بسم الله الرحمن
الرحيم…
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد
النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد
النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد
النّبيّ اأمّيّ وعلى آله وصحبه وسلّم..
Maksudnya:
Daripada Saiyyidina Abu Burdah bin Nayyar, beliau berkata: “Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم bersabda: ((Barangsiapa daripada kalangan umatku yang berselawat ke atasku satu selawat dengan ikhlas daripada hatinya, nescaya ALLAH akan selawat ke atasnya 10 selawat, mengangkatnya 10 darjat, menulis baginya 10 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 10 dosa kejahatan)).
Riwayat Imam an-Nasaie dan Imam at-Thobrani. Perawi sanad-sanadnya thiqah (dipercayai).
>Sumber: Kitab 40 Hadis Menyatakan Keagungan Berselawat Ke Atas Baginda Nabi صلّى الله عليه وسلّم <
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, 12 Rabiul Awwal tiba lagi..
Hari Ulangtahun Kelahiran Kekasih Agung~
Tak perlu ku ulas panjang, semua orang tahu, bukan sahaja telah tercatat dalam setiap kalendar di Malaysia, malahan sudah terpahat di hati para pencinta Baginda.
Ayuh! Semarakkan rasa cinta dengan Selawat! Qasidah! Sirah Nabawiyyah! Sunnah!
Dalam kegembiraan menyambut kelahiran Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم yg juga Rahmatullil’alamin.. ingin ku kongsikan beberapa keutamaan berselawat kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .
Keutamaan Berselawat Kepada Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم :
1) Orang yang berselawat akan mendapat sepuluh balasan selawat dari ALLAH swt.
2) Orang yang berselawat akan mendapatkan balasan selawat langsung daripada Baginda Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم .
3) Orang yang berselawat, maka para malaikat pun akan berselawat kepada orang tersebut.
4) Orang yang berselawat akan ditinggikan derajatnya, ditambah kebaikan-kebaikannya, serta dihapuskan segala kesalahan-kesalahannya.
5) Orang yang berselawat akan mendapatkan pahala sepadan dengan memerdekakan sepuluh budak kerana ALLAH swt.
6) Berselawat sebagai sebab diampuninya dosa-dosa yang telah lalu.
7) Berselawat akan memohonkan ampunan dan menghibur orang yang telah membaca selawat di dalam kubur kelak.
8) Pemberian syafaat Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم kepada orang yang berselawat tersebut.
9) Dapat menjauhkan orang yang membacanya dari kefakiran dan memberikan kebaikan serta keberkahan.
10) Orang yang memperbanyak berselawat akan menjadi manusia yang paling berhak dengan Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .
11) Berkah dan kebaikan selawat bukan hanya diperoleh bagi orang yang berselawat sahaja, namun hal itu akan mengalir hingga kepada anak dan cucunya.
>Sumber: Buku Memahami Pribadi Suci Baginda Nabi صلّى الله عليه وسلّم melalui Maulid Dhiya’ullami’.<
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata murabbi, Qasidah ialah salah satu cara untuk menyuburkan lagi rasa cinta kita kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Jadi, ana nak kongsi pula qasidah kat sini. ^_^
Lirik Qasidah Jalaliah (nak dengar? Belilah album2 di bawah ^__^, youtube pun ada)
نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله
Nabi kami Rasulullah
وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
Yang mensyafaati kami Habibullah
وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله
Yang Mencintai Kami Khalilullah
عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله
Atas baginda solawat kami ya Allah
Nabi kami Rasulullah
وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
Yang mensyafaati kami Habibullah
وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله
Yang Mencintai Kami Khalilullah
عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله
Atas baginda solawat kami ya Allah
وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah
رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله
Rasulullah pilihan Allah
إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله
Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah
رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله
Rasulullah pilihan Allah
إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله
Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah
أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة
Datangnya bagi kami sebagai Rahmah
فَآمَنَّا بِهِ يَا الله
Kami beriman dengan baginda ya Allah
فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا
Taufiqkan dan muliakan kami ya Allah
بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله
Dengan Husnul Khatimah dan redhaMu ya Allah
إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا
Afiatkanlah sekalian kami
مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله
Dari segala penyakit ya Allah
وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار
Sucikan kami dari dosa
بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله
Dengan kurnia dariMu ya Allah
إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن
Ampunilah bersama ibu bapa kami
إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله
Rahmatilah mereka ya Allah
إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال
Tutupilah segala kejelekan kami
وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله
Jangan disingkapkan ya Allah
إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا
Pimpinlah kami senantiasa
لِما تَرْضى بِهِ يَا الله
dengan yang engkau redha ya Allah
وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ
bantulah kami ya Allah
بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله
Dunia dan akhirat ya Allah
وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ
Tempatkan kami di Syurga
بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله
disisi nabiMu ya Allah
لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي
moga terpandang wajahMu yang kekal
بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله
Dengan cinta nabiMu ya Allah
عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله
Atas Ahmad selawatMu
عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله
Atas al-Hadi salamMu ya Allah
وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ
Keluarga serta sahabatNya
دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله
buat selamanya ya Allah
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baiklah, fadhilat selawat
sudah, qasidah pun sudah. Apa lagi ya?
Ayuh, kita lihat pula
kepentingan dan keistimewaan mempelajari Sirah Nabawiyyah =)..
Kepentingan
Mempelajari Sirah Nabawiyyah
1) Ia memberikan suatu
kenikmatan kepada ruh dan akal –terutama bagi para pendakwah dalam menyeru ummah
ke jalan ALLAH. Bila kita baca Sirah Nabaiyyah ni, kita akan rasa lebih semangat
dan ‘qawiyy’ , juga dapat tenangkan jiwa kita, lebih-lebih lagi bila kita rasa
down sangat2. Contohnya: apabila kita dikutuk diperli oleh insan2 yang tak
berapa suka dengan aktiviti dakwah kita ni, kita boleh lihat balik dalam Sirah
Nabi, Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم bukan sahaja dicerca dan diejek-ejek,
malah diugut bunuh, dilempar batu, dicekik dan sebagainya. Nabi qawiyy ja. Kita?
Ada ka kena macam tu? Baru kena cakap sikit dah nak futur. Isk3.. >tolong
take note wahai diri<
2) Jadi satu keperluan buat
para da’ie untuk menghadami sirah perjuangan Rasulullah صلّى
الله عليه وسلّم .. nampak tak? Hadam. Bukan sekadar baca, lena,
baca dan lena. Tak ada perubahan pada diri. Bila dah kena
Hadam, maksudnya, kena la baca, faham, amal, istiqamah, sebar…
Nak baca memang senang, sesetengah insan pun kata, nak faham tu petik jari ja,
tapi.. Amal? Istiqamah? Ingat aci main tekan2 keyboard je ka dah boleh beramal?
Ingat istiqamah tu senang? *Geleng2 kepala* So, kena buat apa? Usaha! Doa!
Tawakkal!
Keistimewaan Sirah
Nabawiyyah
1) Sirah yang menceritakan
sejarah nabi utusan ALLAH ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang
paling sahih. Tidak wujud fakta palsu atau sebarang penyelewengan terhadap kisah
kehidupan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .---- namun, tidak semua kisah yang
dikatakan sirah yang dicatat dalam sesetengah kitab ialah sahih, contohnya,
Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم tak pernah bagi wasiat kepada Saiyyidina Ali
mengenai Khilafah. dan ia adalah batil.
2) Perumpamaan yang
didatangkan oleh sebahagian pengkritik Barat, bahawa Muhammad صلّى الله عليه
وسلّم satu-satunya tokoh yang lahir dibawah sinaran matahari. Perumpamaan ini
menggambarkan bahawa setiap inci peristiwa yang berlaku kepada batang tubuh yang
mulia ini diketahui secara sempurna dan menyeluruh. ---- Bak kata Ustaz Yayha
Bikhair, Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم ni ibarat hidupnya dikelilingi
kamera. Mata para sahabat sentiasa merekodkan setiap sudut kehidupan Rasulullah
صلّى الله عليه وسلّم .
3) Kehidupan Baginda penuh
dengan sifat kemanusiaan, tidak sesekali disertakan dogengan mahupun sifat
ketuhanan yang akan terus menjadikan Baginda model manusia yang kamil. ----
maksudnya, ia merupakan sirah seorang manusia, bukan malaikat, bukan tuhan,
bukan selainnya. Ia boleh dirujuk dan dicontohi, cuma maqam kemuliaan Rasulullah
صلّى الله عليه وسلّم saja yang kita tak mungkin dapat.
4) Sirah Rasulullah صلّى الله
عليه وسلّم memberikan contoh bagi sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia ,
menceritakan kepada kita uslub Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sebagai pendakwah
kepada ALLAH yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya
diterima. Ia juga meriwayatkan Baginda sebagai pendakwah yang mencurah tenaga
dan usaha yang maksimum untuk menyampaikan risalahnya, juga memaparkan peranan
sebagai ketua negara yang sangat adil, suami yang mithali, dan murabbi yang
agung. ---- Uslub, kaedah, cara… dakwah bil Hubb <3
5) Satu-satunya sirah yang
memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda
kepada kita. Segala hinaan, cercaan, cemuhan dan kejian adalah bukti bahawa
Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم menghadapi suatu sunnah perjuangan yang
‘normal’. Tiada mukjizat dan perkara luar biasa, akan tetapi melalui bukti-bukti
logik dan boleh diterima akal.---- Maksud tiada mukjizat dan perkara luar biasa,
bukannya menafikan wujudnya mukjizat yang ALLAH kurniakan kepada baginda,
maksudnya disini ialah, hanya dengan melihat sirah Rasulullah صلّى الله عليه
وسلّم sahaja , kita pasti yakin bahawa Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم itu
utusan ALLAH, yakni manusia yang dipandu wahyu. Apabila ditambah dengan
mukjizat-mukjizat kurniaan ALLAH, semakin bertambahlah keyakinan..
Justeru, kita kena la wajibkan
diri kita untuk mengHadam perjalanan hidup Kekasih agung kita supaya kita mampu
bawa nilai-nilai dan pengajaran sirah Nabawiyyah ke dalam jiwa kita, sekaligus
mengamalkannya dan beristiqamah dengannya. InsyaALLAH..
>Dipetik dari Ringkasan
Sirah Nabawiah Durus Wa ‘Ibar Min Hira’ Ila Hajjatul Wada’< –telah
disyarahkan kepada kami oleh alFadhil Ustaz Yahya Bikhair.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Oh ya, kenapa ya ana pilih
tajuk “Benar, Rasulullah Rahmatan Lil’Alamin” ? Nak tahu? Baiklah, kita dah
tengok fadhilat selawat, qasidah, sirah…apa yang kita nampak?
Cuba lihat, betapa banyak cara
untuk kita suburkan cinta kepada Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ..
Banyak cara nak tambah pahala, nak dapat rahmat ALLAH, bukan sahaja dapat kat
kita, bahkan dapat kat orang lain dan semua makhluk ALLAH ..hanya dengan cinta
Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ..
Bagi siapa yang suka iringan
alat2 muzik, suka bergendang, boleh berqasidah,
Sapa yang suka membaca, boleh
baca sirah nabawiyyah,
Siapa suka dan pandai
bercakap, boleh cerita kat orang tentang Kekasih kita Nabi Muhammad صلّى الله
عليه وسلّم ,
Siapa suka menulis, boleh
tulis novel atau cerpen mengenai akhlak Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ,
Siapa suka menaip dan
berfacebook dan bertwitter, boleh tulis, twitt dan share post2 serta gambar
mengenai kelebihan Nabi kita Muhammad صلّى الله عليه وسلّم .
“Kami tak suka, membaca,
menulis, bergendang, bercakap dan berfacebook. Macam mana? Kami suka bermain
dengan kucing, bersiar-siar di tepi pantai, memandu kereta, main game, edit
gambar”
Oh, boleh saja..^_^
Suka bermain dengan kucing?
Bermainlah dengannya dengan cara Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Kan Baginda
sukakan kucing..Cakapkan kata-kata yang baik kat kucing tu… jangan tarik-tarik
bulu dia, apa korang ingat kucing tu takda perasaan ka?
Suka bersiar-siar tepi pantai?
Boleh saja, jangan sekadar bersiar-siar tanpa makna,, cuba kutip sampah, share
makanan yang kita bawak dengan pengunjung lain, menutup aurat, bukan ka tu semua
ajaran Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم jugak.
Suka memandu kereta?
Memandulah dengan berhemah, boleh lekat stiker Mahabbatur Rasul kat cermin
kereta, pasang qasidah dan selawat sepanjang perjalanan.Nak gempak lagi? Korang
lekat bendera yang tertulis ayat-ayat seperti Saya Cinta Rasulullah, Jom
Amalkan Sunnah Rasulullah, Jom Selawat, Jom Tutup Aurat dan sebagainya kat
kereta korang. Buat ala-ala orang semangat nak sambut merdeka gitu..Amacam?
Suka main game? Korang edit
player korang, bagi dekat baju dia tulis ayat-ayat cinta Rasul. Pastu, korang
slowkan volume untuk game effect, korang pasangkan mp3 selawat, qasidah atau
ceramah tentang Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Setkan alarm waktu azan.
Pastikan semua kerja selesai, baru main game. Boleh kan..^_^
Suka edit gambar? Lagi bagus.
Kiranya korang ni terer la bab2 adobe photoshop dan corell kan.. manfaatkan
kelebihan dan bakat korang tu dengan mendesign dan mengedit gambar-gambar yang
membawa mesej2 Mahabbah Rasulillah, mesej2 dakwah. Seronok pun dapat, pahala pun
dapat. Awesome kan.. ^^
“Aaa, tak suka semua tu, suka
yang lain.”
“^__^ Maaf la ye, yang
lain-lain tu boleh fikir-fikirkan sendiri ye… Manfaatkan akal yang ALLAH bagi..
^__^”
>Amalkan sunnah Baginda,
akhlak Baginda, pasti tersebar keberkahan dan kebaikannya kepada semua
makhluk<
Semoga bermanfaat kepada
semua… Ayuh manfaatkan kelebihan yang ALLAH bagi untuk menggapai keredhaanNYA..
Wallahua’lam
---
(Syeikh Nuruddin alBanjari
alMakki, Dato Dr Haron Din, TG Haji Salleh, Syeikh Fahmi Zam Zam, Murabbi Syeikh
Muhammad Zainul Asri, Syeikh Ibrahim Ibnu Masran al-Banjari, Ust Muhadir Hj
Joll, Ust Yahya Bikhair, Ust Hanif Harun, Ust Shahrizan)
Kitab inilah yang telah diijazahkan oleh Syeikh Ahmad Mamdouh Saad tempoh hari
Sekitar majlis pelancaran Minggu Mahabbahmu Ya Rasulullah di UiTM Puncak Alam, pesan Imam Muda Asyraf, kalau benar cintakan Rasulullah, jom kita bantu Baginda dengan meneruskan tugas dakwah Baginda. Jangan sekadar cinta di bibir, namun di hati penuh karat jahiliyyah.