بسم الله الرجمن الرجيم..
Dah lama tak menulis..dan idea pun macam malap2..jadi, ana nak ulang balik la apa yang ana pernah dapat..melalui tazkirah dan ceramah2 dari zaman maahad dulu..Semoga Bermanfat..^^
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sedikit perkongsian buat semua..baru2 ni
paklong zainol asri ada mai maahad bagi ceramah bertajuk "Kiamat Hampit
Tiba"..ceramah ini tersangat la best, dan buat kali pertama, ana lihat
semua budak2 maahad fokus betul2 terhadap sesuatu ceramah dan sanggup balik
lewat semata- mata nak dengar lagi apa ustaz nak cakap..
jadi, ana nak kongsi sikit mutiara ilmu
yang telah ustaz sampaikan kepada kami semua...
{ kita kini berada dalam fasa ketiga akhir
zaman, yg mana telah diriwayatkan bahawa tempoh kebangkitan Rasulullah saw
dengan Kiamat ibarat jara antara waktu Asar dengan Maghrib..dan kita kini lebih
kurang 10 minit sahaja drpd waktu Kiamat tersebut, secara kiasan..}
{satu hari, Rasul telah bertemu dengan para
sahabat, waktu itu mereka sedang berbincang bilakah akan berlaku Kiamat..lalu
Rasulullah saw pun bersabda bahawa kiamat x kan berlaku melainkan setelah
berlaku sepuluh perkara..iaitu
1- ad-Dukhaan (asap)
2- Khuruj ad-Dajjal
3- Dabbatul Ardh
4- Terbit matahari dari Barat
5- Nuzul Isa as
6- Yakjuj wa makjuj
7- 3 Gempa bumi-Timur-barat-Tanah arab
8- api yang keluar dari Yaman yang halau
manusia ke padang mahsyar
(ustaz cuma state 8 ni ja, yg len bleh cari sendiri)
Alamat kecil semua sudah berlaku, antaranya
:- perempuan lebih ramai drpd lelaki- zina berlaku di tengah jalan- pakat main
tolak2 tamau jadi imam..benda baik dipandang buruk, benda buruk dipandang baik-
fitnah berlaku sampai jadi gelap yang amat pekat, maksudnya orang x boleh beza baik dgn buruk..dll..}
{ alamat pertengahan ialah zuhur
al-Mahdi...- dia ialah seorang lelaki biasa yang disempurnakan ALLAH dalam 1
malam sahaja..sosok tubuhnya macam orang Bani Israel, wajahnya keAraban.-orang
Yahudi kaji..depa kata al- Mahdi lahir drpd bangsa yang hilang (the lost track)
maksudnya hilang daripada rekod..}
{ok, ikut susur galur Nabi Yaakub atau nama
lainnya ialah Israel yang bermaksud Abdullah..Nabi Yaakub kahwin dengan Laiyya
-ada 11/12 anak klu x silap an..ada sorang nama Yahuza..dia la asal keturunan
Yahudi..pastu kahwin dgn Rahil, dapat Bunyamin dengan Nabi Yusuf..ada 2 anak
iaitu Menehsa dan Epram.. daripada Menehsa..lahir bangsa Congo, Hawaii, Jepun,
Levi dan lain2..Levi itu turut disebut Lavy, Jevi atau Jawi( Melayu)..sebab
Yahudi ni dok kalut cari alMahdi ialah sebab kehancuran depa di tangan
alMahdi.....satu hari ada sorang Professor Madya di UKM buat kajian cari susur
galur orang Melayu ni..drpd ujian DNA didapati bahawa 30 % DNA melayu sama
dengan DNA bani Israel..sbb tu Melayu dituduh akan lahirkan alMahdi..kedudukan
Malaysia denagn Washington DC betul2 bertentangan(klu x caya cuba tengok guna
Google Earth)..bendera Malaysia pun lebih kurang dengan bendera US..dan orang melayu
la yg paling banyak nama Muhammad..sebab tu la Yahudi target malaysia.depa cuba
rapat dengan MAlysia sebab nak cari alMahdi..Facebook pun diguna untuk detect
kebangkktan alMahdi..yg kata nak tutup tu depa saja acah ja...depa buat
pengkalan tentera di Singapura...askar2 Singapura dilatih oleh Mossad..dan recently, Malaysia guna Apco..agensi
Yahudi..jadi depa dapat access semua maklumat peribadi rakyat Malysia..pastu
perkenal 1 malaysia pulak..1 malaysia itu..akan bawa kepada 1 agama( liberalism
..anggapan bahawa semua agama ialah sama) ..pastu 1 ekonomi, 1 dunia dan last
skali..1 tuhan mata satu iaitu Dajjal..semua ni Yahudi dah plan lama dah..
Pastu isyarat 1 yang diguna dalam 1 malaysia
tu..sepatutnya angkat jari telunjuk buat isyarat 1 tu hanya untuk mengesakan
ALLAH..tapi depa buat untuk Malaysia yg mana kita dah Nampak dlm tu cuba nak
pesongkan aqidah..}
{alMahdi pulak ikut ulamak kata ada 3..
1-
Umar Abd
Aziz
2-
Muhammad
al Fateh
3-
????
Antara strategi ALLAH nak jaga
alMahdi..Muhammad b Abdullah (nama alMahdi) ada maksud tersirat..
Muhammad ialah hakikat ..maksudnya memang
nama Muhammad..Abdullah ialah majazi..maksudnya ..abdullah tu kan maksud hamba
ALLAH..maksudnya alMahdi bley jadi anak sapa2 ja..dan byk lagi la..
alMahdi akan muncul waktu peperangan
besar..Dan antara alamat pertengahan lagi ialah byk gempa bumi..mmg dah Nampak
sekarang pun..}
{
ok.ada sorang tok guru ni..namanya TG Hj Saad Monggoi(klu x silap ana dengaq
la) ..ada karamah..bila kena hujan x basah..anak murid TG cerita..TG pernah
cakap..Alor Setar dgn Langgar akan bersambung, waktu tu orang akan buat titi
atas daratan(maksudnya jalan atas la) waktu tu perang besar akan berlaku..waktu
tu la aMahdi akan muncul}
{ ada satu hadis lagi..x ingat matan
dia..tapi cerita pasal mesir ..lepas Ham(ﺣﻢ) mesir akan diperintah oleh Malikul Misr yang
adil..dia akan serahkan pemerintahan kepada alMahdi..nak tau sapa Malikul
Misr..tunggu pilihanraya Mesir bulan 9 ni..Ham tu maksudnya Hosni Mubarak.. (ﺣﻢ)..Mesir ialah
Kinanatullah fil ardh..maksudnya tentera Mesir ialah tentera terkuat di
dunia..}
{ nanti ada sorang Khalifah akan mati..dan
akan timbul perselisihan antara anak-anaknya..khalifah tu ialah raja Arab
sekarang ni..ana x ingat nama dia..sekarang dia tengah sakit..dan dia dal lebih
100 org anak yg sedang tunggu untuk ambil takhta dia..mmg gerenti la ada
perselisihan faham punya..sekarang ni ulamak dok ulang alik pi Mekah sbb nak
cari alMahdi..waktu perselisihan tu..ada sorang lelaki lari pi madinah..dia tu
alMahdi .dikejar oleh ulamak yg nak baiah dia..tapi dia xmau mengaku bhw dia
alMahdi..depa turut dia pi Madinah ..dia patah balik pi Mekah..kat sana
ditangkap..diugut akan dibunuh kalau tamau mengaku dia alMahdi..baru dia
mengaku..dia kan dibaiah antara rukun Yamani dgn Hajarul Aswad..
Akan ada satu kumpulan tentera
Sufyani..merupakan keturunan dari Abu Sufyan..yg akan tentang alMahdi..ok..kita
masuk sejarah sikit…ada 4 adik beradik iaitu Hasyim, abdul Mutalib, abd Syams
dan Naufal..hanya Bani Hashim dgn bani abdul Mautalib jay g diiktirag golongan
Ahlul Bait..sebab depa sokong dakwah nabi..Bani Abd Syams dgn Bani Naufal x
diiktiraf sbb depa tentang dakwah nabi..nak dijadikan cerita..Abd Syams dgn
Hashim ni kembar ..waktu lahir, jari Hasyim cucuk dahi abd Syams..bila ditarik
jari Hashim ditarik, terpancutlah darah dr dahi Abd Syams..org Arab tengok,
depa kata ni petanda x baik ni..dan memang betul, Saiyyidina Ali(keturunan
Hashim) bertelagah dengan Muawiyah(keturunan Abd Syams)….khilafah
Abbasiyah(keturunan Hashim) musuh dengan khilafah Umayyah( keturunan Abd
Syams)..dan akhirnya dijangka alMahdi ( keturunan Hashim ) akan perang dengan tentera
Sufyani ( keturnan Abd Syams)..tentera Sufyani..mengikut andaian ustaz..akan
dipimpin oleh Sayyid Hassan Nasrallah..dia bukannya Ahlul Bait yg sebenar sbb
dia asal drpd keturunan Abd Syams)..ini ialah andaian ustaz semata-mata..itulah
perang besar yg akan terjadi..
erm..nak kenal alMahdi..dia sorang ja yg tau
lokasi sebenar gua Ashabul Kahfi..dalam gua tu ada Tabut iaitu peti (klu x
silap ana) milik Raja Thalut dlm nya ada ‘sakinah’ dan dibawa malaikat..(klu x
silap ana la)..dalmnya ada peninggalan Nabi Musa dan Nabi Harun seperti tongkat
nabi Musa..}
{ 2012 ialah kiamat bagi bangsa
Yahudi..dalam alQuran ada 2 surah yg banyak cerita ttg akhir zaman, iaitu surah
alKahfi dan Surah al-Isra’..
Surah al-Kahfi ada 110 ayat..srita tentang
zuhurul Mahdi..Rasulullah suruh hafal 10 ayat pertama dan terakhir surah
ni.untuk perlindungan drpd fitnah Dajjal..dan baca pada siang /malam
Jumaat..ada fadhilatnya..Surah al-Isra’ pulak cerita tentang kehancuran Yahudi
..ada 111 ayat..nombor 110 dan 111 ada mesej drpd ALLAH..zaman teknologi
sekarang, no 1 dan 0 digunakan dlm teknologi..even kita nak hantar mesej pun, setiap
huruf yang kita taip akan diterjemah dalam bentuk digit2 tersebut..paklong kata
kalau ada pakar IT sekarng ni, tolong la kaji mesej apa yg ALLAH nak hantar
pada kita..cuba tambah umur kita dgn tahun kita lahir..contonya: ustaz lahir
tahun 69 , umur ustaz 42..69 +42= 111..korang cuba buat sama..gerenti
jawapannya 111..ada maksudnya tu.even tarikh2macam 1/1/11, 11/1/11, 1/1/10 dan
tarikh2 yg seangkatan dengannya ada mkna di sebaliknya..
Tarikh 12/12/12 ialah sempadan bermulanya
era Dajjal..cuba search kat internet nama Henry Cassinger, bekas s/u
amerika..dia salah seorang pimpinan yang jaga khuruj adDajjal..depa ada
communication dgn dajjal sekarang.}
{ustaz kan mengajar Sunan Abu Daud..satu
hari sampai bab alMahdi..ustaz ada sampai satu tempat di Lubnan klu x silap
ana..waktu ust hantar anak muridnya..nama tempat ti Tal..ada sebut dlm hadis yg
ust ajar sbg tempat akan berlakunya perang Armageddon yg diuar-uarkan
tu..antara alMahdi dgn Yahudi..
Ada satu lagi tmpat nama Wuthoh di
Syria..org kat situ kata yg tu tmpt kubu perang alMahdi(klu x silap ana)..tmpt
tu byk pokok dan berkabus sikit..malam tu ust mengajar Sunan Abu Daud..dan
tengok2 malam tu hadis tu ada sebut tentang tempat nama Wuthoh tu..
Dan..ustaz pun kata..setakat ini saja la
saya bagi..klu ikutkan banyak lagi nak bagi..tapi ustaz ada mesyuarat..dan buat
pertama kali ana tengok budak maahad mengeluh sbb ceramah habis….
{ustaz jugak ada cerita tentang sejarah
Kedah..Merong Mahawangsa ialah cucu kepada Maharaja Taisitung, drpd Dinasti
Tang..Maharaja tersebut Islam di tangan Saiyyidina Saad b Abi Waqqas pada 650
masihi..Merong Mahawangsa ni drpd
keturunan Zulqarnain..dia dihantar ke Kedah sebagai pendakwah oleh Maharaja
China..makamnya ada kat Kg Langgar/Bujang..yg nama Makam Sultan Muzaffar Shah tu..yg
tu la makam Merong Mahawangsa..dia telah
berkahwin dengan Sharifah Maryam al-Jufri, anak kepada Sayyid Jamalul Alam yang
urus pemantauan penyebaran dakwah..kuburnya di Kg Tok Soh, Pinang Tunggal..Tok
Soh tu merujuk kepada Sharifah Maryam.. ustaz jugak kata sultan kedah
berketurunan Ahlul Bait..
Sultan Mahmud telah dibunuh di belakang
Balai Polis Gurun utk hilangkan keturunan Ahlul Bait tu..pastu Sultan Abd HAmid
dilantik..telah berkahwin dengan Sharifah Sofia al-Jufri..dan juga Manjalara,
anak kepada raja Siam..di situ juga ada rancangan nak hapuskan keturunan Ahlul
Bait drpd kerajaan Kedah..depa nak lantik Tengku Ibrahim, anak Manjalara
sebagai tengku Mahkota..tapi ALLAH Maha Besar..Tengku Ibrahim telah meninggal
dunia sebelum sempat ditabalkan jadi Putera mahkota..so, takhta dapta balik kat
Sultan Badli Shah, anak kepada Sharifah Sofia al-Jufri..dari nya sampai kat
Sultan Abdul Halim..sultan kita la ni..Shah dekat nama sultan tu bukan saja2
letak..maksudnya Sharif ataupun keturunan Ahlul Bait..
Lagi satu, kalau kita pi Acheh, klu kita
kata kita org Malaysia..depa x respect kita, tapi klu kita kata kita org Kedah,
depa respect..dan rai kita..sbb depa anggap org Kedah ni satu rumpun dengan
depa..budaya orang Acheh dengan orang Kedah pun lebih kurang…muka pun lebih
kurang..dulu anak raja Acheh kahwin dengan anak raja Kedah..kelebihan bangsa
Acheh ialah depa satu-satunya bangsa yg x pernah dijajah..start lepas tsunami
tu baru depa start kerjasama dgn Jakarta dll..dulu org kedah nak pi Mekah akan
singgah Acheh dulu..sebab tu Acheh digelar Serambi Mekah..Masjid Baitur Rahman
yg terselamat srpd tsunami dulu pun design dia sebijik dgn design masjid zahir
kita..sebab arkiteknya ialah org yg sama..}
{ust jugak cerita bahawa alMahdi bukan
tergolong drpd Rijalul Ghaib..iaitu orang yg dimatikan dlm abad lain, kemudian
ALLAH hidupkan kembali pada watu lain..contohnya seperti Ashabul Kahfi, Hang
Tuah, Nabi Khidir as..Hang Tuah merupakan hulubalang Melaka, dia juga ialah
Narai dlm kerajaan Ayuthia..
Sapa nak jumpa Nabi Khidir pula, pi Mekah,
buat tawaf sunat lepas Asar, kemudian rapat dengan Rukun Yamani, insyaALLAH
akan jumpa..kalau ada rezeki , ALLAH akan izinkan..ciri2 nya, ornagnya kecil,
kurus berjanggut putih dan bertongkat buluh..kehebatannya, Nabi Khidir tau hari
ni sapa yg diangkat jadi auliya’ , sapa
yg digugurkan drpd martabat tersebut dan mcm2 lagi yg ana x tau..pernah ditanyakan kepada NAbi Khidir as..pernah
x jumpa org yg lebih tinggi darjat drpdnya?..Nabi Khidir jwb, pernah..satu
hari, NAbi Khidir as pi satu masjid..ada ramai org tengah keliling Syeikh Abd
Razzak yg terkenal..tgh ada pengajian..tp ada sorang ank muda berusia belasan
tahun, tgh dok sorang2 kat penjuru, x masuk dlm pengajian..tgh peluk lutut
sambil tunduk..nabi Khidir as pi kat dia.. Tanya dia sbb apa x pi ngaji
sama2..dia jawab, aku x mengaji drps syeikh abd Razzak..aku mengaji drpd
arRazzak.. nabi khidir terkejut lalu kata balik kat dia..kalau betul la apa yg
engkau cakap..siapakah aku ni? Org muda tu jawab, andai benarlah firasat aku,
engkaulah Khidir..terkedu nabi Khidir..org muda tu langsung x angkat muka
dia..nabi khidir terkejut sbb budak tu baru belasan tahun..tpi dah jadi
auliya’..macam mana pulak dengan kita????}
Murabbi Syeikh Muhammad Zainul Asri |
0 comments:
Post a Comment