Thursday 24 January 2013

Benar, Rasulullah Rahmatan Lil'Alamin



بسم الله الرحمن الرحيم…
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..


 Maksudnya:
Daripada Saiyyidina Abu Burdah bin Nayyar, beliau berkata: “Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم bersabda: ((Barangsiapa daripada kalangan umatku yang berselawat ke atasku satu selawat dengan ikhlas daripada hatinya, nescaya ALLAH akan selawat ke atasnya 10 selawat, mengangkatnya 10 darjat, menulis baginya 10 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 10 dosa kejahatan)).

Riwayat Imam an-Nasaie dan Imam at-Thobrani. Perawi sanad-sanadnya thiqah (dipercayai).


>Sumber: Kitab 40 Hadis Menyatakan Keagungan Berselawat Ke Atas Baginda Nabi صلّى الله عليه وسلّم <

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, 12 Rabiul Awwal tiba lagi..
Hari Ulangtahun Kelahiran Kekasih Agung~
Tak perlu ku ulas panjang, semua orang tahu, bukan sahaja telah tercatat dalam setiap kalendar di Malaysia, malahan sudah terpahat di hati para pencinta Baginda.

Ayuh! Semarakkan rasa cinta dengan Selawat! Qasidah! Sirah Nabawiyyah! Sunnah!

Dalam kegembiraan menyambut kelahiran Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم yg juga Rahmatullil’alamin.. ingin ku kongsikan beberapa keutamaan berselawat kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .

Keutamaan Berselawat Kepada Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم :


1) Orang yang berselawat akan mendapat sepuluh balasan selawat dari ALLAH swt.

2) Orang yang berselawat akan mendapatkan balasan selawat langsung daripada Baginda Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم .
3) Orang yang berselawat, maka para malaikat pun akan berselawat kepada orang tersebut.
4) Orang yang berselawat akan ditinggikan derajatnya, ditambah kebaikan-kebaikannya, serta dihapuskan segala kesalahan-kesalahannya.
5) Orang yang berselawat akan mendapatkan pahala sepadan dengan memerdekakan sepuluh budak kerana ALLAH swt.
6) Berselawat sebagai sebab diampuninya dosa-dosa yang telah lalu.
7) Berselawat akan memohonkan ampunan dan menghibur orang yang telah membaca selawat di dalam kubur kelak.
8) Pemberian syafaat Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم kepada orang yang berselawat tersebut.
9) Dapat menjauhkan orang yang membacanya dari kefakiran dan memberikan kebaikan serta keberkahan.
10) Orang yang memperbanyak berselawat akan menjadi manusia yang paling berhak dengan Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .
11) Berkah dan kebaikan selawat bukan hanya diperoleh bagi orang yang berselawat sahaja, namun hal itu akan mengalir hingga kepada anak dan cucunya.

>Sumber: Buku Memahami Pribadi Suci Baginda Nabi صلّى الله عليه وسلّم melalui Maulid Dhiya’ullami’.<

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kata murabbi, Qasidah ialah salah satu cara untuk menyuburkan lagi rasa cinta kita kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Jadi, ana nak kongsi pula qasidah kat sini. ^_^


Lirik Qasidah Jalaliah (nak dengar? Belilah album2 di bawah ^__^, youtube pun ada)


نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله
Nabi kami Rasululla
h
وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
Yang mensyafaati kami Habibullah
وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله 

Yang Mencintai Kami Khalilullah 
عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله 
Atas baginda solawat kami ya Allah


رَسُولُ الله كَلِيْمُ الله
Rasulullah julukannya Kalimullah
 وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah
رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله
Rasulullah pilihan Allah
إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله
Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah

أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة
Datangnya bagi kami sebagai Rahmah
فَآمَنَّا بِهِ يَا الله
Kami beriman dengan baginda ya Allah
فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا
Taufiqkan dan muliakan kami ya Allah
بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله
Dengan Husnul Khatimah dan redhaMu ya Allah

إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا
Afiatkanlah sekalian kami
مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله
Dari segala penyakit ya Allah
وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار
Sucikan kami dari dosa
بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله
Dengan kurnia dariMu ya Allah



إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن 
Ampunilah bersama ibu bapa kami
إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله
Rahmatilah mereka ya Allah
إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال
Tutupilah segala kejelekan kami
وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله
Jangan disingkapkan ya Allah

إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا
Pimpinlah kami senantiasa
لِما تَرْضى بِهِ يَا الله
dengan yang engkau redha ya Allah
وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ
bantulah kami ya Allah
بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله
Dunia dan akhirat ya Allah

وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ
Tempatkan kami di Syurga
بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله
disisi nabiMu ya Allah
لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي
moga terpandang wajahMu yang kekal
بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله
Dengan cinta nabiMu ya Allah

عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله
Atas Ahmad selawatMu
عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله
Atas al-Hadi salamMu ya Allah
وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ
Keluarga serta sahabatNya
دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله
buat selamanya ya Allah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah, fadhilat selawat sudah, qasidah pun sudah. Apa lagi ya?
Ayuh, kita lihat pula kepentingan dan keistimewaan mempelajari Sirah Nabawiyyah =)..

Kepentingan Mempelajari Sirah Nabawiyyah

1) Ia memberikan suatu kenikmatan kepada ruh dan akal –terutama bagi para pendakwah dalam menyeru ummah ke jalan ALLAH. Bila kita baca Sirah Nabaiyyah ni, kita akan rasa lebih semangat dan ‘qawiyy’ , juga dapat tenangkan jiwa kita, lebih-lebih lagi bila kita rasa down sangat2. Contohnya: apabila kita dikutuk diperli oleh insan2 yang tak berapa suka dengan aktiviti dakwah kita ni, kita boleh lihat balik dalam Sirah Nabi, Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم bukan sahaja dicerca dan diejek-ejek, malah diugut bunuh, dilempar batu, dicekik dan sebagainya. Nabi qawiyy ja. Kita? Ada ka kena macam tu? Baru kena cakap sikit dah nak futur. Isk3.. >tolong take note wahai diri<

2) Jadi satu keperluan buat para da’ie untuk menghadami sirah perjuangan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .. nampak tak? Hadam. Bukan sekadar baca, lena, baca dan lena. Tak ada perubahan pada diri. Bila dah kena Hadam, maksudnya, kena la baca, faham, amal, istiqamah, sebar… Nak baca memang senang, sesetengah insan pun kata, nak faham tu petik jari ja, tapi.. Amal? Istiqamah? Ingat aci main tekan2 keyboard je ka dah boleh beramal? Ingat istiqamah tu senang? *Geleng2 kepala* So, kena buat apa? Usaha! Doa! Tawakkal!

Keistimewaan Sirah Nabawiyyah

1) Sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan ALLAH ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Tidak wujud fakta palsu atau sebarang penyelewengan terhadap kisah kehidupan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .---- namun, tidak semua kisah yang dikatakan sirah yang dicatat dalam sesetengah kitab ialah sahih, contohnya, Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم tak pernah bagi wasiat kepada Saiyyidina Ali mengenai Khilafah. dan ia adalah batil.

2) Perumpamaan yang didatangkan oleh sebahagian pengkritik Barat, bahawa Muhammad صلّى الله عليه وسلّم satu-satunya tokoh yang lahir dibawah sinaran matahari. Perumpamaan ini menggambarkan bahawa setiap inci peristiwa yang berlaku kepada batang tubuh yang mulia ini diketahui secara sempurna dan menyeluruh. ---- Bak kata Ustaz Yayha Bikhair, Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم ni ibarat hidupnya dikelilingi kamera. Mata para sahabat sentiasa merekodkan setiap sudut kehidupan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .

3) Kehidupan Baginda penuh dengan sifat kemanusiaan, tidak sesekali disertakan dogengan mahupun sifat ketuhanan yang akan terus menjadikan Baginda model manusia yang kamil. ---- maksudnya, ia merupakan sirah seorang manusia, bukan malaikat, bukan tuhan, bukan selainnya. Ia boleh dirujuk dan dicontohi, cuma maqam kemuliaan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم saja yang kita tak mungkin dapat.

4) Sirah Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم memberikan contoh bagi sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia , menceritakan kepada kita uslub Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sebagai pendakwah kepada ALLAH yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya diterima. Ia juga meriwayatkan Baginda sebagai pendakwah yang mencurah tenaga dan usaha yang maksimum untuk menyampaikan risalahnya, juga memaparkan peranan sebagai ketua negara yang sangat adil, suami yang mithali, dan murabbi yang agung. ---- Uslub, kaedah, cara… dakwah bil Hubb <3

5) Satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Segala hinaan, cercaan, cemuhan dan kejian adalah bukti bahawa Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم menghadapi suatu sunnah perjuangan yang ‘normal’. Tiada mukjizat dan perkara luar biasa, akan tetapi melalui bukti-bukti logik dan boleh diterima akal.---- Maksud tiada mukjizat dan perkara luar biasa, bukannya menafikan wujudnya mukjizat yang ALLAH kurniakan kepada baginda, maksudnya disini ialah, hanya dengan melihat sirah Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sahaja , kita pasti yakin bahawa Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم itu utusan ALLAH, yakni manusia yang dipandu wahyu. Apabila ditambah dengan mukjizat-mukjizat kurniaan ALLAH, semakin bertambahlah keyakinan..

Justeru, kita kena la wajibkan diri kita untuk mengHadam perjalanan hidup Kekasih agung kita supaya kita mampu bawa nilai-nilai dan pengajaran sirah Nabawiyyah ke dalam jiwa kita, sekaligus mengamalkannya dan beristiqamah dengannya. InsyaALLAH..

>Dipetik dari Ringkasan Sirah Nabawiah Durus Wa ‘Ibar Min Hira’ Ila Hajjatul Wada’< –telah disyarahkan kepada kami oleh alFadhil Ustaz Yahya Bikhair.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh ya, kenapa ya ana pilih tajuk “Benar, Rasulullah Rahmatan Lil’Alamin” ? Nak tahu? Baiklah, kita dah tengok fadhilat selawat, qasidah, sirah…apa yang kita nampak?

Cuba lihat, betapa banyak cara untuk kita suburkan cinta kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .. Banyak cara nak tambah pahala, nak dapat rahmat ALLAH, bukan sahaja dapat kat kita, bahkan dapat kat orang lain dan semua makhluk ALLAH ..hanya dengan cinta Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ..

Bagi siapa yang suka iringan alat2 muzik, suka bergendang, boleh berqasidah,

Sapa yang suka membaca, boleh baca sirah nabawiyyah,

Siapa suka dan pandai bercakap, boleh cerita kat orang tentang Kekasih kita Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم ,

Siapa suka menulis, boleh tulis novel atau cerpen mengenai akhlak Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ,

Siapa suka menaip dan berfacebook dan bertwitter, boleh tulis, twitt dan share post2 serta gambar mengenai kelebihan Nabi kita Muhammad صلّى الله عليه وسلّم .

“Kami tak suka, membaca, menulis, bergendang, bercakap dan berfacebook. Macam mana? Kami suka bermain dengan kucing, bersiar-siar di tepi pantai, memandu kereta, main game, edit gambar”

Oh, boleh saja..^_^

Suka bermain dengan kucing? Bermainlah dengannya dengan cara Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Kan Baginda sukakan kucing..Cakapkan kata-kata yang baik kat kucing tu… jangan tarik-tarik bulu dia, apa korang ingat kucing tu takda perasaan ka?

Suka bersiar-siar tepi pantai? Boleh saja, jangan sekadar bersiar-siar tanpa makna,, cuba kutip sampah, share makanan yang kita bawak dengan pengunjung lain, menutup aurat, bukan ka tu semua ajaran Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم jugak.

Suka memandu kereta? Memandulah dengan berhemah, boleh lekat stiker Mahabbatur Rasul kat cermin kereta, pasang qasidah dan selawat sepanjang perjalanan.Nak gempak lagi? Korang lekat bendera yang tertulis ayat-ayat seperti Saya Cinta Rasulullah, Jom Amalkan Sunnah Rasulullah, Jom Selawat, Jom Tutup Aurat dan sebagainya kat kereta korang. Buat ala-ala orang semangat nak sambut merdeka gitu..Amacam?

Suka main game? Korang edit player korang, bagi dekat baju dia tulis ayat-ayat cinta Rasul. Pastu, korang slowkan volume untuk game effect, korang pasangkan mp3 selawat, qasidah atau ceramah tentang Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Setkan alarm waktu azan. Pastikan semua kerja selesai, baru main game. Boleh kan..^_^

Suka edit gambar? Lagi bagus. Kiranya korang ni terer la bab2 adobe photoshop dan corell kan.. manfaatkan kelebihan dan bakat korang tu dengan mendesign dan mengedit gambar-gambar yang membawa mesej2 Mahabbah Rasulillah, mesej2 dakwah. Seronok pun dapat, pahala pun dapat. Awesome kan.. ^^

“Aaa, tak suka semua tu, suka yang lain.”

“^__^ Maaf la ye, yang lain-lain tu boleh fikir-fikirkan sendiri ye… Manfaatkan akal yang ALLAH bagi.. ^__^”

>Amalkan sunnah Baginda, akhlak Baginda, pasti tersebar keberkahan dan kebaikannya kepada semua makhluk<

Semoga bermanfaat kepada semua… Ayuh manfaatkan kelebihan yang ALLAH bagi untuk menggapai keredhaanNYA..

Wallahua’lam
---
(Syeikh Nuruddin alBanjari alMakki, Dato Dr Haron Din, TG Haji Salleh, Syeikh Fahmi Zam Zam, Murabbi Syeikh Muhammad Zainul Asri, Syeikh Ibrahim Ibnu Masran al-Banjari, Ust Muhadir Hj Joll, Ust Yahya Bikhair, Ust Hanif Harun, Ust Shahrizan)

Ayuh, suburkan cinta dan Mahabbah Rasulillah ..^_^



Kitab inilah yang telah diijazahkan oleh Syeikh Ahmad Mamdouh Saad tempoh hari




Sekitar majlis pelancaran Minggu Mahabbahmu Ya Rasulullah di UiTM Puncak Alam, pesan Imam Muda Asyraf, kalau benar cintakan Rasulullah, jom kita bantu Baginda dengan meneruskan tugas dakwah Baginda. Jangan sekadar cinta di bibir, namun di hati penuh karat jahiliyyah.

0 comments:

Post a Comment

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!