Wednesday 29 August 2012

Adab Bersahabat



بسم الله الرحمن الرحيم..


Sahabat.. sesiapa yang telah merasai betapa indahnya ukhuwah ..akan menghargai kehadiran seorang sahabat...

Jom kita amalkan adab-adab bersahabat.( ana dapat waktu usrah tingkatan 2 kalau x silap..^^)


1- Cintailah sahabat kita dan jadikanlah diri kita yang dicintai sahabat

~لا يؤمنوا أحدكم حتى يحب لأخه ما يحب لنفسه
Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)~


2- Bersahabat dengan orang yang baik dan 'alim (bukan bermaksud sombong ya...)

~ Hadis Persahabatan: Memilih Kawa
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)~


3- Selalu menunjukkan kegembiraan kita kepada mereka
~Hadis Persahabatan: Bermanis Muka

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)~


4- Jika kita menyayangi seorang sahabat, tunjukkan bahawa kita menyayanginya

~Hadis Persahabatan: Rasa Sayang

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)~


5- Bersama bergembira tika sahabat dalam kegembiraan dan bersama berduka tika sahabat dalam kedukaan


6- Selalu bertukar- tukar buah tangan/ cenderamata untuk mengeratkan kemesraan

~Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)~

7- Kekalkan keramahan kita pada sahabat


8- Mengambil berat akan diri sahabat

~Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)~


9- Menjadikan diri kita dipercayai sahabat


10- Mempercayai sahabat yang jujur

~يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ

“ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kalian beserta orang-orang yang jujur. ” (Q.S. At Taubah: 119)


11- Elakkan tanda kemuraman dan tak bersemangat

12- Cintai sahabat kerana ALLAH

~Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)~

13- Elakkan sesuatu yang sahabat tak suka dan sesuatu yang boleh menyakiti hatinya

~Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata“.
(al Ahzab,58)~

14- Jika terdapat salah faham dengannya, cuba selesaikan seberapa segera. Selalulah bermaafan dan mengakui kesalahan

~Firman Allah bermaksud: "Terima kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil." (Surah al-'Araf, ayat 199)~









Source:

http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=446:koleksi-hadith-dan-ayat-al-quran-berkaitan-dengan-kawan-persahabatan-dan-persaudaraan-menurut-islam&catid=1:latest

http://nasu3028.multiply.com/journal/item/37?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

http://www.mukmin.com.my/baca.php?title=Amalan%20saling%20bermaafan%20damaikan%20hidup%20bermasyarakat&id=289&kategori=12

https://www.facebook.com/nurmuslimah17

0 comments:

Post a Comment

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!