Tuesday, 11 August 2015

Selamat Datang 7th Batch of MBBS UniSZA

 

بسم الله الرحمن الرحيم

اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آله وأصحابه وزوجاته وذريّاته.

Assalamualaikum, semua.

Alhamdulillah, ALLAH beri peluang lagi untuk menulis.

Hari ini, post khusus untuk meraikan bakal ahli keluarga besar Medical Students Association of UniSZA (MediSZA).

Tahniah kerana terpilih menjadi generasi ke-7 MBBS UniSZA!

Pasti korang mempunyai banyak soalan tentang kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan UniSZA.

So, my 1st kind advice, sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang kita miliki, stop comparing what you have to others. Yakin bahawa apa yang ALLAH bagi untuk kita, itulah yang terbaik untuk kita, InsyaALLAH!

Nota: (saya bahasakan diri sbg akak ye, sbb post ni ditujukan kpd adik2 J)

Bismillah-ar-Rahman ar-Rahim. Kita mulakan.

Okay, tentang life kat sini, akak akan sentuh perkara-perkara berikut:

1)      Ibadah

2)      Study

3)      Persatuan

4)      Kolej Kediaman & Makanan

5)      Transport

6)      Shopping

7)      Rekreasi…..

Perkara 1: Ibadah

So, kita start dengan perkara paling penting dalam hidup kita, Ibadah. Kenapa akak cakap gitu? Sebab, ALLAH dah berfirman dalam Surah Adz-Dzaariyaat, ayat 56:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Setiap detik hidup kita tak boleh lari dari ibadah. Belajar, makan, tidur, mandi… semua itu dikira ibadah, andai kena caranya.

So, apa yang akak nak cakap ni?

Akak cuma nak cakap, dekat sini (kampus perubatan UniSZA), Alhamdulillah, suasananya amat kondusif bagi orang-orang yang mencintai dan mencari kebaikan J.

Dekat sini, yang paling hampir, kita ada Surau al-Amin, di bawah Majlis Kolej Kediaman UniSZA D (kitorang panggil kolej kediaman ni maidam). Surau ini, Alhamdulillah, aktif dengan majlis-majlis ilmu setiap minggu. Kelas fiqh ada, tafsir ada, hadis ada, tajwid ada.. tauhid mana? Kelas tauhid baru sahaja tamat kitab pengajiaannya. InsyaALLAH akan diadakan pada masa-masa akan datang. Solat berjemaah setiap hari, InsyaALLAH, selagi masih ada muslimin yang sanggup menjadi imam,(mohon rasa tanggungjawab tu ya).

Okey, rasa nak ubah suasana? Masjid dekaaaaat je. Masjid al-Muktafi Billah Shah (MAMBS) ataupun nama famousnya, Masjid Ladang. Kalau daripada maidam, jalan kaki sikit, lintas jalan, dah sampai. Tak sampai 5 minit pun berjalan (klu kereta x byk la). Dekat situ pun ada pengajian saban hari, kadang-kadang ada program-program besar yang kita boleh join sebagai sukarelawan. Best!

Boring study dekat dalam bilik? Dekat masjid ada library. Namanya Maktabah al-Ghazali, siap aircond lagi. Nak lagi untung, study je terus dalam masjid, dapat pahala iktikaf, kan mudah J.

So, ilmu dan pahala dah dihidang, tinggal nak dengan tak nak je. Kalau tak nak, diri sendiri la yang rugi!

4618295854_1241bab947

----Masjid Ladang---

Nampak tak bangunan berbumbung hijau belah kanan gambar?

Itulah Asrama Maidam kita ^^ 

Perkara 2: Study

Okeh, bab yang sangat penting. Sebab belajar itu adalah amanah ibu bapa kepada kita. Kalau kita dapat biasiswa, amanah rakyat pembayar cukai kepada kita. Bukan main-main tau. Amanah ni ALLAH tanya kat akhirat nanti.

Sehinggakan ketika ALLAH ceritakan dalam al-Quran mengenai sifat-sifat orang beriman yang berjaya, ALLAH sebut dalam Surah al-Mukminun,

ayat 6:

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

So, kita ni nak berjaya, bukan di dunia ja, malah di akhirat juga. Dan ALLAH dah bagitau secara jelas mengenai sifat-sifat Mukmin yang berjaya ni dalam surah tersebut. Tinggal kita nak buat atau tak je. Semoga ALLAH berikan kekuatan kepada kita untuk beramal dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah صلّ الله عليه وسلّم .

Bab-bab study ni, banyak depend on diri sendiri la. Memetik ayat mentor akak, Dr Uday: “You must know your own machine (brain)!”

Tapi, satu benda yang akak pegang, Seek To Understand! Jangan main menghafal je, pastu muntahkan balik dalam exam. Itu bukan belajar namanya. Dan honestly, bila dah faham, akan rasa seronok belajar. Pusing la soalan kot mana pun, InsyaALLAH boleh jawab.

Apapun, bab study ni, akak bukan lah best student pun, dapat dean list pun tak pernah. Tapi, jangan risau, kat sini lecturer-lecturer sangatlah baik dan helpful. Feel free to ask them anything you don’t understand. Senior-senior pun ramai yang InsyaALLAH sudi dan siap sedia menghulurkan bantuan. Dekat sini pun ada sistem Buddies yang menghubungkan setiap batch. Manfaatkan senior-senior anda selagi mereka masih di sisi anda :P .

Well, kalau korang risaukan buku rujukan, boleh pinjam atau beli je dari senior. Koleksi Medical Ebooks, copy je dari senior. Teringin nak gi hospital masuk labour room? Ikut je senior. Teringin nak tahu pengalaman? Senior ada.. So, bawak-bawak le berkawan dengan para senior ya.. Diorang tak makan orang, insyaALLAH J.

Oh ya, hampir akak terlupa. Lokasi kampus kita betul2 bertentangan Hospital Sultanah Zahirah (HSNZ), antara Istana dan Stadium Negeri.

Perkara 3: Persatuan

Satu tips survival untuk anda. Jangan bersendirian. Carilah kawan-kawan yang baik. Carilah persatuan dan organisasi yang bermanfaat.Kenapa?

Sebab, bukan sahaja al-Quran banyak menekankan hidup berjemaah, malah Rasulullah صلّ الله عليه وسلّم ada bersabda:


"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai".(Hadis riwayat Ahmad)

Jadi, bila kita hidup bermasyarakat ni, sekurang-kurangnya kalau kita buat silap, ada insan yang sudi menarik kita kembali ke landasan yang benar.

Back to the point, sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pelajar perubatan UniSZA, secara automatik anda menjadi ahli keluarga besar MediSZA. Which stands for Medical Students Association of UniSZA. Jangan lupa bayar yuran ahli ya, Smile.

Tugas MediSZA ni, menaungi pelajar-pelajar Medik UniSZA lah. Diorang ni la yang sentiasa sibuk buat program untuk kita semua. Kita ada Orientasi, Family Day, Annual Dinner, Program Sukarelawan dan macam-macam lagi.

Kalau korang rasa teringin nak buat program ke, boleh la join AJK MediSZA melalui Pilihanraya MediSZA. Ingat, penglibatan dalam persatuan sangat penting untuk asah soft skills kita. Jangan mengadap buku dengan laptop ja. Kita kena belajar berhadapan dengan manusia juga, sebab tugas doktor tu kan merawat manusia J .

Akak dok suruh orang masuk join AJK MediSZA ni, akak pernah join ke?

Alhamdulillah, akak join waktu first year, dan Alhamdulillah keputusan exam pon ok je sepanjang jadi AJK MediSZA. Dan banyak ilmu dan pengalaman berharga yang telah akak peroleh melalui MediSZA. So, jangan takut ye untuk join AJK MediSZA. Kalau tak nak jadi AJK pon, akak cadangkan korang libatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti MediSZA. Make yourself part of the family J.

Nak tahu lebih lanjut tentang MediSZA? Boleh jenguk blog MediSZA di sini.

Gambar kat bawah ni organisasi MediSZA waktu akak Year 1 dulu, sesi 2013/14.. I’m missing the times with them Crying face..

MediSZA 2013/2014--when I was in Year 1 :)

Oh ya, kita juga ada AJK Surau Al-Amin. Tugasnya, antaranya ialah menghidupkan Surau al-Amin. Antara program-program yang Surau ada buat, tahun ni kita dah buat Kursus Sembelihan (Kenduri la jawabnya), Kursus Pengurusan Jenazah, Iftar Jam’ie (bulanan).. tahun lepas pulak ada Kursus Kahwin dan Kursus Fiqh Solat ketika Sakit. Kita ada juga program-program tahunan seperti Ihya Ramadhan, Mahabbatur Rasul, Outreach Programme dengan sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu dan sebagainya. So, jom gandakan amalan, gandakan pahala, gandakan ilmu, gandakan bekalan akhirat J.

Poster bawah ini waktu kitorang mencari barisan kepimpinan surau yang baru. Adik-adik yang rasa nak menimba pengalaman dan menambah pahala, jom join kitorang!

IMG-20141108-WA0003

Perkara 4: Kolej Kediaman & Makanan

Pertama sekali, kitorang panggil kolej kediaman ni, Maidam. Sebab dulu yang ni memang asrama Maidam. Dekat sini ada Majlis Kolej Kediaman D (MKK D). Diorang la ajk-ajk yang berpenat lelah uruskan isu-isu penghuni tempat ni. Bilik kat sini kecik je, tak seperti kolej kediaman di Kampus Gong Badak. Apapun, Alhamdulillah, keperluan semua mencukupi. Ada meja, almari, katil, cukuplah. Belajar hidup seadanya. Itulah yang sebaiknya, kan J .

Kota 2

Our Maidam Sweet Maidam Smile with tongue out

Mengenai makanan pula, of course kita ada kafe. Tapi satu je la, sebab maidam ni kecik je. Dua blok je. Penghuninya pon kita-kita je, student medic. Pusing-pusing jumpa orang yang sama juga. Dekat kampus pun ada satu je. Kafe sedap ke x? Wallahua’lam, sebab kontrak baru. Kalau bosan dengan makanan kafe, boleh tempah dekat kak Nad senior kita, dengan Menu Citarasa Selatan yang enak, Alhamdulillah. Kalau weekend, kafe tutup, tapi banyak je kedai-kedai makan sekitar ni. Kalau nak restoran yang established sikit, KFC ada, Pizza Hut ada, A&W ada, Secret Recipe pun ada.. Rajin-rajin la tanya senior ye J.

Perkara 5: Transport

Jarak dari Maidam ke Kampus, kira-kira 15 minit berjalan kaki, kalau jalan laju, boleh la dapat 10 minit. Dekat sini, student2 pre-clinical tak dibenarkan membawa kenderaan, disebabkan masalah parking yang sangat sangat sesak. So, sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat dengan membiasakan diri berjalan kaki. Kalau rasa nak pergi jauh sikit, boleh la tanya mana-mana senior yang sudi menyewakan/meminjamkan kereta mereka. Kalau nak naik teksi/van, boleh minta nombor fon dari senior-senior juga J.

Kalau dari MBKT-Maidam, tambang teksi dalam RM10-RM12. Kalau airport, mahal le..

Oh ya, kalau korang dapat pindah ke asrama maidam lambat, maybe korang kena ulang-alik naik bas dari kampus gong badak ke kampus perubatan. Macam batch akak dulu, sebulan berulang alik. Tapi 6th Batch dapat masuk terus ke maidam, so, takde masalah. Apapun, kedua-duanya merupakan pengalaman yang berharga, macam batch kitorang dulu terpaksa berhimpit 60 orang dalam sebuah bas berkapasiti 44 orang daripada Kampus Perubatan ke Kampus Gong Badak, disebabkan bas ada satu ja. Sekarang, rindu pulak nak naik bas unisza, Smile with tongue out.

Perkara 6: Shopping

Ini juga perkara penting, hehe. Ye la, kang habis bekalan makanan, nak cari mana? Ok la, dekat sini kita ada Kedai Eco (RM 2 excluding GST), Mydin Mall, Giant, Emporium Hock Kee Seng, Paya Bunga..

Untuk para pencinta buku seperti saya, kita ada Pustaka Seri Intan, Kedai Buku Banggol, Pustaka Jendela Ilmu dan sebagainya. Tiada MPH Bookstore, Popular, jauh lagi Kinokuniya.. tapi tahun lepas ada Big Bad Wolf dekat Kampus Gong Badak, moga2 ada lagi pada tahun2 berikutnya..

Oh ya, kalau tak sempat keluar jauh2, dalam perjalanan kampus-maidam, ada ja kedai runcit dan 7E. ATM Bank Islam ada dekat kampus, BSN dekat area 7E tu.

Untuk yang suka beli tudung, boleh ke Tingkat Atas MBKT, ada banyak pilihan untuk korang. Yang tu je kot, sebab akak bukan kaki tudung, yang tu je la yang akak tahu.. boleh tanya senior2 lain juga, insyaALLAH J.

Perkara 7: Rekreasi

Baiklah, setelah penat membaca dan menelaah.. luangkan masa anda untuk beriadah dan merehatkan minda.. Paling dekat, kita ada mini-gym dkt maidam.. boleh jalan-jalan ke Pantai Batu Buruk, 10 minit lebih kurang kalau jalan kaki. Pergi la pagi2 waktu takde orang, boleh tengok ketam kecik-kecik kat situ J. Oh ya, dekat sini ada kolam renang tertutup. Dekat je, sebelah hospital je. Ada Taman Rekreasi Batu Buruk juga. Korang boleh jogging situ petang2. Jogging pusing taman belakang Maidam pon boleh. Kalau rasa nak gi jauh-jauh, rancang la dengan kawan-kawan, pergi Pulau Perhentian ke, Pulau Kapas ke. Serius best, tapi bajet pandai-pandai ye rancang. Kalau nak tahu pasal trip kitorang ke Pulau Perhentian tempoh hari, boleh klik sini dan sini J.

Apa lagi ya nak tulis?

Hrmmm, dah habis idea.

So, korang dah dapat gambaran tak macam mana nanti life korang kat sini? Hopefully dapat la ye sedikit sebanyak manfaat daripada penulisan yang agak panjang ini.

Kalau ada sebarang persoalan, feel free to ask. Kalau segan nak tanya sini, boleh je PM akak dekat FB.

Sekali lagi, Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum! Selamat Datang! Welcome to UniSZA! ^_^

Oh ya, MediSZA ada buatkan satu group Facebook khusus untuk korang adik2 yang bakal masuk untuk 7th Batch MBBS UniSZA (2015/2016).. Sila tekan sini ea untuk ke laman tersebut.


[ISM Perubatan dan Pembedahan UniSZA]

Assalamualaikum dan Salam 1UniSZA..

Perhatian kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga, junior atau kenalan yang menerima tawaran sebagai Mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan kemasukan 2015/16 di Kampus Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, anda diharapkan dapat mewar-warkan group ini untuk memudahkan mereka untuk mendapat sebarang informasi berkenaan kursus yang ditawarkan. Terima kasih.

https://m.facebook.com/groups/910287662341116?ref=bookmarks


Sebagai penutup, semoga ALLAH permudahkan segala urusan korang semua, semoga ALLAH kurniakan ketenangan hati dan redha pada segala ketentuanNYA.

Sehingga bertemu lagi di alam realiti sebagai Pelajar Perubatan UniSZA ^_^

Assalamualaikum warahmatullah.

 

IMG_20150704_225158

Fikirkan!..

IMG_20150516_211613

7 comments:

  1. Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah. Fb akak nama Nur Iman. Boleh search terus emel ni: nur_muslimah17@yahoo.com. =)

      Delete
  2. salam kak. alhamdulillah dpt byk manfaat dari coretan akak ni.
    akak, mmg orientasi di gb dulu ye baru pindah maidam?
    nk tnye satu bende lg, satu bilik brp org kat maidam? :D hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah. Alhamdulillah ^_^
      1) Orientasi di gong badak itu merangkumi mahasiswa2, untuk semua course di unisza, so, korang akan ber-orientasi kat situ dlm seminggu klu akk x silap. Lepas tu, klu xde aral melintang, korang akan dipindahkan ke maidam, dengan bantuan lori dan bas unisza insyaALLAH.. dkt maidam nnt ada orientasi khusus untuk family medisza pulak, insyaALLAH =)

      2) Dekat sini , satu bilik 2 orang.

      Welcome to UniSZA ^_^

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. cantik coretan akak , doakan masa depa saya cerah akak :) saya dh dapat unisza tapi saya jugak tunggu peluang masuk IPG :))

    ReplyDelete

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!