Tuesday, 5 March 2013

Dare to Dream ^_^



بسم الله الرحمن الرحيم..
اللّهم صلّ على سيّدنا محمّد عبدك وحبيبك ورسولك النبيّ الأمّيّ وعلى آله وصحبه أجمعين

Kelip2 mata..
Eh, dah bulan 3, sebulan lagi nak tamat asasi…
Satnya.. pastu dah nak sambung degree pulak..
Pantas sungguh masa berlalu..
Dan lama sungguh cek tak mengarang panjang2 kat blog ni..

Hari ni.,., ana nak kongsi sedikit info@ilmu@maklumat (korang classify sendiri ya) ..
Tempoh hari, ana ada join satu program Hala Tuju Pendidikan anjuran Paksi Training di Masjid Shah Alam..
kira bajet nak tengok la lepas ni kita nak ambik course apa dan sebagainya..
Alhamdulillah, sangat best..dan menarik'. ^_^

Slot 1: Ust Syaari Abdul Rahman (slot ni memang ana dok tunggu..)
Slot yang paling ana suka, ^_^ .. of course sebab ada ust Syaari, ehem.
Nak buat macam mana, dah memang penyampaian Ust Syaari sangat best..

Pertamanya.. Ust bukak slot dengan video sajak Afdlin Shauki, disusuli dengan video situasi yang berlaku di Syria.. sungguh menyentap hati.. Ya ALLAH, selamatkan adik beradik kami di Syria ya ALLAH, kuatkan mereka.. ~Ust turut syarahkan sedikit sebanyak mengenai keadaan dunia Islam sekarang..
Kemudian, ust tayangkan video2 mengenai kaedah golongan kuffar cuba menguasai minda umat Islam, sejak dari dunia kanak-kanak lagi melalui rancangan kartun2 dan animasi yang hakikatnya mengandungi mesej-mesej yang sangat meracuni minda dan emosi. Kalau nak info lanjut, korang boleh tengok siri video The Arrival..

Ok, masuk tajuk. Tajuk pembentangan ust kali ini: Piawai Tentera ALLAH Berinspirasikan Muhammad al-Fateh. Dengar tajuk pun dah rasa semangat kan..^_^

3 ELEMEN UTAMA:
IMAN + ILMU + PASUKAN (JAMA’AH)
Yakin! ALLAH jadikan kita sebagai kunci kemenangan. Kalau kita tak menjadi al-Fateh, kita kena jadi tentera al-Fateh.
Kita juga kena kombinasikan Syariatullah dan Sunnatullah.. Tahajjud dan Teknologi kena seiring.., Jangan sekadar rajin beribadah, tapi tak mampu bagi manfaat kepada orang lain.. Dan jangan sekadar mahir teknologi, tanpa bab2 solat, hancur… Apabila ibadah dan ilmu seiring, insyaALLAH ada kekuatan padanya.. ^_^ .. Daie kena mantap!

WALK THE TALK!!

TIME IS BUSINESS!!

Kalau nak dikaitkan semua elemen di atas dengan zaman al-Fateh, sangat banyak kaitannya.. Seperti yang kita tahu, tentera al-Fateh ialah sebaik-baik tentera, dan Sultan Muhammad al-Fateh merupakan sebaik-baik pemerintah.. boleh rujuk hadis.
Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم bersabda “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335].

Pertama: Sudah tentu Iman. Tiada iman, apa pun tak jadi, kehancuran menanti.. Iman itu paksi, akar tunjang dan tonggak kepada segala kejayaan tersebut. Kerana Iman kepada ALLAH dan RasulNYA lah Sultan Muhammad berjaya, dan beliau sememangnya mengimani hadis yang tertera di atas.

Kedua: Yakin! Sultan Muhammad al-Fateh, sejak kecil lagi sudah meyakini bahawa dialah yang akan membuka Kota Konstantinople, hasil didikan bapanya Sultan Murad II dan juga guru-gurunya.
Apabila diajukan provokasi oleh Raja Konstantinople yang menyatakan bahawa datuk-datuknya dan bapanya telah gagal dalam usaha menakluki Kota Konstantinople, dia dengan yakinnya menjawab : “Itu cerita mereka. Ini cerita saya.We are here to conclude it!” (sebenarnya dialog tu ana reka berdasarkan kefahaman ye.. mafhumnya lebih kurang macam tu la)

Ketiga: Ilmu! Ilmu pemerintahan, ilmu ketenteraan, ilmu agama, ilmu strategi, kreativiti dan banyak lagi.. Lihat saja bagaimana dia dididik sejak kecil. Dikelilingi oleh para alim ulama’. Beliau juga diberi pengalaman pemerintahan oleh ayahnya sebelum ditabalkan secara rasmi menjadi Sultan. Kreativiti juga satu kemestian. Pemikiran mesti luar biasa, berfikir luar kotak. Jika sekadar berfikir di bawah tempurung, mana mungkin kapal bisa berlayar di atas daratan.. apatah lagi merentasi sebuah bukit!

Keempat: Jama’ah~ Pasukan! Oho, ini sangat penting..nak dalil? Buka surah as-Soff ayat 4: korang akan jumpa.
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Rasanya semua pun nampak betapa pentingnya kesatuan dan pasukan. Tak logikla nak menawan Kota Konstantinople yang merupakan kota terkukuh pada zaman itu secara bersendirian. Kita kena jadi cerdik, kawan-kawan ^_^.. Raikan persamaan, Fahami perbezaan, jangan kita pula jadi agen perpecahan dalam jama’ah.. semoga ALLAH melindungi kita dari perkara itu.. fahami matlamat perjuangan, fahami manhaj sebenar.. jangan lari dari asas dan asholah perjuangan, yakni dengan manhaj Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم..

Kelima: Displin dan Masa! .. Pembuatan meriam , orang turki tak boleh buat, diorang culik pembuat senjata dari Hungary, yang boleh siapkan senjata rahsia itu tepat pada masanya. Tiada masa untuk bertangguh. Tanpa disiplin dan perancangan rapi, barisan akan lemah, lebih-lebih lagi tenteraJundi kena Mantap! Tak boleh Loi! Tapi, Bab nilah yang kita paling lemah.. Bila bukak buku ja.. mula lah virus-virus malas menyerang.. syaitan mula bergayut di kelopak mata, .. tapi, bila FB dan Twitter dibuka, boleh pulak tahan sampai 2-3 pagi..aduh! Mujahid mujahidah sekalian! BANGKIT!!!! LAWAN SYAITAN ITU!! LAWAN KEMALASAN ITU!! MALAS ITU SATU DOSA!!

Keenam: Teknologi Tercanggih! Yang ni memang antara syarat utama..Lihat bagaimana Sultan Muhammad al-Fateh mengejutkan pihak Konstantinople dengan membawa meriam gergasi, mendahului zamannya. Bunyinya saja dah cukup menggetarkan penduduk Kota Konstantinople. Zaman sekarang pulak, daie kena canggih. Jangan jadi katak bawah tempurung.. Gunakan teknologi tercanggih selagi termampu. Manfaatkan FB, Twitter, Youtube , Instagram dan segala yang ada untuk dakwah. Dakwah kena laju! Dah bukan masanya untuk lambat macam kura-kura. Dah kena sepantas cahaya.. (Oho! Cakap kemas.. sendiri ada buat ka?? InsyaALLAH, ini peringatan buat diri juga.. sama2 improve dan buat yang terbaik ^_^)

Ok..
Kita tengok pulak syarat-syarat dan kaedah menulis visi dan matlamat yang telah diberikan oleh Ustaz.

SYARAT:

1- 8-10 baris( tak kan nak tulis sebaris saja kot?)
2- 70-80 patah perkataan
3- spesifik, unik dan jelas
4- real statement ( eg: 10 tahun lagi, saya IALAH seorang…)
5- No negative remarks ( be positive guys ^_^ V)
6- UPPERCASEkan (jadikan ia huruf besar) bagi point2 paling penting (Keyword) atau gariskan.
7- Boldkan atau warnakan perkataan-perkatan penting

SOALAN2 UTAMA:

1- Apa beza cita-cita kita dengan orang lain? Adakah ia benar-benar mencabar?
2- Selari tak dengan Islam?
3- Apa manfaat untuk ummah?
4- APa manfaat untuk mak ayah dan insan-insan tersayang?
5- Apa yang kita rasa, lihat dan dengar apabila kita dah capai cita-cita tersebut?
6- Siapa tokoh inspirasi kita dalam bidang ini?
7- Yakinkah boleh capai?

Jawab ye, Jangan tak jawab ^_^

Selepas itu, Ust suruh kitorang tulis visi dan kemudian ceritakan kepada kawan sebelah. Nak tahu tanda seseorang tu teruja dengan cita-citanya? (Maksudnya ada elemen emosi di situ, dan orang tu memang bersngguh-sungguh nak capai)

Tanda2nya:
1- Senyum, sengih, ketawa, menangis? (reaksi emosi) sebelum berbicara.
2- Mata hitam banyak bergerak ke atas dan ke ke sana ke mari serta menitiskan air mata .. (otaknya dah mampu gambarkan cita-cita itu)
3- Intonasi inggi dan yakin, tiada gugup mahupun cakap tergagap-gagap
4- Tangannya bergerak-gerak
5- Payah nak berhenti ^_^ (ye la, dah tengah excited bercerita, macam mana nak berhenti)

----
Ok.. banyak sebenarnya, tapi tak mampu nak cerita semua..

Pesanan terakhir Ust: Pastikan 3 perkara ini ada pada kita..

BERANI (spiritual) – pupuk ia dengan cara membaca sirah Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم serta kisah-kisah Pahlawan Islam seperti Khalid al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah dan lain-lain
BIJAK (intelektual) – carilah sesiapa yang boleh jadi pedorang dan penguat semangat buat diri.. banyakkan membaca ^_^
BERPASUKAN (emosional) – pilihlah untuk berpersatuan.. join la mana2 kelab atau persatuan yang bersesuaian, latih diri untuk mengurus dan bekerjasama.. ^_^


“ Siapa saya?
Sayalah al-Fateh!
Jika bukan saya, siapa lagi?
Jika bukan sekarang, bila lagi?
Lu fikir la sendiri!” ~cakap kat cermin tiap-tiap pagi..^_^

--------------
Promote sikit: FB Ust: Syaari Ab Rahman
Twitter: #rijal82
www.ibrahparadigm.com.my
http://www.iskandarfateh.com/
Youtube: iskandarfateh
---------
sumber: http://sejarah.kompasiana.com/2012/01/29/muhammad-al-fatih-penakluk-konstantinopelistanbul-434669.html
http://jerutleher.blogspot.com/2012/08/muhammad-al-fateh-sebaik-baik-pemimpin.html

Thursday, 24 January 2013

Benar, Rasulullah Rahmatan Lil'Alamin



بسم الله الرحمن الرحيم…
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..


 Maksudnya:
Daripada Saiyyidina Abu Burdah bin Nayyar, beliau berkata: “Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم bersabda: ((Barangsiapa daripada kalangan umatku yang berselawat ke atasku satu selawat dengan ikhlas daripada hatinya, nescaya ALLAH akan selawat ke atasnya 10 selawat, mengangkatnya 10 darjat, menulis baginya 10 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 10 dosa kejahatan)).

Riwayat Imam an-Nasaie dan Imam at-Thobrani. Perawi sanad-sanadnya thiqah (dipercayai).


>Sumber: Kitab 40 Hadis Menyatakan Keagungan Berselawat Ke Atas Baginda Nabi صلّى الله عليه وسلّم <

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, 12 Rabiul Awwal tiba lagi..
Hari Ulangtahun Kelahiran Kekasih Agung~
Tak perlu ku ulas panjang, semua orang tahu, bukan sahaja telah tercatat dalam setiap kalendar di Malaysia, malahan sudah terpahat di hati para pencinta Baginda.

Ayuh! Semarakkan rasa cinta dengan Selawat! Qasidah! Sirah Nabawiyyah! Sunnah!

Dalam kegembiraan menyambut kelahiran Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم yg juga Rahmatullil’alamin.. ingin ku kongsikan beberapa keutamaan berselawat kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .

Keutamaan Berselawat Kepada Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم :


1) Orang yang berselawat akan mendapat sepuluh balasan selawat dari ALLAH swt.

2) Orang yang berselawat akan mendapatkan balasan selawat langsung daripada Baginda Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم .
3) Orang yang berselawat, maka para malaikat pun akan berselawat kepada orang tersebut.
4) Orang yang berselawat akan ditinggikan derajatnya, ditambah kebaikan-kebaikannya, serta dihapuskan segala kesalahan-kesalahannya.
5) Orang yang berselawat akan mendapatkan pahala sepadan dengan memerdekakan sepuluh budak kerana ALLAH swt.
6) Berselawat sebagai sebab diampuninya dosa-dosa yang telah lalu.
7) Berselawat akan memohonkan ampunan dan menghibur orang yang telah membaca selawat di dalam kubur kelak.
8) Pemberian syafaat Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم kepada orang yang berselawat tersebut.
9) Dapat menjauhkan orang yang membacanya dari kefakiran dan memberikan kebaikan serta keberkahan.
10) Orang yang memperbanyak berselawat akan menjadi manusia yang paling berhak dengan Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .
11) Berkah dan kebaikan selawat bukan hanya diperoleh bagi orang yang berselawat sahaja, namun hal itu akan mengalir hingga kepada anak dan cucunya.

>Sumber: Buku Memahami Pribadi Suci Baginda Nabi صلّى الله عليه وسلّم melalui Maulid Dhiya’ullami’.<

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kata murabbi, Qasidah ialah salah satu cara untuk menyuburkan lagi rasa cinta kita kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Jadi, ana nak kongsi pula qasidah kat sini. ^_^


Lirik Qasidah Jalaliah (nak dengar? Belilah album2 di bawah ^__^, youtube pun ada)


نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله
Nabi kami Rasululla
h
وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
Yang mensyafaati kami Habibullah
وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله 

Yang Mencintai Kami Khalilullah 
عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله 
Atas baginda solawat kami ya Allah


رَسُولُ الله كَلِيْمُ الله
Rasulullah julukannya Kalimullah
 وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah
رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله
Rasulullah pilihan Allah
إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله
Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah

أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة
Datangnya bagi kami sebagai Rahmah
فَآمَنَّا بِهِ يَا الله
Kami beriman dengan baginda ya Allah
فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا
Taufiqkan dan muliakan kami ya Allah
بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله
Dengan Husnul Khatimah dan redhaMu ya Allah

إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا
Afiatkanlah sekalian kami
مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله
Dari segala penyakit ya Allah
وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار
Sucikan kami dari dosa
بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله
Dengan kurnia dariMu ya Allah



إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن 
Ampunilah bersama ibu bapa kami
إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله
Rahmatilah mereka ya Allah
إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال
Tutupilah segala kejelekan kami
وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله
Jangan disingkapkan ya Allah

إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا
Pimpinlah kami senantiasa
لِما تَرْضى بِهِ يَا الله
dengan yang engkau redha ya Allah
وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ
bantulah kami ya Allah
بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله
Dunia dan akhirat ya Allah

وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ
Tempatkan kami di Syurga
بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله
disisi nabiMu ya Allah
لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي
moga terpandang wajahMu yang kekal
بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله
Dengan cinta nabiMu ya Allah

عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله
Atas Ahmad selawatMu
عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله
Atas al-Hadi salamMu ya Allah
وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ
Keluarga serta sahabatNya
دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله
buat selamanya ya Allah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah, fadhilat selawat sudah, qasidah pun sudah. Apa lagi ya?
Ayuh, kita lihat pula kepentingan dan keistimewaan mempelajari Sirah Nabawiyyah =)..

Kepentingan Mempelajari Sirah Nabawiyyah

1) Ia memberikan suatu kenikmatan kepada ruh dan akal –terutama bagi para pendakwah dalam menyeru ummah ke jalan ALLAH. Bila kita baca Sirah Nabaiyyah ni, kita akan rasa lebih semangat dan ‘qawiyy’ , juga dapat tenangkan jiwa kita, lebih-lebih lagi bila kita rasa down sangat2. Contohnya: apabila kita dikutuk diperli oleh insan2 yang tak berapa suka dengan aktiviti dakwah kita ni, kita boleh lihat balik dalam Sirah Nabi, Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم bukan sahaja dicerca dan diejek-ejek, malah diugut bunuh, dilempar batu, dicekik dan sebagainya. Nabi qawiyy ja. Kita? Ada ka kena macam tu? Baru kena cakap sikit dah nak futur. Isk3.. >tolong take note wahai diri<

2) Jadi satu keperluan buat para da’ie untuk menghadami sirah perjuangan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .. nampak tak? Hadam. Bukan sekadar baca, lena, baca dan lena. Tak ada perubahan pada diri. Bila dah kena Hadam, maksudnya, kena la baca, faham, amal, istiqamah, sebar… Nak baca memang senang, sesetengah insan pun kata, nak faham tu petik jari ja, tapi.. Amal? Istiqamah? Ingat aci main tekan2 keyboard je ka dah boleh beramal? Ingat istiqamah tu senang? *Geleng2 kepala* So, kena buat apa? Usaha! Doa! Tawakkal!

Keistimewaan Sirah Nabawiyyah

1) Sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan ALLAH ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Tidak wujud fakta palsu atau sebarang penyelewengan terhadap kisah kehidupan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .---- namun, tidak semua kisah yang dikatakan sirah yang dicatat dalam sesetengah kitab ialah sahih, contohnya, Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم tak pernah bagi wasiat kepada Saiyyidina Ali mengenai Khilafah. dan ia adalah batil.

2) Perumpamaan yang didatangkan oleh sebahagian pengkritik Barat, bahawa Muhammad صلّى الله عليه وسلّم satu-satunya tokoh yang lahir dibawah sinaran matahari. Perumpamaan ini menggambarkan bahawa setiap inci peristiwa yang berlaku kepada batang tubuh yang mulia ini diketahui secara sempurna dan menyeluruh. ---- Bak kata Ustaz Yayha Bikhair, Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم ni ibarat hidupnya dikelilingi kamera. Mata para sahabat sentiasa merekodkan setiap sudut kehidupan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .

3) Kehidupan Baginda penuh dengan sifat kemanusiaan, tidak sesekali disertakan dogengan mahupun sifat ketuhanan yang akan terus menjadikan Baginda model manusia yang kamil. ---- maksudnya, ia merupakan sirah seorang manusia, bukan malaikat, bukan tuhan, bukan selainnya. Ia boleh dirujuk dan dicontohi, cuma maqam kemuliaan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم saja yang kita tak mungkin dapat.

4) Sirah Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم memberikan contoh bagi sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia , menceritakan kepada kita uslub Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sebagai pendakwah kepada ALLAH yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya diterima. Ia juga meriwayatkan Baginda sebagai pendakwah yang mencurah tenaga dan usaha yang maksimum untuk menyampaikan risalahnya, juga memaparkan peranan sebagai ketua negara yang sangat adil, suami yang mithali, dan murabbi yang agung. ---- Uslub, kaedah, cara… dakwah bil Hubb <3

5) Satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Segala hinaan, cercaan, cemuhan dan kejian adalah bukti bahawa Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم menghadapi suatu sunnah perjuangan yang ‘normal’. Tiada mukjizat dan perkara luar biasa, akan tetapi melalui bukti-bukti logik dan boleh diterima akal.---- Maksud tiada mukjizat dan perkara luar biasa, bukannya menafikan wujudnya mukjizat yang ALLAH kurniakan kepada baginda, maksudnya disini ialah, hanya dengan melihat sirah Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sahaja , kita pasti yakin bahawa Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم itu utusan ALLAH, yakni manusia yang dipandu wahyu. Apabila ditambah dengan mukjizat-mukjizat kurniaan ALLAH, semakin bertambahlah keyakinan..

Justeru, kita kena la wajibkan diri kita untuk mengHadam perjalanan hidup Kekasih agung kita supaya kita mampu bawa nilai-nilai dan pengajaran sirah Nabawiyyah ke dalam jiwa kita, sekaligus mengamalkannya dan beristiqamah dengannya. InsyaALLAH..

>Dipetik dari Ringkasan Sirah Nabawiah Durus Wa ‘Ibar Min Hira’ Ila Hajjatul Wada’< –telah disyarahkan kepada kami oleh alFadhil Ustaz Yahya Bikhair.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh ya, kenapa ya ana pilih tajuk “Benar, Rasulullah Rahmatan Lil’Alamin” ? Nak tahu? Baiklah, kita dah tengok fadhilat selawat, qasidah, sirah…apa yang kita nampak?

Cuba lihat, betapa banyak cara untuk kita suburkan cinta kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .. Banyak cara nak tambah pahala, nak dapat rahmat ALLAH, bukan sahaja dapat kat kita, bahkan dapat kat orang lain dan semua makhluk ALLAH ..hanya dengan cinta Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ..

Bagi siapa yang suka iringan alat2 muzik, suka bergendang, boleh berqasidah,

Sapa yang suka membaca, boleh baca sirah nabawiyyah,

Siapa suka dan pandai bercakap, boleh cerita kat orang tentang Kekasih kita Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم ,

Siapa suka menulis, boleh tulis novel atau cerpen mengenai akhlak Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ,

Siapa suka menaip dan berfacebook dan bertwitter, boleh tulis, twitt dan share post2 serta gambar mengenai kelebihan Nabi kita Muhammad صلّى الله عليه وسلّم .

“Kami tak suka, membaca, menulis, bergendang, bercakap dan berfacebook. Macam mana? Kami suka bermain dengan kucing, bersiar-siar di tepi pantai, memandu kereta, main game, edit gambar”

Oh, boleh saja..^_^

Suka bermain dengan kucing? Bermainlah dengannya dengan cara Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Kan Baginda sukakan kucing..Cakapkan kata-kata yang baik kat kucing tu… jangan tarik-tarik bulu dia, apa korang ingat kucing tu takda perasaan ka?

Suka bersiar-siar tepi pantai? Boleh saja, jangan sekadar bersiar-siar tanpa makna,, cuba kutip sampah, share makanan yang kita bawak dengan pengunjung lain, menutup aurat, bukan ka tu semua ajaran Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم jugak.

Suka memandu kereta? Memandulah dengan berhemah, boleh lekat stiker Mahabbatur Rasul kat cermin kereta, pasang qasidah dan selawat sepanjang perjalanan.Nak gempak lagi? Korang lekat bendera yang tertulis ayat-ayat seperti Saya Cinta Rasulullah, Jom Amalkan Sunnah Rasulullah, Jom Selawat, Jom Tutup Aurat dan sebagainya kat kereta korang. Buat ala-ala orang semangat nak sambut merdeka gitu..Amacam?

Suka main game? Korang edit player korang, bagi dekat baju dia tulis ayat-ayat cinta Rasul. Pastu, korang slowkan volume untuk game effect, korang pasangkan mp3 selawat, qasidah atau ceramah tentang Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Setkan alarm waktu azan. Pastikan semua kerja selesai, baru main game. Boleh kan..^_^

Suka edit gambar? Lagi bagus. Kiranya korang ni terer la bab2 adobe photoshop dan corell kan.. manfaatkan kelebihan dan bakat korang tu dengan mendesign dan mengedit gambar-gambar yang membawa mesej2 Mahabbah Rasulillah, mesej2 dakwah. Seronok pun dapat, pahala pun dapat. Awesome kan.. ^^

“Aaa, tak suka semua tu, suka yang lain.”

“^__^ Maaf la ye, yang lain-lain tu boleh fikir-fikirkan sendiri ye… Manfaatkan akal yang ALLAH bagi.. ^__^”

>Amalkan sunnah Baginda, akhlak Baginda, pasti tersebar keberkahan dan kebaikannya kepada semua makhluk<

Semoga bermanfaat kepada semua… Ayuh manfaatkan kelebihan yang ALLAH bagi untuk menggapai keredhaanNYA..

Wallahua’lam
---
(Syeikh Nuruddin alBanjari alMakki, Dato Dr Haron Din, TG Haji Salleh, Syeikh Fahmi Zam Zam, Murabbi Syeikh Muhammad Zainul Asri, Syeikh Ibrahim Ibnu Masran al-Banjari, Ust Muhadir Hj Joll, Ust Yahya Bikhair, Ust Hanif Harun, Ust Shahrizan)

Ayuh, suburkan cinta dan Mahabbah Rasulillah ..^_^



Kitab inilah yang telah diijazahkan oleh Syeikh Ahmad Mamdouh Saad tempoh hari




Sekitar majlis pelancaran Minggu Mahabbahmu Ya Rasulullah di UiTM Puncak Alam, pesan Imam Muda Asyraf, kalau benar cintakan Rasulullah, jom kita bantu Baginda dengan meneruskan tugas dakwah Baginda. Jangan sekadar cinta di bibir, namun di hati penuh karat jahiliyyah.

Wednesday, 2 January 2013

Oo, Tasawuf Tu Macam Tu..

Bismillahirrahmanirrahim
Lama tak menulis. Bukan kering idea. Banyak sangat ilham ALLAH bagi sampai tak tau nak tulis yang mana dulu, Alhamdulillah, nikmat sebenarnya tu ^_^
Seperti yang telah dijanjikan dulu, ana nak tulis sambungan kepada kuliah Syeikh Ahmad Mamdouh, kali ni di Dewan Ukir Mall pulak.
First time pegi..sangat excited… Niat awal pegi tu nak ikuti kuliah Murabbi kesayangan, Syeikh Muhammad Zainul Asri mengenai kitab Syamail Muhammadiyyah.. Masuk ja dalam dewan, nampak muka Syeikh Ahmad Mamdouh.. Alhamdulillah, tak kesah la Syeikh mana pun, yang penting dapat ilmu..
Masuk, duduk, keluarkan buku dan pen.. dengar dan catat. Rutin biasa..
Walaupun, mula-mula tak expect dapat hadir, Rupa-rupanya ada ilmu baru ALLAH nak bagi hari ni.. Ilmu Tasawuf..
entah kenapa rasa lain sangat sepanjang kuliah kali ni. Rasa macam.. entah. Tak dapat nak cakap..Takpe la.. abaikan, Tak penting pun.
Okeh, duduk ja, terus dengar tentang ta’rif tasawuf.
Tasawuf : buang sifat buruk dan tambah sifat baik dalam diri.. dan ia merupakan ilmu yang hamba kepada martabat Ihsan.
Ihsan tu apa pulak?
Ihsan : beribadah seumpama melihat ALLAH, sekiranya kamu tidak melihat ALLAH, Hakikatnya, ALLAH dapat melihat kamu..  (pi cek dalam buku pendidikan islam form 3 rasanya ada)
Maqam (martabat) dalam Islam pulak  ada 3: 1- Islam, 2- Iman, 3- Ihsan
Boleh rujuk hadis nombor dua dalam kitab 40 Hadis Imam Nawawi ..
Syeikh kata, tak boleh seseorang tu digelar sufi selagi tak beramal dengan ilmu tasawuf.
Mengenai orang-orang dalam tasawuf ni, ada dua jenis:
- Mutasawwif – beramal dan berakhlak dengan tasawuf
- Mutamaswif – mengaku ahli tasawuf, sedangkan tak beramal dengan ilmu tasawuf

Jalan (tariqat) tasawuf juga ada banyak, tetapi ia tidak merosakkan tasawuf. Tariqat tersebut ibarat madrasah-madrasah yang bawa manusia ke maqam Ihsan. Tariqat ni ada banyak , contoh yang agak masyhur ialah Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Syazili dan lain-lain.. Kata syeikh, ia ibarat jalan yang pelbagai, tapi matlamatnya satu, yakni ALLAH. Jalan menuju ALLAH ni sangat banyak, sebanyak hembusan nafas manusia.
Dalam tasawuf juga ada murabbi. Murabbi akan meletakkan amalan yang sesuai untuk murid- muridnya.
Ada empat perkara penting yang mana telah menjadi bahan cacian oleh orang-orang yang menentang tasawuf.
1) Sufi ada zikir khusus
2) Menyebut nama ALLAH secara berjamaah yakni beramai-ramai
3) Zikir kuat-kuat
4) Zikir dengan isim mufrad yakni (ALLAH, ALLAH).. yg ni ana tak berapa faham, yang ana faham, sebut nama ALLAH satu-satu, wallahua’lam.. mohon diperbetul andai salah.
Sebelum syeikh syarah semua tu, Syeikh cerita tentang bid’ah.
Bid’ah ni ada dua, Asliyyah (أصليّة)dan Idhafiyyah (اضافيّة). Bid’ah Asliyyah bermaksud bid’ah yang tiada nas yang suruh buat. Bid’ah Idhafiyyah pula bermaksud bid’ah yang tidak ada dilakukan para salafussoleh.
Orang-orang yang menolak tasawuf mengatakan bahawa kedua-dua bid’ah ini adalah haram. Sedangkan para ulama termasuk ulama 4 mazhab telah menyatakan bid’ah ini ada 5 hukum, yakni Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. Hukum bagi  perkara-perkara bid’ah ni berbalik kepada ilmu usul fiqh untuk dikelaskan dalam hukum-hukum yang lima itu. Sebagai contoh, ada ilmu-ilmu zaman sekarang yang tiada di zaman Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم  yang telah ditentukan menjadi Fardhu Kifayah yakni wajib disebabkan kepentingannya kepada umat Islam sendiri.
Pesan syeikh, Yang ‘am tetap ‘am sehingga ada dalil yang mengkhususkannya. (Boleh rujuk buku Quran Sunnah tingkatan 5 bab Dalil-dalil ‘Am Khas Mutlak Muqaiyyad)
Selepas itu, syeikh sentuh mengenai Tabarruk pula. Tabarruk ni bererti memohon keberkatan. Hakikatnya yang bagi keberkatan ialah ALLAH. Para auliya’ dan solihin hanyalah penyebab atau wasilah kepada berkat tersebut sahaja. Lalu syeikh mengutarakan nas mengenai tabaruk daripada kisah Nabi minum air bekas wudu'k para muslimin untuk mengambil keberkatan, sedangkan Rasulullah punya darjat jauh lebih mulia daripada para muslimin yang lain. Ia menjadi dalil mengharuskan mengambil berkat daripada orang yang lebih rendah dan lebih tinggi darjat dan kedudukan daripada kita.
Kemudian Syeikh cerita tentang kasyaf yang ALLAH kurniakan kepda orang- orang soleh pilihanNYA, dalilnya ialah sebuah hadis Nabi yang menyatakan ‘Takutlah kamu dengan firasat mukmin kerana mereka melihat dengan cahaya ALLAH’ atau seperti mana lafaz Rasulullah. Syeikh juga cerita tentang Ilham yakni kefahaman yang ALLAH berikan kepada para solihin. Hakikatnya ALLAH Maha Mengetahui, lalu ALLAH telah mengilhamkan kepada para ulama’ mengenai ilmu-ilmu yang dimiliki mereka.
Kata syeikh, orang yang menolak tasawuf sebenarnya disebabkan salah faham mereka terhadap ta’rif bid’ah itu sendiri.
Selepas itu, syeikh mengijazahkan kepada para hadirin sebuah kitab bernama… (40 Hadis Menyatakan tentang Keagungan Berselawat Ke Atas Baginda Nabi SAW)  ~  النفحة الاءلهية في الصلاة على خير البرية
Kitab tersebut merupakan susunan Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Siddiq Al Ghummari Al Hasani. Beliau merupakan syeikh dari Maghribi yang telah menguasai pelbagai bidang ilmu sehingga memperoleh dua jenis pengiktirafan dari Universiti Al-Azhar disebabkan kecemerlangan beliau. Namun, bidang yang paling dikuasai oleh beliau ilmu hadis dan ilmu usul fiqh yang merupakan ilmu-ilmu yang paling penting dan paling asas untuk berijtihad.
Kemudian, syeikh menceritakan tentang jalan-jalan ilmu, ada empat:
1) Syeikh al-Fattah (yakni guru yang ALLAH buka pintu-pintu ilmu kepadanya)
2) Cerdik
3) Ilmu yang benar
4) Bersungguh-sungguh
Okeh, ni part paling best dan membuatkan ana sebak seketika.. Syeikh telah mengijazahkan Hadith Musalsal Awwaliah Rahmah.. (kiranya, semua orang yang terima ijazah ni akan kata, ini merupakan hadith pertama yang kudengar dari guruku…)
Sanadnya panjang, tak sempat ana nak catat semua, yang sempat..
(عن شيخ أحمد ممدوح, عن شيخ علي جمعة, عى شيخ عبدالله الغمّاري)..pastu.. ana x dapat  grab nama-nama yang disebut.. ada sampai ÷Imam Sufyan bin ‘Uyaynah .. sampai la sanad kat Saiyyiduna Rasulillah saw yang tercinta..
Matannya, ( الراحمون يرحمهم الرحمن, ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء)
Bila Syeikh mengucapkan tahniah dan berkata Alhamdulillah, kini mengalir dalam diri antum nuur nubuwwah dengan bersambungnya sanad tersebut dari diri sehingga Rasulullah saw.. memang rasa nak menangis, pili air dah bertakung pun.. rasa macam.. tak layaknya aku, bertuahnya aku.. semua bercampur baur.. Astaghfirullahal’azim..Alhamdulillah..
Baiklah, masuk sesi soal jawab..
Ada soalan yang diajukan mengenai dalil dalam al Quran yang memerintahkan agar suara jangan terlalu kuat dan jangan terlalu perlahan ketika membaca al Quran yang mana digunakan sebagai dalil oleh sesetengah pihak untuk menolak berzikir dengan suara yang kuat. Menurut syeikh, perintah tersebut diturunkan kerana risau kaum musyrikin akan mendengar dan menyebabkan kaum muslimin diganggu oleh mereka. Maka, apabila telah hilang gangguan yang menjadi penyebab kepada perintah itu, bolehlah dikuatkan suara..
Soalan mengenai syarat-syarat mursyid.. jawapannya:
1) Alim,
2) Berpegang dengan al Quran dan As Sunnah,
3) Dapat pengikitirafan dari wali-wali sezaman dengannya (wallahua’lam macam mana.. ana pun tak tau)
Pesan beliau, nak tarbiyyah orang pun kena diijazahkan oleh murabbi dulu, mana boleh aci redah aje.. dan mesti berilmu sebelum beramal dan bercakap..
Ada satu soalan lagi yang tanya, apa yang perlu dilakukan apabila kita tidak mendapati mursyid yang layak? Maka syeikh pun menyebut kitab berjudul ‘Petunjuk ALLAH bila hilangnya Murabbi’ karangan Imam Muttaqi al Hindi. Tipsnya, selalu dan sentiasalah berselawat, insyaALLAH ruh Rasulullah saw sendiri dengan izin ALLAH akan membimbing kita, Wallahua’lam.
Oh, soalan terakhir yang diajukan.. ‘Saf muslimat dalam solat yang terbaik ialah di belakang, jadi, adakah muslimat kena start saf dari line belakang?’ Syeikh pun kata.. ana terjemah bahasa sendiri ya.. hampa jangan la fikir teruk sangat.. ALLAH tu Maha Baik, tak kan pernah menzalimi hamba-hambaNYA. Maksud saf belakang terbaik bagi muslimat tu ialah saf di belakang lelaki.. bukannya saf belakang sekali dalam masjid tu.. Ooo.. baru faham ^_^.
Alhamdulillah.. tamat kuliah , dapat solat Isyak berjamaah dengan syeikh.. keluar ja dewan, pi singgah gerai Paksi kacau Kak Sham ^_^. Sempat beli kitab 40 hadis yang diijazahkan sebentar tadi.. ALhamdulillah.. Bila ingat-ingat balik, memang kurnia ALLAH la ana dapat sampai sini, ikut kuliah syeikh, dapat ijazah kitab dengan hadith lagi.. rupa-rupanya ada rahsia ALLAH nak bagi..^__^.. Alhamdulillah..
Sebarang kesilapan mohon ditegur ya.. Ana sekadar berkongsi, ana bukan seorang pakar, jauh sekali faqih dalam ilmu agama, tapi.. yang ni ja yang ana mampu.. Kongsi ilmu dan info ^_^.. Wallahua’lam bissowab…
380429_305181036187267_151531044885601_842243_312970294_n

Akan datang.. insyaALLAH catatan dari Lantunan Mahabbah Rasulillah 2.. ^____________^

Monday, 10 December 2012

Talaqqi Itu Awesome ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, ana telah berkesempatan bersama Syeikh Ahmad Mamdouh Saad, Ahli Majlis Fatwa Mesir yang telah datang ke Kedah, beberapa minggu yang lepas.. Sekali di Masjid Akar Peluru, sekali di Ukir Mall..

Justeru, ana ingin berkongsi beberapa mutiara ilmu yang telah ana perolehi.. Semoga ALLAH permudahkan kita beramal dengannya..

--Mode penceritaan--

Sangat banyak yang Syeikh dah kongsikan dengan kami semua.. Tapi fokus syeikh pada petang itu… Talaqqi dan Sanad..

Menurut Syeikh, sanad ialah salah satu khususiat (keistimewaan) umat Muhammad صلى الله عليه وسلم.. Kalau nak dibandingkan dengan agama-agama lain, kita boleh lihat dalam agama Nasrani, langsung tiada sanad, manakala dalam agama Yahudi, sanad mereka telah terputus selama paling kurang 300 tahun. Nampak tak? (Kalau tak nampak, sila pakai kaca mata anda).

Selain itu, Syeikh berkata lagi..

Jangan kita menyangka sanad itu sekadar sanad yang ada dalam hadis, yang mungkin ada yang melihatnya tidak punya signifikan.. Tetapi, ia membuktikan mengenai pertemuan seorang pelajar dengan gurunya, ..erm, jadi, apa kepentingannya??.. maksudnya, pelajar tersebut, secara sahnya mengambil ilmu tersebut daripada gurunya, diijazahkan ilmu tersebut kepadanya.. bukannya pelajar tersebut sekadar memetik kalimah-kalimah daripada Uncle Google kita yang tak punya tauliah dan kefahaman..

Pesan Syeikh lagi..

Ilmu tidak boleh diambil kitab, bahkan ulama telah memberi amaran kepada sesiapa yang berguru daripada kitab semata-mata, yakni, pasti akan ada kesalahan padanya..Sebab apa? Sebab, seorang murid perlu diuji oleh guru terlebih dahulu sebelum dia menyebarkan ilmu kepda orang lain.. Utk pastikan murid tersebut mempunyai kefahaman yang benar dan tak sebarkan perkara-perkara yang salah kepada masyarakat.. Teliti kan..

Ulama’ berpesan, jangan ambil ilmu dari orang yang membaca kitab semata-semata.. kerana orang yang tidak mengambil ilmu daripada guru ni, dipanggil  الاءبتر.. al-ibtar atau terputus..  

Dan.. Jangan sesekali pandang rendah pada sistem Talaqqi..sebab, ia ada banyak keistimewaan, antaranya:

* bersambung cahaya kenabian..(sebab, talaqqi ni, sanadnya sambung sampai kat Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم..)

* merupakan sunnah nabi.. (Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sendiri mengambil ilmu melalui , وصفة atau perantaraan malaikat Jibril)

Nampak tak kepentingan talaqqi, sedangkan ALLAH Maha Berkuasa, boleh saja bagi wahyu tu masuk terus dalam hati Rasulullah صلى الله عليه وسلم tanpa perantaraan, tapi ALLAH suruh Rasulullah صلى الله عليه وسلم  talaqqi jugak dengan malaikat Jibril..

Syeikh berkongsi lagi..

Antara tanda-tanda kiamat ialah ALLAH mengangkat ilmu dengan mematikan para ulama’. Dari hadis ini, ulama’ telah mengistinbat (menetapkan) bahawa ilmu itu ada pada ulama’ bukan pada kitab… sebab, kalau ilmu ada pada kitab, tentulah kitab yang akan diangkat atau dihilangkan atau dimusnahkan.. bukan para ulama’ yang akan dimatikan untuk mengangkat atau menghilangkan ilmu..  (Hadis ini telah dipelajari para maahadian, MMAS sejak tingkatan 2 atau 3 lagi.. so, maahadian.,., pi cari balik hadis tu!! ~peringatan buat diri jugak T-T)

Dan, asalnya, ilmu itu ada pada dada para ulama’, lalu mereka menuliskannya dalam kitab-kitab mereka.. tetapi, kunci ilmu tersebut, tetap ada pada mereka, para ‘alim ulama’. Maksudnya, mustahil utk faham sepenuhnya sesuatu ilmu kalau tak berguru, kalau kita kata kita faham pun, kemungkinan besar kefahaman kita tu salah..so, wajib untuk kita berguru dengan para alim ulama’ yang benar.. mungkin sahaja ada kesilapan baris atau huruf pada kitab yang akan diperbetulkan oleh guru tersebut..(kalau zaman sekarang, kita sebut typing error la.. ingat, manusia tak pernah bebas dari sebarang kesilapan).

Bayangkan kalau kita menganggap bahawa kita baca perkara yang betul,sedangkan hakikatnya, benda yang kita baca tu salah.. pastu kita pun faham benda yang salah.. lalu disebarkan pula kepada orang ramai.. betapa banyak kehancuran akan berlaku disebabkan keegoan diri kita sendiri yang tak mau berguru.. Na’uzubillahiminzaalik..

Nasihat daripada Syeikh..

Bersungguh-sungguhlah bertalaqqi dan berguru dengan para alim ulama’ yang  yang juga bertalaqqi, dan sampai sanad ilmu tersebut kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم , agar Nuur Nubuwwah (cahaya kenabian) Muhammad صلى الله عليه وسلم  mengalir dalam diri kita… ALLAHUAKBAR!!

Syeikh memberikan contoh ilmu hadis. ALLAH memuliakan orang-orang yang belajar ilmu hadis. Ilmu hadis ni terbahagi kepada dua: yakni دراية (Dirayah) dan رواية (Riwayat).

دراية ialah ilmu mengenai hukum- hakam/maksud daripada lafaz hadis. رواية pula berkaitan sanad dan periwayatan hadis. Dua-dua penting, kerana ibaratnya,  riwayat itu mendengar dan dirayat itu menyampaikan..kena gabung kedua-duanya, baru sempurna.. dan tak mungkin dapat kedua-duanya semata-mata dari pembacaan kitab-kitab.. kena Talaqqi!!

Akhir sekali, Syeikh merumuskan ..

Wajib kita beramal dengan ilmu… macam mana?? Pertama-tama dan selama-lamanya, ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu, Kedua, kongsi dengan orang lain.. Lagi satu, hadirkan dalam hati  akan kemuliaan ilmu tersebut.. Semoga ALLAH membantu kita beramal dengan ilmu-ilmu yang kita ada, ingat senang ka.. payah ooo..

Ok, masuk sesi soal jawab.. (krik krik)..

“Tiada soalan ka?” Syeikh tanya.. “Muslimat? Apa-apa sahaja soalan..” Tiba-tiba, ternampak kertas berjalan.. err, tangan-tangan memperjalankan kertas tersebut ke hadapan,. Alhamdulillah, ada soalan.. dari pihak muslimat.. Muslimin dah paham semua, alhamdulillah..(tiada niat memerli, cuma kagum ja..)

Soalan: Bagaiman untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan dan istiqamah meninggalkan kemaksiatan?

Jawapan:

Syeikh pun jawab.. Istiqamah ialah karamah yang paling tinggi.. (ana terkedu, nampak jelas di situ betapa sukarnya memperoleh istiqamah, murabbi pun pernah kata, istiqamah hanya boleh diketahui selepas seseorang tu meninggal dunia.. ALLAH, sungguh ALLAH yang memberi kekuatan kepada orang-orang yang istiqamah).. Cara-cara yang boleh diusahakan utk memperoleh istiqamah:

* baik dengan orang-orang soleh

* menjauhi biah-biah yang tak soleh (suasana yang buruk)

* berpindah dari tempat tidak baik ke tempat yang lebih baik (ambil pengajaran dari kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang dan ingin bertaubat.. tau kan!?)

* duduk dengan orang-orang baik.. (sebab apa? syeikh kata, tabi’at ni ibarat benda yang dicuri, contoh: kalau pencuri pi mencuri kat rumah orang baik, dia akan dapat curi benda-benda yang baik, tapi kalau dia pi mencuri kat rumah orang jahat, denda yang dicuri tu juga merupakan benda-benda yang tak elok jugak).. faham tak analogi ni?…… ~maksudnya, duduk dengan orang baik, kita dapat tabiat baik, duduk dengan orang kurang baik , dapat tabiat kurang baik.. ~ ingat balik hadis tentang adab memilih kawan ~

“Perumpamaan teman  yang baik dan teman yang jahat ialah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi boleh jadi ia akan memberimu minyak wanginya, boleh jadi engkau membeli darinya dan boleh jadi engkau akan dapati darinya aroma yang wangi. Sementara tukang besi, boleh jadi ia akan membakar pakaianmu dan boleh jadi engkau akan mendapat bau busuk.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim) .. أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ..

* Teruskan berdoa supaya ALLAH bagi istiqamah..

يا مقلّب القلوب, ثبّت قلوبنا على دينك وطاعتك

Last sekali, Syeikh menutup jawapan dengan berkata, setiap amalan akan melahirkan amalan-amalan yang lain. Jika kita buat amal yang baik, maka akan terlahirlah juga amal-amal yang baik, tapi, jika kita buat amalan buruk, akan terlahirlah amalana- amalan yang buruk..

Semoga ALLAH menjadikan kita hamba-hambaNYA yang istiqamah beramal dengan ilmu-ilmu kurniaan ALLAH.. dan memasukkan kita dalam kalangan mereka yang dikasihi dan dirahmatiNYA..

~~Solat Asar berjemaah, diimamkan oleh Syeikh sendiri..excited kot..~~

602305_531928226819431_1681639795_n

~gambar di atas ialah sewaktu syeikh ada kat Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)… gambar waktu kat Masjid Akar Peluru tak sempat nak ambil…( Syeikh Ahmad Mamdouh Saad berpakaian hitam, Ustaz Nazrul berpakaian putih)

--------

Nota: Syeikh Ahmad Mamdouh Saad bagi kuliah dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Ustaz Nazrul Nasir (ust yang sangat hebat hasil keluaran Universiti Al-Azhar) .. tulisan dalam blog ini merupakan hasil gabungan catatan dan apa yang ana tahu dan faham.. sebarang kesilapan mohon dimaklumkan dan diperbetulkan..

~tulisan utk entri kali ini hanya utk kuliah Syeikh di Masjid Akar Peluru sahaja, utk kuliah di Ukir Mall, akan menyusul kemudian..insyaALLAH

Sumber rujukan @ info:

- http://inhadselangor.blogspot.com/2010/01/glosari-istilah-istilah-asas-ilmu-hadis.html

- (kisah pembunuh 99 orang)http://mencarimardhatillah-ansarullah.blogspot.com/2011/04/kisah-pembunuh-99-orang.html

- (hadis mengenai sahabat)http://pbasmkps.blogspot.com/2009/12/berhati-hati-memilih-kawan.html

 

Monday, 19 November 2012

Saya Mestilah Muslim Di Sudut ‘Ibadah

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah..

Kita sambung Bab 2 daripada Bahagian Pertama buku Maza Ya’ni..

(Macam pengajian la pulak ye… Tak-tak.. ini hanya ringkasan daripada pembacaan.. kalau nak syarah.. talaqqilah dan bergurulah daripada guru-guru yang benar..^_^)

Ibadah dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kita kepada ALLAH serta kemuncak merasai keagungan ALLAH..

Justeru.. saya mesti:

1- Memastikan ibadah saya mempunyai hubungan dengan TUHAN yakni ALLAH yang disembah. Ia mengenai martabat Ihsan dalam ibadah..

2- Melakukan ibadah dengan penuh khusyuk sehingga saya dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan kepada saya untuk berterusan mengerjakannya..

3- Beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran ALLAH, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya.

4- Beribadah dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan kenyang serta menghampirkan diri kepada ALLAH dengan amalan-amalan sunat..

5- Mengamil berat terhadap ibadah Qiamullail serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan..

6- Meluangkan waktu tertentu untuk membaca al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu Dhuha..

7- Menjadikan doa sebagai perantaraan dengan ALLAH dalam setiap urusan hidup..

--------------------------------

Hakikatnya.. setiap inci hidup kita adalah ibadah… sekiranya kita niatkan setiap perbuatan kita untuk mencapai redha ALLAH.. dan tak mungkinlah benda mungkar nak diniatkan untuk mencapai redhaNYA..

Jadi.. andai kita jadikan setiap inci hidup kita ibadah.. maka akan terhasillah akhlak dan budi pekerti mulia….dengan izin Yang Maha Kuasa..

~Ikhlas itu perlu diburu..bukan ditunggu~ ^_______^

380429_305181036187267_151531044885601_842243_312970294_n

 

Wednesday, 24 October 2012

Ada apa dengan SABAR?

بسم الله الرحمن الرحيم...

Walhamdulillah.. ALLAH masih memberi peluang kepada diri ini mencoret di sini..

Lama benar tak menjenguk blog.. sedikit sibuk dengan 'perang'..

penat berperang di atas kertas jua berperang dalam diri..

Perjuangan mencari redha ALLAH...

 

Aidiladha.. haji..korban... umpama sinonim... tak dapat dipisahkan.. bagai irama dan lagu. Pengorbanan.. itu tema aidiladha setiap tahun.. mana mungkin haji itu tidak dikira pengorbanan.. mana mungkin ketaatan Nabi ALLAH Ibrahim as dan Nabi ALLAH Ismail as itu tidak diiktiraf sebagai pengorbanan.. dan sungguh tidak logik ibadah qurban itu tak dikira sebagai pengorbanan..

Lalu.. apa pasangan bagi pengorbanan aka tadhiyyah ini??

Apakah pengorbanan itu sekadar pengorbanan.. tak bernilai apa-apa?

Sudah tentu ada pasangannya.. apalagi kalau bukan kesabaran...

SABAR!!

Ayuh, kita jenguk sebentar .. ada apa dengan sabar.. Jom!! ^_^

-------

Sabar terbahagi kepada 3:

- Sabar dalam menunaikan perintah ALLAH

- Sabar dalam meninggalkan larangan ALLAH

- Sabar dalam menghadapi musibah (ujian) daripada ALLAH

OK.. jom tengok penerangan sikit.

  • Sabar menunaikan perintah ALLAH
    • sangat payah... sebab apa? sebab kita sedang berusaha melakukan perkara yang tak disukai nafsu dan syaitan..
    • ye la... ingat mudah ke nak istiqamah... tara nak buat 40 hari 40 malam nak bg lekat dalam diri pun payah..
    • tapi.. ALLAH dan janji kat kita.. Firman ALLAH yang bermaksud: "Perintahkanlah keluargamu supaya menunaikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu (bahkan) Kamilah yang memberikan rezeki. Dan akibat terpuji adalah abgi orang yang bertaqwa" (Surah Taha 20:132)
    • sabar dalam melakukan ketaatan ni special.. ada 3 bahagian..
      • Sebelum - mampu menahan diri daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapatkan redha ALLAH
      • Semasa - menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya
      • Selepas - menahan diri daripada bersfat riya' (menunjuk-nunjuk), sum'ah (suka mendengar pujian), dan ujub (berasa hairan dengan kemampuan diri)

  • Sabar meninggalkan maksiat
    • juga amat sukar.. sebab apa?? sebab nafsu dengan syaitan suka..
    • walaupun secara logiknya, tak buat(maksiat) lagi senang daripada buat (ibadah).. ulama menyatakan bahawa meninggalkan maksiat itu jauh lebih berat daripada melakukan ketaatan..

  • Sabar ketika ditimpa musibah
    • yang ini tiada pilihan lagi.. nak tak nak..kena sabar menerima apa pun ujian..
    • ingat... ujian tu tanda ALLAH ingat kat kita.. beruntunglah orang-orang yang diuji.. semoga memperoleh kebaikan daripadaya..

Ok. Dah tau pembahagian sabar.. Jom tengok.. apa kelebihan sabar pulak.. sangat banyak..

  1. Sumber kejayaan
    • "Hai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada ALLAH, supaya kamu beruntung"      (Surah Ali 'Imran 3:200)
  2. Ganjaran berganda bagi mereka yang bersabar
    • "Sesungguhnya hanya orang yang bersabar dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Surah al-Zumar 39:10)
  3. Kepimpinan dan keyakinan milik penyabar
    • "Dan kami jadikan antara mereka itu pemimpin -pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat- ayat Kami" (Surah al-Sajdah 32:24)
  4. Golongan yang bersama- sama ALLAH
    • "Sesungguhnya ALLAH bersama- sama orang yang sabar"          (Surah al-Baqarah 2:153)
  5. Salah satu cara memohon pertolongan ALLAH
    • "Hai orang yang beriman, mohonlah pertolongan (dari ALLAH) dengan sabar dan solat" (Surah al-Baqarah 2:153)
  6. Beroleh maghfirah
    • "Kecuali orang yang sabar (terhadap bencana) dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar" (Surah Hud 11:11)
  7. Disukai ALLAH
    • "Bersabarlah! Sesungguhnya ALLAH beserta orang yang sabar" (Surah al-Anfal 8:46)
  8. Dipuji oleh ALLAH
    • "Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. dialah sebaik-baik hamba" (Surah Sad 38:44)
  9. Malaikat mengucapkan salam kepada Mukmin yang bersabar
    • "Sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat- tempat mereka dari semua pintu, (sambil mengucapkan): 'Keselamatan atasmu berkat kesabaranmu.' Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu" (Surah al-Ra'd 13: 23-24)
  10. Menjalankan perintah ALLAH ( Sabar itu wajib saat ditimpa musibah)
    • "Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal- hal yang diwajibkan (oleh ALLAH)" (Surah Luqman 31:17)

Syok kan sabar !? Tapi, jaga- jaga.. sabar juga ada musuhnya..

  • Tergesa- gesa
    • "Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa- gesa"                      (Surah al-Anbiya' 21:37)
    • Kita selalu kalut kan.. nak buat itu, nak  buat ini.. last2.. satu apapun tak jadi.. isyh3...
  • Putus asa
    • "Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan golongan yang kafir" (Surah Yusuf 12:87)
  • Marah
    • Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: "Janganlah engkau marah." Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: "Janganlah engkau marah."          

      (Riwayat Ahmad no. 8729, al-Bukhari no. 5765 dan al-Tirmizi no. 2020)

SO?? Jom kita sama-sama belajar bersabar.. bersabar dalam pengorbanan.. Mujahadah itu pahit.. kerna syurga itu manis kan.. ^_^.. Wallahua'lam

399465_345501055527071_1032405424_n

Sumber: Al-Quran, Hadis, Internet, Solusi Isu 31 (Sabar itu Indah)

Friday, 21 September 2012

Re’Ummah’Fication

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, ALLAH masih beri kekuatan kepada ana mencoret pengalaman di sini.

Re’UMMAH’fication..

Apa tu? Tak pernah dengar pun. Jujurnya..ana pun baru pertama kali dengar perkataan tu tahun ni..to be exact, minggu ini…

Sebenarnya, Re’UMMAH’fication ni ialah program yang dianjurkan oleh Persatuan Rakan Masjid (PRM) UiTM Puncak Alam, sebagai salah satu respons kepada penerbitan filem sampah yang sangat menjijikkan iaitu filem fitnah Innocence of Islam yang telah menghina ALLAH, RasulNYA, dan AgamaNYA.. ia telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Pelbagai reaksi telah dipamerkan..

Demonstrasi, pengedaran risalah, program-program yang memupuk hubbun Nabi..

Masing-masing punya cara tersendiri untuk mempamerkan kemarahan di atas penghinaan kepada Kekasih kita, Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم Habibullah.

Ya, kita berhak marah..malah kita wajib marah..cuma, cara kita mengendalikan kemarahan itu yang membezakan kita dengan orang kafir.. Kita Mencintai Rasulullah صل الله عليه وسلم…, justeru, ayuh kita marah dengan cara Rasullullah صل الله عليه وسلم..

Ok, kembali kepada Re’UMMAH’fication..

ana cuma nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang program yang telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam di DK500, UiTM Puncak Alam..

Ana dan sahabatku, Ina dan housemate, Yati bergerak menuruni tangga ‘an-Najah"’ hampir jam 8 malam. Tika itu, ramai yang sedang berlumba-lumba menuruni tangga, mahu cepat sampai di DK500. Ye la, sapa nak berdiri selama 3 jam? Ana dan Ina, sekejap berlari anak, sekejap berjalan..mengambil angin malam.. Yati masih relax di belakang dan menyuruh kami maju dahulu.

Sampai ja dekat DK500, semua pakat berpusu-pusu nak masuk ke dalam dewan. Semua seat penuh, belah muslimat je la.. Yang belah muslimin ku lihat masih banyak kosong.. Geram la jugak.. Akak koor meminta muslimin berganjak ke hadapan untuk memberi ruang kepada muslimat mengisi seat-seat yang masih kosong.

Enggan  berebut seat, kami memilih untuk duduk di tangga.  Spot terbaik! Full view slaid dan pentas. Setelah beberapa ketika, tangga pun penuh. Seat pun penuh.. Mereka yang baru sampai, terpaksa duduk di atas pentas.. Ceghing gila!!(keluaq bahasa kedah sat).

Majlis pun bermula.

Ucapan alu-aluan dari penasihat PRM. Ucapan dari wakil PRM muslimin dan muslimat…(kak amal wakil muslimat =)..ucapan dari En Naqib Usrahku.. Alhamdulillah semuanya membuahkan kecintaan kepada Baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم..

Selawat dialunkan beramai-ramai, melembutkn hati, menambah rasa kasih kepada Habibullah.. kemudian masuklah penceria suasana..Ust Nasa.. sangat kelakar,..(Ida sudah berbisik..macam Ust Shofi Abd Kadir..warden km di maahad dulu..)

Kami dipertontonkan dengan montaj mengenai tarbiyyah.. yes..’Everything begins with Tarbiyyah’…kemudian, tengok pula slaid tentang kehebatan cinta Rasul.. bagaimana Rasulullah صل الله عليه وسلم mencari umatnya di padang mahsyar nanti..

Sebak.. kemudian, kami diminta menulis warkah kepada baginda Rasulullah صل الله عليه وسلم.. Sajak dideklamasikan, gamelan dimainkan..Mata-mata mula bergenang. Tangan terketar-ketar meluahkan rasa hati kepada Baginda yang dirindui. Beberapa ketika kemudian, beberapa orang diminta berkongsi coretan dan rasa hati.. sungguh, ramai yang mencintai Baginda Rasul. Dan kerana cinta itulah mereka tiba di dewan itu. Semoga ALLAH merahmati semua yang berada di dalam majlis tersebut.

Ust Nasa terus berceloteh, sedikit mengubat lara di hati. Namun, masih berbisa dalam membawa kami menilai diri, andai benar mencintai Baginda, adakah kita telah mentaati Baginda? Atau kita telah mengkhianati Baginda? Mentaati dengan berusaha beramal dengan sunnahnya.. Atau mengkhianati dengan tidak mempedulikan ajarannya serta berbangga dengan kemaksiatan?

Kemudian, Ust Khairul Anuar (peserta Imam Muda yg ke??)mengambil alih pentas..(naqib kpd Ust Nasa rupanya..).. kalam- kalam bersemangat.. namun menusuk dalam ke qalbu.. Penamatnya, beramai-ramai kami menyanyikan lagu ‘Menuju Wawasan’ dendangan UNIC.. memangla buat ana rasa bersemangat kembali..(memori Kem Anak Soleh bermain di mata).. sungguh merasakan suasana di Maahad seakan-akan hidup…Bahagia~

Alhamdulillah.. betapa ana merasakan majlis ini sangat berjaya. Namun, hakikatnya..kejayaan sebenar akan terlihat di luar majlis..adalah ia memberikan kesan berpanjangan di hati warga UiTM..atau sekadar dalam majlis sahaja??

-----------------------------------------

tulisan dari seorang saudara seIslam.. ayuh renungkan..dan UBAH!

..Umat Islam memang menghina Nabi..

Usaha Barat menghina Islam bukanlah suatu yang baharu. Pelbagai usaha yang telah mereka lakukan, termasuk karikatur Nabi, mempropagandakan umat Islam sebagai pengganas, mewujudkan Islamphobia, dan pelbagai sekatan terhadap amalan Islam seperti di Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lain. Setiap kali isu penghinaan ini berlaku umat Islam akan memprotes, ia lah, kita diwajibkan mempertahankan maruah dan kesucian agama kita. Begitu juga penghinaan yang berlaku dalam negara sama ada dicetuskan oleh parti politik tertentu atau orang perseorangan, seperti adanya paderi yang berceramah menghina amalan haji sebelum ini. Proteslah, buatlah apa yang patut selagi ada tangan dan kuasa untuk bertindak. Berdosa kita mendiamkan diri dan membiarkan agama kita dihina, meskipun hanya protes secara diam, sekurang-kurangnya tiada keredhaan di dalam hati.

Namun apa yang menghairankan, sedarkah umat Islam, ramai atau banyak kalangan umat Islam sendiri sentiasa menghina Nabi Muhammad, penghinaan ini terus berlaku dari zaman awal Islam hinggalah kiamat. Pelbagai bentuk penghinaan terhadap ajaran Nabi Muhammad dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sangat ketara dan tiada protespun, malah tidak dihindari, dan lebih teruk lagi disanjungi.

Tidak payah pergi jauh, di Malaysia sahaja, penghinaan-penghinaan terhadap Nabi Muhammad sangat berleluasa. Antaranya:

1. Tidak solat atau bersolat tidak cukup waktu tidak kira lelaki atau perempuan, ada juga yang ke masjid (lelaki) pada hari jumaat kerana malu kepada rakan sekerja tapi tidur di dalam masjid, ini saya ketahui sendiri di sebuah masjid, bersepah tidur di bahagian bawah masjid, bukankah itu satu penghinaan yang besar terhadap ajaran Nabi Muhammad?

2. Tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atau berpuasa kerana terpaksa.

3. Lebih ketara lagi ialah tidak menutup aurat yang kebanyakannya perempuan. Bersepah sana sini, dari golongan pemimpin, profesor, gabenor, artis,  hinggalah orang awam…. dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah bahkan berasa megah yang kononnya liberal dan moden, mereka ini telah menghina bukan Nabi Muhammad tetapi ajaran al-Quran sendiri, kadang-kadang belajar tinggi menggunung tetapi perkara yang mudah dan simple tidak boleh diamalkan, mungkin tiada hidayat  namun hidayat perlu dicari bukan dinanti. Apakah penghinaan yang lebih buruk daripada ini? Oh…. menutup aurat tidak termasuk dalam tujuh dosa besar, nanti buat amal lain maka boleh terhapuslah dosa ini… benarkah? Apakah jaminan dosa-dosa ini diampunkan? Jika dosa kecil dihimpunkan dan tidak sempat bertaubat nasuha, ia akan menjadi dosa besar juga.

4. Pergaulan bebas yang berleluasa dan menyebabkan perzinaan dan seterusnya pembuangan bayi yang berleluasa pada ketika ini, perkara ini lebih hina dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah betullah tidak bertamadun, tiada ajaran Islam lagi, apabila Islam datang, mereka menghentikan tabiat membunuh anak perempuan ini. Pada zaman ini yang dilahirkan sebagai Muslim, tak kira anak lelaki atau perempuan, disumbat dalam tandas, ditanam hidup-hidup, dibuang di dalam tong sampah, dan paling tragis baru-baru ini dicampak dari tingkat tiga, perilaku umat Islam kini lebih teruk dari binatang yang memelihara dan menyayangi anaknya meskipun tiada jaminan kewangan atau keselamatan. Apakah penghinaan terhadap agama yang lebih teruk daripada ini? Tapi jika dikaji asal-usul pergaulan bebas ini dalah dari permasalahan keluarga dan suasana dalam negara sendiri yang menggalakkan pergaulan bebas. Misalnya lihat sahaja setiap tahun, bulan 8-9 adalah masa pembuangan bayi. Ini adalah rentetan dari sambutan Tahun Baru 8-9 bulan sebelum ini. Anak muda dibiarkan berpeleseran dan pelbagai program sambutan hingga tengah malam dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang langsung tiada islamiknya.

Dan pelbagai jenayah malah ribuan jenayah lagi dilakukan oleh orang Islam seperti rasuah, mengunjungi pelacur, manipulasi, menolak ajaran Al-Quran dan macam-macam lagi yang dilakukan oleh orang ‘besar’. Pelbagai jenayah lagi secara kecil-kecilan. Bolehkah mereka menganggap mereka tidak menghina Nabi Muhammad jika melakukankanya? Banyak perkara yang berlaku di dunia ini atau di Malaysia sahaja yang saya sendiri tak faham, jangan salahkah Tuhan jika bala datang. Bala boleh datang pelbagai bentuk.

Sekadar mengingati diri sendiri dan orang yang mahu menerima pengajaran.

Wallahuaklam.

sumber:http://maruwiah.com/2012/09/21/innocent-of-muslim-umat-islam-memang-menghina-nabi/

-----------------------------------------------------------------------------------

Ya, bibir kita mudah melafazkan.. “aku cinta Nabi, aku kenal Nabi’.. Namun, betulkah kita benar-benar mencintai dan mengenali Baginda? Baik. Kau kenal Nabi..Siapa datuk Baginda? Oh, mudah saja.. Abdul Mutalib.. sapa x tau? Budak sekolah rendah pun tau.. Ok. Siapa nenek Baginda? … Jeda… senyap tak terkata.. kata kenal..kata cinta.. palsukah cinta itu?

sungguh ana berasa malu.. ya, bagaimanakah nanti? Adakah kita layak diakui oleh Baginda sebagai Ikhwan yang dicintai dan dirinduinya? Adakah kita akan membuatkan Baginda menangis melihat azab yang ditimpakan ke atas kita disebabkan penderhakaan kita?

Kita tega mengkhianati perjuangan Baginda.. Baginda bermati-matian memuliakan para muslimat.. namun dengan bermatian-matian juga segelintir muslimat mempertahankan busana mendedahkan auratnya,. sekaligus menghina perjuangan Baginda yang konon kita sangat cinta..

Kita tega mengkhianati perjuangan baginda.. Baginda bermati- matian menyebar dakwah.. ingin membawa ummahnya bersama-sama ke syurga..namun, kita terus membiarkan diri bergelumang dosa.. sengaja menggagalkan usaha Baginda membawa kita ke syurga dengan mencampakkan diri ke dalam neraka..

Tapi.. nanti di padang mahsyar..kita juga yang akan merayu Baginda memberi syafaat kepada kita.. merayu Baginda memohon keselamatan kita.. Layakkah kita? Tak malukah kita?

ASTAGHFIRULLAHAL’ADZIM!!

Ya ALLAH!! Sungguh diri ini hina… ampunkan kami ya ALLAH.. jadikan kami ummah yang benar-benar mencintaiMU.. dan juga benar- benar mencintai Kekasih-MU Muhammad صل الله عليه وسلم.. jadikan kami tentera-tentera yang mempertahankan agamaMU dan kekasihMU.. sebagai bukti kecintaan kami ..

AYUH!! Jika benar cintakan Rasulullah صل الله عليه وسلم.. jangan lokek berselawat kepada Baginda.. jangan malu meng’amalkan sunnahnya.. sunnah Rasul bukan sekadar berserban dan berjanggut.. malah sunnah Rasulullah yang terbesar ialah perjuangan Baginda!! Dakwah!! Jangan remehkan sunnah-sunnah seperti berpakaian kemas, mengalihkan halangan dari jalanan, sentiasa melemparkan senyuman(jgn smpai timbul fitnah pulak)… Jangan abaikan sunnah-sunnah yang besar seperti berjihad fisabilillah, amar ma’ruf nahi mungkar, berakhlak mulia..Dakwah!!

Mujahid!! Penuhkan rumah ALLAH pada setiap waktu..terutama waktu Subuh.. Indahkan akhlakmu.. mantapkan kepimpinanmu.. didiklah nafsumu.. latihlah kekuatan jasmani dan rohani.. sentiasa berada dalam tarbiyyah..kerana kau Syabab Harapan Ummah!

Mujahidah!! Peliharalah maruahmu..jagalah auratmu..tingkatkan malumu.. jangan mudah menjual dirimu..kerana dirimu sangat berharga..mantapkan ilmu dan amal, jagalah tarbiyyah ruhiyyah dan jasmani... kerana dirimu Kunci Kejayaan Ummah!

reummahfication

best memory ever di UiTM Puncak Alam.. PRM memang cool.. ^_^

304388_4212957414669_116941664_n

 

nak kenal Baginda?? Jom sama-sama baca buku ni.. ^_^

Syamail_Muhammadiah

~Sharing is Caring~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Buku Online! Mudah dan Murah!!