Wednesday 2 January 2013

Oo, Tasawuf Tu Macam Tu..

Bismillahirrahmanirrahim
Lama tak menulis. Bukan kering idea. Banyak sangat ilham ALLAH bagi sampai tak tau nak tulis yang mana dulu, Alhamdulillah, nikmat sebenarnya tu ^_^
Seperti yang telah dijanjikan dulu, ana nak tulis sambungan kepada kuliah Syeikh Ahmad Mamdouh, kali ni di Dewan Ukir Mall pulak.
First time pegi..sangat excited… Niat awal pegi tu nak ikuti kuliah Murabbi kesayangan, Syeikh Muhammad Zainul Asri mengenai kitab Syamail Muhammadiyyah.. Masuk ja dalam dewan, nampak muka Syeikh Ahmad Mamdouh.. Alhamdulillah, tak kesah la Syeikh mana pun, yang penting dapat ilmu..
Masuk, duduk, keluarkan buku dan pen.. dengar dan catat. Rutin biasa..
Walaupun, mula-mula tak expect dapat hadir, Rupa-rupanya ada ilmu baru ALLAH nak bagi hari ni.. Ilmu Tasawuf..
entah kenapa rasa lain sangat sepanjang kuliah kali ni. Rasa macam.. entah. Tak dapat nak cakap..Takpe la.. abaikan, Tak penting pun.
Okeh, duduk ja, terus dengar tentang ta’rif tasawuf.
Tasawuf : buang sifat buruk dan tambah sifat baik dalam diri.. dan ia merupakan ilmu yang hamba kepada martabat Ihsan.
Ihsan tu apa pulak?
Ihsan : beribadah seumpama melihat ALLAH, sekiranya kamu tidak melihat ALLAH, Hakikatnya, ALLAH dapat melihat kamu..  (pi cek dalam buku pendidikan islam form 3 rasanya ada)
Maqam (martabat) dalam Islam pulak  ada 3: 1- Islam, 2- Iman, 3- Ihsan
Boleh rujuk hadis nombor dua dalam kitab 40 Hadis Imam Nawawi ..
Syeikh kata, tak boleh seseorang tu digelar sufi selagi tak beramal dengan ilmu tasawuf.
Mengenai orang-orang dalam tasawuf ni, ada dua jenis:
- Mutasawwif – beramal dan berakhlak dengan tasawuf
- Mutamaswif – mengaku ahli tasawuf, sedangkan tak beramal dengan ilmu tasawuf

Jalan (tariqat) tasawuf juga ada banyak, tetapi ia tidak merosakkan tasawuf. Tariqat tersebut ibarat madrasah-madrasah yang bawa manusia ke maqam Ihsan. Tariqat ni ada banyak , contoh yang agak masyhur ialah Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Syazili dan lain-lain.. Kata syeikh, ia ibarat jalan yang pelbagai, tapi matlamatnya satu, yakni ALLAH. Jalan menuju ALLAH ni sangat banyak, sebanyak hembusan nafas manusia.
Dalam tasawuf juga ada murabbi. Murabbi akan meletakkan amalan yang sesuai untuk murid- muridnya.
Ada empat perkara penting yang mana telah menjadi bahan cacian oleh orang-orang yang menentang tasawuf.
1) Sufi ada zikir khusus
2) Menyebut nama ALLAH secara berjamaah yakni beramai-ramai
3) Zikir kuat-kuat
4) Zikir dengan isim mufrad yakni (ALLAH, ALLAH).. yg ni ana tak berapa faham, yang ana faham, sebut nama ALLAH satu-satu, wallahua’lam.. mohon diperbetul andai salah.
Sebelum syeikh syarah semua tu, Syeikh cerita tentang bid’ah.
Bid’ah ni ada dua, Asliyyah (أصليّة)dan Idhafiyyah (اضافيّة). Bid’ah Asliyyah bermaksud bid’ah yang tiada nas yang suruh buat. Bid’ah Idhafiyyah pula bermaksud bid’ah yang tidak ada dilakukan para salafussoleh.
Orang-orang yang menolak tasawuf mengatakan bahawa kedua-dua bid’ah ini adalah haram. Sedangkan para ulama termasuk ulama 4 mazhab telah menyatakan bid’ah ini ada 5 hukum, yakni Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. Hukum bagi  perkara-perkara bid’ah ni berbalik kepada ilmu usul fiqh untuk dikelaskan dalam hukum-hukum yang lima itu. Sebagai contoh, ada ilmu-ilmu zaman sekarang yang tiada di zaman Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم  yang telah ditentukan menjadi Fardhu Kifayah yakni wajib disebabkan kepentingannya kepada umat Islam sendiri.
Pesan syeikh, Yang ‘am tetap ‘am sehingga ada dalil yang mengkhususkannya. (Boleh rujuk buku Quran Sunnah tingkatan 5 bab Dalil-dalil ‘Am Khas Mutlak Muqaiyyad)
Selepas itu, syeikh sentuh mengenai Tabarruk pula. Tabarruk ni bererti memohon keberkatan. Hakikatnya yang bagi keberkatan ialah ALLAH. Para auliya’ dan solihin hanyalah penyebab atau wasilah kepada berkat tersebut sahaja. Lalu syeikh mengutarakan nas mengenai tabaruk daripada kisah Nabi minum air bekas wudu'k para muslimin untuk mengambil keberkatan, sedangkan Rasulullah punya darjat jauh lebih mulia daripada para muslimin yang lain. Ia menjadi dalil mengharuskan mengambil berkat daripada orang yang lebih rendah dan lebih tinggi darjat dan kedudukan daripada kita.
Kemudian Syeikh cerita tentang kasyaf yang ALLAH kurniakan kepda orang- orang soleh pilihanNYA, dalilnya ialah sebuah hadis Nabi yang menyatakan ‘Takutlah kamu dengan firasat mukmin kerana mereka melihat dengan cahaya ALLAH’ atau seperti mana lafaz Rasulullah. Syeikh juga cerita tentang Ilham yakni kefahaman yang ALLAH berikan kepada para solihin. Hakikatnya ALLAH Maha Mengetahui, lalu ALLAH telah mengilhamkan kepada para ulama’ mengenai ilmu-ilmu yang dimiliki mereka.
Kata syeikh, orang yang menolak tasawuf sebenarnya disebabkan salah faham mereka terhadap ta’rif bid’ah itu sendiri.
Selepas itu, syeikh mengijazahkan kepada para hadirin sebuah kitab bernama… (40 Hadis Menyatakan tentang Keagungan Berselawat Ke Atas Baginda Nabi SAW)  ~  النفحة الاءلهية في الصلاة على خير البرية
Kitab tersebut merupakan susunan Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Siddiq Al Ghummari Al Hasani. Beliau merupakan syeikh dari Maghribi yang telah menguasai pelbagai bidang ilmu sehingga memperoleh dua jenis pengiktirafan dari Universiti Al-Azhar disebabkan kecemerlangan beliau. Namun, bidang yang paling dikuasai oleh beliau ilmu hadis dan ilmu usul fiqh yang merupakan ilmu-ilmu yang paling penting dan paling asas untuk berijtihad.
Kemudian, syeikh menceritakan tentang jalan-jalan ilmu, ada empat:
1) Syeikh al-Fattah (yakni guru yang ALLAH buka pintu-pintu ilmu kepadanya)
2) Cerdik
3) Ilmu yang benar
4) Bersungguh-sungguh
Okeh, ni part paling best dan membuatkan ana sebak seketika.. Syeikh telah mengijazahkan Hadith Musalsal Awwaliah Rahmah.. (kiranya, semua orang yang terima ijazah ni akan kata, ini merupakan hadith pertama yang kudengar dari guruku…)
Sanadnya panjang, tak sempat ana nak catat semua, yang sempat..
(عن شيخ أحمد ممدوح, عن شيخ علي جمعة, عى شيخ عبدالله الغمّاري)..pastu.. ana x dapat  grab nama-nama yang disebut.. ada sampai ÷Imam Sufyan bin ‘Uyaynah .. sampai la sanad kat Saiyyiduna Rasulillah saw yang tercinta..
Matannya, ( الراحمون يرحمهم الرحمن, ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء)
Bila Syeikh mengucapkan tahniah dan berkata Alhamdulillah, kini mengalir dalam diri antum nuur nubuwwah dengan bersambungnya sanad tersebut dari diri sehingga Rasulullah saw.. memang rasa nak menangis, pili air dah bertakung pun.. rasa macam.. tak layaknya aku, bertuahnya aku.. semua bercampur baur.. Astaghfirullahal’azim..Alhamdulillah..
Baiklah, masuk sesi soal jawab..
Ada soalan yang diajukan mengenai dalil dalam al Quran yang memerintahkan agar suara jangan terlalu kuat dan jangan terlalu perlahan ketika membaca al Quran yang mana digunakan sebagai dalil oleh sesetengah pihak untuk menolak berzikir dengan suara yang kuat. Menurut syeikh, perintah tersebut diturunkan kerana risau kaum musyrikin akan mendengar dan menyebabkan kaum muslimin diganggu oleh mereka. Maka, apabila telah hilang gangguan yang menjadi penyebab kepada perintah itu, bolehlah dikuatkan suara..
Soalan mengenai syarat-syarat mursyid.. jawapannya:
1) Alim,
2) Berpegang dengan al Quran dan As Sunnah,
3) Dapat pengikitirafan dari wali-wali sezaman dengannya (wallahua’lam macam mana.. ana pun tak tau)
Pesan beliau, nak tarbiyyah orang pun kena diijazahkan oleh murabbi dulu, mana boleh aci redah aje.. dan mesti berilmu sebelum beramal dan bercakap..
Ada satu soalan lagi yang tanya, apa yang perlu dilakukan apabila kita tidak mendapati mursyid yang layak? Maka syeikh pun menyebut kitab berjudul ‘Petunjuk ALLAH bila hilangnya Murabbi’ karangan Imam Muttaqi al Hindi. Tipsnya, selalu dan sentiasalah berselawat, insyaALLAH ruh Rasulullah saw sendiri dengan izin ALLAH akan membimbing kita, Wallahua’lam.
Oh, soalan terakhir yang diajukan.. ‘Saf muslimat dalam solat yang terbaik ialah di belakang, jadi, adakah muslimat kena start saf dari line belakang?’ Syeikh pun kata.. ana terjemah bahasa sendiri ya.. hampa jangan la fikir teruk sangat.. ALLAH tu Maha Baik, tak kan pernah menzalimi hamba-hambaNYA. Maksud saf belakang terbaik bagi muslimat tu ialah saf di belakang lelaki.. bukannya saf belakang sekali dalam masjid tu.. Ooo.. baru faham ^_^.
Alhamdulillah.. tamat kuliah , dapat solat Isyak berjamaah dengan syeikh.. keluar ja dewan, pi singgah gerai Paksi kacau Kak Sham ^_^. Sempat beli kitab 40 hadis yang diijazahkan sebentar tadi.. ALhamdulillah.. Bila ingat-ingat balik, memang kurnia ALLAH la ana dapat sampai sini, ikut kuliah syeikh, dapat ijazah kitab dengan hadith lagi.. rupa-rupanya ada rahsia ALLAH nak bagi..^__^.. Alhamdulillah..
Sebarang kesilapan mohon ditegur ya.. Ana sekadar berkongsi, ana bukan seorang pakar, jauh sekali faqih dalam ilmu agama, tapi.. yang ni ja yang ana mampu.. Kongsi ilmu dan info ^_^.. Wallahua’lam bissowab…
380429_305181036187267_151531044885601_842243_312970294_n

Akan datang.. insyaALLAH catatan dari Lantunan Mahabbah Rasulillah 2.. ^____________^

0 comments:

Post a Comment

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!