Saturday 5 October 2013

Coretan~ Fasa 1: Ke Arah Doktor aka Daie Muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهمّ صلّ على سيّدنا وحبيبنا وشفيعنا محمّد وعلى آله وأصحابه وزوجاته وذرّيّاته..

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan penulisanku dalam blog ini terhenti, ALLAH izinkan alfaqir kembali menulis buat kesekian kalinya.

Tajuk hari ini, sekadar sebuah coretan pengalaman, setelah genap sebulan bergelar Mahasiswi Perubatan, Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Universiti yang bakal menjadi rumahku sepanjang 5 tahun pengajian. Bersama rakan-rakan sekelas yang berjumlah lebih kurang 60 orang. Muslim dan belum Muslim. Moga semuanya mendapat hidayah dan taufik daripada ALLAH Taala yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pertama kali menjejak bumi UniSZA, perasaanku bercampur baur. Gembira bercampur kerisauan. Gembira, kerana teman kesayanganku Asmaa turut berada di sini, meskipun bukan dalam kursus yang sama. Gembira kerana sahabat baik merangkap teman sekelasku Fatin dari Asasi UiTM turut mendapat tempat dalam kursus yang sama denganku, selain seorang teman seusrahku, Ailin. Alhamdulillah. ALLAH Maha Tahu bahawa aku tidak kuat bersendirian, lalu DIA mengurniakan sahabat-sahabat yang mampu menasihatiku saat aku lalai daripadaNYA. Aku juga khuatir. Risau memikirkan, adakah 5 tahun ini bakal mengubahku kearah yang lebih baik? Ataupun menuju binasa? Na’uzubillahimin zaalik. Semoga ALLAH sentiasa meletakkan diriku dan sahabat-sahabat dalam pemeliharaannya.

Pesanan umi ayah tersayang, belajar sungguh-sungguh, jangan banyak main-main. Istiqamah join usrah, jangan silap pilih pulak. Pesan murabbi, belajar niat kerana ALLAH, istiqamah dengan perjuangan, kuatkan ruhiyyah.. Guru-guru tercinta turut berpesan perkara yang sama.. Aktif tara mana pun, jangan sesekali tinggalkan kuliah aka lecture. Jaga adab dengan guru. Amalan jangan tinggal. Jadi doktor untuk angkat martabatkan Islam. InsyaALLAH, akan ku usaha beramal dengan setiap pesanan kalian. Mohon doakan diri ini dan sahabat-sahabat.

Tempat pengajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) terletak di Kampus Kota, betul-betul bertentangan dengan Hospital Sultanah Zahirah di tengah-tengah Kota Terengganu serta bersebelahan dengan istana  yang masih terjaga rapi. Penginapan kami, 2 blok asrama MAIDAM berwarna hijau terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari kampus. Tapi, buat sementara waktu ini, kami masih menginap di Kampus Gong Badak sementara menanti mahasiswa/siswi diploma selesai menjalani peperiksaan. Ini bermakna, setiap hari, kami perlu menaiki bas pada jam 7 pagi untuk ke Kampus Kota. Jadi, tiap-tiap hari dapat bangun awal ^__^.. Alhamdulillah..

Setelah Minggu Mesra Siswa pada minggu pertama, kami melalui pula Minggu Mesra Medik (3 hari 2 malam sahaja kerana kesuntukan masa). Semestinya kenangan sepanjang orientasi khusus untuk pelajar medik ini merupakan memori teristimewa. Sepanjang program ini, kami ditempatkan bersama kakak2 angkat bagi siswi dan abang2 angkat bagi siswa untuk penginapan di MAIDAM. Terlalu banyak perkongsian oleh mereka yang sedikit sebanyak membuka mata kami yang masih dalam mode bersuka-ria. Sesi explorace yang menyeronokkan meskipun ada sesetengah checkpoint menguji kesabaranku. Petang selepas explorace, kami pun berjalan beramai-ramai ke tempat penginapan. Tidak semena-mena aku terdengar jeritan kawanku di belakang. Aku pun mngalihkan muka ke arah jalan raya. Ustaz Azhar Idrus tengah menunggang basikal sambil melambai kearah kami. Betul-betul kat sebelah. Excited sungguh semua sebab dapat tengok Ustaz Azhar Idrus secara live, siap dapat lambaian lagi tu ^__^..

Malam Tautan Kasih; malam penuh pahit manis. ALLAH bagi tarbiyah dengan pelbagai cara. Kena prank birthday sekali dengan Khamisa sebab birthday bulan September. Alhamdulillah, first time orang buat surprise macam tu, kek pun sedap ^___^.. special thanks to my seniors.. Somehow, sesi itu memang merealisasikan temanya sebagai Malam Tautan Kasih, alhamdulillah..

Esoknya, satu lagi sesi mencabar kesabaranku. Sesi membuat persembahan. Pada mulanya, segalanya baik-baik sahaja. Dalam kumpulanku, siswa siswi belum Muslim memilih untuk mempersembahkan tarian manakala siswi muslim memilih untuk berlakon sahaja. Entah bagaimana, tiba-tiba, semua kena menari. Lelaki perempuan. Muslim dan belum Muslim. Saat yang membuatku sangat tertekan. Maaf, aku punya prinsip tersendiri. Aku sama sekali tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsipku, apatah lagi peganganku. Biar orang kata aku syadid, daripada aku terlalu terbuka. Aku cuba sedaya upaya memberikan kerjasama dan berlapang dada, selagi tidak menyalahi prinsipku. Akhirnya, ALLAH membuka jalan untukku. Sahabatku Ailin yang sangat memahami pendirianku memberi cadangan agar aku memberi sedikit ucapan ringkas untuk menutup persembahan kami. Meskipun agak ketar nak bercakap depan senior, Alhamdulillah, itulah cara terbaik untukku menyumbang dalam persembahan tersebut. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar…

Apapun, my classmates are the best!! Mija, Fatin Wahidah, Ailin..thanks for accepting me, walaupun aku ni tak berapa sporting dan membosankan. Special to Farihah, terima kasih sangat sebab sentiasa sudi temankan kami ke program-program yang ada kat UniSZA ni.. Farhana, Hajar dan Raihan.. terima kasih jugak sebab banyak bantu kami dalam studi.. Jessica, Pavithra and all my friends of the 5th Batch MBBS UniSZA.. you all are so sweet and your persistence in study keeps motivating me to push harder and strive to be the best.. <3 ~ Dedicated to my classmates: Sima, Rasyidah, Khamisa, Natasya, Atikah, Adawiyah, Hidayah Zainal, Hidayah Azhar, Farihah, Farhanin, Aminah, Aina, Alissa, Nazirah Fatin, Fatin Nurhana, Fatin Wahidah, AIlin, Mija, Hajar, Sarah, Azieni, Farhana, Raihan.. Jessica, Janice, Ng Sim Yin, Ribka, Jennifer, Karen, Ang Tze Ling, Meersha, Shantini, Deepa, Shankarii, Nila, Pavithra, Aiman, Bazli, Hafiz, Iqbal, Azizi, Afnan, Ali, Azeem, Ming Yong, Sherman, Ong Chuan Ming, Choo , Alvin, Sim, Teck Min, Nitya, Rinesh, PG, Rao.. and siswa siswi intake yang baru yang masih belum dapat dikenalpasti nama.. maaf ya.. please do note me for their name so that I can include them here..   (^__^)V

Masuk pula kisah sepanjang kuliah. Semestinya semua pensyarah di sini sangat baik ^__^.. Pembelajaran kami di sini berdasarkan kurikulum integrasi yang dibahagikan kepada beberapa modul. Dalam modul 1 yang berjalan selama 2 minggu, kami didedahkan kepada asas-asas anatomi, fisiologi, biokimia dan farmakologi. Kuliah dalam modul 1 yang paling kugemari, kuliah anatomi yang mengkhusus kepada embriologi, di mana kami belajar mengenai pembentukan fetus kepada bayi dari minggu ke minggu secara kasar. Hakikatnya, apa yang kami belajar masih boleh dikira sekadar di permukaan. Terlalu banyak yang masih belum kami pelajari. Alhamdulillah, kuliah yang disampaikan oleh Dr Lakshmi dan Dr Thin sangat menarik dan terperinci, membuatkan aku begitu kagum. Sungguh, ALLAH itu Maha Teliti, Maha Berkuasa mencipta segala sesuatu. Bagaimana seorang manusia yang sangat kompleks bermula dari sel-sel yang lebih kecil dari sebuah noktah. Dari sebuah fetus yang seakan-akan makhluk asing, berkembang menjadi seorang bayi yang lengkap sempurna. Segalanya begitu tersusun dan sempurna.Indah kan?

image

image

Ayuh kita renungkan pengertian firman ALLAH SWT ini :

image

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.(Al-Hajj, 5)

 

image

Hakikatnya, terlalu banyak yang ingin dikongsikan disini, tapi, esok kelas.. Semoga tulisan yang serba ringkas ini punya manfaat buat semua, jika tidak banyak, sedikit pun jadilah. Semoga ALLAH redha.. ^_____^

20 comments:

  1. alhamdulillah. tahniah. saya pun sepalamian dgn fatin nurhana sekali. moga berjaya dunia akhirat. A good doctor of ummah insyaAllah ! bittaufiq wannajah :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ^^
    nak tnya..ramai x yg masuk medic kat unisza nih? :)

    ReplyDelete
  3. @mieka Waalaikumussalam mieka..
    alhamdulillah , setakat sekarang jumlah siswa/siswi MBBS UniSZA ni ada hampir 300 orang. untuk batch saya sendiri (Batch ke-5, ambilan 2013/14) pun ada 60 orang.

    ReplyDelete
  4. Hi akak.keputusan matrik sem 1 saya 3.9.peluang untuk dapat trmpat medic unisza besar ka?batch akak yang masuk degree medic selalunya brpa pointer?:D

    ReplyDelete
  5. @Melissa Sim

    Maaf sbb akk lmbt reply.
    InsyaALLAH, boleh ja.. di mana ada kemahuan di situ jalan :)
    Klu batch akk , plg sikit 3.8 .
    all the best ye dik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam akak, kalau dari stpm dengan result 4 flat senang dpt x ?

      Delete
    2. Assalamualaikum @Amir Khairi

      Maaf, akk lambat reply.
      Kalau ikut requirement dan lepas interview, insyaALLAH dapat.
      ----------------------
      Tapi setakat ni belum ada lagi lepasan STPM dalam family besar kami, maybe sbb belum ada yg memohon.. so, kalau Amir nak apply, sangat2 la dialu-alukan

      Yang ni admission requirement yang telah ditetapkan universiti utk lepasan STPM ke MBBS UniSZA.

      1. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.60 pada peringkat STPM
      DAN
      2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ pada peringkat STPM dalam
      mata pelajaran berikut:  Biology  Chemistry  Physic / Mathematics (M) / Mathematics (T)
      DAN
      3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata
      pelajaran berikut:  Mathematics / Additional Mathematics  Biology  Physics  Chemistry  Mana-mana satu subjek yang lain
      DAN
      4. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ pada peringkat SPM dalam
      mata pelajaran Bahasa Inggeris
      DAN
      5. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (BAND 3) dalam MUET
      DAN
      6. Tiada kecacatan anggota serta pertuturan dan buta warna

      Delete
  6. Salam akak. Sy nak masuk medic unisza tapi cgpa asasi sy 3.67 je. Ada peluang ke akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah, Nabila. Peluang sentiasa ada dik, cuma tezeki dapat masuk ke x, hanya ALLAH yg tahu.. km kat sini pun bkn semua 4 flat, ada je yg dr course lain dn universiti lain, dpt sini utk 2nd n 3rd intake.

      Tp utk batch terbaru ni dah ada interview.. apapun, klu sungguh nak, minta byk2 dkt ALLAH, klu kita mampu dn layak, InsyaALLAH ALLAH bgi 😊

      Delete
  7. salam kak. means skrg akak dh di tahun 3 kan?
    saya nak tanya, sekarang penginapan masih di Kampus Gong Badak ke?
    memang perlu menaiki bas untuk ke kampus Kota?

    terima kasih. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah.
      InsyaALLAH bulan 9 ni akak naik tahun 3..
      penginapan pelajar perubatan secara rasminya di kampus kota.
      tetapi, in case tempat x cukup, mmg terpaksa duduk di kampus gong badak dulu sementara nak dpt bilik d maidam.

      Sbg contoh: waktu batch akk 1st year, km semua kena berulang dr gong badak selama sebulan, sebab di maidam masih ada student diploma, kemudian, diorang dipindahkan ke kampus gong badak, dan km pun masuk ke maidam.

      in case korang, akk x tahu.. sbb senior year 5 habes exam 29 ogos, so, klu bilik sempat dikosongkan sebelum korang masuk, insyaALLAH korang dapat masuk maidam awal la.. klu lmbt kosong, lmbt la korang masuk sini.

      Wallahua'lam..

      Delete
    2. oh. terima kasih ya atas info ni. :D

      Delete
  8. Assalamualaikum...macammn dgn asasi perubatan peringkat spm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah.

      Asasi perubatan dekat unisza ke?
      Buat pengetahuan @Homestay Aishahumaira , asasi sains dan perubatan unisza baru sahaja mula ditawakan pada tahun ini, so, saya x tahu sgt ttg program ini.
      Saudari boleh rujuk Informasi Program di link ini: https://puspa.unisza.edu.my/index.php?lang=en

      Kebanyakan kami di sini ialah pelajar2 lepasan Asasi Sains UiTM, Asasi Sains UM dan Matrikulasi seluruh negara.

      Bermula tahun lepas, temuduga kemasukan dah diadakan.

      Semoga berjaya :)

      Delete
  9. Assalamualaikum..mostly yg dpt degree medic unisza kna dpt muet brape?? Band 3 or 4??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam warahmatullah..
      kalau ikut syarat minimum ialah band 3..
      dapat atau tak tu depend on interview :)

      Delete
  10. Akak boleh cntact sy kt email saya,missleya98@gmail.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum, akak dah emel adik ea, emel akak: nur_muslimah17@yahoo.com

      Delete
  11. Asalammualaikum akak... nak tanya, mcmana pengalaman temuduga unisza medic? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah . Maaf dik, akak batch last yang xde interview.. start the next batch which is 6th batch, temuduga untuk kemasukan baru mula diadakan..

      Adik dapat interview ke? All the best ea for your further studies :)

      Delete

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!