Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Monday, 29 June 2015

..Jalan Keluar Dari Segala Kesusahan..


بسم الله الرحمن الرحيم
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آله وصحبه وسلّم
Alhamdulillah..
Setelah lebih setahun tak mencoret di sini…
ALLAH swt izinkan lagi untuk diri ini menulis..

With less than 7 days to Pro Exam 1..
Huhu.. May ALLAH ease..

So, tajuk hari ini.. mengenai TAWAKKAL!
Greatly based on Surah at-Thalaq, ayat 2-3.
Commonly known as.. Ayat Seribu Dinar.

Kenapa tetiba nak tulis tengah2 musim exam ni?
Mungkin.. nak mencari kekuatan , dan berkongsi kekuatan, insyaALLAH..

Jom, kita mulakan, Bismillah..
a002-c564ceb209b295061f98ab4ebfe887a6
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
 
a003-719644bb3e51acdb8ccfb280693ae42f

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Surah at-Thalaq: 2-3)

SubhanALLAH!
Maha Suci ALLAH!
Betapa DIA Maha Mengetahui bahawa hambaNYA di dunia ini menghadapi terlalu banyak kesulitan.

DIA juga Maha Mengetahui bahawa kita ini hamba yang sangat lemah.
Lalu DIA menawarkan kepada kita perkara yang kita sentiasa mahukan.
Jalan keluar dari musibah.

Tukarannya ialah kita mesti bertaqwa kepada ALLAH terlebih dahulu. 

Maka pasti kita ingin tahu, apakah taqwa itu?

Berdasarkan buku Hadis 40: Terjemahan dan Syarahannya (Hadis ke-18),
Erti taqwa pada ALLAH ialah melaksanakan segala wajib dan meninggalkan segala yang haram. Pelaksanaan ini tetap disempurnakan dengan tidak memilih waktu dan tempat, sebab taqwa  menurut Rasulullah saw, hendaklah dilakukan di mana sahaja seseorang itu berada.

Secara mudahnya, kita buat apa yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH larang, walau di mana kita berada, 24/7 sepanjang waktu dalam hidup kita. 

Secara lebih simple lagi, 

Jadilah Muslim Sebenar

Anda akan diberi Jalan Keluar dari segala Kesusahan.

Be a True Muslim

You will be shown the Exit from all Difficulties.

 Bukan itu sahaja, 

Anda akan dapat Rezeki yang tak disangka-sangka.

Yes, You will get UnExpected Fortune.

Say who?

Say ALLAH Subhanahu wa Taala, Yang Maha Kaya, Yang Maha Memiliki Segalanya, Yang Maha Menguasai Segalanya..
……
SubhanALLAH, AlhamduLILLAH, ALLAHUakbar!
Tawaran yang sangat hebat!
Tiada tandingan!

10168118_561138694006920_7851163427683673162_n

Lalu ALLAH beri lagi tawaran.
Bertawakkallah kepada ALLAH, maka ALLAH cukup baginya.

Ok, pause kejap.
Tawakkal tu apa?

Jom belek terjemahan Riyadhus Solihin sebentar,
{Maksud tawakkal yang diperintahkan oleh agama itu ialah menyerahkan diri
kepada Allah sesudah berdaya-upaya dan berusaha serta bekerja sebagaimana mestinya.



Misalnya meletakkan basikal di muka rumah, setelah dikunci baik-baik, lalu bertawakkal.
Ertinya, apabila setelah dikunci itu masih juga hilang umpama dicuri orang, maka dalam
pandangan agama orang itu sudah tidak bersalah, sebab telah melakukan ikhtiar supaya
jangan sampai hilang. 


Hal yang semacam itu pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w., yaitu
ada seorang sahabatnya yang meninggalkan untanya tanpa diikatkan pada sesuatu, seperti
pohon, tonggak dan lain-lain, lalu ditinggalkan.


Beliau s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak kamu ikatkan?" Ia menjawab: "Saya sudah
bertawakkal kepada Allah."

Rasulullah s.a.w. tidak dapat menyetujui cara berfikir orang itu, lalu bersabda:
Ertinya:
"Ikatlah dulu lalu bertawakkallah." }


Jadi, kita berusaha sehabis baik, lalu kita serahkan kepada ALLAH hasilnya..
Dan Yakin, ALLAH akan bagi yang Terbaik untuk kita!
Sungguh DIA Maha Mengetahui Segala Sesuatu!

--
Kalau kita rujuk kitab terjemahan Tafsir Ibnu Kathir,

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا

Ali bin Abi Talhah menceritakan daripada Ibnu Abbas ra mengenai firmanNYA: DIA akan menyelamatkannya dari setiap kesusahan di dunia dan di akhirat.
Qatadah menyatakan: yakni dari kerancuan permasalahan dan kesusahan ketika sakaratul maut.

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۚ 
Ali bin Abi Talhah menceritakan daripada Ibnu Abbas ra mengenai firmanNYA: Yakni, dari arah yang tak diketahuinya.
Qatadah menyatakan: Yakni, dari arah yang tidak pernah diharapkan dan diangan-angankannya.
 وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
Disyarahkan dengan hadis :
Iman Ahmad meriwayatkan Dari Abdullah bin Abbas, bahawasanya dia memberitahunya;
Pada suatu hari dia pernah naik di belakang Rasulullah saw lalu dia bersabda kepadanya:
“Jagalah ALLAH, nescaya DIA akan menjagamu. Jagalah ALLAH, nescaya engkau akan mendapatkanNYA dihadapanmu. Jika engkau meminta, maka mintalah kepada ALLAH. Dan jika engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan kepada ALLAH.
Ketahuilah, jika umat ini bersatu untuk memberikan manfaat (kebaikan) kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan memberikan manfaat  kepadamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan ALLAH bagimu.
Dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan mencelakakanmu melainkan dengan apa yang telah ditetapkan ALLAH untukmu.
Pena telah diangkat dan telah kering pula (tinta) lembaran-lembaran itu.
إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ
DIAlah yang Maha Menerapkan seluruh ketetapan dan hukumNYA yang diberlakukan terhadap semua makhlukNYA, sesuai dengan kehendak dan keinginanNYA.
قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
ditafsirkan sebagaimana firmanNYA yang lain, “Dan segala sesuatu di sisiNYA ada ukurannya” (Ar-Ra’d: 8)

154402_453204401382069_347934135_n
------
Alhamdulillah.

Sungguh, al-Quran itu kekuatan umat Islam..
Menghayati kalamNYA cukup untuk memberi booster kepada diri untuk menghadapi cabaran dan ujian yang menggunung..

Maka kututup coretan ini dengan petikan hadis yang amat memberi motivasi buat diri..

وعن أبي يحيى صهيب بن سنان رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏
"‏”"عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله له خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ‏:‏ إن أصابته سراء شكر فكان خيراً له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيراً له‏"‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.‏
Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin.
Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya. Dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.” (Riwayat Muslim)


Wallahua’lam bisshowab.

Sumber:
Terjemahan Tafsir Ibnu Kathir
Terjemahan Riyadhus Solihin
Hadith 40: Terjemahan dan Syarahnya, Mustafa ‘Abdul Rahman (Pustaka Dewan Fajar)
Komik Hari-Hari Sayang Nabi Vol. 2 (Serious Best! Thumbs upOpen-mouthed smile)
http://sunnah.com/riyadussaliheen/1/27
http://quran.com/65
http://www.surah.my/66

Pembacaan lanjut untuk yang berminat:
http://kembaramencaricahayailahi.blogspot.com/2012/01/taqwa.html
http://darulharis.blogspot.com/2011/04/taqwa-itu-apa.html

Nota penulis:

Sebarang kesilapan dan kesalahan harap dimaklumkan dan diperbetulkan, kerana coretan ini ditulis oleh seorang hamba ALLAH yang cetek ilmu dan hanya seorang manusia biasa yang tak terlepas dari dosa dan salah silap.

63716_526572360695905_216288439_n
Anyway, penulis akan menghadapi Pro Exam 1 pada minggu hadapan (7-13 Julai @ 17-26 Ramadhan1436H) yang merangkumi silibus pengajian dari Sem 1 hingga Sem 4, kalau tak lepas tak boleh naik Tahun 3 (klinikal) Crying face..

So, harap doakan penulis dan teman-teman seperjuangan Tahun 2 MBBS UniSZA dapat pass Pro Exam 1 tanpa sebarang Viva dan Remedial.. 
Jangan lupa juga doa untuk senior-senior Year 5 kami yang akan menghadapi Pro Exam 2 lagi sebulan..
All the best Seniors!
May ALLAH ease everything.

Tak lupa juga, Ramadhan Kareem!
Selamat menghadapi fasa ke-2 Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan kita ke arah yang lebih baik.

Jangan lupa berdoa sebelum berbuka (waktu mustajab dia tu )
Doakan agar kita hidup dan mati dalam RedhaNYA.
Doakan saudara seaqidah kita di seluruh dunia diberi kekuatan mengharungi segala ujian.
Doakan kita diizinkan mendampingi KekasihNYA Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم .
Jom banyakkan selawat dan istighfar juga Smile .
Hingga bertemu lagi..
Assalamualaikum Smile.
10653837_10152272457052136_8880129250574527338_n
394673_451954974835546_1338907782_n

Thursday, 24 January 2013

Benar, Rasulullah Rahmatan Lil'Alamin



بسم الله الرحمن الرحيم…
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..


 Maksudnya:
Daripada Saiyyidina Abu Burdah bin Nayyar, beliau berkata: “Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم bersabda: ((Barangsiapa daripada kalangan umatku yang berselawat ke atasku satu selawat dengan ikhlas daripada hatinya, nescaya ALLAH akan selawat ke atasnya 10 selawat, mengangkatnya 10 darjat, menulis baginya 10 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 10 dosa kejahatan)).

Riwayat Imam an-Nasaie dan Imam at-Thobrani. Perawi sanad-sanadnya thiqah (dipercayai).


>Sumber: Kitab 40 Hadis Menyatakan Keagungan Berselawat Ke Atas Baginda Nabi صلّى الله عليه وسلّم <

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, 12 Rabiul Awwal tiba lagi..
Hari Ulangtahun Kelahiran Kekasih Agung~
Tak perlu ku ulas panjang, semua orang tahu, bukan sahaja telah tercatat dalam setiap kalendar di Malaysia, malahan sudah terpahat di hati para pencinta Baginda.

Ayuh! Semarakkan rasa cinta dengan Selawat! Qasidah! Sirah Nabawiyyah! Sunnah!

Dalam kegembiraan menyambut kelahiran Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم yg juga Rahmatullil’alamin.. ingin ku kongsikan beberapa keutamaan berselawat kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .

Keutamaan Berselawat Kepada Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم :


1) Orang yang berselawat akan mendapat sepuluh balasan selawat dari ALLAH swt.

2) Orang yang berselawat akan mendapatkan balasan selawat langsung daripada Baginda Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم .
3) Orang yang berselawat, maka para malaikat pun akan berselawat kepada orang tersebut.
4) Orang yang berselawat akan ditinggikan derajatnya, ditambah kebaikan-kebaikannya, serta dihapuskan segala kesalahan-kesalahannya.
5) Orang yang berselawat akan mendapatkan pahala sepadan dengan memerdekakan sepuluh budak kerana ALLAH swt.
6) Berselawat sebagai sebab diampuninya dosa-dosa yang telah lalu.
7) Berselawat akan memohonkan ampunan dan menghibur orang yang telah membaca selawat di dalam kubur kelak.
8) Pemberian syafaat Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم kepada orang yang berselawat tersebut.
9) Dapat menjauhkan orang yang membacanya dari kefakiran dan memberikan kebaikan serta keberkahan.
10) Orang yang memperbanyak berselawat akan menjadi manusia yang paling berhak dengan Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .
11) Berkah dan kebaikan selawat bukan hanya diperoleh bagi orang yang berselawat sahaja, namun hal itu akan mengalir hingga kepada anak dan cucunya.

>Sumber: Buku Memahami Pribadi Suci Baginda Nabi صلّى الله عليه وسلّم melalui Maulid Dhiya’ullami’.<

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kata murabbi, Qasidah ialah salah satu cara untuk menyuburkan lagi rasa cinta kita kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Jadi, ana nak kongsi pula qasidah kat sini. ^_^


Lirik Qasidah Jalaliah (nak dengar? Belilah album2 di bawah ^__^, youtube pun ada)


نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله
Nabi kami Rasululla
h
وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
Yang mensyafaati kami Habibullah
وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله 

Yang Mencintai Kami Khalilullah 
عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله 
Atas baginda solawat kami ya Allah


رَسُولُ الله كَلِيْمُ الله
Rasulullah julukannya Kalimullah
 وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah
رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله
Rasulullah pilihan Allah
إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله
Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah

أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة
Datangnya bagi kami sebagai Rahmah
فَآمَنَّا بِهِ يَا الله
Kami beriman dengan baginda ya Allah
فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا
Taufiqkan dan muliakan kami ya Allah
بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله
Dengan Husnul Khatimah dan redhaMu ya Allah

إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا
Afiatkanlah sekalian kami
مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله
Dari segala penyakit ya Allah
وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار
Sucikan kami dari dosa
بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله
Dengan kurnia dariMu ya Allah



إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن 
Ampunilah bersama ibu bapa kami
إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله
Rahmatilah mereka ya Allah
إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال
Tutupilah segala kejelekan kami
وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله
Jangan disingkapkan ya Allah

إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا
Pimpinlah kami senantiasa
لِما تَرْضى بِهِ يَا الله
dengan yang engkau redha ya Allah
وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ
bantulah kami ya Allah
بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله
Dunia dan akhirat ya Allah

وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ
Tempatkan kami di Syurga
بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله
disisi nabiMu ya Allah
لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي
moga terpandang wajahMu yang kekal
بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله
Dengan cinta nabiMu ya Allah

عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله
Atas Ahmad selawatMu
عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله
Atas al-Hadi salamMu ya Allah
وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ
Keluarga serta sahabatNya
دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله
buat selamanya ya Allah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah, fadhilat selawat sudah, qasidah pun sudah. Apa lagi ya?
Ayuh, kita lihat pula kepentingan dan keistimewaan mempelajari Sirah Nabawiyyah =)..

Kepentingan Mempelajari Sirah Nabawiyyah

1) Ia memberikan suatu kenikmatan kepada ruh dan akal –terutama bagi para pendakwah dalam menyeru ummah ke jalan ALLAH. Bila kita baca Sirah Nabaiyyah ni, kita akan rasa lebih semangat dan ‘qawiyy’ , juga dapat tenangkan jiwa kita, lebih-lebih lagi bila kita rasa down sangat2. Contohnya: apabila kita dikutuk diperli oleh insan2 yang tak berapa suka dengan aktiviti dakwah kita ni, kita boleh lihat balik dalam Sirah Nabi, Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم bukan sahaja dicerca dan diejek-ejek, malah diugut bunuh, dilempar batu, dicekik dan sebagainya. Nabi qawiyy ja. Kita? Ada ka kena macam tu? Baru kena cakap sikit dah nak futur. Isk3.. >tolong take note wahai diri<

2) Jadi satu keperluan buat para da’ie untuk menghadami sirah perjuangan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .. nampak tak? Hadam. Bukan sekadar baca, lena, baca dan lena. Tak ada perubahan pada diri. Bila dah kena Hadam, maksudnya, kena la baca, faham, amal, istiqamah, sebar… Nak baca memang senang, sesetengah insan pun kata, nak faham tu petik jari ja, tapi.. Amal? Istiqamah? Ingat aci main tekan2 keyboard je ka dah boleh beramal? Ingat istiqamah tu senang? *Geleng2 kepala* So, kena buat apa? Usaha! Doa! Tawakkal!

Keistimewaan Sirah Nabawiyyah

1) Sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan ALLAH ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Tidak wujud fakta palsu atau sebarang penyelewengan terhadap kisah kehidupan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .---- namun, tidak semua kisah yang dikatakan sirah yang dicatat dalam sesetengah kitab ialah sahih, contohnya, Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم tak pernah bagi wasiat kepada Saiyyidina Ali mengenai Khilafah. dan ia adalah batil.

2) Perumpamaan yang didatangkan oleh sebahagian pengkritik Barat, bahawa Muhammad صلّى الله عليه وسلّم satu-satunya tokoh yang lahir dibawah sinaran matahari. Perumpamaan ini menggambarkan bahawa setiap inci peristiwa yang berlaku kepada batang tubuh yang mulia ini diketahui secara sempurna dan menyeluruh. ---- Bak kata Ustaz Yayha Bikhair, Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم ni ibarat hidupnya dikelilingi kamera. Mata para sahabat sentiasa merekodkan setiap sudut kehidupan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .

3) Kehidupan Baginda penuh dengan sifat kemanusiaan, tidak sesekali disertakan dogengan mahupun sifat ketuhanan yang akan terus menjadikan Baginda model manusia yang kamil. ---- maksudnya, ia merupakan sirah seorang manusia, bukan malaikat, bukan tuhan, bukan selainnya. Ia boleh dirujuk dan dicontohi, cuma maqam kemuliaan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم saja yang kita tak mungkin dapat.

4) Sirah Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم memberikan contoh bagi sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia , menceritakan kepada kita uslub Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sebagai pendakwah kepada ALLAH yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya diterima. Ia juga meriwayatkan Baginda sebagai pendakwah yang mencurah tenaga dan usaha yang maksimum untuk menyampaikan risalahnya, juga memaparkan peranan sebagai ketua negara yang sangat adil, suami yang mithali, dan murabbi yang agung. ---- Uslub, kaedah, cara… dakwah bil Hubb <3

5) Satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Segala hinaan, cercaan, cemuhan dan kejian adalah bukti bahawa Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم menghadapi suatu sunnah perjuangan yang ‘normal’. Tiada mukjizat dan perkara luar biasa, akan tetapi melalui bukti-bukti logik dan boleh diterima akal.---- Maksud tiada mukjizat dan perkara luar biasa, bukannya menafikan wujudnya mukjizat yang ALLAH kurniakan kepada baginda, maksudnya disini ialah, hanya dengan melihat sirah Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sahaja , kita pasti yakin bahawa Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم itu utusan ALLAH, yakni manusia yang dipandu wahyu. Apabila ditambah dengan mukjizat-mukjizat kurniaan ALLAH, semakin bertambahlah keyakinan..

Justeru, kita kena la wajibkan diri kita untuk mengHadam perjalanan hidup Kekasih agung kita supaya kita mampu bawa nilai-nilai dan pengajaran sirah Nabawiyyah ke dalam jiwa kita, sekaligus mengamalkannya dan beristiqamah dengannya. InsyaALLAH..

>Dipetik dari Ringkasan Sirah Nabawiah Durus Wa ‘Ibar Min Hira’ Ila Hajjatul Wada’< –telah disyarahkan kepada kami oleh alFadhil Ustaz Yahya Bikhair.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh ya, kenapa ya ana pilih tajuk “Benar, Rasulullah Rahmatan Lil’Alamin” ? Nak tahu? Baiklah, kita dah tengok fadhilat selawat, qasidah, sirah…apa yang kita nampak?

Cuba lihat, betapa banyak cara untuk kita suburkan cinta kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .. Banyak cara nak tambah pahala, nak dapat rahmat ALLAH, bukan sahaja dapat kat kita, bahkan dapat kat orang lain dan semua makhluk ALLAH ..hanya dengan cinta Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ..

Bagi siapa yang suka iringan alat2 muzik, suka bergendang, boleh berqasidah,

Sapa yang suka membaca, boleh baca sirah nabawiyyah,

Siapa suka dan pandai bercakap, boleh cerita kat orang tentang Kekasih kita Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم ,

Siapa suka menulis, boleh tulis novel atau cerpen mengenai akhlak Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ,

Siapa suka menaip dan berfacebook dan bertwitter, boleh tulis, twitt dan share post2 serta gambar mengenai kelebihan Nabi kita Muhammad صلّى الله عليه وسلّم .

“Kami tak suka, membaca, menulis, bergendang, bercakap dan berfacebook. Macam mana? Kami suka bermain dengan kucing, bersiar-siar di tepi pantai, memandu kereta, main game, edit gambar”

Oh, boleh saja..^_^

Suka bermain dengan kucing? Bermainlah dengannya dengan cara Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Kan Baginda sukakan kucing..Cakapkan kata-kata yang baik kat kucing tu… jangan tarik-tarik bulu dia, apa korang ingat kucing tu takda perasaan ka?

Suka bersiar-siar tepi pantai? Boleh saja, jangan sekadar bersiar-siar tanpa makna,, cuba kutip sampah, share makanan yang kita bawak dengan pengunjung lain, menutup aurat, bukan ka tu semua ajaran Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم jugak.

Suka memandu kereta? Memandulah dengan berhemah, boleh lekat stiker Mahabbatur Rasul kat cermin kereta, pasang qasidah dan selawat sepanjang perjalanan.Nak gempak lagi? Korang lekat bendera yang tertulis ayat-ayat seperti Saya Cinta Rasulullah, Jom Amalkan Sunnah Rasulullah, Jom Selawat, Jom Tutup Aurat dan sebagainya kat kereta korang. Buat ala-ala orang semangat nak sambut merdeka gitu..Amacam?

Suka main game? Korang edit player korang, bagi dekat baju dia tulis ayat-ayat cinta Rasul. Pastu, korang slowkan volume untuk game effect, korang pasangkan mp3 selawat, qasidah atau ceramah tentang Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Setkan alarm waktu azan. Pastikan semua kerja selesai, baru main game. Boleh kan..^_^

Suka edit gambar? Lagi bagus. Kiranya korang ni terer la bab2 adobe photoshop dan corell kan.. manfaatkan kelebihan dan bakat korang tu dengan mendesign dan mengedit gambar-gambar yang membawa mesej2 Mahabbah Rasulillah, mesej2 dakwah. Seronok pun dapat, pahala pun dapat. Awesome kan.. ^^

“Aaa, tak suka semua tu, suka yang lain.”

“^__^ Maaf la ye, yang lain-lain tu boleh fikir-fikirkan sendiri ye… Manfaatkan akal yang ALLAH bagi.. ^__^”

>Amalkan sunnah Baginda, akhlak Baginda, pasti tersebar keberkahan dan kebaikannya kepada semua makhluk<

Semoga bermanfaat kepada semua… Ayuh manfaatkan kelebihan yang ALLAH bagi untuk menggapai keredhaanNYA..

Wallahua’lam
---
(Syeikh Nuruddin alBanjari alMakki, Dato Dr Haron Din, TG Haji Salleh, Syeikh Fahmi Zam Zam, Murabbi Syeikh Muhammad Zainul Asri, Syeikh Ibrahim Ibnu Masran al-Banjari, Ust Muhadir Hj Joll, Ust Yahya Bikhair, Ust Hanif Harun, Ust Shahrizan)

Ayuh, suburkan cinta dan Mahabbah Rasulillah ..^_^



Kitab inilah yang telah diijazahkan oleh Syeikh Ahmad Mamdouh Saad tempoh hari




Sekitar majlis pelancaran Minggu Mahabbahmu Ya Rasulullah di UiTM Puncak Alam, pesan Imam Muda Asyraf, kalau benar cintakan Rasulullah, jom kita bantu Baginda dengan meneruskan tugas dakwah Baginda. Jangan sekadar cinta di bibir, namun di hati penuh karat jahiliyyah.

Wednesday, 15 February 2012

Karnival Maulidur Rasul 1433H di HSB 2

Ustazah Faridah, Puan Muna Izzah, Pn Catriona Ross
(Sesi Petang)

  Forum Muslimah Anggun ~~ Sunnah Pendidikan dan Imej~~
    Moderator: Pn Muna Izzah Fadzil (Motivator, Perunding Imej)
    Panelis 1   : Ustazah Faridah Ahmad (Jabatan Mufti Kedah)
 .   Panelis 2   : Pn Catriona Ross (Selebriti)

  Forum ini diadakan dengan majoriti hadirin terdiri daripada kaum wanita. ~~

  Alamak..Cam nak buat laporan la pulak kat atas tu..Hehe..To be casual..Forum ni memang la best. Dan, hakikatnya, kaum wanita ni memang la special..Yang tue semua tau,..Cuma ramai ja yang buat tak tau,..dan tak mau mengistimewakan diri sendiri....Fikir- fikirkan la ye..

   
  Ustazah Faridah ada cakap, hampir 90% dalaman yang support penampilan luaran kita..Camne tu?? Ala, macam yang umum tau la, kalau hati baik, insyaALLAH, luaran pun indah..kan-kan...Mostly la..
  Dan, kalau penampilan luaran kita, kita boleh cermin..(guna cermin)..tapi, dalaman kita nak cermin pakai apa?? ..Tentulah dengan ilmu!!..Sebab, dengan ilmu lah kita nampak kesilapan kita kat mana..boleh perbaik dan adjust yang mana patut..

  Keanggunan wanita pulak..disandarkan kepada 2 perkara..iaitu Keimanan yang merupakan asas keanggunan sejati..dan juga Pakaian taqwa..means, penampilan yang baik..mengikut syariat dan semestinya pakaian yang terbaik ialah pakaian taqwa..~sori la kalau pening2 sikit~

  Moderator juga ada juga menyebut tentang IQ, EQ dan SQ..Oleh kerana ana tak berapa tau pasal benda2 ni..ana pun buat la sikit pembacaan online..berdasarkan kefahaman ana la..IQ (Intelligence Quotient) ialah kecerdasan akal, EQ (Emotional Quotient) ialah kecerdasan emosi dan SQ (Spiritual Quotient) ialah kecerdasan spiritual atau rohani..ketiga- tiganya saling melengkapi dan meyeimbangkan antara satu sama lain.. Means, kalau ada IQ tapi tak dak EQ dan SQ, orang tu akan jadi orang yang cerdik, tapi tak pandai urus emosi dan kurang mengamalkan nilai- nilai murni seperti kejujuran dan keikhlasan. Kalau ada EQ, tapi tadak IQ dan SQ, dia akan jadi orang yang terlalu mudah ditipu dan diperalat kerana kebaikannya. Kalau ada SQ tanpa IQ dan EQ, ana tak tau..tapi yang ana tau, kalau SQ bagus, ia akan mampu menghasilkan EQ dan IQ yang baik..maksudnya, kita perlulah tingkatkan ketiga- tiganya dengan lebih mendekatkan diri kepada ALLAH..Sebab ALLAH lah pemilik segala sesuatu........kalau kurang faham, baca sini..
 
   Then, ada satu persoalan, adakah pakaian menutup aurat mampu halang diri kita daripada buat benda ta elok??..Lalu dijawab oleh Pn Catriona..YA..memang pun..pakaian tutup aurat memang boleh halang diri daripada buat perkara kurang elok..Sebab apa ya..Sebabnya, bila kita pakai pakaian yang menutup aurat, perasaan malu akan bertambah dan kita kan jadi malu nak buat benda- benda macam merokok, nak usha orang laki ikut suka, gelak kuat- kuat..Itulah fitrah..Malu itu kan sebahagian daripada Iman...

     Lagi satu..niat kita kena selalu perbetul..Nak berhijrah, nak berpakaian sopan, semua wajib kerana ALLAH..barula dapat pahala..dan berkekalan, insyaALLAH
body language pun kena jaga depa orang..baru la orang selesa  dengan kita..nak tau body language yang baik..Ikut ja rasulullah..pasti terbaik!!!..kalau nak tau lebih lanjut, antum boleh la buku ni..Seni Bahasa Badan oleh Syahrul Nizam Junaini..memang menarik....

   Adeh..dah penat menaip ni..nanti sambung lagi..asif jiddan kalau kurang menarik dan memeningkan..sedang dalam proses pembelajaran..apapun..dakwah wajib diteruskan!!!



Tuesday, 7 February 2012

Karnival Maulidur Rasul 1433H di HSB

     Alhamdulillah,  ALLAH telah mengizinkan ana dan sahabat- sahabat untuk menghadiri siri Lantunan Mahabbah ke-5. Dgn nama Karnival Maulidur Rasul 1433H di Lobi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. meskipun kami tiba agak lewat lantaran pelbagai halangan, ana bersyukur sebab ALLAh masih izinkan diri untuk menimba ilmu.

Di HSB
    Tiba di hospital dengan Van Kuin. Terima kasih pakcik Zamri sbb susah payah mai ambik kami kat rumah sewa. Sebaik shj menjejak bumi hospital, kami segera melangkah ke lobi hospital meskipun malu kerana lewat tiba. Tiada kerusi kosong. Tak mengapa, hatiku berkata. Kami memilih untuk berdiri di satu ruang di bahagian belakang lobi. Ust Syed Abdul Kadir al Joofre sedang menyampaikan pengisian ilmu yang amat berharga..

      Antara yg beliau katakan, kita tak perlulah nak buat perubahan secara drastik, means..tiba2 nak buat amalan banyak2 secara serentak. Mengejut. Tak perlu sampai camtu..yang penting, biarpun perubahan itu kecil, biarlah ia istiqamah dan berterusan..Niat kerana ALLAH..insyaALLAH boleh punya......
~yg ana faham la..~

    Namun, tak sampai 10 minit dengar suara Ust Syed, kuliah beliau tamat..Ana hanya mampu kutuk diri sendiri.Tu la..siapa suruh bertolak lambat..Mujahidah apa camni?? Sedih sangat..

    Selepas Qasidah daripada Pelajar Maahad Darul Hadis, giliran Ustaz Abdullah b Ahmad dari KIDU pulak untuk sampaikan kuliah beliau yang bertajuk "Rasulullah Manusia Terulung". Sangat seronok dan pengisian yang diberikan sangat sesuai dengan lokasinya di HSB. Ana dapat melihat beberapa orang belum islam lalu di situ. Diam- diam, ana mendoakan supaya program yang dijalankan ini mampu membuka hati-hati mereka untuk menerima Islam. Lebih- lebih lagi kepada saudara- saudara seaqidah, semoga mampu mengamalkan gaya hidup Islam yang sebenar. Sesungguhnya, hanya ALLAH yang memegang hati- hati manusia.

     Kata beliau, setiap kesakitan dan kesukaran itu adalah ujian daripada ALLAH Taala. Antara hikmah ALLAH Taala beri ujian sakit ialah:

  • untuk menghapuskan dosa
  • sebagai ibadah kepada ALLAH Taala
  • teguran daripada ALLAH Taala
  • tanda kasih sayang ALLAH Taala
  • supaya ingat nikmat sihat
  • untuk letakkan orang yang diuji di kedudukan yang mulia di sisi ALLAH Taala.. 

 Syoknya sakit..ALLAH sayang..even ada sahabat Nabi yang baru sembuh dari sakit, memohon agar dikembalikan sakit itu kepadanya, sebab beliau rasa tak mampu beristighfar pada waktu sihat seperti sewaktu beliau sakit... Kita macam mana ya?? Merungutkah? Bersyukurkah? Tidurkah sepanjang harikah?..Yang tu sendiri jawabla ye..
 
        Pastu, ustaz sebut tentang adab-adab menziarahi orang sakit..Kalau nak tahu, sepatutnya, bila kita melawat orang sakit..bukan kita ja kena doakan orang yang sakit tu, malah, kita juga kena minta orang sakit tu doakan kita..sebab apa?? Sebab...orang sakit ni, doanya sangat maqbul..ye la, ALLAH sayang..paklong zainul asri pun cakap camtu jugak....Ringkasannya camni..:

  • segera ziarah sebaik sahaja dapat berita mengenai musibah
  • sentiasa bagi harapan dan semangat kat pesakit meskipun penyakitnya teruk..moga-moga ALLAH sembuhkan orang sakit tu.
  • Sunat letak tangan di tempat yang sakit, kemudian baca Bismillah at least 3 kali..
  • saling mendoakan ..

    Ustaz juga ada menceritakan mengenai seorang ulama'. Namanya Syeikh Abdullah Ismail. Satu hari, dia berazam untuk mengurangkan makan ..(klu x silap la..ana x berapa pasti)..tak lama lepas tu,beliau bermusafir.. tiba di destinasi, beliau terlihat penjual kurma..beliau tewas dengan nafsu, lalu membeli kurma dengan jumlah yang banyak, sedangkan beliau hanya memakan sebiji sahaja..dalam perjalanan pulang ke tempat asalnya, beliau bertembung dengan seorang lelaki yang kehilangan hambanya. Hamba lelaki tersebut telah melarikan diri..ALLAH telah menyamakan wajah Syeikh Abdullah Ismail dengan wajah hamba yang melarikan diri tu..Lalu, lelaki itu membawa beliau pulang dan menjadi hambanya. Beliau langsung tidak berkata apa-apa kerana menganggap bahawa segala yang berlaku ialah teguran ALLAH kepadanya kerana dosanya. Setelah 9 tahun, ALLAH mengembalikan wajah beliau kepada asal. Lalu lelaki tersebut membebaskannya...kerana kesabaran beliau , sewaktu tiba ajal beliau, beliau telah meminta untuk berwuduk, menunaikan solat sunat sunat dan mengucap dua kalimah syahadah...husnul khotimah..moral of the story: Bersabarlah dengan ujian ALLAH, kerana itu tanda ALLAH kasih padamu..dan orang hebat itu, sebaik sahaja dia buat dosa, terus ALLAH bagi ujian utk memadamkan dosa-dosanya..

    Banyak lagi sebenarnya yang ust cakap..takpa la..nanti sambung lagi dalam post akan datang..penat dah taip...Sikit lagi..Kuliah ditamatkan dengan Qasidah Muhammadun Saiyyidun (sayunya) dan Ya Hanana ( rancak pulak..best2)...Kemudian, Ust Ahmad membacakan doa..

    Yang bestnya..tengah- tengah Ust Ahmad tengah berkuliah, Ust Syed lalu di hadapan kami..betul2 depan mata..Waa..berseri- serinya wajah beliau..(hensem sangat sebenarnya, hehehe..jaga mata wahai diri, jaga mata..) Ana dan sahabat senyum- senyum sahaja, Tak sangka dapat tengok Ust Syed secara live..Jarak dekat pulak tu..

   Banyak lagi nak cerita ni..belum lagii cerita tentang forum di sebelah petang..Takpa- takpa..Post akan datang ya..Pen off...Salam 'Alaik..
Ust Syed Abdul Kadir al-Joofre
Ust Ahmad Abdullah

Tuesday, 31 January 2012

Majlis Mahabbah Rasulillah di MMAS

Salam.. jemput semua ke Majlis Mahabbah Rasulillah sempena Maulidurrasul. 
Pada 1 Februari 2012 (Rabu malam Khamis). Di Dewan Sultan Badlishah Maktab Mahmud Alor Setar.. Jam 9.00 Malam.

Antara pengisian :
1) Ijazah selawat Al-Anwar 
2) Qasidah Kumpulan Fathul Mubin / Ahlul Madinah / Darul Hadis
3) Syarah & Huraian Qasidah oleh Syeikh Zainul asri Hj Romli
4) Bacaan Maulid Dhiyaulami (Selepas Solat Maghrib)

Sebarkan kepada semua, moga2 kehadiran kita beramai2 akan diberkati oleh Allah..

Anjuran Badan Dakwah Dan Kebajikan MMAS.

______________________________________________________________


ana terima post ini melalui fb...teringin sangat2 nak pi..walaupun tau agak lambat..benarlah segala apa yang guru2 maahad kata..duhai maahadian..selagi antum maih berpeluang berada di maahad..kutiplah mutiara- mutiara ilmu yang amat berharga itu..tak akan dapat ditemui di tempat lain..meskipun baru tinggal maahad sebulan..dah rasa rindu sangat kat maahad..biahnya..guru2nya..

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!