DI MANA RASULULLAH DI
HATIMU?
Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah saw
lantas bertanya: “Bila berlaku kiamat?”
Rasulullah saw bertanya kembali
kepadanya, mafhumnya: “Apa yang sudah kau sediakan untuk menghadapinya?”
Orang Arab Badwi tersebut menjawab: “Aku
menyediakan hati yang sangat mencintai engkau, wahai Rasulullah.”
Rasulullah saw membalas: “Seseorang akan
bersama-sama dengan orang yang dicintainya di akhirat.”
Ketika mendengar jawapan Rasulullah saw
itu, para sahabat Baginda sangat gembira. Malah, ada yang merasakan hari
tersebut seolah-olah hari raya. Mereka merasakan dengan bermodalkan cinta,
mereka boleh dikurniakan syurga.
---------------
Membaca kisah di atas, pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa
sampai begitu sekali ganjaran cinta kepada Rasulullah saw. Mengapa perlu kita
cintakan Rasulullah saw? Jom tengok ^_^..
Kenapa kena cintakan Rasulullah saw?
- - Untuk mencapai kesempurnaan iman
- -Kerana kesempurnaan dan kemuliaan Rasulullah
saw
- -Kerana kesungguhan Nabi saw yang luar biasa
dalam berdakwah
- -Kerana kasih sayang Nabi saw yang amat mendalam
kepada kita, umatnya.
Bagaimana nak mencintai Rasulullah saw?
- -Mengenali Rasulullah saw secara lahiriah
(personaliti, fizikal, keluarga dsb) dan rohaniah (keyakinan, prinsip, strategi
perjuangan)
- -Mematuhi ajaran Rasulullah saw
-
-Memuliakan dan menghormati Rasulullah saw
-Memuliakan dan menghormati Rasulullah saw
-
-Mencintai keluarga, kaum kerabat dan sahabat Rasulullah saw
-Mencintai keluarga, kaum kerabat dan sahabat Rasulullah saw
-
-Mencintai ulama yang gigih berdakwah
-Mencintai ulama yang gigih berdakwah
Aku dah cinta Rasulullah saw kah?
Tanda kita sudah jatuh cinta kepada Rasulullah saw ialah banyak mengingat, menyebut, merindu dan seterusnya ingin sekali bertemu. Cinta adalah satu perasaan yang bersemi dalam hati, diluahkan dengan lisan dan dibuktikan dengan tindakan dan pengorbanan.
Jika kita mengaku cintakan Rasulullah saw, sebanyak mana kita berselawat kepada Baginda saw sehari semalam? Setakat mana kita mengamalkan sunnahnya? Sudahkah kita sambut sunnah terbesar baginda, yakni sunnah perjuangan Rasulullah saw? Bagaimana akhlak kita, adakah kita menjadikan Baginda saw sebagai qudwah hasanah? Sama-sama kita muhasabah diri. T.T
0 comments:
Post a Comment