilmu (pi kelas lena ka menyembang? Atau sengaja ponteng kelas, lena dalam bilik)
~ membaca, menonton dan mendengar perkara-perkara yang merosakkan daya berfikir (movie-movie yang kita tengok tu, buku-buku yang kita baca.. ada buat kita berfikir dan mendorong kita buat benda baik tak?)
~ minum arak kerana ia menganggu fungsi otak (dadah pun sama)
~ malas menggunakan akal untuk berfikir (kita selalu macam ni, bila orang tanya soalan sikit, “ah, malaslah fikir, kau buatlah sendiri”. Bila dapat soalan matematik yang panjang sikit: “Ah, tengok pun dah tau payah, tunggu ja la lecturer bagi jawapan dalam kuliah, bukannya dia check pun kita buat ka tak.”)

Emosi (Perasaan)
~ memilih untuk berfikiran negatif (bila tengok orang berbual-bual tak ajak kita:”Mesti diorang tengah mengumpat aku kan.” )
~ sentiasa gelisah memikirkan hal dunia berbanding akhirat ( bila surf internet: “kenapa internet lambat sangat ni?? Nak download MV dengan drama terbaru pun lembab, huh.”
~ membiarkan diri diselubungi perasaan yang melemahkan semangat (apabila terjatuh sekali": “Aku tak mampu tinggalkan dosa ni! Aku dah ditakdirkan masuk neraka agaknya. Biarlah.)
~ sengaja tidak melawan perasaan mazmumah dalam diri (Malas: “ah, malaslah nak baca buku. Esok ada lagi.” Lalu kita layan sifat malas itu)

Fizikal (Jasad)
~ makan makanan yang memudaratkan kesihatan (Maggi! Jajan! Air ketum! )
~ Berkira-kira untuk melakukan kerja yang perlukan tenaga fizikal (Ke kelas: ala, penatnya naik turun tangga, tak nak pegi kelas la hari ni. Malasnya nak jalan pergi kafe, makan megi je la”)
~ tidak menjaga lidah dari menyebut perkara yang memudaratkan (contoh: mengumpat dan menjaja cerita mengenai orang lain. Sekali orang balas dendam, baru menyesal)
~ Membunuh diri

Amacam? Ada tak dalam diri kita perkara-perkara di atas?

Kasihan diri kita. Kita sibuk mempertahankan insan-insan lain dari dianiaya, tapi kita sendiri sering menganiaya diri kita sendiri. Kita tahu, baca al-Quran itu ubat kepada hati, tapi kita malas nak buat. Kita tahu, solat itu tiang agama, kerehatan bagi orang beriman, tapi kita masih berlengah dan meringan-ringankan solat. Kita tahu tengok MV itu melalaikan, tapi kita masih buat.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita berlaku ‘adil terhadap diri kita! Bangkitlah dan lawan kezaliman terhadap diri kita! Ingatlah ALLAH, lakukan segala perintahNYa dan tinggalkan segala laranganNYA!

Tapi, saya tak kuat… saya tak mampu. Macam mana nak buat??

Ubatnya.. Cinta!

Cinta kepada ALLAH! CInta kepada Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ! Cinta kepada ummah! Cinta kepada diri sendiri (bukan nafsu ya)!

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Bagaimana nak suburkan perasaan cinta tu? Jawapannya ialah kenal dan komunikasi!

Nak suburkan cinta kepada ALLAH? Kenal ALLAH dengan sifat-sifat kesempurnaanNYA. Kita perlukan lebih komunikasi kepada ALLAH. Caranya, solat dan al-Quran. Waktu kita solat, kita berbicara kepada ALLAH. Waktu kita baca al-Quran, ALLAH berbicara kepada kita. Direct. Tiada sebarang sekatan. Tidak perlu bayar apa-apa. Tak perlu orang tengah. Tiada kos tersembunyi. Tak boleh solat dan baca al-Quran? Doa kan ada. Berbicaralah kepada ALLAH di mana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja, dengan bahasa apa sekalipun.

Nak suburkan cinta kepada Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم pulak macam mana? Kenali keperibadian baginda 
Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم melalui sirah-sirah dan belajar kitab Syamaail Muhammadiyyah. Pasti kita akan jatuh hati dengan keperibadian baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Jom berhubung dengan Rasulullah صلّى الله غليه وسلّم melalui selawat, qasidah dan banyakkan baca hadis.

Murabbiku Syeikh Muhammad Zainul Asri ada berkata, Rasulullah sentiasa mengunjungi kita setiap kali kita membaca selawat dalam tahiyyat semasa solat. Maksud selawat yang kita baca ialah : (Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya.) Lafaznya menggambarkan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم berada di hadapan kita pada saat itu. Cuma, kegelapan hati kita membuatkan kita tidak mampu merasai kehadiran baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Qasidah pula jangan sekadar dialunkan di bibir, hati juga perlu mendalami maknanya. Barulah terkesan di dalam hati.

Nak suburkan cinta kepada ummah? Ummah itu mad’u. Kenali mereka, tahu kaedah terbaik untuk mendekati mereka. Berkomunikasi dengan mereka dengan cara berhikmah. Tahu, bahawa ummahlah yang paling Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم cinta setelah cinta kepada ALLAH.

Nak suburkan cinta pada diri? Senang sahaja. Kenali diri kita, tahu kekuatan diri dan manfaatkannya,tahu kelemahan diri dan usaha perbaiki. Jangan segan meminta nasihat dan doa daripada orang lain. Komunikasi dengan diri juga sangat penting. Ucapkan kata-kata positif kepada diri kita setiap hari. Usaha untuk sentiasa berfikir dan bertindak secara positif. Tahu bahawa ALLAH dan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sangat mencintai kita. Yakin bahawa segala yang ALLAH bagi kepada kita samada ia dalam bentuk rahmat atau musibah, hakikatnya, kedua-duanya merupakan rahmat dari ALLAH. Pasti ada hikmahnya, kerana ALLAHlah yang paling mengenali diri kita dan tahu apa yang terbaik untuk kita.

Oh, panjangnya soal cinta., apa kaitannya dengan menghentikan kezaliman pada diri. Baiklah, apabila kita cinta kepada ALLAH, sanggupkah kita melakukan apa yang tidak disukainya? Apabila kita cinta kepada Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم , sanggupkah kita melihat baginda terluka disebabkan perbuatan kita? Apabila kita mencintai ummah, sanggupkah kita andai mereka dizalimi disebabkan perbuatan kita ? Apabila kita mencintai diri kita, sanggupkah kita mencampakkan diri kita sendiri ke dalam neraka disebabkan perbuatan kita? Pastinya tidak.

Dan dengan cinta jugalah, kita akan memperoleh dorongan dan kekuatan luar biasa. Tak perlu disuruh dipaksa. Segalanya kita lakukan dengan rela, kerana kita mahu sang Kekasih redha dengan kita dan kembali mencintai kita. Kata hukama’: (seseorang akan menjadi hamba kepada yang dicintainya). Tak mungkin kita menjadi hamba kepada insan yang juga merupakan hamba. Selayaknyalah kita menjadi hamba kepada Penguasa Tiap Hati yakni ALLAH.

Firman Allah: “Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat dzalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).(2:165)”
---------------------------------------
Jom kita berqasidah~
Hari ni ana nak share Qasidah Ya Rasulullah Isyfa’lana..

Isyfa’lana ~Fathul Mubin MMAS


یا رسول لله یا یا نبي
لك الشفاعة وھذا مطلبی

أنت المرتجی یوم الزحام
إشفع لنا یا یاخیر الأنام

إشفع لنا .. لنا لنا یا حبیبنا
لك الشفاعة یارسول لله
یا یا نبی یا نبی

لدنا بك یا یاحبیب
أنت للخلق طبیب

إشفع لنا .. لنا لنا یا حبیبنا
لك الشفاعة یا رسول الله
یا یا نبي یا نبى

جئت للبرایا بالشرع المبین
تنشر الھدایة بین العالمین

إشفع لنا .. لنا لنا یا حبیبنا
لك الشفاعة یا رسول الله
یا یا نبي یا نبى




Undilah kepimpinan yang membawa dan mengamalkan Islam yang sebenarnya ^_^
~Anak Muda Bersama Ulama’~
~Pakatan Harapan Rakyat ~


Sumber:
Solusi Isu 53 (Mac 2013)

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!