Showing posts with label majlis ilmu. Show all posts
Showing posts with label majlis ilmu. Show all posts

Wednesday, 2 January 2013

Oo, Tasawuf Tu Macam Tu..

Bismillahirrahmanirrahim
Lama tak menulis. Bukan kering idea. Banyak sangat ilham ALLAH bagi sampai tak tau nak tulis yang mana dulu, Alhamdulillah, nikmat sebenarnya tu ^_^
Seperti yang telah dijanjikan dulu, ana nak tulis sambungan kepada kuliah Syeikh Ahmad Mamdouh, kali ni di Dewan Ukir Mall pulak.
First time pegi..sangat excited… Niat awal pegi tu nak ikuti kuliah Murabbi kesayangan, Syeikh Muhammad Zainul Asri mengenai kitab Syamail Muhammadiyyah.. Masuk ja dalam dewan, nampak muka Syeikh Ahmad Mamdouh.. Alhamdulillah, tak kesah la Syeikh mana pun, yang penting dapat ilmu..
Masuk, duduk, keluarkan buku dan pen.. dengar dan catat. Rutin biasa..
Walaupun, mula-mula tak expect dapat hadir, Rupa-rupanya ada ilmu baru ALLAH nak bagi hari ni.. Ilmu Tasawuf..
entah kenapa rasa lain sangat sepanjang kuliah kali ni. Rasa macam.. entah. Tak dapat nak cakap..Takpe la.. abaikan, Tak penting pun.
Okeh, duduk ja, terus dengar tentang ta’rif tasawuf.
Tasawuf : buang sifat buruk dan tambah sifat baik dalam diri.. dan ia merupakan ilmu yang hamba kepada martabat Ihsan.
Ihsan tu apa pulak?
Ihsan : beribadah seumpama melihat ALLAH, sekiranya kamu tidak melihat ALLAH, Hakikatnya, ALLAH dapat melihat kamu..  (pi cek dalam buku pendidikan islam form 3 rasanya ada)
Maqam (martabat) dalam Islam pulak  ada 3: 1- Islam, 2- Iman, 3- Ihsan
Boleh rujuk hadis nombor dua dalam kitab 40 Hadis Imam Nawawi ..
Syeikh kata, tak boleh seseorang tu digelar sufi selagi tak beramal dengan ilmu tasawuf.
Mengenai orang-orang dalam tasawuf ni, ada dua jenis:
- Mutasawwif – beramal dan berakhlak dengan tasawuf
- Mutamaswif – mengaku ahli tasawuf, sedangkan tak beramal dengan ilmu tasawuf

Jalan (tariqat) tasawuf juga ada banyak, tetapi ia tidak merosakkan tasawuf. Tariqat tersebut ibarat madrasah-madrasah yang bawa manusia ke maqam Ihsan. Tariqat ni ada banyak , contoh yang agak masyhur ialah Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Syazili dan lain-lain.. Kata syeikh, ia ibarat jalan yang pelbagai, tapi matlamatnya satu, yakni ALLAH. Jalan menuju ALLAH ni sangat banyak, sebanyak hembusan nafas manusia.
Dalam tasawuf juga ada murabbi. Murabbi akan meletakkan amalan yang sesuai untuk murid- muridnya.
Ada empat perkara penting yang mana telah menjadi bahan cacian oleh orang-orang yang menentang tasawuf.
1) Sufi ada zikir khusus
2) Menyebut nama ALLAH secara berjamaah yakni beramai-ramai
3) Zikir kuat-kuat
4) Zikir dengan isim mufrad yakni (ALLAH, ALLAH).. yg ni ana tak berapa faham, yang ana faham, sebut nama ALLAH satu-satu, wallahua’lam.. mohon diperbetul andai salah.
Sebelum syeikh syarah semua tu, Syeikh cerita tentang bid’ah.
Bid’ah ni ada dua, Asliyyah (أصليّة)dan Idhafiyyah (اضافيّة). Bid’ah Asliyyah bermaksud bid’ah yang tiada nas yang suruh buat. Bid’ah Idhafiyyah pula bermaksud bid’ah yang tidak ada dilakukan para salafussoleh.
Orang-orang yang menolak tasawuf mengatakan bahawa kedua-dua bid’ah ini adalah haram. Sedangkan para ulama termasuk ulama 4 mazhab telah menyatakan bid’ah ini ada 5 hukum, yakni Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. Hukum bagi  perkara-perkara bid’ah ni berbalik kepada ilmu usul fiqh untuk dikelaskan dalam hukum-hukum yang lima itu. Sebagai contoh, ada ilmu-ilmu zaman sekarang yang tiada di zaman Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم  yang telah ditentukan menjadi Fardhu Kifayah yakni wajib disebabkan kepentingannya kepada umat Islam sendiri.
Pesan syeikh, Yang ‘am tetap ‘am sehingga ada dalil yang mengkhususkannya. (Boleh rujuk buku Quran Sunnah tingkatan 5 bab Dalil-dalil ‘Am Khas Mutlak Muqaiyyad)
Selepas itu, syeikh sentuh mengenai Tabarruk pula. Tabarruk ni bererti memohon keberkatan. Hakikatnya yang bagi keberkatan ialah ALLAH. Para auliya’ dan solihin hanyalah penyebab atau wasilah kepada berkat tersebut sahaja. Lalu syeikh mengutarakan nas mengenai tabaruk daripada kisah Nabi minum air bekas wudu'k para muslimin untuk mengambil keberkatan, sedangkan Rasulullah punya darjat jauh lebih mulia daripada para muslimin yang lain. Ia menjadi dalil mengharuskan mengambil berkat daripada orang yang lebih rendah dan lebih tinggi darjat dan kedudukan daripada kita.
Kemudian Syeikh cerita tentang kasyaf yang ALLAH kurniakan kepda orang- orang soleh pilihanNYA, dalilnya ialah sebuah hadis Nabi yang menyatakan ‘Takutlah kamu dengan firasat mukmin kerana mereka melihat dengan cahaya ALLAH’ atau seperti mana lafaz Rasulullah. Syeikh juga cerita tentang Ilham yakni kefahaman yang ALLAH berikan kepada para solihin. Hakikatnya ALLAH Maha Mengetahui, lalu ALLAH telah mengilhamkan kepada para ulama’ mengenai ilmu-ilmu yang dimiliki mereka.
Kata syeikh, orang yang menolak tasawuf sebenarnya disebabkan salah faham mereka terhadap ta’rif bid’ah itu sendiri.
Selepas itu, syeikh mengijazahkan kepada para hadirin sebuah kitab bernama… (40 Hadis Menyatakan tentang Keagungan Berselawat Ke Atas Baginda Nabi SAW)  ~  النفحة الاءلهية في الصلاة على خير البرية
Kitab tersebut merupakan susunan Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Siddiq Al Ghummari Al Hasani. Beliau merupakan syeikh dari Maghribi yang telah menguasai pelbagai bidang ilmu sehingga memperoleh dua jenis pengiktirafan dari Universiti Al-Azhar disebabkan kecemerlangan beliau. Namun, bidang yang paling dikuasai oleh beliau ilmu hadis dan ilmu usul fiqh yang merupakan ilmu-ilmu yang paling penting dan paling asas untuk berijtihad.
Kemudian, syeikh menceritakan tentang jalan-jalan ilmu, ada empat:
1) Syeikh al-Fattah (yakni guru yang ALLAH buka pintu-pintu ilmu kepadanya)
2) Cerdik
3) Ilmu yang benar
4) Bersungguh-sungguh
Okeh, ni part paling best dan membuatkan ana sebak seketika.. Syeikh telah mengijazahkan Hadith Musalsal Awwaliah Rahmah.. (kiranya, semua orang yang terima ijazah ni akan kata, ini merupakan hadith pertama yang kudengar dari guruku…)
Sanadnya panjang, tak sempat ana nak catat semua, yang sempat..
(عن شيخ أحمد ممدوح, عن شيخ علي جمعة, عى شيخ عبدالله الغمّاري)..pastu.. ana x dapat  grab nama-nama yang disebut.. ada sampai ÷Imam Sufyan bin ‘Uyaynah .. sampai la sanad kat Saiyyiduna Rasulillah saw yang tercinta..
Matannya, ( الراحمون يرحمهم الرحمن, ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء)
Bila Syeikh mengucapkan tahniah dan berkata Alhamdulillah, kini mengalir dalam diri antum nuur nubuwwah dengan bersambungnya sanad tersebut dari diri sehingga Rasulullah saw.. memang rasa nak menangis, pili air dah bertakung pun.. rasa macam.. tak layaknya aku, bertuahnya aku.. semua bercampur baur.. Astaghfirullahal’azim..Alhamdulillah..
Baiklah, masuk sesi soal jawab..
Ada soalan yang diajukan mengenai dalil dalam al Quran yang memerintahkan agar suara jangan terlalu kuat dan jangan terlalu perlahan ketika membaca al Quran yang mana digunakan sebagai dalil oleh sesetengah pihak untuk menolak berzikir dengan suara yang kuat. Menurut syeikh, perintah tersebut diturunkan kerana risau kaum musyrikin akan mendengar dan menyebabkan kaum muslimin diganggu oleh mereka. Maka, apabila telah hilang gangguan yang menjadi penyebab kepada perintah itu, bolehlah dikuatkan suara..
Soalan mengenai syarat-syarat mursyid.. jawapannya:
1) Alim,
2) Berpegang dengan al Quran dan As Sunnah,
3) Dapat pengikitirafan dari wali-wali sezaman dengannya (wallahua’lam macam mana.. ana pun tak tau)
Pesan beliau, nak tarbiyyah orang pun kena diijazahkan oleh murabbi dulu, mana boleh aci redah aje.. dan mesti berilmu sebelum beramal dan bercakap..
Ada satu soalan lagi yang tanya, apa yang perlu dilakukan apabila kita tidak mendapati mursyid yang layak? Maka syeikh pun menyebut kitab berjudul ‘Petunjuk ALLAH bila hilangnya Murabbi’ karangan Imam Muttaqi al Hindi. Tipsnya, selalu dan sentiasalah berselawat, insyaALLAH ruh Rasulullah saw sendiri dengan izin ALLAH akan membimbing kita, Wallahua’lam.
Oh, soalan terakhir yang diajukan.. ‘Saf muslimat dalam solat yang terbaik ialah di belakang, jadi, adakah muslimat kena start saf dari line belakang?’ Syeikh pun kata.. ana terjemah bahasa sendiri ya.. hampa jangan la fikir teruk sangat.. ALLAH tu Maha Baik, tak kan pernah menzalimi hamba-hambaNYA. Maksud saf belakang terbaik bagi muslimat tu ialah saf di belakang lelaki.. bukannya saf belakang sekali dalam masjid tu.. Ooo.. baru faham ^_^.
Alhamdulillah.. tamat kuliah , dapat solat Isyak berjamaah dengan syeikh.. keluar ja dewan, pi singgah gerai Paksi kacau Kak Sham ^_^. Sempat beli kitab 40 hadis yang diijazahkan sebentar tadi.. ALhamdulillah.. Bila ingat-ingat balik, memang kurnia ALLAH la ana dapat sampai sini, ikut kuliah syeikh, dapat ijazah kitab dengan hadith lagi.. rupa-rupanya ada rahsia ALLAH nak bagi..^__^.. Alhamdulillah..
Sebarang kesilapan mohon ditegur ya.. Ana sekadar berkongsi, ana bukan seorang pakar, jauh sekali faqih dalam ilmu agama, tapi.. yang ni ja yang ana mampu.. Kongsi ilmu dan info ^_^.. Wallahua’lam bissowab…
380429_305181036187267_151531044885601_842243_312970294_n

Akan datang.. insyaALLAH catatan dari Lantunan Mahabbah Rasulillah 2.. ^____________^

Friday, 21 September 2012

Re’Ummah’Fication

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, ALLAH masih beri kekuatan kepada ana mencoret pengalaman di sini.

Re’UMMAH’fication..

Apa tu? Tak pernah dengar pun. Jujurnya..ana pun baru pertama kali dengar perkataan tu tahun ni..to be exact, minggu ini…

Sebenarnya, Re’UMMAH’fication ni ialah program yang dianjurkan oleh Persatuan Rakan Masjid (PRM) UiTM Puncak Alam, sebagai salah satu respons kepada penerbitan filem sampah yang sangat menjijikkan iaitu filem fitnah Innocence of Islam yang telah menghina ALLAH, RasulNYA, dan AgamaNYA.. ia telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Pelbagai reaksi telah dipamerkan..

Demonstrasi, pengedaran risalah, program-program yang memupuk hubbun Nabi..

Masing-masing punya cara tersendiri untuk mempamerkan kemarahan di atas penghinaan kepada Kekasih kita, Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم Habibullah.

Ya, kita berhak marah..malah kita wajib marah..cuma, cara kita mengendalikan kemarahan itu yang membezakan kita dengan orang kafir.. Kita Mencintai Rasulullah صل الله عليه وسلم…, justeru, ayuh kita marah dengan cara Rasullullah صل الله عليه وسلم..

Ok, kembali kepada Re’UMMAH’fication..

ana cuma nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang program yang telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam di DK500, UiTM Puncak Alam..

Ana dan sahabatku, Ina dan housemate, Yati bergerak menuruni tangga ‘an-Najah"’ hampir jam 8 malam. Tika itu, ramai yang sedang berlumba-lumba menuruni tangga, mahu cepat sampai di DK500. Ye la, sapa nak berdiri selama 3 jam? Ana dan Ina, sekejap berlari anak, sekejap berjalan..mengambil angin malam.. Yati masih relax di belakang dan menyuruh kami maju dahulu.

Sampai ja dekat DK500, semua pakat berpusu-pusu nak masuk ke dalam dewan. Semua seat penuh, belah muslimat je la.. Yang belah muslimin ku lihat masih banyak kosong.. Geram la jugak.. Akak koor meminta muslimin berganjak ke hadapan untuk memberi ruang kepada muslimat mengisi seat-seat yang masih kosong.

Enggan  berebut seat, kami memilih untuk duduk di tangga.  Spot terbaik! Full view slaid dan pentas. Setelah beberapa ketika, tangga pun penuh. Seat pun penuh.. Mereka yang baru sampai, terpaksa duduk di atas pentas.. Ceghing gila!!(keluaq bahasa kedah sat).

Majlis pun bermula.

Ucapan alu-aluan dari penasihat PRM. Ucapan dari wakil PRM muslimin dan muslimat…(kak amal wakil muslimat =)..ucapan dari En Naqib Usrahku.. Alhamdulillah semuanya membuahkan kecintaan kepada Baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم..

Selawat dialunkan beramai-ramai, melembutkn hati, menambah rasa kasih kepada Habibullah.. kemudian masuklah penceria suasana..Ust Nasa.. sangat kelakar,..(Ida sudah berbisik..macam Ust Shofi Abd Kadir..warden km di maahad dulu..)

Kami dipertontonkan dengan montaj mengenai tarbiyyah.. yes..’Everything begins with Tarbiyyah’…kemudian, tengok pula slaid tentang kehebatan cinta Rasul.. bagaimana Rasulullah صل الله عليه وسلم mencari umatnya di padang mahsyar nanti..

Sebak.. kemudian, kami diminta menulis warkah kepada baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم.. Sajak dideklamasikan, gamelan dimainkan..Mata-mata mula bergenang. Tangan terketar-ketar meluahkan rasa hati kepada Baginda yang dirindui. Beberapa ketika kemudian, beberapa orang diminta berkongsi coretan dan rasa hati.. sungguh, ramai yang mencintai Baginda Rasul. Dan kerana cinta itulah mereka tiba di dewan itu. Semoga ALLAH merahmati semua yang berada di dalam majlis tersebut.

Ust Nasa terus berceloteh, sedikit mengubat lara di hati. Namun, masih berbisa dalam membawa kami menilai diri, andai benar mencintai Baginda, adakah kita telah mentaati Baginda? Atau kita telah mengkhianati Baginda? Mentaati dengan berusaha beramal dengan sunnahnya.. Atau mengkhianati dengan tidak mempedulikan ajarannya serta berbangga dengan kemaksiatan?

Kemudian, Ust Khairul Anuar (peserta Imam Muda yg ke??)mengambil alih pentas..(naqib kpd Ust Nasa rupanya..).. kalam- kalam bersemangat.. namun menusuk dalam ke qalbu.. Penamatnya, beramai-ramai kami menyanyikan lagu ‘Menuju Wawasan’ dendangan UNIC.. memangla buat ana rasa bersemangat kembali..(memori Kem Anak Soleh bermain di mata).. sungguh merasakan suasana di Maahad seakan-akan hidup…Bahagia~

Alhamdulillah.. betapa ana merasakan majlis ini sangat berjaya. Namun, hakikatnya..kejayaan sebenar akan terlihat di luar majlis..adalah ia memberikan kesan berpanjangan di hati warga UiTM..atau sekadar dalam majlis sahaja??

-----------------------------------------

tulisan dari seorang saudara seIslam.. ayuh renungkan..dan UBAH!

..Umat Islam memang menghina Nabi..

Usaha Barat menghina Islam bukanlah suatu yang baharu. Pelbagai usaha yang telah mereka lakukan, termasuk karikatur Nabi, mempropagandakan umat Islam sebagai pengganas, mewujudkan Islamphobia, dan pelbagai sekatan terhadap amalan Islam seperti di Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lain. Setiap kali isu penghinaan ini berlaku umat Islam akan memprotes, ia lah, kita diwajibkan mempertahankan maruah dan kesucian agama kita. Begitu juga penghinaan yang berlaku dalam negara sama ada dicetuskan oleh parti politik tertentu atau orang perseorangan, seperti adanya paderi yang berceramah menghina amalan haji sebelum ini. Proteslah, buatlah apa yang patut selagi ada tangan dan kuasa untuk bertindak. Berdosa kita mendiamkan diri dan membiarkan agama kita dihina, meskipun hanya protes secara diam, sekurang-kurangnya tiada keredhaan di dalam hati.

Namun apa yang menghairankan, sedarkah umat Islam, ramai atau banyak kalangan umat Islam sendiri sentiasa menghina Nabi Muhammad, penghinaan ini terus berlaku dari zaman awal Islam hinggalah kiamat. Pelbagai bentuk penghinaan terhadap ajaran Nabi Muhammad dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sangat ketara dan tiada protespun, malah tidak dihindari, dan lebih teruk lagi disanjungi.

Tidak payah pergi jauh, di Malaysia sahaja, penghinaan-penghinaan terhadap Nabi Muhammad sangat berleluasa. Antaranya:

1. Tidak solat atau bersolat tidak cukup waktu tidak kira lelaki atau perempuan, ada juga yang ke masjid (lelaki) pada hari jumaat kerana malu kepada rakan sekerja tapi tidur di dalam masjid, ini saya ketahui sendiri di sebuah masjid, bersepah tidur di bahagian bawah masjid, bukankah itu satu penghinaan yang besar terhadap ajaran Nabi Muhammad?

2. Tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atau berpuasa kerana terpaksa.

3. Lebih ketara lagi ialah tidak menutup aurat yang kebanyakannya perempuan. Bersepah sana sini, dari golongan pemimpin, profesor, gabenor, artis,  hinggalah orang awam…. dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah bahkan berasa megah yang kononnya liberal dan moden, mereka ini telah menghina bukan Nabi Muhammad tetapi ajaran al-Quran sendiri, kadang-kadang belajar tinggi menggunung tetapi perkara yang mudah dan simple tidak boleh diamalkan, mungkin tiada hidayat  namun hidayat perlu dicari bukan dinanti. Apakah penghinaan yang lebih buruk daripada ini? Oh…. menutup aurat tidak termasuk dalam tujuh dosa besar, nanti buat amal lain maka boleh terhapuslah dosa ini… benarkah? Apakah jaminan dosa-dosa ini diampunkan? Jika dosa kecil dihimpunkan dan tidak sempat bertaubat nasuha, ia akan menjadi dosa besar juga.

4. Pergaulan bebas yang berleluasa dan menyebabkan perzinaan dan seterusnya pembuangan bayi yang berleluasa pada ketika ini, perkara ini lebih hina dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah betullah tidak bertamadun, tiada ajaran Islam lagi, apabila Islam datang, mereka menghentikan tabiat membunuh anak perempuan ini. Pada zaman ini yang dilahirkan sebagai Muslim, tak kira anak lelaki atau perempuan, disumbat dalam tandas, ditanam hidup-hidup, dibuang di dalam tong sampah, dan paling tragis baru-baru ini dicampak dari tingkat tiga, perilaku umat Islam kini lebih teruk dari binatang yang memelihara dan menyayangi anaknya meskipun tiada jaminan kewangan atau keselamatan. Apakah penghinaan terhadap agama yang lebih teruk daripada ini? Tapi jika dikaji asal-usul pergaulan bebas ini dalah dari permasalahan keluarga dan suasana dalam negara sendiri yang menggalakkan pergaulan bebas. Misalnya lihat sahaja setiap tahun, bulan 8-9 adalah masa pembuangan bayi. Ini adalah rentetan dari sambutan Tahun Baru 8-9 bulan sebelum ini. Anak muda dibiarkan berpeleseran dan pelbagai program sambutan hingga tengah malam dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang langsung tiada islamiknya.

Dan pelbagai jenayah malah ribuan jenayah lagi dilakukan oleh orang Islam seperti rasuah, mengunjungi pelacur, manipulasi, menolak ajaran Al-Quran dan macam-macam lagi yang dilakukan oleh orang ‘besar’. Pelbagai jenayah lagi secara kecil-kecilan. Bolehkah mereka menganggap mereka tidak menghina Nabi Muhammad jika melakukankanya? Banyak perkara yang berlaku di dunia ini atau di Malaysia sahaja yang saya sendiri tak faham, jangan salahkah Tuhan jika bala datang. Bala boleh datang pelbagai bentuk.

Sekadar mengingati diri sendiri dan orang yang mahu menerima pengajaran.

Wallahuaklam.

sumber:http://maruwiah.com/2012/09/21/innocent-of-muslim-umat-islam-memang-menghina-nabi/

-----------------------------------------------------------------------------------

Ya, bibir kita mudah melafazkan.. “aku cinta Nabi, aku kenal Nabi’.. Namun, betulkah kita benar-benar mencintai dan mengenali Baginda? Baik. Kau kenal Nabi..Siapa datuk Baginda? Oh, mudah saja.. Abdul Mutalib.. sapa x tau? Budak sekolah rendah pun tau.. Ok. Siapa nenek Baginda? … Jeda… senyap tak terkata.. kata kenal..kata cinta.. palsukah cinta itu?

sungguh ana berasa malu.. ya, bagaimanakah nanti? Adakah kita layak diakui oleh Baginda sebagai Ikhwan yang dicintai dan dirinduinya? Adakah kita akan membuatkan Baginda menangis melihat azab yang ditimpakan ke atas kita disebabkan penderhakaan kita?

Kita tega mengkhianati perjuangan Baginda.. Baginda bermati-matian memuliakan para muslimat.. namun dengan bermatian-matian juga segelintir muslimat mempertahankan busana mendedahkan auratnya,. sekaligus menghina perjuangan Baginda yang konon kita sangat cinta..

Kita tega mengkhianati perjuangan baginda.. Baginda bermati- matian menyebar dakwah.. ingin membawa ummahnya bersama-sama ke syurga..namun, kita terus membiarkan diri bergelumang dosa.. sengaja menggagalkan usaha Baginda membawa kita ke syurga dengan mencampakkan diri ke dalam neraka..

Tapi.. nanti di padang mahsyar..kita juga yang akan merayu Baginda memberi syafaat kepada kita.. merayu Baginda memohon keselamatan kita.. Layakkah kita? Tak malukah kita?

ASTAGHFIRULLAHAL’ADZIM!!

Ya ALLAH!! Sungguh diri ini hina… ampunkan kami ya ALLAH.. jadikan kami ummah yang benar-benar mencintaiMU.. dan juga benar- benar mencintai Kekasih-MU Muhammad صل الله عليه وسلم.. jadikan kami tentera-tentera yang mempertahankan agamaMU dan kekasihMU.. sebagai bukti kecintaan kami ..

AYUH!! Jika benar cintakan Rasulullah صل الله عليه وسلم.. jangan lokek berselawat kepada Baginda.. jangan malu meng’amalkan sunnahnya.. sunnah Rasul bukan sekadar berserban dan berjanggut.. malah sunnah Rasulullah yang terbesar ialah perjuangan Baginda!! Dakwah!! Jangan remehkan sunnah-sunnah seperti berpakaian kemas, mengalihkan halangan dari jalanan, sentiasa melemparkan senyuman(jgn smpai timbul fitnah pulak)… Jangan abaikan sunnah-sunnah yang besar seperti berjihad fisabilillah, amar ma’ruf nahi mungkar, berakhlak mulia..Dakwah!!

Mujahid!! Penuhkan rumah ALLAH pada setiap waktu..terutama waktu Subuh.. Indahkan akhlakmu.. mantapkan kepimpinanmu.. didiklah nafsumu.. latihlah kekuatan jasmani dan rohani.. sentiasa berada dalam tarbiyyah..kerana kau Syabab Harapan Ummah!

Mujahidah!! Peliharalah maruahmu..jagalah auratmu..tingkatkan malumu.. jangan mudah menjual dirimu..kerana dirimu sangat berharga..mantapkan ilmu dan amal, jagalah tarbiyyah ruhiyyah dan jasmani... kerana dirimu Kunci Kejayaan Ummah!

reummahfication

best memory ever di UiTM Puncak Alam.. PRM memang cool.. ^_^

304388_4212957414669_116941664_n

 

nak kenal Baginda?? Jom sama-sama baca buku ni.. ^_^

Syamail_Muhammadiah

Wednesday, 15 February 2012

Karnival Maulidur Rasul 1433H di HSB 2

Ustazah Faridah, Puan Muna Izzah, Pn Catriona Ross
(Sesi Petang)

  Forum Muslimah Anggun ~~ Sunnah Pendidikan dan Imej~~
    Moderator: Pn Muna Izzah Fadzil (Motivator, Perunding Imej)
    Panelis 1   : Ustazah Faridah Ahmad (Jabatan Mufti Kedah)
 .   Panelis 2   : Pn Catriona Ross (Selebriti)

  Forum ini diadakan dengan majoriti hadirin terdiri daripada kaum wanita. ~~

  Alamak..Cam nak buat laporan la pulak kat atas tu..Hehe..To be casual..Forum ni memang la best. Dan, hakikatnya, kaum wanita ni memang la special..Yang tue semua tau,..Cuma ramai ja yang buat tak tau,..dan tak mau mengistimewakan diri sendiri....Fikir- fikirkan la ye..

   
  Ustazah Faridah ada cakap, hampir 90% dalaman yang support penampilan luaran kita..Camne tu?? Ala, macam yang umum tau la, kalau hati baik, insyaALLAH, luaran pun indah..kan-kan...Mostly la..
  Dan, kalau penampilan luaran kita, kita boleh cermin..(guna cermin)..tapi, dalaman kita nak cermin pakai apa?? ..Tentulah dengan ilmu!!..Sebab, dengan ilmu lah kita nampak kesilapan kita kat mana..boleh perbaik dan adjust yang mana patut..

  Keanggunan wanita pulak..disandarkan kepada 2 perkara..iaitu Keimanan yang merupakan asas keanggunan sejati..dan juga Pakaian taqwa..means, penampilan yang baik..mengikut syariat dan semestinya pakaian yang terbaik ialah pakaian taqwa..~sori la kalau pening2 sikit~

  Moderator juga ada juga menyebut tentang IQ, EQ dan SQ..Oleh kerana ana tak berapa tau pasal benda2 ni..ana pun buat la sikit pembacaan online..berdasarkan kefahaman ana la..IQ (Intelligence Quotient) ialah kecerdasan akal, EQ (Emotional Quotient) ialah kecerdasan emosi dan SQ (Spiritual Quotient) ialah kecerdasan spiritual atau rohani..ketiga- tiganya saling melengkapi dan meyeimbangkan antara satu sama lain.. Means, kalau ada IQ tapi tak dak EQ dan SQ, orang tu akan jadi orang yang cerdik, tapi tak pandai urus emosi dan kurang mengamalkan nilai- nilai murni seperti kejujuran dan keikhlasan. Kalau ada EQ, tapi tadak IQ dan SQ, dia akan jadi orang yang terlalu mudah ditipu dan diperalat kerana kebaikannya. Kalau ada SQ tanpa IQ dan EQ, ana tak tau..tapi yang ana tau, kalau SQ bagus, ia akan mampu menghasilkan EQ dan IQ yang baik..maksudnya, kita perlulah tingkatkan ketiga- tiganya dengan lebih mendekatkan diri kepada ALLAH..Sebab ALLAH lah pemilik segala sesuatu........kalau kurang faham, baca sini..
 
   Then, ada satu persoalan, adakah pakaian menutup aurat mampu halang diri kita daripada buat benda ta elok??..Lalu dijawab oleh Pn Catriona..YA..memang pun..pakaian tutup aurat memang boleh halang diri daripada buat perkara kurang elok..Sebab apa ya..Sebabnya, bila kita pakai pakaian yang menutup aurat, perasaan malu akan bertambah dan kita kan jadi malu nak buat benda- benda macam merokok, nak usha orang laki ikut suka, gelak kuat- kuat..Itulah fitrah..Malu itu kan sebahagian daripada Iman...

     Lagi satu..niat kita kena selalu perbetul..Nak berhijrah, nak berpakaian sopan, semua wajib kerana ALLAH..barula dapat pahala..dan berkekalan, insyaALLAH
body language pun kena jaga depa orang..baru la orang selesa  dengan kita..nak tau body language yang baik..Ikut ja rasulullah..pasti terbaik!!!..kalau nak tau lebih lanjut, antum boleh la buku ni..Seni Bahasa Badan oleh Syahrul Nizam Junaini..memang menarik....

   Adeh..dah penat menaip ni..nanti sambung lagi..asif jiddan kalau kurang menarik dan memeningkan..sedang dalam proses pembelajaran..apapun..dakwah wajib diteruskan!!!



Saturday, 11 February 2012

Halaqah: Semesta Alam

    Alhamdulillah, semalam ALLAH bagi rezeki tengok Halaqah..x dpt pi majlis sambutan Maulid dkt Alor Setar..kat rumah pun jadilah..Dr Danial Zainal Abidin sbg panel jemputan..antara yang telah beliau nyatakan, ttg kebenaran Risalah yg dibawa Junjungan kita Nabi Muhammad (sallallahu 'alaihi wasallam)..
     Hakikatnya, sudah ramai pakar- pakar ilmu serta saintis- saintis Barat yang memeluk agama Islam..hasil kajian mereka sendiri terhadap alQuran..antara yang paling terkenal ialah Dr Gary Miller dengan bukunya, The Amazing Quran..sesiapa yang nak baca, cuba cari dalam internet..ana dah pernah baca ringkasannya..sangat- sangat mengagumkan..
                                                                                                                                    

                                                 Merchant Marine
Some years ago, the story came to us in Toronto about a man who was in the merchant
marine and made his living on the sea. A Muslim gave him a translation of the Quran to read.
The merchant marine knew nothing about the history of Islam but was interested in reading
the Quran. When he finished reading it, he brought it back to the Muslim and asked, "This
Muhammad, was he a sailor?" He was impressed at how accurately the Quran describes a
storm on a sea. When he was told, "No as a matter of fact, Muhammad lived in the desert,"
that was enough for him. He embraced Islam on the spot.
He was so impressed with the Quran's description because he had been in a storm on the sea,
and he knew that whoever had written that description had also been in a storm on the sea.
The description of "a wave, over it a wave, over it clouds" (Surah Nur, 24:40) was not what
someone imagining a storm on a sea to be like would have written; rather, it was written by
someone who knew what a storm on the sea was like. This is one example of how the Quran is
not tied to certain place and time. Certainly, the scientific ideas expressed in it also do not
seem to originate from the desert fourteen centuries ago.

 ========================================================
    Kisah di atas ana petik dari buku The Amazing Quran susunan Dr Gary Miller.. Dr Danial ada mengulas kisah ini. Beliau menyatakan bahawa, berdasarkan kajian terbaru, memang terbukti bahawa lautan mempunyai dua gelombang (wave)..berdasarkan ayat alQuran yang disebut,
  "atau amalan mereka seperti gelap gulita di tengah - tengah laut yang dalam, dilamun ombak, di atas ombak itu ada ombak pula, diatasnya ada awan. Gelap gulita bercampur gelap gulita. Apabila seseorang mengeluarkan tangannnya, hampir ia tiada dapat melihatnya. Barang siapa yang tiada diberi ALLAh cahaya, maka tidak adalah cahaya untuknya. (Surah An-Nur, ayat 40) ~Tafsir Quran Karim Prof Dr H Mahmud Yunus~
     Gelombang yang kedua merupakan gelombang yang dapat kita saksikan di permukaan laut. Gelombang yang pertama pula baru ditemui melalui kajian menggunakan kapal selam. Jadi, bagaimana mungkin seorang lelaki yang tinggal di padang pasir, tidak pernah belayar apatah lagi mengkaji lautan, dapat menyatakan fakta sehebat ini. Melainkan ada yang memberitahu kepada beliau, yakni pencipta alam ini yang mengetahui segala rahsia alam. Semestinya, Sains kini telah membuktikan kebenaran alQuran..
     
       Itulah antara bukti kebenaran Nabi Muhammad (sallallahu 'alaihi wasallam) dan al Quran Kalamullah ...wahyu daripada ALLAH Taala yang menciptakan alam ini..Benarlah, apa lagi nikmat kurniaanNYA yang mahu kita dustakan...Apa lagi bukti yang kita mahukan, semuanya sudah berda di hadapan mata,...

~~~Ilmu baru, Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam suka menyapu kepala kanak- kanak..sehinggakan ibu bapa kanak- kanak di Madinah dapat mengetahui bahawa Rasulullah menyapu kepala anak- anak mereka kerana harumnya bau Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam..ana pun suka buat..^^..Jom Amalkan Sunnah...

Dr Danial Zainal Abidin

Dr Gary Miller

Tuesday, 7 February 2012

Karnival Maulidur Rasul 1433H di HSB

     Alhamdulillah,  ALLAH telah mengizinkan ana dan sahabat- sahabat untuk menghadiri siri Lantunan Mahabbah ke-5. Dgn nama Karnival Maulidur Rasul 1433H di Lobi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. meskipun kami tiba agak lewat lantaran pelbagai halangan, ana bersyukur sebab ALLAh masih izinkan diri untuk menimba ilmu.

Di HSB
    Tiba di hospital dengan Van Kuin. Terima kasih pakcik Zamri sbb susah payah mai ambik kami kat rumah sewa. Sebaik shj menjejak bumi hospital, kami segera melangkah ke lobi hospital meskipun malu kerana lewat tiba. Tiada kerusi kosong. Tak mengapa, hatiku berkata. Kami memilih untuk berdiri di satu ruang di bahagian belakang lobi. Ust Syed Abdul Kadir al Joofre sedang menyampaikan pengisian ilmu yang amat berharga..

      Antara yg beliau katakan, kita tak perlulah nak buat perubahan secara drastik, means..tiba2 nak buat amalan banyak2 secara serentak. Mengejut. Tak perlu sampai camtu..yang penting, biarpun perubahan itu kecil, biarlah ia istiqamah dan berterusan..Niat kerana ALLAH..insyaALLAH boleh punya......
~yg ana faham la..~

    Namun, tak sampai 10 minit dengar suara Ust Syed, kuliah beliau tamat..Ana hanya mampu kutuk diri sendiri.Tu la..siapa suruh bertolak lambat..Mujahidah apa camni?? Sedih sangat..

    Selepas Qasidah daripada Pelajar Maahad Darul Hadis, giliran Ustaz Abdullah b Ahmad dari KIDU pulak untuk sampaikan kuliah beliau yang bertajuk "Rasulullah Manusia Terulung". Sangat seronok dan pengisian yang diberikan sangat sesuai dengan lokasinya di HSB. Ana dapat melihat beberapa orang belum islam lalu di situ. Diam- diam, ana mendoakan supaya program yang dijalankan ini mampu membuka hati-hati mereka untuk menerima Islam. Lebih- lebih lagi kepada saudara- saudara seaqidah, semoga mampu mengamalkan gaya hidup Islam yang sebenar. Sesungguhnya, hanya ALLAH yang memegang hati- hati manusia.

     Kata beliau, setiap kesakitan dan kesukaran itu adalah ujian daripada ALLAH Taala. Antara hikmah ALLAH Taala beri ujian sakit ialah:

  • untuk menghapuskan dosa
  • sebagai ibadah kepada ALLAH Taala
  • teguran daripada ALLAH Taala
  • tanda kasih sayang ALLAH Taala
  • supaya ingat nikmat sihat
  • untuk letakkan orang yang diuji di kedudukan yang mulia di sisi ALLAH Taala.. 

 Syoknya sakit..ALLAH sayang..even ada sahabat Nabi yang baru sembuh dari sakit, memohon agar dikembalikan sakit itu kepadanya, sebab beliau rasa tak mampu beristighfar pada waktu sihat seperti sewaktu beliau sakit... Kita macam mana ya?? Merungutkah? Bersyukurkah? Tidurkah sepanjang harikah?..Yang tu sendiri jawabla ye..
 
        Pastu, ustaz sebut tentang adab-adab menziarahi orang sakit..Kalau nak tahu, sepatutnya, bila kita melawat orang sakit..bukan kita ja kena doakan orang yang sakit tu, malah, kita juga kena minta orang sakit tu doakan kita..sebab apa?? Sebab...orang sakit ni, doanya sangat maqbul..ye la, ALLAH sayang..paklong zainul asri pun cakap camtu jugak....Ringkasannya camni..:

  • segera ziarah sebaik sahaja dapat berita mengenai musibah
  • sentiasa bagi harapan dan semangat kat pesakit meskipun penyakitnya teruk..moga-moga ALLAH sembuhkan orang sakit tu.
  • Sunat letak tangan di tempat yang sakit, kemudian baca Bismillah at least 3 kali..
  • saling mendoakan ..

    Ustaz juga ada menceritakan mengenai seorang ulama'. Namanya Syeikh Abdullah Ismail. Satu hari, dia berazam untuk mengurangkan makan ..(klu x silap la..ana x berapa pasti)..tak lama lepas tu,beliau bermusafir.. tiba di destinasi, beliau terlihat penjual kurma..beliau tewas dengan nafsu, lalu membeli kurma dengan jumlah yang banyak, sedangkan beliau hanya memakan sebiji sahaja..dalam perjalanan pulang ke tempat asalnya, beliau bertembung dengan seorang lelaki yang kehilangan hambanya. Hamba lelaki tersebut telah melarikan diri..ALLAH telah menyamakan wajah Syeikh Abdullah Ismail dengan wajah hamba yang melarikan diri tu..Lalu, lelaki itu membawa beliau pulang dan menjadi hambanya. Beliau langsung tidak berkata apa-apa kerana menganggap bahawa segala yang berlaku ialah teguran ALLAH kepadanya kerana dosanya. Setelah 9 tahun, ALLAH mengembalikan wajah beliau kepada asal. Lalu lelaki tersebut membebaskannya...kerana kesabaran beliau , sewaktu tiba ajal beliau, beliau telah meminta untuk berwuduk, menunaikan solat sunat sunat dan mengucap dua kalimah syahadah...husnul khotimah..moral of the story: Bersabarlah dengan ujian ALLAH, kerana itu tanda ALLAH kasih padamu..dan orang hebat itu, sebaik sahaja dia buat dosa, terus ALLAH bagi ujian utk memadamkan dosa-dosanya..

    Banyak lagi sebenarnya yang ust cakap..takpa la..nanti sambung lagi dalam post akan datang..penat dah taip...Sikit lagi..Kuliah ditamatkan dengan Qasidah Muhammadun Saiyyidun (sayunya) dan Ya Hanana ( rancak pulak..best2)...Kemudian, Ust Ahmad membacakan doa..

    Yang bestnya..tengah- tengah Ust Ahmad tengah berkuliah, Ust Syed lalu di hadapan kami..betul2 depan mata..Waa..berseri- serinya wajah beliau..(hensem sangat sebenarnya, hehehe..jaga mata wahai diri, jaga mata..) Ana dan sahabat senyum- senyum sahaja, Tak sangka dapat tengok Ust Syed secara live..Jarak dekat pulak tu..

   Banyak lagi nak cerita ni..belum lagii cerita tentang forum di sebelah petang..Takpa- takpa..Post akan datang ya..Pen off...Salam 'Alaik..
Ust Syed Abdul Kadir al-Joofre
Ust Ahmad Abdullah

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!