بسم الله الرحمن الرحيم..
Alhamdulillah.. ALLAH masih mencurahkan rahmatNYA kepada Hamba ini untuk terus menulis..
Hari ini, ana nak tulis tentang.. Sultan Muhammad Al-Fateh..
Kenapa tiba-tiba ja? Sebab baru lepas tengok movie Fetih 1453 laa.. walaupun jalan ceritanya sangat tak memuaskan..kita ambik yang baik..buang yang buruk..OK? ^^
So, ana share info ni...moga2 boleh perbetul balik mana2 pandangan yang salah yg diberi melalui filem tersebut..
----------------------------------
Sabda Rasulullah s.a.w.; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Sultan Muhammad al-Fateh.. seorang sultan yang bertaqwa. Bagaimana Baginda mencapai ketaqwaannya?
Melalui 2 hukum ALLAH:
1- Hukum syaria'atullah
2- Hukum sunnatullah
Baginda sangat berhati-hati dan teliti dalam mematuhi kedua-dua hukum ALLAH ini. Sikap inilah yang disebut sebagai Taqwa.
Ketika Saiyyidina Umar bertanya kepada Ka'ab bin Malik tentang Taqwa, Ka'ab menjawab: "Orang bertaqwa sangat berhati-hati dengan hukum ALLAH seperti orang yang sedang berjalan di atas jalan yang dipenuhi duri."
Hukum Syariatullah
- wajib - sunat - harus - makruh - haram -
Orang yang bertaqwa akan:
- menegakkan hukum yang wajib
- meninggalkan yang haram
- melaksanakan sebanyak-banyaknya yang sunat untuk mendapat kecintaan ALLAH
- meninggalkan yang makruh kerana takut akan kebencian ALLAH
- menjadikan perkara- perkara harus sebagai ibadah
Jom kita telusuri wasiat Sultan Muhammad al-Fatih kepada puteranya:
- Jadilah seorang pemimpin yang adil, soleh dan penyayang.
- Rentangkan perlindungan untuk rakyat kamu tanpa ada pilih kasih
- Bekerjalah demi menyebarkan ajaran Islam kerana ia merupakan kewajiban seorang khalifah di muka bumi,
- Dahulukan urusan agama melebihi daripada urusan lain. Jangan kamu bersifat lemah dan memperlekehkan usaha menegakkan agama.
- Jangan kamu melantik pegawai yang tidak mengambil berat urusan agama dan tidak menjauhkan diri daripada dosa besar serta tenggelam dengan perlakuan keji.
- Hindarilah bidaah yang menyesatkan dan orang yang mengajak kamu kepadanya.
- Luaskan negara dengan jihad.
- Jagalah harta baitulmal, jangan sampai membazir dalam membelanjakannya.
- Jangan sekali-kali tanganmu mengambil harta rakyatmu kecuali yang sesuai dengan syariat Islam.
- Pastikan mereka yang lemah mendapat jaminan kekeuatan daripadamu serta berikan penghormatanmu kepada yang berhak.
- Ulama ialah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jika ada seorang ulama di negara lain, ajaklah dia datang ke negara ini dan muliakan mereka dengan mencukupkan keperluannya.
- Berhati-hatilah dan jangan sampai kamu tertipu dengan harta-bendamu dan dengan banyaknya jumlah tenteramu. Jangan sekali-kali kamu mengusir ulama dari pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam, kerana agama merupakan tujuan kita, hidayah ALLAH ialah manhaj hidup kita dan dengan agama ini, kita menang.
- Berusahalah menjadikan agama Islam lebih tinggi kedudukannya dan hormatilah ahlinya.
- Jangan keterlaluan dalam membelanjakan harta kerajaan dan berfoya-foya dengan kemewahan kerana itu akan menjadi punca kejatuhan sesebuah kerajaan.
Menepati Sunnatullah
- mematuhi syariatullah sahaja belum cukup. Orang bertaqwa juga sangat mematuhi hukum sunnatullah. Maksudnya, persiapan kerohanian (syariatullah) perlu disepadukan dengan persiapan fizikal dan mental (sunnatullah).
Firman ALLAH yang bermaksud: "Dan bersiap sedialah kamu dengan kekuatan dari tentera berkuda untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu." (Surah Al-Anfal 8:60)
Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya menjadi raja dan tentera yang baik kerana mempunyai 2 keunggulan:
~ al amin : kerana mentaati hukum syariatullah
~ al qawiyy : kerana menepati hukum sunnatullah
Firman ALLAH yang bermaksud: "Sesungguhnya, sebaik-baik orang yang diberikan satu pekerjaan ialah orang yang kuat (al qawiyy) lagi amanah (al amin)." (Surah al-Qasas 28:26)
Jom kita tengok persiapan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya sebagai menepati hukum sunnatullah dalam usaha menawan kota Konstantinople dari kerajaan Byzantium:
- Memencilkan kerajaan Byzantium terlebih dahulu dengan mengikat perjanjian damai dengan kerajaan- kerajaan bukan Islam di sekitarnya seperti Serbia dan Hungary.
- Menyediakan 120 buah kapal dan tentera berjumlah 150 000 orang. Tentera ini ialah tentera terlatih, bukan sahaja dalam berperang tetapi sebahagian mereka mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan, seni bina, muzik dan lain-lain. Membentuk tentera elit yang digelar Inkisyariah atau Janissari yang taat setia, gagah dan sanggup mati syahid untuk mempertahankan negara.
- Menyediakan kelengkapan perang seperti meriam yang besar dengan teknologi yang diimport dari negara dan pakar bukan Islam dari Hungary dan Itali. Sultan Muhammad al-Fatih seorang sultan yang 'mesra teknologi'.
- Mengkaji bentuk muka bumi, keadaan topografi, cuaca serta arah tiupan angin di lokasi pertempuran dengan mendalam. Detik serangan ke atas kota Konstantinople mengambil kira faktor cuaca, arah tiupan angin, termasuk juga gerhana bulan.
- Membina kota Rumeli Hisari bagi menghalang serangan awal ataupun serangan balas, mahupun bantuan dari luar untuk kerajaan Byzantium yang bakal dikepung. Dengan ini, kerajaan Islam Uthmaniyyah menguasai laluan kapal di Selat Bosphorus dan Golden Horn.
- Membuat langkah drastik, kreatif dan inovatif dengan memindahkan 70 buah kapal laut melalui daratan sejauh 5 km dari Selat Bosphorus masuk ke perairan Golden Horn sebagai langkah mengelak halangan rantai besi yang dipasang di dalam laut oleh musuh.
Justeru, di samping keimanan dan akhlak yang tinggi, Sultan Muhammad al-Fatih juga ialah seorang yang berfikiran strategik. Untuk menembusi kota Konstantinople yang kebal kerana kedudukannya yang dikelilingi dengan 7 buah bukit secara semulajadi, ditambah dengan kelengkapan senjata yang pelbagai, pemikiran yang kreatif dan inovatif sangat diperlukan, bukan hanya kekuatan, tetapi perlu ada kebijaksanaan.
Saiyyidina Ali r.a mengingatkan: "Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun."
Cadangan ana..bacalah buku-buku ini...BEST!!
sumber: Majalah Solusi Isu 45 (ms 16-24)
0 comments:
Post a Comment