Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Monday, 29 June 2015

..Jalan Keluar Dari Segala Kesusahan..


بسم الله الرحمن الرحيم
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آله وصحبه وسلّم
Alhamdulillah..
Setelah lebih setahun tak mencoret di sini…
ALLAH swt izinkan lagi untuk diri ini menulis..

With less than 7 days to Pro Exam 1..
Huhu.. May ALLAH ease..

So, tajuk hari ini.. mengenai TAWAKKAL!
Greatly based on Surah at-Thalaq, ayat 2-3.
Commonly known as.. Ayat Seribu Dinar.

Kenapa tetiba nak tulis tengah2 musim exam ni?
Mungkin.. nak mencari kekuatan , dan berkongsi kekuatan, insyaALLAH..

Jom, kita mulakan, Bismillah..
a002-c564ceb209b295061f98ab4ebfe887a6
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
 
a003-719644bb3e51acdb8ccfb280693ae42f

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Surah at-Thalaq: 2-3)

SubhanALLAH!
Maha Suci ALLAH!
Betapa DIA Maha Mengetahui bahawa hambaNYA di dunia ini menghadapi terlalu banyak kesulitan.

DIA juga Maha Mengetahui bahawa kita ini hamba yang sangat lemah.
Lalu DIA menawarkan kepada kita perkara yang kita sentiasa mahukan.
Jalan keluar dari musibah.

Tukarannya ialah kita mesti bertaqwa kepada ALLAH terlebih dahulu. 

Maka pasti kita ingin tahu, apakah taqwa itu?

Berdasarkan buku Hadis 40: Terjemahan dan Syarahannya (Hadis ke-18),
Erti taqwa pada ALLAH ialah melaksanakan segala wajib dan meninggalkan segala yang haram. Pelaksanaan ini tetap disempurnakan dengan tidak memilih waktu dan tempat, sebab taqwa  menurut Rasulullah saw, hendaklah dilakukan di mana sahaja seseorang itu berada.

Secara mudahnya, kita buat apa yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH larang, walau di mana kita berada, 24/7 sepanjang waktu dalam hidup kita. 

Secara lebih simple lagi, 

Jadilah Muslim Sebenar

Anda akan diberi Jalan Keluar dari segala Kesusahan.

Be a True Muslim

You will be shown the Exit from all Difficulties.

 Bukan itu sahaja, 

Anda akan dapat Rezeki yang tak disangka-sangka.

Yes, You will get UnExpected Fortune.

Say who?

Say ALLAH Subhanahu wa Taala, Yang Maha Kaya, Yang Maha Memiliki Segalanya, Yang Maha Menguasai Segalanya..
……
SubhanALLAH, AlhamduLILLAH, ALLAHUakbar!
Tawaran yang sangat hebat!
Tiada tandingan!

10168118_561138694006920_7851163427683673162_n

Lalu ALLAH beri lagi tawaran.
Bertawakkallah kepada ALLAH, maka ALLAH cukup baginya.

Ok, pause kejap.
Tawakkal tu apa?

Jom belek terjemahan Riyadhus Solihin sebentar,
{Maksud tawakkal yang diperintahkan oleh agama itu ialah menyerahkan diri
kepada Allah sesudah berdaya-upaya dan berusaha serta bekerja sebagaimana mestinya.



Misalnya meletakkan basikal di muka rumah, setelah dikunci baik-baik, lalu bertawakkal.
Ertinya, apabila setelah dikunci itu masih juga hilang umpama dicuri orang, maka dalam
pandangan agama orang itu sudah tidak bersalah, sebab telah melakukan ikhtiar supaya
jangan sampai hilang. 


Hal yang semacam itu pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w., yaitu
ada seorang sahabatnya yang meninggalkan untanya tanpa diikatkan pada sesuatu, seperti
pohon, tonggak dan lain-lain, lalu ditinggalkan.


Beliau s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak kamu ikatkan?" Ia menjawab: "Saya sudah
bertawakkal kepada Allah."

Rasulullah s.a.w. tidak dapat menyetujui cara berfikir orang itu, lalu bersabda:
Ertinya:
"Ikatlah dulu lalu bertawakkallah." }


Jadi, kita berusaha sehabis baik, lalu kita serahkan kepada ALLAH hasilnya..
Dan Yakin, ALLAH akan bagi yang Terbaik untuk kita!
Sungguh DIA Maha Mengetahui Segala Sesuatu!

--
Kalau kita rujuk kitab terjemahan Tafsir Ibnu Kathir,

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا

Ali bin Abi Talhah menceritakan daripada Ibnu Abbas ra mengenai firmanNYA: DIA akan menyelamatkannya dari setiap kesusahan di dunia dan di akhirat.
Qatadah menyatakan: yakni dari kerancuan permasalahan dan kesusahan ketika sakaratul maut.

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۚ 
Ali bin Abi Talhah menceritakan daripada Ibnu Abbas ra mengenai firmanNYA: Yakni, dari arah yang tak diketahuinya.
Qatadah menyatakan: Yakni, dari arah yang tidak pernah diharapkan dan diangan-angankannya.
 وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
Disyarahkan dengan hadis :
Iman Ahmad meriwayatkan Dari Abdullah bin Abbas, bahawasanya dia memberitahunya;
Pada suatu hari dia pernah naik di belakang Rasulullah saw lalu dia bersabda kepadanya:
“Jagalah ALLAH, nescaya DIA akan menjagamu. Jagalah ALLAH, nescaya engkau akan mendapatkanNYA dihadapanmu. Jika engkau meminta, maka mintalah kepada ALLAH. Dan jika engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan kepada ALLAH.
Ketahuilah, jika umat ini bersatu untuk memberikan manfaat (kebaikan) kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan memberikan manfaat  kepadamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan ALLAH bagimu.
Dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan mencelakakanmu melainkan dengan apa yang telah ditetapkan ALLAH untukmu.
Pena telah diangkat dan telah kering pula (tinta) lembaran-lembaran itu.
إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ
DIAlah yang Maha Menerapkan seluruh ketetapan dan hukumNYA yang diberlakukan terhadap semua makhlukNYA, sesuai dengan kehendak dan keinginanNYA.
قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
ditafsirkan sebagaimana firmanNYA yang lain, “Dan segala sesuatu di sisiNYA ada ukurannya” (Ar-Ra’d: 8)

154402_453204401382069_347934135_n
------
Alhamdulillah.

Sungguh, al-Quran itu kekuatan umat Islam..
Menghayati kalamNYA cukup untuk memberi booster kepada diri untuk menghadapi cabaran dan ujian yang menggunung..

Maka kututup coretan ini dengan petikan hadis yang amat memberi motivasi buat diri..

وعن أبي يحيى صهيب بن سنان رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏
"‏”"عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله له خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ‏:‏ إن أصابته سراء شكر فكان خيراً له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيراً له‏"‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.‏
Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin.
Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya. Dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.” (Riwayat Muslim)


Wallahua’lam bisshowab.

Sumber:
Terjemahan Tafsir Ibnu Kathir
Terjemahan Riyadhus Solihin
Hadith 40: Terjemahan dan Syarahnya, Mustafa ‘Abdul Rahman (Pustaka Dewan Fajar)
Komik Hari-Hari Sayang Nabi Vol. 2 (Serious Best! Thumbs upOpen-mouthed smile)
http://sunnah.com/riyadussaliheen/1/27
http://quran.com/65
http://www.surah.my/66

Pembacaan lanjut untuk yang berminat:
http://kembaramencaricahayailahi.blogspot.com/2012/01/taqwa.html
http://darulharis.blogspot.com/2011/04/taqwa-itu-apa.html

Nota penulis:

Sebarang kesilapan dan kesalahan harap dimaklumkan dan diperbetulkan, kerana coretan ini ditulis oleh seorang hamba ALLAH yang cetek ilmu dan hanya seorang manusia biasa yang tak terlepas dari dosa dan salah silap.

63716_526572360695905_216288439_n
Anyway, penulis akan menghadapi Pro Exam 1 pada minggu hadapan (7-13 Julai @ 17-26 Ramadhan1436H) yang merangkumi silibus pengajian dari Sem 1 hingga Sem 4, kalau tak lepas tak boleh naik Tahun 3 (klinikal) Crying face..

So, harap doakan penulis dan teman-teman seperjuangan Tahun 2 MBBS UniSZA dapat pass Pro Exam 1 tanpa sebarang Viva dan Remedial.. 
Jangan lupa juga doa untuk senior-senior Year 5 kami yang akan menghadapi Pro Exam 2 lagi sebulan..
All the best Seniors!
May ALLAH ease everything.

Tak lupa juga, Ramadhan Kareem!
Selamat menghadapi fasa ke-2 Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan kita ke arah yang lebih baik.

Jangan lupa berdoa sebelum berbuka (waktu mustajab dia tu )
Doakan agar kita hidup dan mati dalam RedhaNYA.
Doakan saudara seaqidah kita di seluruh dunia diberi kekuatan mengharungi segala ujian.
Doakan kita diizinkan mendampingi KekasihNYA Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم .
Jom banyakkan selawat dan istighfar juga Smile .
Hingga bertemu lagi..
Assalamualaikum Smile.
10653837_10152272457052136_8880129250574527338_n
394673_451954974835546_1338907782_n

Saturday, 27 April 2013

Kau Zalim!


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillah Walhamdulillah.
Lama ana tak menulis. Lebih sebulan rasanya. Jutaan kemaafan ana pohon dari semua.
---

Adil. --- Zalim.
Dua kalimah yang cukup ringkas namun perbedaannya cukup besar. Adil~ bermula dengan huruf A. Zalim, bermula dengan huruf Z. Cukup jauh perbezaannya. Seolah-olah menggambarkan betapa Adil dan Zalim tak mungkin bersekutu, apatah lagi bersatu. Adil itu antara jalan ke syurga manakala Zalim itu antara jalan ke neraka. Maka, pilihlah! Pilihlah, kita mahu ke syurga atau neraka. Kerana pilihan itu di tangan kita.
---
Tapi, hari ini ana nak cerita tentang Zalim.
Definifi zalim ni ada banyak:
-Istilah Bahasa Arab: Gelap.
-Istilah al-Quran: Perbuatan melanggar hak orang lain.
-Perbualan biasa: Gambaran sifat kejam, bengis dan tidak berperikemanusiaan yang menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan orang lain.
-Antonim: Lawan sifat ‘Adil. Bermakna seseorang itu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Menurut para ‘ulama, zalim terbahagi kepada tiga:
1) Zalim kepada ALLAH : dengan menyekutukan ALLAH. Zalim yang paling memudaratkan dan berbahaya.
2) Zalim tehadap makhluk ALLAH : tidak memberi hak kepada yang berhak, menganiaya dan sebagainya.
3) Zalim terhadap diri sendiri : tidak menunaikan hak diri,

Baiklah, hari ini, ana nak fokus pada kategori yang ketiga, yakni zalim terhadap diri sendiri,

Kita sering melihat dan menuduh. Orang itu zalim! Dia zalim! Dia tidak ‘adil! Seolah-olah kitalah insan yang paling ‘adil dalam dunia. Namun, jarang sekali kita berkata pada diri, aku tak ‘adil. Aku zalim. Mungkin sahaja tidak pernah. Sedangkan, kita merupakan manusia paling zalim dalam dunia ini. Ya, kita zalim! Zalim kepada diri! Kita zalim kepada roh kita! Kita zalim kepada emosi dan akal kita! Kita zalim terhadap jasad kita!

Kenapa? Tak percaya? Jom tengok, ada tak contoh-contoh kezaliman ini pada diri kita.

Spiritual (Ruhiyyah)
~ mensyirikkan ALLAH (zalim kerana memberi kuasa yang menjadi hak mutlak ALLAH kepada makhluk lain. Ia langsung tidak mampu memudaratkan ALLAH yang Maha Suci dari segala kekurangan)
~ tidak mengikut sunnah Rasulullah (senyum, istighfar berapa kali dah hari ni?)
~ meninggalkan dan melengah-lengahkan ibadah wajib (solat pukul berapa? dah ganti puasa?)
~ melakukan perkara yang ditegah agama dan ketagih kepada perkara yang haram (banyak sangat, pandai-pandai fikirlah ye..)

Minda (Akal)
~ tidak berusaha menambah ilmu (pi kelas lena ka menyembang? Atau sengaja ponteng kelas, lena dalam bilik)
~ membaca, menonton dan mendengar perkara-perkara yang merosakkan daya berfikir (movie-movie yang kita tengok tu, buku-buku yang kita baca.. ada buat kita berfikir dan mendorong kita buat benda baik tak?)
~ minum arak kerana ia menganggu fungsi otak (dadah pun sama)
~ malas menggunakan akal untuk berfikir (kita selalu macam ni, bila orang tanya soalan sikit, “ah, malaslah fikir, kau buatlah sendiri”. Bila dapat soalan matematik yang panjang sikit: “Ah, tengok pun dah tau payah, tunggu ja la lecturer bagi jawapan dalam kuliah, bukannya dia check pun kita buat ka tak.”)

Emosi (Perasaan)
~ memilih untuk berfikiran negatif (bila tengok orang berbual-bual tak ajak kita:”Mesti diorang tengah mengumpat aku kan.” )
~ sentiasa gelisah memikirkan hal dunia berbanding akhirat ( bila surf internet: “kenapa internet lambat sangat ni?? Nak download MV dengan drama terbaru pun lembab, huh.”
~ membiarkan diri diselubungi perasaan yang melemahkan semangat (apabila terjatuh sekali": “Aku tak mampu tinggalkan dosa ni! Aku dah ditakdirkan masuk neraka agaknya. Biarlah.)
~ sengaja tidak melawan perasaan mazmumah dalam diri (Malas: “ah, malaslah nak baca buku. Esok ada lagi.” Lalu kita layan sifat malas itu)

Fizikal (Jasad)
~ makan makanan yang memudaratkan kesihatan (Maggi! Jajan! Air ketum! )
~ Berkira-kira untuk melakukan kerja yang perlukan tenaga fizikal (Ke kelas: ala, penatnya naik turun tangga, tak nak pegi kelas la hari ni. Malasnya nak jalan pergi kafe, makan megi je la”)
~ tidak menjaga lidah dari menyebut perkara yang memudaratkan (contoh: mengumpat dan menjaja cerita mengenai orang lain. Sekali orang balas dendam, baru menyesal)
~ Membunuh diri

Amacam? Ada tak dalam diri kita perkara-perkara di atas?

Kasihan diri kita. Kita sibuk mempertahankan insan-insan lain dari dianiaya, tapi kita sendiri sering menganiaya diri kita sendiri. Kita tahu, baca al-Quran itu ubat kepada hati, tapi kita malas nak buat. Kita tahu, solat itu tiang agama, kerehatan bagi orang beriman, tapi kita masih berlengah dan meringan-ringankan solat. Kita tahu tengok MV itu melalaikan, tapi kita masih buat.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita berlaku ‘adil terhadap diri kita! Bangkitlah dan lawan kezaliman terhadap diri kita! Ingatlah ALLAH, lakukan segala perintahNYa dan tinggalkan segala laranganNYA!

Tapi, saya tak kuat… saya tak mampu. Macam mana nak buat??

Ubatnya.. Cinta!

Cinta kepada ALLAH! CInta kepada Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ! Cinta kepada ummah! Cinta kepada diri sendiri (bukan nafsu ya)!

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Bagaimana nak suburkan perasaan cinta tu? Jawapannya ialah kenal dan komunikasi!

Nak suburkan cinta kepada ALLAH? Kenal ALLAH dengan sifat-sifat kesempurnaanNYA. Kita perlukan lebih komunikasi kepada ALLAH. Caranya, solat dan al-Quran. Waktu kita solat, kita berbicara kepada ALLAH. Waktu kita baca al-Quran, ALLAH berbicara kepada kita. Direct. Tiada sebarang sekatan. Tidak perlu bayar apa-apa. Tak perlu orang tengah. Tiada kos tersembunyi. Tak boleh solat dan baca al-Quran? Doa kan ada. Berbicaralah kepada ALLAH di mana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja, dengan bahasa apa sekalipun.

Nak suburkan cinta kepada Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم pulak macam mana? Kenali keperibadian baginda 
Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم melalui sirah-sirah dan belajar kitab Syamaail Muhammadiyyah. Pasti kita akan jatuh hati dengan keperibadian baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Jom berhubung dengan Rasulullah صلّى الله غليه وسلّم melalui selawat, qasidah dan banyakkan baca hadis.

Murabbiku Syeikh Muhammad Zainul Asri ada berkata, Rasulullah sentiasa mengunjungi kita setiap kali kita membaca selawat dalam tahiyyat semasa solat. Maksud selawat yang kita baca ialah : (Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya.) Lafaznya menggambarkan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم berada di hadapan kita pada saat itu. Cuma, kegelapan hati kita membuatkan kita tidak mampu merasai kehadiran baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Qasidah pula jangan sekadar dialunkan di bibir, hati juga perlu mendalami maknanya. Barulah terkesan di dalam hati.

Nak suburkan cinta kepada ummah? Ummah itu mad’u. Kenali mereka, tahu kaedah terbaik untuk mendekati mereka. Berkomunikasi dengan mereka dengan cara berhikmah. Tahu, bahawa ummahlah yang paling Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم cinta setelah cinta kepada ALLAH.

Nak suburkan cinta pada diri? Senang sahaja. Kenali diri kita, tahu kekuatan diri dan manfaatkannya,tahu kelemahan diri dan usaha perbaiki. Jangan segan meminta nasihat dan doa daripada orang lain. Komunikasi dengan diri juga sangat penting. Ucapkan kata-kata positif kepada diri kita setiap hari. Usaha untuk sentiasa berfikir dan bertindak secara positif. Tahu bahawa ALLAH dan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sangat mencintai kita. Yakin bahawa segala yang ALLAH bagi kepada kita samada ia dalam bentuk rahmat atau musibah, hakikatnya, kedua-duanya merupakan rahmat dari ALLAH. Pasti ada hikmahnya, kerana ALLAHlah yang paling mengenali diri kita dan tahu apa yang terbaik untuk kita.

Oh, panjangnya soal cinta., apa kaitannya dengan menghentikan kezaliman pada diri. Baiklah, apabila kita cinta kepada ALLAH, sanggupkah kita melakukan apa yang tidak disukainya? Apabila kita cinta kepada Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم , sanggupkah kita melihat baginda terluka disebabkan perbuatan kita? Apabila kita mencintai ummah, sanggupkah kita andai mereka dizalimi disebabkan perbuatan kita ? Apabila kita mencintai diri kita, sanggupkah kita mencampakkan diri kita sendiri ke dalam neraka disebabkan perbuatan kita? Pastinya tidak.

Dan dengan cinta jugalah, kita akan memperoleh dorongan dan kekuatan luar biasa. Tak perlu disuruh dipaksa. Segalanya kita lakukan dengan rela, kerana kita mahu sang Kekasih redha dengan kita dan kembali mencintai kita. Kata hukama’: (seseorang akan menjadi hamba kepada yang dicintainya). Tak mungkin kita menjadi hamba kepada insan yang juga merupakan hamba. Selayaknyalah kita menjadi hamba kepada Penguasa Tiap Hati yakni ALLAH.

Firman Allah: “Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat dzalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).(2:165)”
---------------------------------------
Jom kita berqasidah~
Hari ni ana nak share Qasidah Ya Rasulullah Isyfa’lana..

Isyfa’lana ~Fathul Mubin MMAS


یا رسول لله یا یا نبي
لك الشفاعة وھذا مطلبی

أنت المرتجی یوم الزحام
إشفع لنا یا یاخیر الأنام

إشفع لنا .. لنا لنا یا حبیبنا
لك الشفاعة یارسول لله
یا یا نبی یا نبی

لدنا بك یا یاحبیب
أنت للخلق طبیب

إشفع لنا .. لنا لنا یا حبیبنا
لك الشفاعة یا رسول الله
یا یا نبي یا نبى

جئت للبرایا بالشرع المبین
تنشر الھدایة بین العالمین

إشفع لنا .. لنا لنا یا حبیبنا
لك الشفاعة یا رسول الله
یا یا نبي یا نبى




Undilah kepimpinan yang membawa dan mengamalkan Islam yang sebenarnya ^_^
~Anak Muda Bersama Ulama’~
~Pakatan Harapan Rakyat ~


Sumber:
Solusi Isu 53 (Mac 2013)

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!