Showing posts with label Rasulullah Habibulah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah Habibulah. Show all posts

Monday, 6 January 2014

Di Mana Rasulullah Di Hatimu?


 


DI MANA RASULULLAH DI HATIMU?
Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah saw lantas bertanya: “Bila berlaku kiamat?”
Rasulullah saw bertanya kembali kepadanya, mafhumnya: “Apa yang sudah kau sediakan untuk menghadapinya?”
Orang Arab Badwi tersebut menjawab: “Aku menyediakan hati yang sangat mencintai engkau, wahai Rasulullah.”
Rasulullah saw membalas: “Seseorang akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya di akhirat.”
Ketika mendengar jawapan Rasulullah saw itu, para sahabat Baginda sangat gembira. Malah, ada yang merasakan hari tersebut seolah-olah hari raya. Mereka merasakan dengan bermodalkan cinta, mereka boleh dikurniakan syurga.         
---------------
Membaca kisah di atas, pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa sampai begitu sekali ganjaran cinta kepada Rasulullah saw. Mengapa perlu kita cintakan Rasulullah saw? Jom tengok ^_^..

Kenapa kena cintakan Rasulullah saw?
-          - Untuk mencapai kesempurnaan iman
-          -Kerana kesempurnaan dan kemuliaan Rasulullah saw
-          -Kerana kesungguhan Nabi saw yang luar biasa dalam berdakwah
-          -Kerana kasih sayang Nabi saw yang amat mendalam kepada kita, umatnya.
Bagaimana nak mencintai Rasulullah saw?
-          -Mengenali Rasulullah saw secara lahiriah (personaliti, fizikal, keluarga dsb) dan rohaniah (keyakinan, prinsip,  strategi perjuangan)
-          -Mematuhi ajaran Rasulullah saw
-         
-Memuliakan dan menghormati Rasulullah saw
-          
-Mencintai keluarga, kaum kerabat dan sahabat Rasulullah saw
-          
-Mencintai ulama yang gigih berdakwah

Aku dah cinta Rasulullah saw kah?

Tanda kita sudah jatuh cinta kepada Rasulullah saw ialah banyak mengingat, menyebut, merindu dan seterusnya ingin sekali bertemu. Cinta adalah satu perasaan yang bersemi dalam hati, diluahkan dengan lisan dan dibuktikan  dengan tindakan dan pengorbanan.


Jika kita mengaku cintakan Rasulullah saw, sebanyak mana kita berselawat kepada Baginda saw sehari semalam? Setakat mana kita mengamalkan sunnahnya? Sudahkah kita sambut sunnah terbesar baginda, yakni sunnah perjuangan Rasulullah saw? Bagaimana akhlak kita, adakah kita menjadikan Baginda saw sebagai qudwah hasanah? Sama-sama kita muhasabah diri. T.T

Thursday, 24 January 2013

Benar, Rasulullah Rahmatan Lil'Alamin



بسم الله الرحمن الرحيم…
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..


 Maksudnya:
Daripada Saiyyidina Abu Burdah bin Nayyar, beliau berkata: “Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم bersabda: ((Barangsiapa daripada kalangan umatku yang berselawat ke atasku satu selawat dengan ikhlas daripada hatinya, nescaya ALLAH akan selawat ke atasnya 10 selawat, mengangkatnya 10 darjat, menulis baginya 10 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 10 dosa kejahatan)).

Riwayat Imam an-Nasaie dan Imam at-Thobrani. Perawi sanad-sanadnya thiqah (dipercayai).


>Sumber: Kitab 40 Hadis Menyatakan Keagungan Berselawat Ke Atas Baginda Nabi صلّى الله عليه وسلّم <

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, 12 Rabiul Awwal tiba lagi..
Hari Ulangtahun Kelahiran Kekasih Agung~
Tak perlu ku ulas panjang, semua orang tahu, bukan sahaja telah tercatat dalam setiap kalendar di Malaysia, malahan sudah terpahat di hati para pencinta Baginda.

Ayuh! Semarakkan rasa cinta dengan Selawat! Qasidah! Sirah Nabawiyyah! Sunnah!

Dalam kegembiraan menyambut kelahiran Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم yg juga Rahmatullil’alamin.. ingin ku kongsikan beberapa keutamaan berselawat kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .

Keutamaan Berselawat Kepada Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم :


1) Orang yang berselawat akan mendapat sepuluh balasan selawat dari ALLAH swt.

2) Orang yang berselawat akan mendapatkan balasan selawat langsung daripada Baginda Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم .
3) Orang yang berselawat, maka para malaikat pun akan berselawat kepada orang tersebut.
4) Orang yang berselawat akan ditinggikan derajatnya, ditambah kebaikan-kebaikannya, serta dihapuskan segala kesalahan-kesalahannya.
5) Orang yang berselawat akan mendapatkan pahala sepadan dengan memerdekakan sepuluh budak kerana ALLAH swt.
6) Berselawat sebagai sebab diampuninya dosa-dosa yang telah lalu.
7) Berselawat akan memohonkan ampunan dan menghibur orang yang telah membaca selawat di dalam kubur kelak.
8) Pemberian syafaat Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم kepada orang yang berselawat tersebut.
9) Dapat menjauhkan orang yang membacanya dari kefakiran dan memberikan kebaikan serta keberkahan.
10) Orang yang memperbanyak berselawat akan menjadi manusia yang paling berhak dengan Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .
11) Berkah dan kebaikan selawat bukan hanya diperoleh bagi orang yang berselawat sahaja, namun hal itu akan mengalir hingga kepada anak dan cucunya.

>Sumber: Buku Memahami Pribadi Suci Baginda Nabi صلّى الله عليه وسلّم melalui Maulid Dhiya’ullami’.<

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kata murabbi, Qasidah ialah salah satu cara untuk menyuburkan lagi rasa cinta kita kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Jadi, ana nak kongsi pula qasidah kat sini. ^_^


Lirik Qasidah Jalaliah (nak dengar? Belilah album2 di bawah ^__^, youtube pun ada)


نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله
Nabi kami Rasululla
h
وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
Yang mensyafaati kami Habibullah
وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله 

Yang Mencintai Kami Khalilullah 
عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله 
Atas baginda solawat kami ya Allah


رَسُولُ الله كَلِيْمُ الله
Rasulullah julukannya Kalimullah
 وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah
رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله
Rasulullah pilihan Allah
إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله
Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah

أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة
Datangnya bagi kami sebagai Rahmah
فَآمَنَّا بِهِ يَا الله
Kami beriman dengan baginda ya Allah
فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا
Taufiqkan dan muliakan kami ya Allah
بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله
Dengan Husnul Khatimah dan redhaMu ya Allah

إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا
Afiatkanlah sekalian kami
مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله
Dari segala penyakit ya Allah
وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار
Sucikan kami dari dosa
بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله
Dengan kurnia dariMu ya Allah



إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن 
Ampunilah bersama ibu bapa kami
إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله
Rahmatilah mereka ya Allah
إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال
Tutupilah segala kejelekan kami
وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله
Jangan disingkapkan ya Allah

إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا
Pimpinlah kami senantiasa
لِما تَرْضى بِهِ يَا الله
dengan yang engkau redha ya Allah
وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ
bantulah kami ya Allah
بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله
Dunia dan akhirat ya Allah

وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ
Tempatkan kami di Syurga
بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله
disisi nabiMu ya Allah
لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي
moga terpandang wajahMu yang kekal
بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله
Dengan cinta nabiMu ya Allah

عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله
Atas Ahmad selawatMu
عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله
Atas al-Hadi salamMu ya Allah
وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ
Keluarga serta sahabatNya
دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله
buat selamanya ya Allah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah, fadhilat selawat sudah, qasidah pun sudah. Apa lagi ya?
Ayuh, kita lihat pula kepentingan dan keistimewaan mempelajari Sirah Nabawiyyah =)..

Kepentingan Mempelajari Sirah Nabawiyyah

1) Ia memberikan suatu kenikmatan kepada ruh dan akal –terutama bagi para pendakwah dalam menyeru ummah ke jalan ALLAH. Bila kita baca Sirah Nabaiyyah ni, kita akan rasa lebih semangat dan ‘qawiyy’ , juga dapat tenangkan jiwa kita, lebih-lebih lagi bila kita rasa down sangat2. Contohnya: apabila kita dikutuk diperli oleh insan2 yang tak berapa suka dengan aktiviti dakwah kita ni, kita boleh lihat balik dalam Sirah Nabi, Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم bukan sahaja dicerca dan diejek-ejek, malah diugut bunuh, dilempar batu, dicekik dan sebagainya. Nabi qawiyy ja. Kita? Ada ka kena macam tu? Baru kena cakap sikit dah nak futur. Isk3.. >tolong take note wahai diri<

2) Jadi satu keperluan buat para da’ie untuk menghadami sirah perjuangan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .. nampak tak? Hadam. Bukan sekadar baca, lena, baca dan lena. Tak ada perubahan pada diri. Bila dah kena Hadam, maksudnya, kena la baca, faham, amal, istiqamah, sebar… Nak baca memang senang, sesetengah insan pun kata, nak faham tu petik jari ja, tapi.. Amal? Istiqamah? Ingat aci main tekan2 keyboard je ka dah boleh beramal? Ingat istiqamah tu senang? *Geleng2 kepala* So, kena buat apa? Usaha! Doa! Tawakkal!

Keistimewaan Sirah Nabawiyyah

1) Sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan ALLAH ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Tidak wujud fakta palsu atau sebarang penyelewengan terhadap kisah kehidupan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .---- namun, tidak semua kisah yang dikatakan sirah yang dicatat dalam sesetengah kitab ialah sahih, contohnya, Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم tak pernah bagi wasiat kepada Saiyyidina Ali mengenai Khilafah. dan ia adalah batil.

2) Perumpamaan yang didatangkan oleh sebahagian pengkritik Barat, bahawa Muhammad صلّى الله عليه وسلّم satu-satunya tokoh yang lahir dibawah sinaran matahari. Perumpamaan ini menggambarkan bahawa setiap inci peristiwa yang berlaku kepada batang tubuh yang mulia ini diketahui secara sempurna dan menyeluruh. ---- Bak kata Ustaz Yayha Bikhair, Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم ni ibarat hidupnya dikelilingi kamera. Mata para sahabat sentiasa merekodkan setiap sudut kehidupan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .

3) Kehidupan Baginda penuh dengan sifat kemanusiaan, tidak sesekali disertakan dogengan mahupun sifat ketuhanan yang akan terus menjadikan Baginda model manusia yang kamil. ---- maksudnya, ia merupakan sirah seorang manusia, bukan malaikat, bukan tuhan, bukan selainnya. Ia boleh dirujuk dan dicontohi, cuma maqam kemuliaan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم saja yang kita tak mungkin dapat.

4) Sirah Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم memberikan contoh bagi sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia , menceritakan kepada kita uslub Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sebagai pendakwah kepada ALLAH yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya diterima. Ia juga meriwayatkan Baginda sebagai pendakwah yang mencurah tenaga dan usaha yang maksimum untuk menyampaikan risalahnya, juga memaparkan peranan sebagai ketua negara yang sangat adil, suami yang mithali, dan murabbi yang agung. ---- Uslub, kaedah, cara… dakwah bil Hubb <3

5) Satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Segala hinaan, cercaan, cemuhan dan kejian adalah bukti bahawa Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم menghadapi suatu sunnah perjuangan yang ‘normal’. Tiada mukjizat dan perkara luar biasa, akan tetapi melalui bukti-bukti logik dan boleh diterima akal.---- Maksud tiada mukjizat dan perkara luar biasa, bukannya menafikan wujudnya mukjizat yang ALLAH kurniakan kepada baginda, maksudnya disini ialah, hanya dengan melihat sirah Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sahaja , kita pasti yakin bahawa Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم itu utusan ALLAH, yakni manusia yang dipandu wahyu. Apabila ditambah dengan mukjizat-mukjizat kurniaan ALLAH, semakin bertambahlah keyakinan..

Justeru, kita kena la wajibkan diri kita untuk mengHadam perjalanan hidup Kekasih agung kita supaya kita mampu bawa nilai-nilai dan pengajaran sirah Nabawiyyah ke dalam jiwa kita, sekaligus mengamalkannya dan beristiqamah dengannya. InsyaALLAH..

>Dipetik dari Ringkasan Sirah Nabawiah Durus Wa ‘Ibar Min Hira’ Ila Hajjatul Wada’< –telah disyarahkan kepada kami oleh alFadhil Ustaz Yahya Bikhair.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh ya, kenapa ya ana pilih tajuk “Benar, Rasulullah Rahmatan Lil’Alamin” ? Nak tahu? Baiklah, kita dah tengok fadhilat selawat, qasidah, sirah…apa yang kita nampak?

Cuba lihat, betapa banyak cara untuk kita suburkan cinta kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .. Banyak cara nak tambah pahala, nak dapat rahmat ALLAH, bukan sahaja dapat kat kita, bahkan dapat kat orang lain dan semua makhluk ALLAH ..hanya dengan cinta Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ..

Bagi siapa yang suka iringan alat2 muzik, suka bergendang, boleh berqasidah,

Sapa yang suka membaca, boleh baca sirah nabawiyyah,

Siapa suka dan pandai bercakap, boleh cerita kat orang tentang Kekasih kita Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم ,

Siapa suka menulis, boleh tulis novel atau cerpen mengenai akhlak Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ,

Siapa suka menaip dan berfacebook dan bertwitter, boleh tulis, twitt dan share post2 serta gambar mengenai kelebihan Nabi kita Muhammad صلّى الله عليه وسلّم .

“Kami tak suka, membaca, menulis, bergendang, bercakap dan berfacebook. Macam mana? Kami suka bermain dengan kucing, bersiar-siar di tepi pantai, memandu kereta, main game, edit gambar”

Oh, boleh saja..^_^

Suka bermain dengan kucing? Bermainlah dengannya dengan cara Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Kan Baginda sukakan kucing..Cakapkan kata-kata yang baik kat kucing tu… jangan tarik-tarik bulu dia, apa korang ingat kucing tu takda perasaan ka?

Suka bersiar-siar tepi pantai? Boleh saja, jangan sekadar bersiar-siar tanpa makna,, cuba kutip sampah, share makanan yang kita bawak dengan pengunjung lain, menutup aurat, bukan ka tu semua ajaran Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم jugak.

Suka memandu kereta? Memandulah dengan berhemah, boleh lekat stiker Mahabbatur Rasul kat cermin kereta, pasang qasidah dan selawat sepanjang perjalanan.Nak gempak lagi? Korang lekat bendera yang tertulis ayat-ayat seperti Saya Cinta Rasulullah, Jom Amalkan Sunnah Rasulullah, Jom Selawat, Jom Tutup Aurat dan sebagainya kat kereta korang. Buat ala-ala orang semangat nak sambut merdeka gitu..Amacam?

Suka main game? Korang edit player korang, bagi dekat baju dia tulis ayat-ayat cinta Rasul. Pastu, korang slowkan volume untuk game effect, korang pasangkan mp3 selawat, qasidah atau ceramah tentang Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Setkan alarm waktu azan. Pastikan semua kerja selesai, baru main game. Boleh kan..^_^

Suka edit gambar? Lagi bagus. Kiranya korang ni terer la bab2 adobe photoshop dan corell kan.. manfaatkan kelebihan dan bakat korang tu dengan mendesign dan mengedit gambar-gambar yang membawa mesej2 Mahabbah Rasulillah, mesej2 dakwah. Seronok pun dapat, pahala pun dapat. Awesome kan.. ^^

“Aaa, tak suka semua tu, suka yang lain.”

“^__^ Maaf la ye, yang lain-lain tu boleh fikir-fikirkan sendiri ye… Manfaatkan akal yang ALLAH bagi.. ^__^”

>Amalkan sunnah Baginda, akhlak Baginda, pasti tersebar keberkahan dan kebaikannya kepada semua makhluk<

Semoga bermanfaat kepada semua… Ayuh manfaatkan kelebihan yang ALLAH bagi untuk menggapai keredhaanNYA..

Wallahua’lam
---
(Syeikh Nuruddin alBanjari alMakki, Dato Dr Haron Din, TG Haji Salleh, Syeikh Fahmi Zam Zam, Murabbi Syeikh Muhammad Zainul Asri, Syeikh Ibrahim Ibnu Masran al-Banjari, Ust Muhadir Hj Joll, Ust Yahya Bikhair, Ust Hanif Harun, Ust Shahrizan)

Ayuh, suburkan cinta dan Mahabbah Rasulillah ..^_^



Kitab inilah yang telah diijazahkan oleh Syeikh Ahmad Mamdouh Saad tempoh hari




Sekitar majlis pelancaran Minggu Mahabbahmu Ya Rasulullah di UiTM Puncak Alam, pesan Imam Muda Asyraf, kalau benar cintakan Rasulullah, jom kita bantu Baginda dengan meneruskan tugas dakwah Baginda. Jangan sekadar cinta di bibir, namun di hati penuh karat jahiliyyah.

Friday, 21 September 2012

Re’Ummah’Fication

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, ALLAH masih beri kekuatan kepada ana mencoret pengalaman di sini.

Re’UMMAH’fication..

Apa tu? Tak pernah dengar pun. Jujurnya..ana pun baru pertama kali dengar perkataan tu tahun ni..to be exact, minggu ini…

Sebenarnya, Re’UMMAH’fication ni ialah program yang dianjurkan oleh Persatuan Rakan Masjid (PRM) UiTM Puncak Alam, sebagai salah satu respons kepada penerbitan filem sampah yang sangat menjijikkan iaitu filem fitnah Innocence of Islam yang telah menghina ALLAH, RasulNYA, dan AgamaNYA.. ia telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Pelbagai reaksi telah dipamerkan..

Demonstrasi, pengedaran risalah, program-program yang memupuk hubbun Nabi..

Masing-masing punya cara tersendiri untuk mempamerkan kemarahan di atas penghinaan kepada Kekasih kita, Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم Habibullah.

Ya, kita berhak marah..malah kita wajib marah..cuma, cara kita mengendalikan kemarahan itu yang membezakan kita dengan orang kafir.. Kita Mencintai Rasulullah صل الله عليه وسلم…, justeru, ayuh kita marah dengan cara Rasullullah صل الله عليه وسلم..

Ok, kembali kepada Re’UMMAH’fication..

ana cuma nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang program yang telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam di DK500, UiTM Puncak Alam..

Ana dan sahabatku, Ina dan housemate, Yati bergerak menuruni tangga ‘an-Najah"’ hampir jam 8 malam. Tika itu, ramai yang sedang berlumba-lumba menuruni tangga, mahu cepat sampai di DK500. Ye la, sapa nak berdiri selama 3 jam? Ana dan Ina, sekejap berlari anak, sekejap berjalan..mengambil angin malam.. Yati masih relax di belakang dan menyuruh kami maju dahulu.

Sampai ja dekat DK500, semua pakat berpusu-pusu nak masuk ke dalam dewan. Semua seat penuh, belah muslimat je la.. Yang belah muslimin ku lihat masih banyak kosong.. Geram la jugak.. Akak koor meminta muslimin berganjak ke hadapan untuk memberi ruang kepada muslimat mengisi seat-seat yang masih kosong.

Enggan  berebut seat, kami memilih untuk duduk di tangga.  Spot terbaik! Full view slaid dan pentas. Setelah beberapa ketika, tangga pun penuh. Seat pun penuh.. Mereka yang baru sampai, terpaksa duduk di atas pentas.. Ceghing gila!!(keluaq bahasa kedah sat).

Majlis pun bermula.

Ucapan alu-aluan dari penasihat PRM. Ucapan dari wakil PRM muslimin dan muslimat…(kak amal wakil muslimat =)..ucapan dari En Naqib Usrahku.. Alhamdulillah semuanya membuahkan kecintaan kepada Baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم..

Selawat dialunkan beramai-ramai, melembutkn hati, menambah rasa kasih kepada Habibullah.. kemudian masuklah penceria suasana..Ust Nasa.. sangat kelakar,..(Ida sudah berbisik..macam Ust Shofi Abd Kadir..warden km di maahad dulu..)

Kami dipertontonkan dengan montaj mengenai tarbiyyah.. yes..’Everything begins with Tarbiyyah’…kemudian, tengok pula slaid tentang kehebatan cinta Rasul.. bagaimana Rasulullah صل الله عليه وسلم mencari umatnya di padang mahsyar nanti..

Sebak.. kemudian, kami diminta menulis warkah kepada baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم.. Sajak dideklamasikan, gamelan dimainkan..Mata-mata mula bergenang. Tangan terketar-ketar meluahkan rasa hati kepada Baginda yang dirindui. Beberapa ketika kemudian, beberapa orang diminta berkongsi coretan dan rasa hati.. sungguh, ramai yang mencintai Baginda Rasul. Dan kerana cinta itulah mereka tiba di dewan itu. Semoga ALLAH merahmati semua yang berada di dalam majlis tersebut.

Ust Nasa terus berceloteh, sedikit mengubat lara di hati. Namun, masih berbisa dalam membawa kami menilai diri, andai benar mencintai Baginda, adakah kita telah mentaati Baginda? Atau kita telah mengkhianati Baginda? Mentaati dengan berusaha beramal dengan sunnahnya.. Atau mengkhianati dengan tidak mempedulikan ajarannya serta berbangga dengan kemaksiatan?

Kemudian, Ust Khairul Anuar (peserta Imam Muda yg ke??)mengambil alih pentas..(naqib kpd Ust Nasa rupanya..).. kalam- kalam bersemangat.. namun menusuk dalam ke qalbu.. Penamatnya, beramai-ramai kami menyanyikan lagu ‘Menuju Wawasan’ dendangan UNIC.. memangla buat ana rasa bersemangat kembali..(memori Kem Anak Soleh bermain di mata).. sungguh merasakan suasana di Maahad seakan-akan hidup…Bahagia~

Alhamdulillah.. betapa ana merasakan majlis ini sangat berjaya. Namun, hakikatnya..kejayaan sebenar akan terlihat di luar majlis..adalah ia memberikan kesan berpanjangan di hati warga UiTM..atau sekadar dalam majlis sahaja??

-----------------------------------------

tulisan dari seorang saudara seIslam.. ayuh renungkan..dan UBAH!

..Umat Islam memang menghina Nabi..

Usaha Barat menghina Islam bukanlah suatu yang baharu. Pelbagai usaha yang telah mereka lakukan, termasuk karikatur Nabi, mempropagandakan umat Islam sebagai pengganas, mewujudkan Islamphobia, dan pelbagai sekatan terhadap amalan Islam seperti di Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lain. Setiap kali isu penghinaan ini berlaku umat Islam akan memprotes, ia lah, kita diwajibkan mempertahankan maruah dan kesucian agama kita. Begitu juga penghinaan yang berlaku dalam negara sama ada dicetuskan oleh parti politik tertentu atau orang perseorangan, seperti adanya paderi yang berceramah menghina amalan haji sebelum ini. Proteslah, buatlah apa yang patut selagi ada tangan dan kuasa untuk bertindak. Berdosa kita mendiamkan diri dan membiarkan agama kita dihina, meskipun hanya protes secara diam, sekurang-kurangnya tiada keredhaan di dalam hati.

Namun apa yang menghairankan, sedarkah umat Islam, ramai atau banyak kalangan umat Islam sendiri sentiasa menghina Nabi Muhammad, penghinaan ini terus berlaku dari zaman awal Islam hinggalah kiamat. Pelbagai bentuk penghinaan terhadap ajaran Nabi Muhammad dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sangat ketara dan tiada protespun, malah tidak dihindari, dan lebih teruk lagi disanjungi.

Tidak payah pergi jauh, di Malaysia sahaja, penghinaan-penghinaan terhadap Nabi Muhammad sangat berleluasa. Antaranya:

1. Tidak solat atau bersolat tidak cukup waktu tidak kira lelaki atau perempuan, ada juga yang ke masjid (lelaki) pada hari jumaat kerana malu kepada rakan sekerja tapi tidur di dalam masjid, ini saya ketahui sendiri di sebuah masjid, bersepah tidur di bahagian bawah masjid, bukankah itu satu penghinaan yang besar terhadap ajaran Nabi Muhammad?

2. Tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atau berpuasa kerana terpaksa.

3. Lebih ketara lagi ialah tidak menutup aurat yang kebanyakannya perempuan. Bersepah sana sini, dari golongan pemimpin, profesor, gabenor, artis,  hinggalah orang awam…. dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah bahkan berasa megah yang kononnya liberal dan moden, mereka ini telah menghina bukan Nabi Muhammad tetapi ajaran al-Quran sendiri, kadang-kadang belajar tinggi menggunung tetapi perkara yang mudah dan simple tidak boleh diamalkan, mungkin tiada hidayat  namun hidayat perlu dicari bukan dinanti. Apakah penghinaan yang lebih buruk daripada ini? Oh…. menutup aurat tidak termasuk dalam tujuh dosa besar, nanti buat amal lain maka boleh terhapuslah dosa ini… benarkah? Apakah jaminan dosa-dosa ini diampunkan? Jika dosa kecil dihimpunkan dan tidak sempat bertaubat nasuha, ia akan menjadi dosa besar juga.

4. Pergaulan bebas yang berleluasa dan menyebabkan perzinaan dan seterusnya pembuangan bayi yang berleluasa pada ketika ini, perkara ini lebih hina dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah betullah tidak bertamadun, tiada ajaran Islam lagi, apabila Islam datang, mereka menghentikan tabiat membunuh anak perempuan ini. Pada zaman ini yang dilahirkan sebagai Muslim, tak kira anak lelaki atau perempuan, disumbat dalam tandas, ditanam hidup-hidup, dibuang di dalam tong sampah, dan paling tragis baru-baru ini dicampak dari tingkat tiga, perilaku umat Islam kini lebih teruk dari binatang yang memelihara dan menyayangi anaknya meskipun tiada jaminan kewangan atau keselamatan. Apakah penghinaan terhadap agama yang lebih teruk daripada ini? Tapi jika dikaji asal-usul pergaulan bebas ini dalah dari permasalahan keluarga dan suasana dalam negara sendiri yang menggalakkan pergaulan bebas. Misalnya lihat sahaja setiap tahun, bulan 8-9 adalah masa pembuangan bayi. Ini adalah rentetan dari sambutan Tahun Baru 8-9 bulan sebelum ini. Anak muda dibiarkan berpeleseran dan pelbagai program sambutan hingga tengah malam dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang langsung tiada islamiknya.

Dan pelbagai jenayah malah ribuan jenayah lagi dilakukan oleh orang Islam seperti rasuah, mengunjungi pelacur, manipulasi, menolak ajaran Al-Quran dan macam-macam lagi yang dilakukan oleh orang ‘besar’. Pelbagai jenayah lagi secara kecil-kecilan. Bolehkah mereka menganggap mereka tidak menghina Nabi Muhammad jika melakukankanya? Banyak perkara yang berlaku di dunia ini atau di Malaysia sahaja yang saya sendiri tak faham, jangan salahkah Tuhan jika bala datang. Bala boleh datang pelbagai bentuk.

Sekadar mengingati diri sendiri dan orang yang mahu menerima pengajaran.

Wallahuaklam.

sumber:http://maruwiah.com/2012/09/21/innocent-of-muslim-umat-islam-memang-menghina-nabi/

-----------------------------------------------------------------------------------

Ya, bibir kita mudah melafazkan.. “aku cinta Nabi, aku kenal Nabi’.. Namun, betulkah kita benar-benar mencintai dan mengenali Baginda? Baik. Kau kenal Nabi..Siapa datuk Baginda? Oh, mudah saja.. Abdul Mutalib.. sapa x tau? Budak sekolah rendah pun tau.. Ok. Siapa nenek Baginda? … Jeda… senyap tak terkata.. kata kenal..kata cinta.. palsukah cinta itu?

sungguh ana berasa malu.. ya, bagaimanakah nanti? Adakah kita layak diakui oleh Baginda sebagai Ikhwan yang dicintai dan dirinduinya? Adakah kita akan membuatkan Baginda menangis melihat azab yang ditimpakan ke atas kita disebabkan penderhakaan kita?

Kita tega mengkhianati perjuangan Baginda.. Baginda bermati-matian memuliakan para muslimat.. namun dengan bermatian-matian juga segelintir muslimat mempertahankan busana mendedahkan auratnya,. sekaligus menghina perjuangan Baginda yang konon kita sangat cinta..

Kita tega mengkhianati perjuangan baginda.. Baginda bermati- matian menyebar dakwah.. ingin membawa ummahnya bersama-sama ke syurga..namun, kita terus membiarkan diri bergelumang dosa.. sengaja menggagalkan usaha Baginda membawa kita ke syurga dengan mencampakkan diri ke dalam neraka..

Tapi.. nanti di padang mahsyar..kita juga yang akan merayu Baginda memberi syafaat kepada kita.. merayu Baginda memohon keselamatan kita.. Layakkah kita? Tak malukah kita?

ASTAGHFIRULLAHAL’ADZIM!!

Ya ALLAH!! Sungguh diri ini hina… ampunkan kami ya ALLAH.. jadikan kami ummah yang benar-benar mencintaiMU.. dan juga benar- benar mencintai Kekasih-MU Muhammad صل الله عليه وسلم.. jadikan kami tentera-tentera yang mempertahankan agamaMU dan kekasihMU.. sebagai bukti kecintaan kami ..

AYUH!! Jika benar cintakan Rasulullah صل الله عليه وسلم.. jangan lokek berselawat kepada Baginda.. jangan malu meng’amalkan sunnahnya.. sunnah Rasul bukan sekadar berserban dan berjanggut.. malah sunnah Rasulullah yang terbesar ialah perjuangan Baginda!! Dakwah!! Jangan remehkan sunnah-sunnah seperti berpakaian kemas, mengalihkan halangan dari jalanan, sentiasa melemparkan senyuman(jgn smpai timbul fitnah pulak)… Jangan abaikan sunnah-sunnah yang besar seperti berjihad fisabilillah, amar ma’ruf nahi mungkar, berakhlak mulia..Dakwah!!

Mujahid!! Penuhkan rumah ALLAH pada setiap waktu..terutama waktu Subuh.. Indahkan akhlakmu.. mantapkan kepimpinanmu.. didiklah nafsumu.. latihlah kekuatan jasmani dan rohani.. sentiasa berada dalam tarbiyyah..kerana kau Syabab Harapan Ummah!

Mujahidah!! Peliharalah maruahmu..jagalah auratmu..tingkatkan malumu.. jangan mudah menjual dirimu..kerana dirimu sangat berharga..mantapkan ilmu dan amal, jagalah tarbiyyah ruhiyyah dan jasmani... kerana dirimu Kunci Kejayaan Ummah!

reummahfication

best memory ever di UiTM Puncak Alam.. PRM memang cool.. ^_^

304388_4212957414669_116941664_n

 

nak kenal Baginda?? Jom sama-sama baca buku ni.. ^_^

Syamail_Muhammadiah

Tuesday, 7 February 2012

Indahnya Akhlak Baginda


Alhamdulillah, sempat menonton Tanyalah ustazah di Tv9 bersama Ustazah Nik Farhan Mustapha, Pensyarah dari Upm Tajuk: Ibu Alaf BAru..

Tertarik dengan sebuah cerita...
Satu hari, Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) ternampak seorang sahabat, namanya Hawwas (klu x silap ana la)..
Waktu tu di luar Madinah, ada program mcm kem..
Hawwas sdg berada di dalam kawasan muslimat.Lalu, Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) bertanya kepadanya..Apa yg sedang KAmu buat?..Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) tidak membuat sebarang tanggapan..tp, terus bertanya..
Lalu, Hawwas menjawab, Aku sedang mencari tali untuk mengikat untaku yg liar..
Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam)  pun berlalu tanpa mengatakan apa2...

Tak lama lepas tu..Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) berjumpa dgn Hawwas..Baginda (sallallahu'alaihi wasallam) tanya."Hawwas, sudah jinakkah untamu?"
Lalu, Hawwas jawab dengan teragak- agak.." Belum , Ya Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam)."..Teragak- agak kerana dia malu dan terasa ..
kerana beliau telah berbohong..Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) tidak berkata apa2 lagi..

Sekembalinya ke Madinah..Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) langsung tidak membangkitkan apa2..namun Hawwas berasa sangat malu dgn Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam)..dan tidak menunaikan Solat Berjemaah bersama Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam)  krn takut bertemu Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) ..namun..x lama lepas tu..beliau berasa sangat rindu dgn Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam)..lalu pergi ke masjid..sdg dia solat..Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) duduk di sampingnya, Hawwas mula risau, dan sengaja memanjangkan solatnya dengan harapan Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam) akan bangun dan beredar.

Tapi Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) berkata: "Hawwas, tak perlulah kamu memanjangkan solatmu..Aku tak akan beredar dari sini sehingga kamu menyelesaikan solatmu"..Hawwas pun, habis ja solat ..terus pusing hadap Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) dan mengaku kesalahannya..tak perlu dipaksa dan disuruh- suruh...
lalu Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) hanya menjawab: "Rahimukallah, Rahimukallah, Rahimukallah"

Lihatlah hikmahnya..Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) langsung x marah Hawwas...x paksa..x hukum.tapi, Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) mengubah Hawwas dr hati..perubahan yg bermula dari dalm diri..insyaALLAH berkekalan....Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) tidak bersangka buruk..Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam) bertutur dengan kata2 yg lembut .. Indahnya akhlak Baginda(sallallahu'alaihi wasallam)...
Aku rindu pada Rasulullah(sallallahu'alaihi wasallam)..Sollu Alaihi..  

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!