Friday, 21 September 2012

Re’Ummah’Fication

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, ALLAH masih beri kekuatan kepada ana mencoret pengalaman di sini.

Re’UMMAH’fication..

Apa tu? Tak pernah dengar pun. Jujurnya..ana pun baru pertama kali dengar perkataan tu tahun ni..to be exact, minggu ini…

Sebenarnya, Re’UMMAH’fication ni ialah program yang dianjurkan oleh Persatuan Rakan Masjid (PRM) UiTM Puncak Alam, sebagai salah satu respons kepada penerbitan filem sampah yang sangat menjijikkan iaitu filem fitnah Innocence of Islam yang telah menghina ALLAH, RasulNYA, dan AgamaNYA.. ia telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Pelbagai reaksi telah dipamerkan..

Demonstrasi, pengedaran risalah, program-program yang memupuk hubbun Nabi..

Masing-masing punya cara tersendiri untuk mempamerkan kemarahan di atas penghinaan kepada Kekasih kita, Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم Habibullah.

Ya, kita berhak marah..malah kita wajib marah..cuma, cara kita mengendalikan kemarahan itu yang membezakan kita dengan orang kafir.. Kita Mencintai Rasulullah صل الله عليه وسلم…, justeru, ayuh kita marah dengan cara Rasullullah صل الله عليه وسلم..

Ok, kembali kepada Re’UMMAH’fication..

ana cuma nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang program yang telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam di DK500, UiTM Puncak Alam..

Ana dan sahabatku, Ina dan housemate, Yati bergerak menuruni tangga ‘an-Najah"’ hampir jam 8 malam. Tika itu, ramai yang sedang berlumba-lumba menuruni tangga, mahu cepat sampai di DK500. Ye la, sapa nak berdiri selama 3 jam? Ana dan Ina, sekejap berlari anak, sekejap berjalan..mengambil angin malam.. Yati masih relax di belakang dan menyuruh kami maju dahulu.

Sampai ja dekat DK500, semua pakat berpusu-pusu nak masuk ke dalam dewan. Semua seat penuh, belah muslimat je la.. Yang belah muslimin ku lihat masih banyak kosong.. Geram la jugak.. Akak koor meminta muslimin berganjak ke hadapan untuk memberi ruang kepada muslimat mengisi seat-seat yang masih kosong.

Enggan  berebut seat, kami memilih untuk duduk di tangga.  Spot terbaik! Full view slaid dan pentas. Setelah beberapa ketika, tangga pun penuh. Seat pun penuh.. Mereka yang baru sampai, terpaksa duduk di atas pentas.. Ceghing gila!!(keluaq bahasa kedah sat).

Majlis pun bermula.

Ucapan alu-aluan dari penasihat PRM. Ucapan dari wakil PRM muslimin dan muslimat…(kak amal wakil muslimat =)..ucapan dari En Naqib Usrahku.. Alhamdulillah semuanya membuahkan kecintaan kepada Baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم..

Selawat dialunkan beramai-ramai, melembutkn hati, menambah rasa kasih kepada Habibullah.. kemudian masuklah penceria suasana..Ust Nasa.. sangat kelakar,..(Ida sudah berbisik..macam Ust Shofi Abd Kadir..warden km di maahad dulu..)

Kami dipertontonkan dengan montaj mengenai tarbiyyah.. yes..’Everything begins with Tarbiyyah’…kemudian, tengok pula slaid tentang kehebatan cinta Rasul.. bagaimana Rasulullah صل الله عليه وسلم mencari umatnya di padang mahsyar nanti..

Sebak.. kemudian, kami diminta menulis warkah kepada baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم.. Sajak dideklamasikan, gamelan dimainkan..Mata-mata mula bergenang. Tangan terketar-ketar meluahkan rasa hati kepada Baginda yang dirindui. Beberapa ketika kemudian, beberapa orang diminta berkongsi coretan dan rasa hati.. sungguh, ramai yang mencintai Baginda Rasul. Dan kerana cinta itulah mereka tiba di dewan itu. Semoga ALLAH merahmati semua yang berada di dalam majlis tersebut.

Ust Nasa terus berceloteh, sedikit mengubat lara di hati. Namun, masih berbisa dalam membawa kami menilai diri, andai benar mencintai Baginda, adakah kita telah mentaati Baginda? Atau kita telah mengkhianati Baginda? Mentaati dengan berusaha beramal dengan sunnahnya.. Atau mengkhianati dengan tidak mempedulikan ajarannya serta berbangga dengan kemaksiatan?

Kemudian, Ust Khairul Anuar (peserta Imam Muda yg ke??)mengambil alih pentas..(naqib kpd Ust Nasa rupanya..).. kalam- kalam bersemangat.. namun menusuk dalam ke qalbu.. Penamatnya, beramai-ramai kami menyanyikan lagu ‘Menuju Wawasan’ dendangan UNIC.. memangla buat ana rasa bersemangat kembali..(memori Kem Anak Soleh bermain di mata).. sungguh merasakan suasana di Maahad seakan-akan hidup…Bahagia~

Alhamdulillah.. betapa ana merasakan majlis ini sangat berjaya. Namun, hakikatnya..kejayaan sebenar akan terlihat di luar majlis..adalah ia memberikan kesan berpanjangan di hati warga UiTM..atau sekadar dalam majlis sahaja??

-----------------------------------------

tulisan dari seorang saudara seIslam.. ayuh renungkan..dan UBAH!

..Umat Islam memang menghina Nabi..

Usaha Barat menghina Islam bukanlah suatu yang baharu. Pelbagai usaha yang telah mereka lakukan, termasuk karikatur Nabi, mempropagandakan umat Islam sebagai pengganas, mewujudkan Islamphobia, dan pelbagai sekatan terhadap amalan Islam seperti di Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lain. Setiap kali isu penghinaan ini berlaku umat Islam akan memprotes, ia lah, kita diwajibkan mempertahankan maruah dan kesucian agama kita. Begitu juga penghinaan yang berlaku dalam negara sama ada dicetuskan oleh parti politik tertentu atau orang perseorangan, seperti adanya paderi yang berceramah menghina amalan haji sebelum ini. Proteslah, buatlah apa yang patut selagi ada tangan dan kuasa untuk bertindak. Berdosa kita mendiamkan diri dan membiarkan agama kita dihina, meskipun hanya protes secara diam, sekurang-kurangnya tiada keredhaan di dalam hati.

Namun apa yang menghairankan, sedarkah umat Islam, ramai atau banyak kalangan umat Islam sendiri sentiasa menghina Nabi Muhammad, penghinaan ini terus berlaku dari zaman awal Islam hinggalah kiamat. Pelbagai bentuk penghinaan terhadap ajaran Nabi Muhammad dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sangat ketara dan tiada protespun, malah tidak dihindari, dan lebih teruk lagi disanjungi.

Tidak payah pergi jauh, di Malaysia sahaja, penghinaan-penghinaan terhadap Nabi Muhammad sangat berleluasa. Antaranya:

1. Tidak solat atau bersolat tidak cukup waktu tidak kira lelaki atau perempuan, ada juga yang ke masjid (lelaki) pada hari jumaat kerana malu kepada rakan sekerja tapi tidur di dalam masjid, ini saya ketahui sendiri di sebuah masjid, bersepah tidur di bahagian bawah masjid, bukankah itu satu penghinaan yang besar terhadap ajaran Nabi Muhammad?

2. Tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atau berpuasa kerana terpaksa.

3. Lebih ketara lagi ialah tidak menutup aurat yang kebanyakannya perempuan. Bersepah sana sini, dari golongan pemimpin, profesor, gabenor, artis,  hinggalah orang awam…. dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah bahkan berasa megah yang kononnya liberal dan moden, mereka ini telah menghina bukan Nabi Muhammad tetapi ajaran al-Quran sendiri, kadang-kadang belajar tinggi menggunung tetapi perkara yang mudah dan simple tidak boleh diamalkan, mungkin tiada hidayat  namun hidayat perlu dicari bukan dinanti. Apakah penghinaan yang lebih buruk daripada ini? Oh…. menutup aurat tidak termasuk dalam tujuh dosa besar, nanti buat amal lain maka boleh terhapuslah dosa ini… benarkah? Apakah jaminan dosa-dosa ini diampunkan? Jika dosa kecil dihimpunkan dan tidak sempat bertaubat nasuha, ia akan menjadi dosa besar juga.

4. Pergaulan bebas yang berleluasa dan menyebabkan perzinaan dan seterusnya pembuangan bayi yang berleluasa pada ketika ini, perkara ini lebih hina dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah betullah tidak bertamadun, tiada ajaran Islam lagi, apabila Islam datang, mereka menghentikan tabiat membunuh anak perempuan ini. Pada zaman ini yang dilahirkan sebagai Muslim, tak kira anak lelaki atau perempuan, disumbat dalam tandas, ditanam hidup-hidup, dibuang di dalam tong sampah, dan paling tragis baru-baru ini dicampak dari tingkat tiga, perilaku umat Islam kini lebih teruk dari binatang yang memelihara dan menyayangi anaknya meskipun tiada jaminan kewangan atau keselamatan. Apakah penghinaan terhadap agama yang lebih teruk daripada ini? Tapi jika dikaji asal-usul pergaulan bebas ini dalah dari permasalahan keluarga dan suasana dalam negara sendiri yang menggalakkan pergaulan bebas. Misalnya lihat sahaja setiap tahun, bulan 8-9 adalah masa pembuangan bayi. Ini adalah rentetan dari sambutan Tahun Baru 8-9 bulan sebelum ini. Anak muda dibiarkan berpeleseran dan pelbagai program sambutan hingga tengah malam dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang langsung tiada islamiknya.

Dan pelbagai jenayah malah ribuan jenayah lagi dilakukan oleh orang Islam seperti rasuah, mengunjungi pelacur, manipulasi, menolak ajaran Al-Quran dan macam-macam lagi yang dilakukan oleh orang ‘besar’. Pelbagai jenayah lagi secara kecil-kecilan. Bolehkah mereka menganggap mereka tidak menghina Nabi Muhammad jika melakukankanya? Banyak perkara yang berlaku di dunia ini atau di Malaysia sahaja yang saya sendiri tak faham, jangan salahkah Tuhan jika bala datang. Bala boleh datang pelbagai bentuk.

Sekadar mengingati diri sendiri dan orang yang mahu menerima pengajaran.

Wallahuaklam.

sumber:http://maruwiah.com/2012/09/21/innocent-of-muslim-umat-islam-memang-menghina-nabi/

-----------------------------------------------------------------------------------

Ya, bibir kita mudah melafazkan.. “aku cinta Nabi, aku kenal Nabi’.. Namun, betulkah kita benar-benar mencintai dan mengenali Baginda? Baik. Kau kenal Nabi..Siapa datuk Baginda? Oh, mudah saja.. Abdul Mutalib.. sapa x tau? Budak sekolah rendah pun tau.. Ok. Siapa nenek Baginda? … Jeda… senyap tak terkata.. kata kenal..kata cinta.. palsukah cinta itu?

sungguh ana berasa malu.. ya, bagaimanakah nanti? Adakah kita layak diakui oleh Baginda sebagai Ikhwan yang dicintai dan dirinduinya? Adakah kita akan membuatkan Baginda menangis melihat azab yang ditimpakan ke atas kita disebabkan penderhakaan kita?

Kita tega mengkhianati perjuangan Baginda.. Baginda bermati-matian memuliakan para muslimat.. namun dengan bermatian-matian juga segelintir muslimat mempertahankan busana mendedahkan auratnya,. sekaligus menghina perjuangan Baginda yang konon kita sangat cinta..

Kita tega mengkhianati perjuangan baginda.. Baginda bermati- matian menyebar dakwah.. ingin membawa ummahnya bersama-sama ke syurga..namun, kita terus membiarkan diri bergelumang dosa.. sengaja menggagalkan usaha Baginda membawa kita ke syurga dengan mencampakkan diri ke dalam neraka..

Tapi.. nanti di padang mahsyar..kita juga yang akan merayu Baginda memberi syafaat kepada kita.. merayu Baginda memohon keselamatan kita.. Layakkah kita? Tak malukah kita?

ASTAGHFIRULLAHAL’ADZIM!!

Ya ALLAH!! Sungguh diri ini hina… ampunkan kami ya ALLAH.. jadikan kami ummah yang benar-benar mencintaiMU.. dan juga benar- benar mencintai Kekasih-MU Muhammad صل الله عليه وسلم.. jadikan kami tentera-tentera yang mempertahankan agamaMU dan kekasihMU.. sebagai bukti kecintaan kami ..

AYUH!! Jika benar cintakan Rasulullah صل الله عليه وسلم.. jangan lokek berselawat kepada Baginda.. jangan malu meng’amalkan sunnahnya.. sunnah Rasul bukan sekadar berserban dan berjanggut.. malah sunnah Rasulullah yang terbesar ialah perjuangan Baginda!! Dakwah!! Jangan remehkan sunnah-sunnah seperti berpakaian kemas, mengalihkan halangan dari jalanan, sentiasa melemparkan senyuman(jgn smpai timbul fitnah pulak)… Jangan abaikan sunnah-sunnah yang besar seperti berjihad fisabilillah, amar ma’ruf nahi mungkar, berakhlak mulia..Dakwah!!

Mujahid!! Penuhkan rumah ALLAH pada setiap waktu..terutama waktu Subuh.. Indahkan akhlakmu.. mantapkan kepimpinanmu.. didiklah nafsumu.. latihlah kekuatan jasmani dan rohani.. sentiasa berada dalam tarbiyyah..kerana kau Syabab Harapan Ummah!

Mujahidah!! Peliharalah maruahmu..jagalah auratmu..tingkatkan malumu.. jangan mudah menjual dirimu..kerana dirimu sangat berharga..mantapkan ilmu dan amal, jagalah tarbiyyah ruhiyyah dan jasmani... kerana dirimu Kunci Kejayaan Ummah!

reummahfication

best memory ever di UiTM Puncak Alam.. PRM memang cool.. ^_^

304388_4212957414669_116941664_n

 

nak kenal Baginda?? Jom sama-sama baca buku ni.. ^_^

Syamail_Muhammadiah

Saturday, 15 September 2012

Saya Mestilah Muslim di Sudut ‘Aqidah

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, ana masih diberi kekuatan oleh ALLAH untuk mencoret sedikit perkongsian di sini.. Semoga bermanfaat buat semua, AMEEN.. ^_^

Berikut merupakan ringkasan dari Bab 1 : Saya Mestilah Muslim di Sudut ‘Aqidah .. Kitab Maza Ya’ni karangan Ust Fathi Yakan.

Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam ‘aqidah, saya mestilah beriman dengan perkara berikut;

Saya mestilah beriman bahawa:

  1. Pencipta alam ini adalah Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun.
  2. Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa- apa tujuan.
  3. ALLAH swt telah mengutuskan para Rasul dan diturunkan untuk mereka kitab- kitab bertujuan mengajar manusia supaya mengenali ALLAH dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal- usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Nabi Muhammad saw merupakan Rasul terakhir dan dikurniakan mukjizat al-Quran.
  4. Matlamat kewujudan insan ialah mengenali ALLAH swt seperti mana yang ALLAH swt sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNYA dan mengabdikan diri kepadaNYA.
  5. Ganjaran bagi orang mu’min yang taat kepada ALLAH ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka.
  6. Sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri.
  7. Urusan penciptaan undang- undang itu adalah hak mutlak ALLAH swt
  8. Berusaha mengetahui nama- nama dan sifat- sifat ALLAH yang layak bagi kemuliaanNYA.
  9. Berfikir merenungi kehebatan kejadian- kejadian ALLAH, bukan memikirkan tentang ZatNYA.
  10. Terdapat banyak ayat- ayat suci al-Quran yang membuktikan kesempurnaan ketuhanan-NYA yang tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia yang terbatas, tentang hakikat sebenarnya.
  11. Meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta’wilan dan penta’thilan sesetengah ayat suci al-Quran, yakni menyerahkan hakikat sebenar kepada ALLAH swt.
  12. Mengabdikan diri hanya kepada ALLAH semata- mata, tidak menyekutukan NYA dengan yang lain.
  13. Takut hanya kepada ALLAH dan tidak takut kepada yang lain.
  14. Sentiasa mengingati ALLAH dan berzikir menyebut namaNYA untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir.
  15. Mencintai ALLAH dengan sebenar-benar cinta yang menjadikan hati sentiasa rindu dan terikat denganNYA dan mendorong menambah amalan kebaikan.
  16. Bertawakkal sepenuhnya kepada ALLAH dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiao urusan kepadaNYA.
  17. Mensyukuri nikmat- nikmatNYA ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya.
  18. Sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada ALLAH.
  19. Sentiasa bermuraqabah (merasai berada di bawah pengawasan) dengan ALLAH swt dalam keadaan terang mahupun tersembunyi.

Semoga ringkasan ini tidak mengelirukan sesiapa dan bermanfaat buat diri ini dan semua.. Sebarang teguran dan pembetulan sangat dialu-alukan.. ^_^

 

Ust Fathi YakanUst Fathi Yakan

Buku Maza Ya’nidownload (1)

Friday, 7 September 2012

Al-Fatih : Sunnatullah dan Syariatullah


بسم الله الرحمن الرحيم..

Alhamdulillah.. ALLAH masih mencurahkan rahmatNYA kepada Hamba ini untuk terus menulis..
Hari ini, ana nak tulis tentang.. Sultan Muhammad Al-Fateh..
Kenapa tiba-tiba ja? Sebab baru lepas tengok movie Fetih 1453 laa.. walaupun jalan ceritanya sangat tak memuaskan..kita ambik yang baik..buang yang buruk..OK? ^^
So, ana share info ni...moga2 boleh perbetul balik mana2 pandangan yang salah yg diberi melalui filem tersebut..
----------------------------------



Sabda Rasulullah s.a.w.; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sultan Muhammad al-Fateh.. seorang sultan yang bertaqwa. Bagaimana Baginda mencapai ketaqwaannya?
Melalui 2 hukum ALLAH:
1- Hukum syaria'atullah
2- Hukum sunnatullah
Baginda sangat berhati-hati dan teliti dalam mematuhi kedua-dua hukum ALLAH ini. Sikap inilah yang disebut sebagai Taqwa. 

Ketika Saiyyidina Umar bertanya kepada Ka'ab bin Malik tentang Taqwa, Ka'ab menjawab: "Orang bertaqwa sangat berhati-hati dengan hukum ALLAH seperti orang yang sedang berjalan di atas jalan yang dipenuhi duri."

Hukum Syariatullah
- wajib - sunat - harus - makruh - haram -
Orang yang bertaqwa akan:
- menegakkan hukum yang wajib
- meninggalkan yang haram
- melaksanakan sebanyak-banyaknya yang sunat untuk mendapat kecintaan ALLAH
- meninggalkan yang makruh kerana takut akan kebencian ALLAH
- menjadikan perkara- perkara harus sebagai ibadah

Jom kita telusuri wasiat Sultan Muhammad al-Fatih kepada puteranya:
  1. Jadilah seorang pemimpin yang adil, soleh dan penyayang.
  2. Rentangkan perlindungan untuk rakyat kamu tanpa ada pilih kasih
  3. Bekerjalah demi menyebarkan ajaran Islam kerana ia merupakan kewajiban seorang khalifah di muka bumi,
  4. Dahulukan urusan agama melebihi daripada urusan lain. Jangan kamu bersifat lemah dan memperlekehkan usaha menegakkan agama.
  5. Jangan kamu melantik pegawai yang tidak mengambil berat urusan agama dan tidak menjauhkan diri daripada dosa besar serta tenggelam dengan perlakuan keji.
  6. Hindarilah bidaah yang menyesatkan dan orang yang mengajak kamu kepadanya.
  7. Luaskan negara dengan jihad.
  8. Jagalah harta baitulmal, jangan sampai membazir dalam membelanjakannya.
  9. Jangan sekali-kali tanganmu mengambil harta rakyatmu kecuali yang sesuai dengan syariat Islam.
  10. Pastikan mereka yang lemah mendapat jaminan kekeuatan daripadamu serta berikan penghormatanmu kepada yang berhak.
  11. Ulama ialah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jika ada seorang ulama di negara lain, ajaklah dia datang ke negara ini dan muliakan mereka dengan mencukupkan keperluannya.
  12. Berhati-hatilah dan jangan sampai kamu tertipu dengan harta-bendamu dan dengan banyaknya jumlah tenteramu. Jangan sekali-kali kamu mengusir ulama dari pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam, kerana agama merupakan tujuan kita, hidayah ALLAH ialah manhaj hidup kita dan dengan agama ini, kita menang.
  13. Berusahalah menjadikan agama Islam lebih tinggi kedudukannya dan hormatilah ahlinya.
  14. Jangan keterlaluan dalam membelanjakan harta kerajaan dan berfoya-foya dengan kemewahan kerana itu akan menjadi punca kejatuhan sesebuah kerajaan.

Menepati Sunnatullah
- mematuhi syariatullah sahaja belum cukup. Orang bertaqwa juga sangat mematuhi hukum sunnatullah. Maksudnya, persiapan kerohanian (syariatullah) perlu disepadukan dengan persiapan fizikal dan mental (sunnatullah).

Firman ALLAH yang bermaksud: "Dan bersiap sedialah kamu dengan kekuatan dari tentera berkuda untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu." (Surah Al-Anfal 8:60)

Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya menjadi raja dan tentera yang baik kerana mempunyai 2 keunggulan:
~ al amin : kerana mentaati hukum syariatullah
~ al qawiyy : kerana menepati hukum sunnatullah

Firman ALLAH yang bermaksud: "Sesungguhnya, sebaik-baik orang yang diberikan satu pekerjaan ialah orang yang kuat (al qawiyy) lagi amanah (al amin)." (Surah al-Qasas 28:26)

Jom kita tengok persiapan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya sebagai menepati hukum sunnatullah dalam usaha menawan kota Konstantinople dari kerajaan Byzantium:
  1. Memencilkan kerajaan Byzantium terlebih dahulu dengan mengikat perjanjian damai dengan kerajaan- kerajaan bukan Islam di sekitarnya seperti Serbia dan Hungary.
  2. Menyediakan 120 buah kapal dan tentera berjumlah 150 000 orang. Tentera ini ialah tentera terlatih, bukan sahaja dalam berperang tetapi sebahagian mereka mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan, seni bina, muzik dan lain-lain. Membentuk tentera elit yang digelar Inkisyariah atau Janissari yang taat setia, gagah dan sanggup mati syahid untuk mempertahankan negara.
  3. Menyediakan kelengkapan perang seperti meriam yang besar dengan teknologi yang diimport dari negara dan pakar bukan Islam dari Hungary dan Itali. Sultan Muhammad al-Fatih seorang sultan yang 'mesra teknologi'.
  4. Mengkaji bentuk muka bumi, keadaan topografi, cuaca serta arah tiupan angin di lokasi pertempuran dengan mendalam. Detik serangan ke atas kota Konstantinople mengambil kira faktor cuaca, arah tiupan angin, termasuk juga gerhana bulan.
  5. Membina kota Rumeli Hisari bagi menghalang serangan awal ataupun serangan balas, mahupun bantuan dari luar untuk kerajaan Byzantium yang bakal dikepung. Dengan ini, kerajaan Islam Uthmaniyyah menguasai laluan kapal di Selat Bosphorus dan Golden Horn.
  6. Membuat langkah drastik, kreatif dan inovatif dengan memindahkan 70 buah kapal laut melalui daratan sejauh 5 km dari Selat Bosphorus masuk ke perairan Golden Horn sebagai langkah mengelak halangan rantai besi yang dipasang di dalam laut oleh musuh.

Justeru, di samping keimanan dan akhlak yang tinggi, Sultan Muhammad al-Fatih juga ialah seorang yang berfikiran strategik. Untuk menembusi kota Konstantinople yang kebal kerana kedudukannya yang dikelilingi  dengan 7 buah bukit secara semulajadi, ditambah dengan kelengkapan senjata yang pelbagai, pemikiran yang kreatif dan inovatif sangat diperlukan, bukan hanya kekuatan, tetapi perlu ada kebijaksanaan.

Saiyyidina Ali r.a mengingatkan: "Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun."

Cadangan ana..bacalah buku-buku ini...BEST!!




sumber: Majalah Solusi Isu 45 (ms 16-24)
             http://www.iskandarfateh.com/

Saturday, 1 September 2012

Sabar


بسم الله الرحمن الرحيم...

Hari ni, ana nak kongsi sikit mengenai Sabar..

Sabar boleh diterap dalam 5 aspek:

1- Sabar dalam Ibadah: Tekun melaksanakan segala perintah ALLAH dengan ikhlas dan penuh ketaatan seperti solat, puasa, zakat, haji dan amal-amal ibadah lain yang dituntut dalam Islam.
---> ramai antara kita, (termasuk ana).. yang selalu abaikan aspek ni.. ye la.. kita beribadah..tapi langsung tak usaha untuk cari kesempurnaan ibadah...sekadar adat..kalau tetiba kita rasa malas nak ibadah,maka kita pun beribadah dengan sambil lewa sahaja..sedangkan kita bertanggungjawab untuk cuba revive balik diri kita..cari punca kemalasan tu..dan atasi ~


وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا


“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” (Thaahaa:132)


2- Sabar ketika mendapat sesuatu bala dan bencana: ALLAH swt sentiasa menguji keimanan hamba-NYA dengan pelbagai kesulitan, penderitaan , bala dan bencana.
---> yang ini dah selalu sangat disebut... sampai ada yang kata..
 "Sabar, sabar.. aku dah tak larat sabar dah la.. Buang masa ja!" " Aku paling benci orang yang bila aku ada masalah dia kata Sabar, dia tak rasa apa yang aku rasa!"
Astaghfirullahal'azim.. cuba check diri..kita ada buat camtu tak? Kenapa kita nak benci orang yang suruh kita bersabar? Bukankah ALLAH yang suruh kita bersabar?

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)


Bersabar buang masa? Yakinlah dengan janji ALLAH..

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ


“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)

3- Sabar terhadap maksiat: Menahan diri daripada melakukan segala perbuatan jahat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehinaan dan kemurkaan ALLAH.
---> ya..terlalu banyak godaan di dunia ini..syaitan, nafsu.. tapi..





Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”. (Surah Al-Anfal, ayat : [48])

kita nak persalahkan syaitan nanti??? dah tak boleh..syaitan pun takut kepada ALLAH..kita bagaimana??


4- Sabar dalam perjuangan: Tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali segala kekurangan dan kelemahan atau kegagalan dijadikan pengajaran.
---> istiqamah.. sukar..sangat sukar..tapi.,yakinlah ALLAH dah lipih kita..jangan sia-siakan peluang yang diberi..

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)





"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(Surah at-Taubah:111)



5- Sabar terhadap pengaruh duniawi: Islam menggariskan bahawa umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang sementara sehingga boleh melalaikan kepentingan hidup di akhirat.
---> duit..rumah..baju...handset..semua mesti branded..ish3..kita terlalu menurut nafsu..sedangkan kita tau dunia ni sementara...tapi ada yang kata.."hidup ni sekali je..so, kita enjoy.."..erm, tapi, apa guna kita enjoy di dunia sementara ni kalau kita terpaksa menderita selamanya di alam akhirat yang abadi??
So..jom sabar! Lawan nafsu..









"Dan kehidupan dunia ini bukan lain melainkan permainan dan kelalaian, dan sesungguhnya negeri akhirat itulah yang sebaik-baiknya bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, apakah kamu tidak mahu fikirkan?"

Friday, 31 August 2012

Man In The Mirror Lyrics (Raef Cover) Michael Jackson



بسم الله الرحمن الرحيم...

Alhamdulillah.. ALLAH masih bagi lagi peluang kepada kita untuk menghirup udaraNYA.. Hari ini, ana nak kongsi satu lirik lagu yang amat bermakna.. Dipopularkan oleh Michael Jackson, dan dinyanyikan kembali oleh Raef,..^^
 Cuba kita perhatikan liriknya...
~~ Wanna make a change?? Lets start with ourselves first..^^~~





Man In The Mirror Lyrics (Raef Cover) Michael Jackson

By: Raef
I’m going to make a change,
For once in my life….
It’s going to feel real good,
Going to make a difference
Going to make it right!
As I, turn up the collar on
My favorite winter coat
This wind is blowing my mind
I see the kids in the street
With not enough to eat
Who am I to be blind?
Pretending not to see their needs…
A summer disregard,a broken bottle top
And a one man soul


They follow each other on the wind you’ll know
Because they got nowhere to go
That’s why I want you to know!
I’m starting with the man in the mirror!
I’m asking him to change his ways!
And no message could have been any clearer!
If you want to make the world a better place
Take a look at yourself, and then make a change!
I’ve been a victim of a selfish kind of love
It’s time that I realize…
There are some with no home, not a nickel to loan!
Could it be really me, pretending that they’re not alone?
A willow deeply scarred…somebody’s broken heart
And washed-out dreams
They follow the pattern of the wind you’ll see
Because they got no place to be
That’s why I’m starting with me!
I’m starting with the man in the mirror!
I’m asking him to change his ways!
And no message could have been any clearer!
If you want to make the world a better place
Take a look at yourself, and then make a change!
I’m going to make a change….for once in my….life.
————–
Raef’s cover of Michael Jackson’s classic: “Man In The Mirror”
Director: Karim Shaaban
© 2012 Awakening Records
————–
* “Truly, God does not change the condition of a people until they change what is in themselves.” (Quran 13:11)
* The Prophet Muhammad (Allah bless him and give him peace) is reported to have said, “The believer is the mirror of the believer.” [Abu Dawud, and others]

Wednesday, 29 August 2012

Adab Bersahabat



بسم الله الرحمن الرحيم..


Sahabat.. sesiapa yang telah merasai betapa indahnya ukhuwah ..akan menghargai kehadiran seorang sahabat...

Jom kita amalkan adab-adab bersahabat.( ana dapat waktu usrah tingkatan 2 kalau x silap..^^)


1- Cintailah sahabat kita dan jadikanlah diri kita yang dicintai sahabat

~لا يؤمنوا أحدكم حتى يحب لأخه ما يحب لنفسه
Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)~


2- Bersahabat dengan orang yang baik dan 'alim (bukan bermaksud sombong ya...)

~ Hadis Persahabatan: Memilih Kawa
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)~


3- Selalu menunjukkan kegembiraan kita kepada mereka
~Hadis Persahabatan: Bermanis Muka

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)~


4- Jika kita menyayangi seorang sahabat, tunjukkan bahawa kita menyayanginya

~Hadis Persahabatan: Rasa Sayang

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)~


5- Bersama bergembira tika sahabat dalam kegembiraan dan bersama berduka tika sahabat dalam kedukaan


6- Selalu bertukar- tukar buah tangan/ cenderamata untuk mengeratkan kemesraan

~Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)~

7- Kekalkan keramahan kita pada sahabat


8- Mengambil berat akan diri sahabat

~Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)~


9- Menjadikan diri kita dipercayai sahabat


10- Mempercayai sahabat yang jujur

~يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ

“ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kalian beserta orang-orang yang jujur. ” (Q.S. At Taubah: 119)


11- Elakkan tanda kemuraman dan tak bersemangat

12- Cintai sahabat kerana ALLAH

~Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)~

13- Elakkan sesuatu yang sahabat tak suka dan sesuatu yang boleh menyakiti hatinya

~Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata“.
(al Ahzab,58)~

14- Jika terdapat salah faham dengannya, cuba selesaikan seberapa segera. Selalulah bermaafan dan mengakui kesalahan

~Firman Allah bermaksud: "Terima kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil." (Surah al-'Araf, ayat 199)~









Source:

http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=446:koleksi-hadith-dan-ayat-al-quran-berkaitan-dengan-kawan-persahabatan-dan-persaudaraan-menurut-islam&catid=1:latest

http://nasu3028.multiply.com/journal/item/37?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

http://www.mukmin.com.my/baca.php?title=Amalan%20saling%20bermaafan%20damaikan%20hidup%20bermasyarakat&id=289&kategori=12

https://www.facebook.com/nurmuslimah17

Kiamat Hampir Tiba


بسم الله الرجمن الرجيم..
Dah lama tak menulis..dan idea pun macam malap2..jadi, ana nak ulang balik la apa yang ana pernah dapat..melalui tazkirah dan ceramah2 dari zaman maahad dulu..Semoga Bermanfat..^^

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian buat semua..baru2 ni paklong zainol asri ada mai maahad bagi ceramah bertajuk "Kiamat Hampit Tiba"..ceramah ini tersangat la best, dan buat kali pertama, ana lihat semua budak2 maahad fokus betul2 terhadap sesuatu ceramah dan sanggup balik lewat semata- mata nak dengar lagi apa ustaz nak cakap..
jadi, ana nak kongsi sikit mutiara ilmu yang telah ustaz sampaikan kepada kami semua...
{ kita kini berada dalam fasa ketiga akhir zaman, yg mana telah diriwayatkan bahawa tempoh kebangkitan Rasulullah saw dengan Kiamat ibarat jara antara waktu Asar dengan Maghrib..dan kita kini lebih kurang 10 minit sahaja drpd waktu Kiamat tersebut, secara kiasan..}
{satu hari, Rasul telah bertemu dengan para sahabat, waktu itu mereka sedang berbincang bilakah akan berlaku Kiamat..lalu Rasulullah saw pun bersabda bahawa kiamat x kan berlaku melainkan setelah berlaku sepuluh perkara..iaitu
1- ad-Dukhaan (asap)
2- Khuruj ad-Dajjal
3- Dabbatul Ardh
4- Terbit matahari dari Barat
5- Nuzul Isa as
6- Yakjuj wa makjuj
7- 3 Gempa bumi-Timur-barat-Tanah arab
8- api yang keluar dari Yaman yang halau manusia ke padang mahsyar
(ustaz cuma state  8 ni ja, yg len bleh cari sendiri)

Alamat kecil semua sudah berlaku, antaranya
 :- perempuan lebih ramai drpd lelaki- zina berlaku di tengah jalan- pakat main tolak2 tamau jadi imam..benda baik dipandang buruk, benda buruk dipandang baik- fitnah berlaku sampai jadi gelap yang amat pekat, maksudnya  orang x boleh beza baik dgn buruk..dll..}
{ alamat pertengahan ialah zuhur al-Mahdi...- dia ialah seorang lelaki biasa yang disempurnakan ALLAH dalam 1 malam sahaja..sosok tubuhnya macam orang Bani Israel, wajahnya keAraban.-orang Yahudi kaji..depa kata al- Mahdi lahir drpd bangsa yang hilang (the lost track) maksudnya hilang daripada rekod..}

{ok, ikut susur galur Nabi Yaakub atau nama lainnya ialah Israel yang bermaksud Abdullah..Nabi Yaakub kahwin dengan Laiyya -ada 11/12 anak klu x silap an..ada sorang nama Yahuza..dia la asal keturunan Yahudi..pastu kahwin dgn Rahil, dapat Bunyamin dengan Nabi Yusuf..ada 2 anak iaitu Menehsa dan Epram.. daripada Menehsa..lahir bangsa Congo, Hawaii, Jepun, Levi dan lain2..Levi itu turut disebut Lavy, Jevi atau Jawi( Melayu)..sebab Yahudi ni dok kalut cari alMahdi ialah sebab kehancuran depa di tangan alMahdi.....satu hari ada sorang Professor Madya di UKM buat kajian cari susur galur orang Melayu ni..drpd ujian DNA didapati bahawa 30 % DNA melayu sama dengan DNA bani Israel..sbb tu Melayu dituduh akan lahirkan alMahdi..kedudukan Malaysia denagn Washington DC betul2 bertentangan(klu x caya cuba tengok guna Google Earth)..bendera Malaysia pun lebih kurang dengan bendera US..dan orang melayu la yg paling banyak nama Muhammad..sebab tu la Yahudi target malaysia.depa cuba rapat dengan MAlysia sebab nak cari alMahdi..Facebook pun diguna untuk detect kebangkktan alMahdi..yg kata nak tutup tu depa saja acah ja...depa buat pengkalan tentera di Singapura...askar2 Singapura dilatih oleh Mossad..dan recently, Malaysia guna Apco..agensi Yahudi..jadi depa dapat access semua maklumat peribadi rakyat Malysia..pastu perkenal 1 malaysia pulak..1 malaysia itu..akan bawa kepada 1 agama( liberalism ..anggapan bahawa semua agama ialah sama) ..pastu 1 ekonomi, 1 dunia dan last skali..1 tuhan mata satu iaitu Dajjal..semua ni Yahudi dah plan lama dah..
Pastu isyarat 1 yang diguna dalam 1 malaysia tu..sepatutnya angkat jari telunjuk buat isyarat 1 tu hanya untuk mengesakan ALLAH..tapi depa buat untuk Malaysia yg mana kita dah Nampak dlm tu cuba nak pesongkan aqidah..}

{alMahdi pulak ikut ulamak kata ada 3..
1-      Umar Abd Aziz
2-      Muhammad al Fateh
3-      ????

Antara strategi ALLAH nak jaga alMahdi..Muhammad b Abdullah (nama alMahdi) ada maksud tersirat..
Muhammad ialah hakikat ..maksudnya memang nama Muhammad..Abdullah ialah majazi..maksudnya ..abdullah tu kan maksud hamba ALLAH..maksudnya alMahdi bley jadi anak sapa2 ja..dan byk lagi la..
alMahdi akan muncul waktu peperangan besar..Dan antara alamat pertengahan lagi ialah byk gempa bumi..mmg dah Nampak sekarang pun..}

 { ok.ada sorang tok guru ni..namanya TG Hj Saad Monggoi(klu x silap ana dengaq la) ..ada karamah..bila kena hujan x basah..anak murid TG cerita..TG pernah cakap..Alor Setar dgn Langgar akan bersambung, waktu tu orang akan buat titi atas daratan(maksudnya jalan atas la) waktu tu perang besar akan berlaku..waktu tu la aMahdi akan muncul}
{ ada satu hadis lagi..x ingat matan dia..tapi cerita pasal mesir ..lepas Ham(ﺣﻢ) mesir akan diperintah oleh Malikul Misr yang adil..dia akan serahkan pemerintahan kepada alMahdi..nak tau sapa Malikul Misr..tunggu pilihanraya Mesir bulan 9 ni..Ham tu maksudnya Hosni Mubarak.. (ﺣﻢ)..Mesir ialah Kinanatullah fil ardh..maksudnya tentera Mesir ialah tentera terkuat di dunia..}

{ nanti ada sorang Khalifah akan mati..dan akan timbul perselisihan antara anak-anaknya..khalifah tu ialah raja Arab sekarang ni..ana x ingat nama dia..sekarang dia tengah sakit..dan dia dal lebih 100 org anak yg sedang tunggu untuk ambil takhta dia..mmg gerenti la ada perselisihan faham punya..sekarang ni ulamak dok ulang alik pi Mekah sbb nak cari alMahdi..waktu perselisihan tu..ada sorang lelaki lari pi madinah..dia tu alMahdi .dikejar oleh ulamak yg nak baiah dia..tapi dia xmau mengaku bhw dia alMahdi..depa turut dia pi Madinah ..dia patah balik pi Mekah..kat sana ditangkap..diugut akan dibunuh kalau tamau mengaku dia alMahdi..baru dia mengaku..dia kan dibaiah antara rukun Yamani dgn Hajarul Aswad..

Akan ada satu kumpulan tentera Sufyani..merupakan keturunan dari Abu Sufyan..yg akan tentang alMahdi..ok..kita masuk sejarah sikit…ada 4 adik beradik iaitu Hasyim, abdul Mutalib, abd Syams dan Naufal..hanya Bani Hashim dgn bani abdul Mautalib jay g diiktirag golongan Ahlul Bait..sebab depa sokong dakwah nabi..Bani Abd Syams dgn Bani Naufal x diiktiraf sbb depa tentang dakwah nabi..nak dijadikan cerita..Abd Syams dgn Hashim ni kembar ..waktu lahir, jari Hasyim cucuk dahi abd Syams..bila ditarik jari Hashim ditarik, terpancutlah darah dr dahi Abd Syams..org Arab tengok, depa kata ni petanda x baik ni..dan memang betul, Saiyyidina Ali(keturunan Hashim) bertelagah dengan Muawiyah(keturunan Abd Syams)….khilafah Abbasiyah(keturunan Hashim) musuh dengan khilafah Umayyah( keturunan Abd Syams)..dan akhirnya dijangka alMahdi ( keturunan Hashim ) akan perang dengan tentera Sufyani ( keturnan Abd Syams)..tentera Sufyani..mengikut andaian ustaz..akan dipimpin oleh Sayyid Hassan Nasrallah..dia bukannya Ahlul Bait yg sebenar sbb dia asal drpd keturunan Abd Syams)..ini ialah andaian ustaz semata-mata..itulah perang besar yg akan terjadi..
erm..nak kenal alMahdi..dia sorang ja yg tau lokasi sebenar gua Ashabul Kahfi..dalam gua tu ada Tabut iaitu peti (klu x silap ana) milik Raja Thalut dlm nya ada ‘sakinah’ dan dibawa malaikat..(klu x silap ana la)..dalmnya ada peninggalan Nabi Musa dan Nabi Harun seperti tongkat nabi Musa..}

{ 2012 ialah kiamat bagi bangsa Yahudi..dalam alQuran ada 2 surah yg banyak cerita ttg akhir zaman, iaitu surah alKahfi dan Surah al-Isra’..
Surah al-Kahfi ada 110 ayat..srita tentang zuhurul Mahdi..Rasulullah suruh hafal 10 ayat pertama dan terakhir surah ni.untuk perlindungan drpd fitnah Dajjal..dan baca pada siang /malam Jumaat..ada fadhilatnya..Surah al-Isra’ pulak cerita tentang kehancuran Yahudi ..ada 111 ayat..nombor 110 dan 111 ada mesej drpd ALLAH..zaman teknologi sekarang, no 1 dan 0 digunakan dlm teknologi..even kita nak hantar mesej pun, setiap huruf yang kita taip akan diterjemah dalam bentuk digit2 tersebut..paklong kata kalau ada pakar IT sekarng ni, tolong la kaji mesej apa yg ALLAH nak hantar pada kita..cuba tambah umur kita dgn tahun kita lahir..contonya: ustaz lahir tahun 69 , umur ustaz 42..69 +42= 111..korang cuba buat sama..gerenti jawapannya 111..ada maksudnya tu.even tarikh2macam 1/1/11, 11/1/11, 1/1/10 dan tarikh2 yg seangkatan dengannya ada mkna di sebaliknya..
Tarikh 12/12/12 ialah sempadan bermulanya era Dajjal..cuba search kat internet nama Henry Cassinger, bekas s/u amerika..dia salah seorang pimpinan yang jaga khuruj adDajjal..depa ada communication dgn dajjal sekarang.}
{ustaz kan mengajar Sunan Abu Daud..satu hari sampai bab alMahdi..ustaz ada sampai satu tempat di Lubnan klu x silap ana..waktu ust hantar anak muridnya..nama tempat ti Tal..ada sebut dlm hadis yg ust ajar sbg tempat akan berlakunya perang Armageddon yg diuar-uarkan tu..antara alMahdi dgn Yahudi..
Ada satu lagi tmpat nama Wuthoh di Syria..org kat situ kata yg tu tmpt kubu perang alMahdi(klu x silap ana)..tmpt tu byk pokok dan berkabus sikit..malam tu ust mengajar Sunan Abu Daud..dan tengok2 malam tu hadis tu ada sebut tentang tempat nama Wuthoh tu..

Dan..ustaz pun kata..setakat ini saja la saya bagi..klu ikutkan banyak lagi nak bagi..tapi ustaz ada mesyuarat..dan buat pertama kali ana tengok budak maahad mengeluh sbb ceramah habis….

{ustaz jugak ada cerita tentang sejarah Kedah..Merong Mahawangsa ialah cucu kepada Maharaja Taisitung, drpd Dinasti Tang..Maharaja tersebut Islam di tangan Saiyyidina Saad b Abi Waqqas pada 650 masihi..Merong Mahawangsa ni  drpd keturunan Zulqarnain..dia dihantar ke Kedah sebagai pendakwah oleh Maharaja China..makamnya ada kat Kg Langgar/Bujang..yg nama Makam Sultan Muzaffar Shah tu..yg tu la  makam Merong Mahawangsa..dia telah berkahwin dengan Sharifah Maryam al-Jufri, anak kepada Sayyid Jamalul Alam yang urus pemantauan penyebaran dakwah..kuburnya di Kg Tok Soh, Pinang Tunggal..Tok Soh tu merujuk kepada Sharifah Maryam.. ustaz jugak kata sultan kedah berketurunan Ahlul Bait..
Sultan Mahmud telah dibunuh di belakang Balai Polis Gurun utk hilangkan keturunan Ahlul Bait tu..pastu Sultan Abd HAmid dilantik..telah berkahwin dengan Sharifah Sofia al-Jufri..dan juga Manjalara, anak kepada raja Siam..di situ juga ada rancangan nak hapuskan keturunan Ahlul Bait drpd kerajaan Kedah..depa nak lantik Tengku Ibrahim, anak Manjalara sebagai tengku Mahkota..tapi ALLAH Maha Besar..Tengku Ibrahim telah meninggal dunia sebelum sempat ditabalkan jadi Putera mahkota..so, takhta dapta balik kat Sultan Badli Shah, anak kepada Sharifah Sofia al-Jufri..dari nya sampai kat Sultan Abdul Halim..sultan kita la ni..Shah dekat nama sultan tu bukan saja2 letak..maksudnya Sharif ataupun keturunan Ahlul Bait..
Lagi satu, kalau kita pi Acheh, klu kita kata kita org Malaysia..depa x respect kita, tapi klu kita kata kita org Kedah, depa respect..dan rai kita..sbb depa anggap org Kedah ni satu rumpun dengan depa..budaya orang Acheh dengan orang Kedah pun lebih kurang…muka pun lebih kurang..dulu anak raja Acheh kahwin dengan anak raja Kedah..kelebihan bangsa Acheh ialah depa satu-satunya bangsa yg x pernah dijajah..start lepas tsunami tu baru depa start kerjasama dgn Jakarta dll..dulu org kedah nak pi Mekah akan singgah Acheh dulu..sebab tu Acheh digelar Serambi Mekah..Masjid Baitur Rahman yg terselamat srpd tsunami dulu pun design dia sebijik dgn design masjid zahir kita..sebab arkiteknya ialah org yg sama..}

{ust jugak cerita bahawa alMahdi bukan tergolong drpd Rijalul Ghaib..iaitu orang yg dimatikan dlm abad lain, kemudian ALLAH hidupkan kembali pada watu lain..contohnya seperti Ashabul Kahfi, Hang Tuah, Nabi Khidir as..Hang Tuah merupakan hulubalang Melaka, dia juga ialah Narai dlm kerajaan Ayuthia..
Sapa nak jumpa Nabi Khidir pula, pi Mekah, buat tawaf sunat lepas Asar, kemudian rapat dengan Rukun Yamani, insyaALLAH akan jumpa..kalau ada rezeki , ALLAH akan izinkan..ciri2 nya, ornagnya kecil, kurus berjanggut putih dan bertongkat buluh..kehebatannya, Nabi Khidir tau hari ni sapa yg diangkat jadi auliya’ ,  sapa yg digugurkan drpd martabat tersebut dan mcm2 lagi yg ana x  tau..pernah ditanyakan kepada NAbi Khidir as..pernah x jumpa org yg lebih tinggi darjat drpdnya?..Nabi Khidir jwb, pernah..satu hari, NAbi Khidir as pi satu masjid..ada ramai org tengah keliling Syeikh Abd Razzak yg terkenal..tgh ada pengajian..tp ada sorang ank muda berusia belasan tahun, tgh dok sorang2 kat penjuru, x masuk dlm pengajian..tgh peluk lutut sambil tunduk..nabi Khidir as pi kat dia.. Tanya dia sbb apa x pi ngaji sama2..dia jawab, aku x mengaji drps syeikh abd Razzak..aku mengaji drpd arRazzak.. nabi khidir terkejut lalu kata balik kat dia..kalau betul la apa yg engkau cakap..siapakah aku ni? Org muda tu jawab, andai benarlah firasat aku, engkaulah Khidir..terkedu nabi Khidir..org muda tu langsung x angkat muka dia..nabi khidir terkejut sbb budak tu baru belasan tahun..tpi dah jadi auliya’..macam mana pulak dengan kita????}

Semua ni ana nukilkan buat perkongsian bersama..andai ada kesilapan..ianya berpunca drpd kecuaian ana sendiri dan jutaan maaf dipohon ..harap diperbetulkan andai ada sebarang khilaf..syukran 

Murabbi Syeikh Muhammad Zainul Asri

Wednesday, 15 February 2012

Karnival Maulidur Rasul 1433H di HSB 2

Ustazah Faridah, Puan Muna Izzah, Pn Catriona Ross
(Sesi Petang)

  Forum Muslimah Anggun ~~ Sunnah Pendidikan dan Imej~~
    Moderator: Pn Muna Izzah Fadzil (Motivator, Perunding Imej)
    Panelis 1   : Ustazah Faridah Ahmad (Jabatan Mufti Kedah)
 .   Panelis 2   : Pn Catriona Ross (Selebriti)

  Forum ini diadakan dengan majoriti hadirin terdiri daripada kaum wanita. ~~

  Alamak..Cam nak buat laporan la pulak kat atas tu..Hehe..To be casual..Forum ni memang la best. Dan, hakikatnya, kaum wanita ni memang la special..Yang tue semua tau,..Cuma ramai ja yang buat tak tau,..dan tak mau mengistimewakan diri sendiri....Fikir- fikirkan la ye..

   
  Ustazah Faridah ada cakap, hampir 90% dalaman yang support penampilan luaran kita..Camne tu?? Ala, macam yang umum tau la, kalau hati baik, insyaALLAH, luaran pun indah..kan-kan...Mostly la..
  Dan, kalau penampilan luaran kita, kita boleh cermin..(guna cermin)..tapi, dalaman kita nak cermin pakai apa?? ..Tentulah dengan ilmu!!..Sebab, dengan ilmu lah kita nampak kesilapan kita kat mana..boleh perbaik dan adjust yang mana patut..

  Keanggunan wanita pulak..disandarkan kepada 2 perkara..iaitu Keimanan yang merupakan asas keanggunan sejati..dan juga Pakaian taqwa..means, penampilan yang baik..mengikut syariat dan semestinya pakaian yang terbaik ialah pakaian taqwa..~sori la kalau pening2 sikit~

  Moderator juga ada juga menyebut tentang IQ, EQ dan SQ..Oleh kerana ana tak berapa tau pasal benda2 ni..ana pun buat la sikit pembacaan online..berdasarkan kefahaman ana la..IQ (Intelligence Quotient) ialah kecerdasan akal, EQ (Emotional Quotient) ialah kecerdasan emosi dan SQ (Spiritual Quotient) ialah kecerdasan spiritual atau rohani..ketiga- tiganya saling melengkapi dan meyeimbangkan antara satu sama lain.. Means, kalau ada IQ tapi tak dak EQ dan SQ, orang tu akan jadi orang yang cerdik, tapi tak pandai urus emosi dan kurang mengamalkan nilai- nilai murni seperti kejujuran dan keikhlasan. Kalau ada EQ, tapi tadak IQ dan SQ, dia akan jadi orang yang terlalu mudah ditipu dan diperalat kerana kebaikannya. Kalau ada SQ tanpa IQ dan EQ, ana tak tau..tapi yang ana tau, kalau SQ bagus, ia akan mampu menghasilkan EQ dan IQ yang baik..maksudnya, kita perlulah tingkatkan ketiga- tiganya dengan lebih mendekatkan diri kepada ALLAH..Sebab ALLAH lah pemilik segala sesuatu........kalau kurang faham, baca sini..
 
   Then, ada satu persoalan, adakah pakaian menutup aurat mampu halang diri kita daripada buat benda ta elok??..Lalu dijawab oleh Pn Catriona..YA..memang pun..pakaian tutup aurat memang boleh halang diri daripada buat perkara kurang elok..Sebab apa ya..Sebabnya, bila kita pakai pakaian yang menutup aurat, perasaan malu akan bertambah dan kita kan jadi malu nak buat benda- benda macam merokok, nak usha orang laki ikut suka, gelak kuat- kuat..Itulah fitrah..Malu itu kan sebahagian daripada Iman...

     Lagi satu..niat kita kena selalu perbetul..Nak berhijrah, nak berpakaian sopan, semua wajib kerana ALLAH..barula dapat pahala..dan berkekalan, insyaALLAH
body language pun kena jaga depa orang..baru la orang selesa  dengan kita..nak tau body language yang baik..Ikut ja rasulullah..pasti terbaik!!!..kalau nak tau lebih lanjut, antum boleh la buku ni..Seni Bahasa Badan oleh Syahrul Nizam Junaini..memang menarik....

   Adeh..dah penat menaip ni..nanti sambung lagi..asif jiddan kalau kurang menarik dan memeningkan..sedang dalam proses pembelajaran..apapun..dakwah wajib diteruskan!!!



Saturday, 11 February 2012

Halaqah: Semesta Alam

    Alhamdulillah, semalam ALLAH bagi rezeki tengok Halaqah..x dpt pi majlis sambutan Maulid dkt Alor Setar..kat rumah pun jadilah..Dr Danial Zainal Abidin sbg panel jemputan..antara yang telah beliau nyatakan, ttg kebenaran Risalah yg dibawa Junjungan kita Nabi Muhammad (sallallahu 'alaihi wasallam)..
     Hakikatnya, sudah ramai pakar- pakar ilmu serta saintis- saintis Barat yang memeluk agama Islam..hasil kajian mereka sendiri terhadap alQuran..antara yang paling terkenal ialah Dr Gary Miller dengan bukunya, The Amazing Quran..sesiapa yang nak baca, cuba cari dalam internet..ana dah pernah baca ringkasannya..sangat- sangat mengagumkan..
                                                                                                                                    

                                                 Merchant Marine
Some years ago, the story came to us in Toronto about a man who was in the merchant
marine and made his living on the sea. A Muslim gave him a translation of the Quran to read.
The merchant marine knew nothing about the history of Islam but was interested in reading
the Quran. When he finished reading it, he brought it back to the Muslim and asked, "This
Muhammad, was he a sailor?" He was impressed at how accurately the Quran describes a
storm on a sea. When he was told, "No as a matter of fact, Muhammad lived in the desert,"
that was enough for him. He embraced Islam on the spot.
He was so impressed with the Quran's description because he had been in a storm on the sea,
and he knew that whoever had written that description had also been in a storm on the sea.
The description of "a wave, over it a wave, over it clouds" (Surah Nur, 24:40) was not what
someone imagining a storm on a sea to be like would have written; rather, it was written by
someone who knew what a storm on the sea was like. This is one example of how the Quran is
not tied to certain place and time. Certainly, the scientific ideas expressed in it also do not
seem to originate from the desert fourteen centuries ago.

 ========================================================
    Kisah di atas ana petik dari buku The Amazing Quran susunan Dr Gary Miller.. Dr Danial ada mengulas kisah ini. Beliau menyatakan bahawa, berdasarkan kajian terbaru, memang terbukti bahawa lautan mempunyai dua gelombang (wave)..berdasarkan ayat alQuran yang disebut,
  "atau amalan mereka seperti gelap gulita di tengah - tengah laut yang dalam, dilamun ombak, di atas ombak itu ada ombak pula, diatasnya ada awan. Gelap gulita bercampur gelap gulita. Apabila seseorang mengeluarkan tangannnya, hampir ia tiada dapat melihatnya. Barang siapa yang tiada diberi ALLAh cahaya, maka tidak adalah cahaya untuknya. (Surah An-Nur, ayat 40) ~Tafsir Quran Karim Prof Dr H Mahmud Yunus~
     Gelombang yang kedua merupakan gelombang yang dapat kita saksikan di permukaan laut. Gelombang yang pertama pula baru ditemui melalui kajian menggunakan kapal selam. Jadi, bagaimana mungkin seorang lelaki yang tinggal di padang pasir, tidak pernah belayar apatah lagi mengkaji lautan, dapat menyatakan fakta sehebat ini. Melainkan ada yang memberitahu kepada beliau, yakni pencipta alam ini yang mengetahui segala rahsia alam. Semestinya, Sains kini telah membuktikan kebenaran alQuran..
     
       Itulah antara bukti kebenaran Nabi Muhammad (sallallahu 'alaihi wasallam) dan al Quran Kalamullah ...wahyu daripada ALLAH Taala yang menciptakan alam ini..Benarlah, apa lagi nikmat kurniaanNYA yang mahu kita dustakan...Apa lagi bukti yang kita mahukan, semuanya sudah berda di hadapan mata,...

~~~Ilmu baru, Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam suka menyapu kepala kanak- kanak..sehinggakan ibu bapa kanak- kanak di Madinah dapat mengetahui bahawa Rasulullah menyapu kepala anak- anak mereka kerana harumnya bau Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam..ana pun suka buat..^^..Jom Amalkan Sunnah...

Dr Danial Zainal Abidin

Dr Gary Miller

Tuesday, 7 February 2012

Karnival Maulidur Rasul 1433H di HSB

     Alhamdulillah,  ALLAH telah mengizinkan ana dan sahabat- sahabat untuk menghadiri siri Lantunan Mahabbah ke-5. Dgn nama Karnival Maulidur Rasul 1433H di Lobi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. meskipun kami tiba agak lewat lantaran pelbagai halangan, ana bersyukur sebab ALLAh masih izinkan diri untuk menimba ilmu.

Di HSB
    Tiba di hospital dengan Van Kuin. Terima kasih pakcik Zamri sbb susah payah mai ambik kami kat rumah sewa. Sebaik shj menjejak bumi hospital, kami segera melangkah ke lobi hospital meskipun malu kerana lewat tiba. Tiada kerusi kosong. Tak mengapa, hatiku berkata. Kami memilih untuk berdiri di satu ruang di bahagian belakang lobi. Ust Syed Abdul Kadir al Joofre sedang menyampaikan pengisian ilmu yang amat berharga..

      Antara yg beliau katakan, kita tak perlulah nak buat perubahan secara drastik, means..tiba2 nak buat amalan banyak2 secara serentak. Mengejut. Tak perlu sampai camtu..yang penting, biarpun perubahan itu kecil, biarlah ia istiqamah dan berterusan..Niat kerana ALLAH..insyaALLAH boleh punya......
~yg ana faham la..~

    Namun, tak sampai 10 minit dengar suara Ust Syed, kuliah beliau tamat..Ana hanya mampu kutuk diri sendiri.Tu la..siapa suruh bertolak lambat..Mujahidah apa camni?? Sedih sangat..

    Selepas Qasidah daripada Pelajar Maahad Darul Hadis, giliran Ustaz Abdullah b Ahmad dari KIDU pulak untuk sampaikan kuliah beliau yang bertajuk "Rasulullah Manusia Terulung". Sangat seronok dan pengisian yang diberikan sangat sesuai dengan lokasinya di HSB. Ana dapat melihat beberapa orang belum islam lalu di situ. Diam- diam, ana mendoakan supaya program yang dijalankan ini mampu membuka hati-hati mereka untuk menerima Islam. Lebih- lebih lagi kepada saudara- saudara seaqidah, semoga mampu mengamalkan gaya hidup Islam yang sebenar. Sesungguhnya, hanya ALLAH yang memegang hati- hati manusia.

     Kata beliau, setiap kesakitan dan kesukaran itu adalah ujian daripada ALLAH Taala. Antara hikmah ALLAH Taala beri ujian sakit ialah:

  • untuk menghapuskan dosa
  • sebagai ibadah kepada ALLAH Taala
  • teguran daripada ALLAH Taala
  • tanda kasih sayang ALLAH Taala
  • supaya ingat nikmat sihat
  • untuk letakkan orang yang diuji di kedudukan yang mulia di sisi ALLAH Taala.. 

 Syoknya sakit..ALLAH sayang..even ada sahabat Nabi yang baru sembuh dari sakit, memohon agar dikembalikan sakit itu kepadanya, sebab beliau rasa tak mampu beristighfar pada waktu sihat seperti sewaktu beliau sakit... Kita macam mana ya?? Merungutkah? Bersyukurkah? Tidurkah sepanjang harikah?..Yang tu sendiri jawabla ye..
 
        Pastu, ustaz sebut tentang adab-adab menziarahi orang sakit..Kalau nak tahu, sepatutnya, bila kita melawat orang sakit..bukan kita ja kena doakan orang yang sakit tu, malah, kita juga kena minta orang sakit tu doakan kita..sebab apa?? Sebab...orang sakit ni, doanya sangat maqbul..ye la, ALLAH sayang..paklong zainul asri pun cakap camtu jugak....Ringkasannya camni..:

  • segera ziarah sebaik sahaja dapat berita mengenai musibah
  • sentiasa bagi harapan dan semangat kat pesakit meskipun penyakitnya teruk..moga-moga ALLAH sembuhkan orang sakit tu.
  • Sunat letak tangan di tempat yang sakit, kemudian baca Bismillah at least 3 kali..
  • saling mendoakan ..

    Ustaz juga ada menceritakan mengenai seorang ulama'. Namanya Syeikh Abdullah Ismail. Satu hari, dia berazam untuk mengurangkan makan ..(klu x silap la..ana x berapa pasti)..tak lama lepas tu,beliau bermusafir.. tiba di destinasi, beliau terlihat penjual kurma..beliau tewas dengan nafsu, lalu membeli kurma dengan jumlah yang banyak, sedangkan beliau hanya memakan sebiji sahaja..dalam perjalanan pulang ke tempat asalnya, beliau bertembung dengan seorang lelaki yang kehilangan hambanya. Hamba lelaki tersebut telah melarikan diri..ALLAH telah menyamakan wajah Syeikh Abdullah Ismail dengan wajah hamba yang melarikan diri tu..Lalu, lelaki itu membawa beliau pulang dan menjadi hambanya. Beliau langsung tidak berkata apa-apa kerana menganggap bahawa segala yang berlaku ialah teguran ALLAH kepadanya kerana dosanya. Setelah 9 tahun, ALLAH mengembalikan wajah beliau kepada asal. Lalu lelaki tersebut membebaskannya...kerana kesabaran beliau , sewaktu tiba ajal beliau, beliau telah meminta untuk berwuduk, menunaikan solat sunat sunat dan mengucap dua kalimah syahadah...husnul khotimah..moral of the story: Bersabarlah dengan ujian ALLAH, kerana itu tanda ALLAH kasih padamu..dan orang hebat itu, sebaik sahaja dia buat dosa, terus ALLAH bagi ujian utk memadamkan dosa-dosanya..

    Banyak lagi sebenarnya yang ust cakap..takpa la..nanti sambung lagi dalam post akan datang..penat dah taip...Sikit lagi..Kuliah ditamatkan dengan Qasidah Muhammadun Saiyyidun (sayunya) dan Ya Hanana ( rancak pulak..best2)...Kemudian, Ust Ahmad membacakan doa..

    Yang bestnya..tengah- tengah Ust Ahmad tengah berkuliah, Ust Syed lalu di hadapan kami..betul2 depan mata..Waa..berseri- serinya wajah beliau..(hensem sangat sebenarnya, hehehe..jaga mata wahai diri, jaga mata..) Ana dan sahabat senyum- senyum sahaja, Tak sangka dapat tengok Ust Syed secara live..Jarak dekat pulak tu..

   Banyak lagi nak cerita ni..belum lagii cerita tentang forum di sebelah petang..Takpa- takpa..Post akan datang ya..Pen off...Salam 'Alaik..
Ust Syed Abdul Kadir al-Joofre
Ust Ahmad Abdullah

Indahnya Akhlak Baginda


Alhamdulillah, sempat menonton Tanyalah ustazah di Tv9 bersama Ustazah Nik Farhan Mustapha, Pensyarah dari Upm Tajuk: Ibu Alaf BAru..

Tertarik dengan sebuah cerita...
Satu hari, Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) ternampak seorang sahabat, namanya Hawwas (klu x silap ana la)..
Waktu tu di luar Madinah, ada program mcm kem..
Hawwas sdg berada di dalam kawasan muslimat.Lalu, Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) bertanya kepadanya..Apa yg sedang KAmu buat?..Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) tidak membuat sebarang tanggapan..tp, terus bertanya..
Lalu, Hawwas menjawab, Aku sedang mencari tali untuk mengikat untaku yg liar..
Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam)  pun berlalu tanpa mengatakan apa2...

Tak lama lepas tu..Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) berjumpa dgn Hawwas..Baginda (sallallahu'alaihi wasallam) tanya."Hawwas, sudah jinakkah untamu?"
Lalu, Hawwas jawab dengan teragak- agak.." Belum , Ya Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam)."..Teragak- agak kerana dia malu dan terasa ..
kerana beliau telah berbohong..Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) tidak berkata apa2 lagi..

Sekembalinya ke Madinah..Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) langsung tidak membangkitkan apa2..namun Hawwas berasa sangat malu dgn Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam)..dan tidak menunaikan Solat Berjemaah bersama Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam)  krn takut bertemu Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) ..namun..x lama lepas tu..beliau berasa sangat rindu dgn Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam)..lalu pergi ke masjid..sdg dia solat..Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) duduk di sampingnya, Hawwas mula risau, dan sengaja memanjangkan solatnya dengan harapan Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) akan bangun dan beredar.

Tapi Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) berkata: "Hawwas, tak perlulah kamu memanjangkan solatmu..Aku tak akan beredar dari sini sehingga kamu menyelesaikan solatmu"..Hawwas pun, habis ja solat ..terus pusing hadap Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) dan mengaku kesalahannya..tak perlu dipaksa dan disuruh- suruh...
lalu Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) hanya menjawab: "Rahimukallah, Rahimukallah, Rahimukallah"

Lihatlah hikmahnya..Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) langsung x marah Hawwas...x paksa..x hukum.tapi, Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) mengubah Hawwas dr hati..perubahan yg bermula dari dalm diri..insyaALLAH berkekalan....Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) tidak bersangka buruk..Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) bertutur dengan kata2 yg lembut .. Indahnya akhlak Baginda(sallallahu'alaihi wasallam)...
Aku rindu pada Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam)..Sollu Alaihi..  

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!